Apa nak jadi la dengan ADUN Pakatan Rakyat ni, sudahla tak habis-habis dengan meroyan ditambah pula dengan perilaku yang sememangnya tak menggambarkan kematangan. Bila dikatakan bersifat kebudak-budakan, sudah pasti dinafikan. Namun, itulah hakikat yang dilihat.
Berita dari kawan-kawan bloggers yang berada untuk melaporkan berita semasa SIDANG DUN berlangsung menggambarkan bahawa mereka jelas berpura-pura. Diberitakan, sebelum keberangkatan masuk DYMM Pemangku Raja Perak. Semasa bacaan doa pembukaan dewan dibaca kesemua YB dan tetamu yang hadir telah memberikan penghormatan dan berdiri seketika semasa ia berlangsung.
Walaubagaimanapun, sikap seorang YB dari Pakatan Rakyat telah membuktikan kebiadapan ADUN Pakatan Rakyat dengan tidak berdiri seterusnya tidak menghormati bacaan doa yang telah dibuat. Telah jelas, Pakatan Rakyat tidak menghormati sensitiviti sesuatu kaum. YB yang Awekz maksudkan adalah YB Kuala Sepetang, YB TAI SING NG.
Juga Awekz sertakan video yang menunjukkan kegilaan SIVAKUMAR di Sidang DUN Perak sebentar tadi.
Awekz: Memang benci dan meluat melihatkan perilaku ADUN Pakatan Rakyat yang tidak kena pada masa dan tempatnya. Untuk apa sekalipun, biarlah BERPADA-PADA!!! Awekz juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada bloggers Selamatkan Perak, Pro Melayu serta ramai lagi yang memberikan maklumat kepada Awekz sepanjang SIDANG DUN Perak ini.
2 comments:
Salam Tuan,
Harap dapat linkkan blog ini dengan blog tuan.
http://umnoberuasperak.blogspot.com
Terima Kasih.
Gangga Negara
salam...memang sah puak PKR ni bukan takat meroyan saja tapi dah gila babi dah pun.......mana tak nya bila depa semua dah rasa bahang yang ini adalah penggal terakhir geng depa berkuasa lepas ni jangan haraplah rakyat nak bagi peluang lagi.
Defacto depa pun la tengah sejuk hangat dah.......nak tunggu hari ............
Post a Comment