skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Wednesday, January 16, 2013

Melayu dan Islam sekali lagi dihina!!! Ada Apa Dengan Patrick Teoh???


Lagi kenyataan yang memburukkan Melayu! Apa nak cakap Melayu Islam puak-puak Perosak Rakyat??? Patrick Teoh di laman Facebook nya terang-terangan MENGHINA Melayu dan Islam. Thanks to Cucu Tok Selampit atas artikel yang dikongsikan ini.

Patrick Teoh telah mengkritik kepimpinan PAS di Kedah atas isu garis panduan 1 Malaysia Chinese New Year Celebration 2013. Awekz lihat, kritikan itu sebagai sesuatu yang biasa apatah lagi dengan zaman kebangkitan segala jenis demonstrasi, segala jenis perhimpunan dan semua yang berkaitan dengannya namun itu bukanlah satu kebenaran untuk Patrick Teoh menghina Islam dan Al-Quran!!!


Ekoran posting Patrick Teoh di atas, kemarahan timbul dikalangan orang Melayu sehingga beliau menarik balik kenyataan yang telah dibuat. Ikuti kisah selanjutnya di sini: Kenyataan Patrick Teoh

Awekz: Mesti puas hati Melayu puak-puak PR terutama yang menyertai HKR - KL112 tempohari. Terang-terangan DIHINA buat sekian kalinya...Fikir-fikirkan dimanakah maruah kita???



Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:06 PM 1 comments

Monday, January 14, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR KL 112) BERJAYA - Hidup DAP!!! Takbir!!!


Credit to Isu Politik Semasa

Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112, Sabtu lepas memang dah ramai yang cover program tersebut. Ada yang kata jumlah yang berhimpun mencapai 45k, ada juga yang kata 30k berdasarkan kapasiti kawasan perhimpunan dan ada juga yang sebaliknya. 

Awekz pun sebenarnya tak ada perasaan ingin tahu pun dengan jumlah sebenar yang berhimpun apatah lagi dengar - dengar majoriti yang berhimpun orang Melayu. Jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain, amatlah jauh perbezaannya. Menataliti Melayu kah yang menjadikan kita bertelagah sesama sendiri sedangkan bangsa lain bertepuk tangan dengan apa yang terjadi. Amat menyedihkan!!!

Apapun, Awekz cuma nak kongsikan gambar-gambar sekitar yang menarik berkaitan dengan HKR KL112. Kita tengok, kita fikir dan cuba rumuskan. A picture is worth a thousand words kata orang dulu - dulu. 





Bas - bas yang dikhabarkan membawa puak-puak HKR KL 112



Melayu Lembu katanya!!! Congrats to Melayu-Melayu PR atas penghinaan yang korang dapat! 


Solat tapi lain - lain kiblat? Apa cer??? Credit to Lawyer Garang

Awekz: Kita cuma boleh melihat dan seharusnya menilai, apa yang baik dan yang buruk. Tepuk dada tanya Iman, perlukah semua ini dilakukan??? Fikir-fikirkan...Buat semua pejuang-pejuang alam maya, teruskan perjuangan. Yang benar seharusnya didedahkan...In shaa Allah, kemenangan di pihak kita. 


Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:28 AM 9 comments

Thursday, January 10, 2013

Ada Apa Dengan Tun Dr. Mahathir...

Tersentuh hati Awekz ketika membaca posting dari page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad ini. Kisahnya semasa Tun menarik diri dari semua jawatan. 


Sudah tentu ramai yang sudah mengetahuinya. Kisahnya seperti di bawah dan sudah tentu, sharing is caring bukan? 




