skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Sunday, June 21, 2009

Lembaran baru...akan berjaya kah?

KUALA KRAI 19 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap lembaran baru hubungan UMNO dan Pas dapat dimulakan segera demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara.

Katanya, perbincangan awal berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduanmembuka tirai ke arah persefahaman bagi merapatkan hubungan dan menjalin kerjasama walaupun hasilnya belum dapat dijangkakan.

Beliau menegaskan, soal pengalaman lalu yang mencetuskan persengketaan, menimbulkan dendam dan keraguan sebilangan pemimpin Pas perlu dilupakan ketika keadaan perpecahan umat Islam kini membimbangkan.

“Bagi saya itu tidak sepatutnya menjadi halangan. Sebagai umat Islam, kita digalakkan bermaaf-maafan. Itu zaman lampau, kini dalam kepimpinan baru dan situasi baru.

“Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula kita manusia. Bagi saya ia bukan suatu halangan. Kita boleh menggerakkan permulaan baru yang akan memberi lebih banyak faedah kepada umat Islam dan bukannya untuk diri kita,” jelasnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, Manek Urai dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan waran peruntukan Belanjawan 2009 sebanyak RM1.5 juta untuk menaik taraf sekolah-sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Muhyiddin berkata, cetusan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan atau usaha menjalin kerjasama oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat oleh UMNO sebagai selaras dengan tuntutan Islam dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Sehubungan itu, katanya, UMNO tidak menolak perpaduan dan menyifatkan ia suatu permulaan yang baik, malah sedia berbincang dengan Pas biarpun parti itu mengenakan pelbagai syarat.

http://www.utusan.com.my

Awekz: UMNO sudah bersedia untuk berpadu, PAS pula tak tentu lagi...jika bukan bersatu untuk bangsa, lakukan demi agama Islam tercinta...almaklumlah, nanti kalau Awekz kata untuk bangsa ada pula yang cakap Awekz ni racist...semua dasar tak sedar diri...fikir-fikirkanlah...siapa yang menolak perpaduan pada masa ini...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:07 AM

2 comments:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Maaf la, ini pendapat saya.

Perkara yang elok ini sepatutnya kita sambut dengan tangan terbuka oleh kedua-dua pihak. Tapi yang begitu memelikkan, ada pihak di sebelah sana yang begitu curiga dan menentang idea yang sebenarnya dimulakan oleh Presiden PAS sendiri. Belum lagi berjumpa atau duduk berbincang, telah ditolak mentah2 oleh seorang tok guru yang penyokong2 anggapnya seorang wali. SEORANG 'WALI' TIDAK SUKAKAN PERDAMAIAN DAN PERPADUAN SESAMA ISLAM???!!!! Subhanallah.

Namun begitu, hanya kerana baru cakap2 tentang kerajaan perpaduan, kita masih tidak tahu apakah bentuk pengisian idea yang Hj Hadi mahukan? Kita pun tak mahu pisang berbuah dua kali bila menyebut "perbincangan" antara UMNO-PAS. Sekurang-kurangnya Hj Hadi nyatakan apa bentuk kerajaan perpaduan yang dia inginkan bersama UMNO:

- apakah sekadar perbincangan mengenai masalah umat Islam dan Melayu di Malaysia ni?
- Apakah mahukan kerjasama untuk menaikkan lagi martabat Islam dan Melayu?
- Apakah mahu mempertahankan hak-hak Islam dan Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan?
- Apakah PAS mahu bergabung dalam BN untuk menjadi kerajaan bersama?

Banyak persoalan yang bermain di fikiran sebenarnya, kalau benar Hj. Hadi begitu ikhlas mengenai idea beliau sebelum ini, nyatakan bentuk perbincangan yang beliau mahukan tanpa ada syarat2 yang pihak UMNO harus penuhi.

Jika tidak, tak perlulah riuhkan tentang kerajaan perpaduan ni. Sebab rakyat akan jemu dengan politiking di Malaysia ini yang seperti tiada penghujungnya. Bila masa pemimpin yang dipilih oleh rakyat mahu buat kerja jika asyik berpolitik saja, mahu di pihak PAS atau UMNO????? Enough is enough...

June 21, 2009 at 3:22 PM
Anonymous said...

NIAT YANG BETUL DAN IKHLAS..2 PEKARA POKOK YG AMAT PENTING SEBELUM RUNDINGAN DI BUAT

June 21, 2009 at 5:46 PM

Post a Comment

Newer Post » « Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    AKIBAT INTREGRITI YANG ATOK MUSNAHKAN
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ▼  June (20)
      • Debat yang dicadangkan...buang masa sahaja!
      • Dan calon-calon nya adalah...
      • Tok Guru ajak DS Najib debat!
      • Peranan Malaysia diiktiraf - Presiden Obama
      • Ada apa dengan Pak Haji ini!
      • Perginya Mikhail aka Michael Jackson...
      • Bila Ambiga bersuara!
      • Pas dan cerekaramanya!
      • Kes ditunda 1 Julai
      • Anwar Ibrahim tak tahu malu?
      • Lembaran baru...akan berjaya kah?
      • Mesra rakyat...
      • Salam...
      • Tak kan la PRK lagi kot?
      • Betul ker?
      • Benarkah? - Anwar paksa pelajar UNISEL masuk PKR...
      • Wajarkah Kerajaan Perpaduan?
      • Reid Commission - The Original Document! POLITICAL...
      • Husam yang kalah...
      • TAKSUB punya hal terus dapat jadi HERO!!!
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ▼  June (20)
      • Debat yang dicadangkan...buang masa sahaja!
      • Dan calon-calon nya adalah...
      • Tok Guru ajak DS Najib debat!
      • Peranan Malaysia diiktiraf - Presiden Obama
      • Ada apa dengan Pak Haji ini!
      • Perginya Mikhail aka Michael Jackson...
      • Bila Ambiga bersuara!
      • Pas dan cerekaramanya!
      • Kes ditunda 1 Julai
      • Anwar Ibrahim tak tahu malu?
      • Lembaran baru...akan berjaya kah?
      • Mesra rakyat...
      • Salam...
      • Tak kan la PRK lagi kot?
      • Betul ker?
      • Benarkah? - Anwar paksa pelajar UNISEL masuk PKR...
      • Wajarkah Kerajaan Perpaduan?
      • Reid Commission - The Original Document! POLITICAL...
      • Husam yang kalah...
      • TAKSUB punya hal terus dapat jadi HERO!!!
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.