Ketika Tun Dr Mahathir meletakkan jawatannya, semua orang termasuk isteri dan anak-anak dia tak tahu mengenai keputusan yang mengejutkan itu. Ini kisah Dato Mukhriz ketika itu


Dato Mukhriz ketika itu berada di LONDON, sebelum ke Cuba untuk berjumpa Fidel Castro …
“Ketika bapak saya umum perletakkan jawatan, ada seorang sahabat saya call…


“Bapak u letak jawatan!” Mukhriz tanya “Ha?Bila?” Sah
abat dia menjawab “Ni la ni, kat dewan tengah kecoh ni, u dengaq tak riuh rendah ni”


selepas itu, Mokhzani Mahathir call saya , “Jap, ni nak pi tarik dia (Tun M) masuk dalam bilik sat”


Mokhzani pas telefon kepada Ayahandanya…


Mukhriz : “Apa bapak umum tadi?”


Tun M : “Bapak letak jawatan”


Mukhriz : “Letak jawatan daripada apa?”


Tun M : “Semua lah, Perdana Menteri, presiden parti”


Mukhriz : “Pasai apa?”


Tun M : “Dah lama sangat dah, 22 tahun cukup kot”


Mukhriz : “Pak, sebenaqnya orang Melayu masih perlukan bapak, bagi tunjuk ajar, nasihat , tunjuk pada depa mcm mana nak berjaya”

*************************************

Tun M : dengan spontan menjawab “Tak, depa dah tak dengaq dah cakap bapak, bapak dah merayu, dah berdoa,dah menangis atas pentas pun, tak jadi jugak, jadi bapak ingat dah cukup kot”

***************************************

Mukhriz : “Tak pe bapak relaks dulu. Fikir masak-masak”



Sejam dua lepas tu , barulah Mokhzani call cakap “Hang relax, teruskan perjalanan hang dulu, nanti hang balik kita cakap ”

__________________________________________

Sahabat, boleh tengok tak, kenapa Tun Dr Mahathir letak jawatan sebenarnya? Kerana , MELAYU tak pernah berubah… Besarnya hati seorang Negarawan ini.


Awekz: Masih teringat-ingat ketika kepimpinan Tun dahulu...siapapun tidak berani mempersoalkan, apatah lagi untuk membuat huru-hara. Tun tetap menjadi Idola saya serta keluarga. Memang benar kata Tun...sampai dulu, kini dan selamanya "Melayu Mudah Lupa"...

Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:03 AM 7 comments

Wednesday, January 9, 2013

Hell to ISLAM, Hell to MALAYS??? Apa tindakan???


Awekz sampai kini masih tak berpuas hati dengan penggunaan isu kalimah Allah yang telah dibenarkan oleh PR (Perosak Rakyat). Lebih-lebih lagi PAS dan Melayu, Islam PKR. Belum pun lama isu penggunaan kalimah Allah ni, dalam meronda-ronda ke blog kawan-kawan, sesuatu yang 'kena' pada puak-puak Melayu, Islam PR ni. 

Thanks to bro Anak Seberang atas artikel ini. Mungkin dilihat 'kecil' dan mugkin juga bagi sesetengah pihak tidak penting, tapi bagi Awekz amat terkesan. Kerana apa? kerana Awekz orang Melayu yang beragama Islam!!!


Cuba lihat gambar di atas, apa perasaan korang bila Melayu yang diperkatakan!!! Rasis ke Awekz untuk mengatakan, bila Melayu digelar BABI sedangkan Cina juga lah yang makan BABI!!! Rakan - rakan PR tak nak komen ke, melihatkan apa yang diperkatakan??? Atau ini juga seharusnya dibiarkan kerana kalimah Allah juga telah korang perdagangkan apatah lagi jika hanya Melayu yang diperkatakan. Tak begitu kawan-kawan???

Awekz: Inilah akibatnya apabila yang tidak boleh dibolehkan. Baru sikit je ni kawan-kawan, bayangkan apa lagi yang boleh terjadi. Mohon dijauhkan, dipanjangkan kemanan yang telah lama kita kecapi. Agak-agak ada sesiapa yang berani nak pertahankan Melayu dan Islam itu sendiri kerana sudah sejauh ini kita diperlakukan? Fikir-fikirkan, bangkitlah kawan-kawan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:54 PM 0 comments

Ada Apa Dengan Nizar dan Ceramahnya - 3000 orang hadir???



Siapa kata Nizar royan dah hilang taringnya...dah hilang popularitinya...semalam, di Pengkalan Barat Station 18, Nizar royan telah mengadakan sesi jelajah ceramahnya...Awekz dengar-dengar lebih 3000 orang membanjiri ceramah tersebut. Perghhh, bukan besar pun kawasannya tetapi mampu menarik seramai lebih kurang 3000 pengunjung.

Sesi ceramahnya semalam turut diselitkan video pimpinan UMNO yang juga pernah meroyan suatu ketika dulu. Cukup Awekz tak paham dengan para pemimpin sekarang ni. Mungkin stress agaknyer menjadikan mereka kadangkala hilang kawalan terhadap kewarasan. 

Tapi apa yang lebih mengejutkan, Nizar semalam dalam sedar tak sedar akhirnya membuka pekung sendiri. Nizar mengaku meluluskan projek BALAK kepada pemimpin UMNO yang terikut dengan royannya suatu ketika dulu!!! Ikuti cerita selanjutnya di Budak Sri Kinta


Awekz: Tiba - tiba Awekz confused...3000 or 300 orang sahaja??? Tepuk dada, tanya selera. Fikir - fikirkan...Thanks to Budak Sri Kinta for sharing this up. 





Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:52 AM 2 comments

Sepakat membawa berkat kata PR (Perosak Rakyat)




Congrats to kepimpinan Melayu dan Islam PR yang masih lagi bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible. Mesyuarat kepimpinan PR telah memutuskan penggunaan kalimah Allah boleh oleh penganut agama Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan. Ada sesiapa yang boleh terangkan kepada Awekz definisi tidak disalah gunakan? Bukankah penggunaan itu sahaja sudah salah. Kenapa tidak dipertahankan penggunaan kalimah Allah hanya untuk agama Islam yang sudah kita ketahui sebagai agama rasmi Malaysia.

Mesyuarat kepimpinan tinggi PR itu dihadiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam satu sidang media, selepas mesyuarat tersebut PAS konsisten dengan keputusan yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 dimana kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa secara tepat.

Awekz: Walau apapun yang diperkatakan, bagi Awekz kebenaran untuk penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian ini jelas mempunyai agenda yang tersendiri. Memang dengan maksud tidak disalahgunakan, Apabila kalimah Allah digunakan tanpa memahami maksud sebenarnya...apakah yang akan terjadi pada generasi masa depan? Wallahualam, fikir-fikirkan...

Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:25 AM 0 comments

Monday, January 7, 2013

Benarkah Che'gu Bard 'bodoh yang tak boleh diajar, pandai yang tak boleh diikut?'




Sekadar berkongsi gambar ini dengan kawan-kawan semua. Thanks to Anti-DAP Club. Awekz ingatkan, bila diangkat serta dikenali sebagai seorang guru, cikgu, 'teacher' dan semua yang seangkatan dengannya seharusnya mencerminkan keperibadian yang bijak. Sejajar dengan profesion mendidik itu sendiri...

Mungkin juga, 'che'gu Bard' ini di 'hack' akaunnya...almaklumla, alasan yang sebegini sering saja diguna pakai kini dalam menafikan sesuatu perkara.

Awekz: Kesian rasanya bila profesion 'guru' itu sendiri tercalar akibat tindakan segelintir guru seperti contoh 'Che'gu Bard' ini lah. Cakap banyak pun tak guna, fikir-fikirkan lah...Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata sudah tentu buruk padahnya. 
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:23 AM 5 comments

Thursday, January 3, 2013

Ada Apa Dengan Rakyat Negeri Perak???




Selama ni, kita sering disajikan 'surat terbuka' dari rakyat kepada pemimpin tapi hari ini, Awekz nak kongsikan surat terbuka dari rakyat untuk rakyat di negeri Perak khususnya. Awekz melihat, ia sesuatu yang boleh dikongsikan. Apa yang benar kita perjuangkan, apa yang salah kita cuba perbetulkan agar menjadi lebih baik.

Surat terbuka dari DR AIRIL YASREEN MOHD YASSIN di atas isu tanah Ngeh dan Nga yang menjadi perbualan hangat dikalangan bukan sahaja pemimpin, malah rakyat secara amnya. 

Diantara kandungan surat terbuka itu:

Assalammualaikum wbt kepada semua saudara senegeri Teman,

Sesungguhnya, apa yang terjadi dalam sehari dua ini dimana terbongkarnya rahsia kekayaan dan keupayaan kewangan YB Ngeh Koo Ham sehingga beliau mampu untuk menyediakan RM31 juta untuk membeli dan memiliki (secara langsung dan tidak langsung) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) seterusnya pengusahaan tanah pajakan dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas 10,526 ekar, adalah satu rahmat dari Allah SWT; satu petunjuk kepada ‘kita’ menjelang PRU13 nanti.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'petunjuk' itu...JOM kawan-kawan kita baca artikel sepenuhnya di sini SURAT TERBUKA KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK: APA YANG TERJADI AKHIR INI ADALAH RAHMAT ALLAH SWT

Awekz: Kita semua diberikan akal untuk berfikir, mana yang baik dan sebaliknya. Namun, bukanlah menjadi suatu kesalahan untuk menyatakan pendapat dan apa yang dirasakan benar, bukan bersifat peribadi sebaliknya untuk kebaikan bersama. Tidak dirasakan pandangan Dr. Airil ini bersifat rasis atau pesimistik kepada BN dan juga UMNO sebaliknya sesuatu untuk difikirkan dan diambil tindakan oleh semua agar kita UMNO/BN tetap menjadi yang terbaik. Fikir-fikirkan...

Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:59 AM 2 comments

Saturday, December 22, 2012

All the best to Perak! Go Perak Go!!!



All the best to team Perak malam ni untuk final Piala Emas Raja - Raja 2012 - edisi ke 72. Kalau tak salah Awekz dah 22 tahun berlalu Perak pernah menjulang piala tersebut. Apa lagi kawan - kawan Jom kita support team Perak malam ni.


Awekz: Excited nak ke stadium dan memberikan sokongan kepada team Perak malam ni!!! Go Perak Go!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 5:50 PM 2 comments

Thursday, December 20, 2012

Benarkah Ngar Kor Ming KERASUKAN di Sidang DUN Perak?





'Geli'hati pula Awekz tengok si Ngar Kor Ming apabila terang-terangan marah bila dikatakan terlibat dalam SKANDAL Tanah 10,526 ekar sebagai KORBAN untuk jadi MB Perak ~ Betul ker???. Kalau bila menyalahkan atau memfitnah wakil kerajaan, tak ada pula pikir betul atau tidak! Bijak berkata-kata bukan???

Yang pasti, buat si Ngar Kor Ming kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau tak buat, apa nak takut, apa nak meroyan atau kerasukan. Buktikan!!!

Awekz: Credit to Perak Today dan Bro Parpukari untuk rakaman di atas. 
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:57 AM 6 comments

Wednesday, December 19, 2012

Ngar Kor Ming dan Sekupang Dua BERDAMAI???




Ngar Kor Ming dan Sekupang Dua berdamai??? atau Ngar KM meroyan??? Betul ker apa yang Awekz dengar ni... Congrats Bro Sekupang Dua kerana sekali lagi berani tampil dengan pengakuan serta menafikan segala PEMBOHONGAN si Nga di Sidang DUN Perak semalam. Panas hati juga Awekz dengar kenyataan si Nga apabila mengatakan kekanda Awekz di alam maya ni, telah mengaku bersalah, memfitnah dan meminta maaf serta dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. 

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, semua kenyataan yang telah dibuat oleh Nga KM semalam adalah tidak benar sama sekali. Ikuti penjelasan yang terperinci di TEMAN TAK PERNAH MENGAKU MEMFITNAH, MENGAKU BERSALAH ATAU DI JATUH HUKUM MAKAMAH

Awekz: Teruskan perjuangan Bro Sekupang Dua. Berani kerana benar, takut kerana salah. Insya Allah, Allah bersama-sama dengan perjuangan yang benar. 
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:38 PM 3 comments

Tuesday, December 18, 2012

Tanah 10,526 ekar sebagai KORBAN untuk jadi MB Perak ~ Betul ker???


Terkejut Awekz membaca rentetan perjalanan alkisahnya, bagaimana Nizar Royan dipersetujui dilantik sebagai MB Perak. Congrats to bro Pisau.net diatas pendedahan yang memang TERBAEKKK la bagi Awekz. 

Diceritakan, alkisahnya sebuah syarikat iaitu Upadaya Plantation Sdn Bhd yang hanya ditubuhkan setelah Nizar Royan dilantik menjadi MB Perak pada tarikh lahirnya yang ke 51 pada 51 Mac 2008. Lebih 'da bomb' bila Ngeh dan Nga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat tersebut.  


Didedahkan, syarikat Upadaya Plantation Sdn Bhd yang mungkin bagi Awekz tak berapa nak upaya, telah diberikan tanah seluas 10, 526 ekar yang dianggarkan bernilai RM30 juta. Amat menggemparkan apabila tanah yang bernilai RM30 juta itu terletak di Relai, Daerah Ciku di Gua Musang, KELANTAN.




Patutlah Lim Kit Siang yang pada mulanya bermati-matian tidak mahu menyerahkan jawatan MB Perak itu kepada PAS akhirnya bersetuju bersama-sama dengan Ngeh, Nga dan CEC DAP Pusat tak sampai dalam tempoh 24 jam. Tahniah pada Tok Nik Aziz kerana tanpa bantuan Tok, belum tentu Nizar Royan dan seterusnya PAS Perak dapat di'boneka'kan oleh DAP.

Untuk cerita yang lebih detail boleh lawat Hot! TANAH 10,526 EKAR SEBAGAI SYARAT NIZAR JADI MENTERI BESAR PERAK ADALAH BENAR.

Awekz: Congrats once again pada bro Pisau.Net atas pendedahan ini. Congrats juga pada Tok Nik yang berjaya membuktikan kesepakatan PAS dan DAP di Perak. Fikir-fikirkanlah...





Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:12 AM 0 comments

Monday, December 17, 2012

Melayu 'MENANG' besar dalam CEC DAP...Tahniah!!!


Kemenangan 'Melayu' Diraikan. Congrats Melayu2 DAP

Wah...sana sini agak kecoh dengan keputusan pemilihan CEC di Kongres DAP yang ke-16 baru-baru ni. Apa yang lebih 'mengejut'kan golongan Melayu yang dikatakan diterima baik oleh ahli-ahli DAP terang-terangan DITOLAK! Tak tau la Awekz sama ada, dah sedar atau tidak mereka ini. Mungkin ada penjelasan lebih baik akibat kekalahan kesemua calon Melayu di dalam pemilihan CEC tersebut.

Sudah terang lagi bersuluh, kaum Cina di dalam DAP bukan mudah untuk menerima Melayu. Zairil Khir Johari yang merupakan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga DITOLAK!!! Hairan Awekz, kenapa senario ini masih tidak dapat dilihat oleh penyokong-penyokong Perosak Rakyat, terutama ahli-ahli PAS dan ahli Melayu PKR. Jangan tertipu kawan, bukan mudah sebuah penyatuan andai sekadar di mulut tapi bukan pada perlakuan dan perbuatan.

Dibawah keputusan semua calon Melayu bagi pemilihan CEC tesebut.

1. Ariffin Omar - 348
2. Ahmad Ton - 347
3. Zairl Khir Johari - 305
4. Zulkifli Mohd Noor - 216
5. Tengku Zulpuri Shah - 121
6. Sulaiman Syed Ibrahim - 98
7. Roseli Abdul Ghani - 39
8. Harun Bin Ahmad - 28

Awekz: Cakap banyak pun tak guna, based on the result above...agak-agak memang Melayu diterima ke? Fikir-fikirkanlah...





Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:16 PM 2 comments

Tuesday, December 11, 2012

Lagi bukti Penipu Rakyat (PR) menipu rakyat...




Sharing is caring, kudos to bro Taiping Central atas artikel nya. Awekz share dengan kawan-kawan lain OK.


1. Kerajaan Pusat Mempunyai Anggota Di Setiap Negeri Dgn Pengarah Jabatan Yg Lazimnya Berrpusat Di Wisma Persekutuan.

02. Gaji Anggota Kerajaan Pusat Di Tanggung Sepenuhnya Oleh Kerajaan Malaysia.

03. Ini Bermakna Menteri Besar & Ketua Menteri Dapat Additional Resources Selain Dari Anggota Penjawat Awam Yg Di Bayar Gaji Oleh Kerajaan Negeri.

04. Kreativiti MB/KM Dlm Mengguna-Pakai Resources Ini Menjadikan Faktor Utama Dlm Memajukan Negeri Yg Di Perintah, Selain Resources Lain Yg Menjadi Asas Pembangunan Sesebuah Negeri & Kemajuan Negara.

05. Umum Tahu Akan Desakan Kerajaan Negeri Kelantan Yg Mahukan Wang Royalti Minyak Dari Petronas Melalui Kerajaan Pusat. Pegawai Kerajaan Pusat Yg Berkhidmat Di Negeri Kelantan Seperti YBhg Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBhg Penasihat Undang Undang Negeri, YBhg Pegawai Kewangan Negeri Kelantan SUDAH TENTU Telah Memberi Nasihat & Pandangan Dlm Isu Tuntutan Royalti Minyak.

06. Alasan Utama Ialah Untuk Kemajuan Negeri Kelantan Yg Mundur Hampir 20 Tahun Di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Yg Di Tadbir PAS.

07. Melaka Tidak Mempunyai Hasil Mahsul Minyak, Balak, Pasir, Bijih & Emas Seperti Kelantan, Namun Melaka Mampu Menjadi Negeri Maju Seperti Yg Di Iktiraf Oleh OECD & MAMPU.

08. Mana Pergi Hasil Mahsul Balak, Pasir, Bijih & Emas Kelantan? Tidakkah Rakyat Kelantan Mahukan Ketelusan Dlm Urus Tadbir Resources Ini?

09. Kenapa Tidak Di Tuntut Royalti Ini Dari Kerajaan PAS Kelantan?

10. Umum Juga Tahu Kes Mahkamah Di Mana Datuk Husam Musa & YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat Terlibat Dalam Merasuah/Mengupah Blogger KICKDEFELLA Utk Menjatuhkan Maruah & Nama Baik Tun Abdullah Ketika Beliau Menjadi PM.

11. Umum Juga Tahu PAS & YAB Datuk Nik Aziz Serta Dewan Ulamak PAS TIDAK MEMBANTAH Malah Menyokong & Bersetuju Dgn Cara Datuk Seri Anwar Ibrahim Cuba/MERASUAH Ahli Parlimen BN Utk Lompat Parti Supaya Agenda 16 Sep 2008 Tercapai.

12. Umum Juga Tahu Kini Laungan Negara Islam, Hukum Hudud & Membangun Bersama Islam Tidak Lagi Menjadi Inti Pati Perjuangan PAS.

13. Pemimpin PAS Sudah Korup & Parti PAS Itu Sendiri Sudah Korup Dgn Pelbagai Isu Yg Melibatkan Tanah Hingga Isteri MB Juga Di Beri Tanah Percuma, Wang Koperasi KOHILAL, Tabung Memali & Royalti Pasir, Bijih, Emas & Balak Kelantan.

14. Mungkin Pada Pengundi Kelantan, Lebih Baik Mengundi PAS Dari BN/UMNO Yg Korup.

15. UMNO Itu Kafir, Gamaknya Kata PAS!! Kalau Kafir Korup Tak Apa, Macam DAP!!

16. PAS Itu Islam, Dan Undi PAS Masuk Syurga, PAS Yg Korup Masuk Syurga?

Awekz: fikir-fikirkanlah...

Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:18 AM 0 comments

Tuesday, November 6, 2012

Congrats Pemuda BN!




Untuk rakan  - rakan yang sedang mencari peluang pekerjaan terutama untuk anak - anak Perak, apa lagi JOM kita beramai - ramai hadir ke PERAK AMANJAYA JOB and CAREER FAIR 2012 yang akan diadakan pada 10 & 11 November 2012 bertempat di DATARAN MBI IPOH dari jam 9.00 pagi hingga ke 6.00 petang. Kehadiran anda semua amatlah dihargai. 




Awekz: Congrats pada Kepimpinan Pemuda BN Pusat dan Perak khususnya bagi program yang akan diadakan ini. Semoga dengan adanya program ini, kadar pengangguran dapat dikurangkan di Perak. Terima kasih Pemuda BN! 
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:24 PM 2 comments

Monday, October 29, 2012

Info 'Leaking' dari Bilik Perang UMNO Perak???



Benarkah apa yang Awekz dengar ni? Info dari bilik perang UMNO Perak 'leaking'? Sejauh mana kebenarannya Awekz sendiri tidak pasti tapi menurut Media Perak. Net itulah yang terjadi. Dengan confident nya berkata demikian sedangkan kesahihannya tidak dapat dipastikan. Diberitakan lagi, MB Perak, YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir akan digugurkan dari menjadi MB dan penggantinya akan ditentukan nanti. Andai benar seperti yang diperkatakan, sila tunjukkan bukti? Sumber dan bukti sahih yang mengatakan maklumat anda dari bilik perang UMNO itu sendiri! 

Bukan sahaja Perak, begitu juga Melaka, Terengganu dan Johor negeri yang turut dikaitkan dengan pertukaran Ketua Menteri dan Menteri Besar masing-masing. Jelas bagi Awekz ini hanyalah strategi puak-puak Perosak Rakyat dalam melaga-lagakan kepimpinan UMNO di negeri-negeri yang jelas kepimpinan mereka diterima rakyat. 

Alahai puak-puak Perosak Rakyat, sudah-sudahlah memburukkan imej Kerajaan kini yang Awekz lihat, jelas mendapat sokongan dari rakyat semula. Salah kah, yang baik dipuji dan yang buruk ditegur, bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya untuk rakyat sendiri. 

Awekz: buat puak-puak Perosak Rakyat, PAKU DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG ANDA YANG LEBIH!!! Fikir-fikirkan



Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:02 PM 0 comments

Wednesday, October 24, 2012

PAS + DAP + PKR = MELETUP!!!





Mampukah Perosak Rakyat menjadi alternatif kepada Barisan Nasional?  Sejak akhir-akhir ini makin terserlah kepincangan di dalam 'ikatan' mereka. Lihat saja di Selangor, krisis air yang semakin meruncing, begitu juga di Kelantan masih lagi berkisar masalah air. Siapa yang harus dipersalahkan? BN kah atau Perosak Rakyat itu sendiri. 



PAS dilihat sudah hilang dari perjuangan asal mereka. Slogan 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negara Kebajikan' hanyalah sebagai pemanis mulut untuk peyokong tegar mereka yang nyata tidak menyedari akan hakikat perjuangan PAS kini. PKR pula, seperti yang diketahui umum hanyalah sebuah parti yang memperjuangkan agenda Penasihat mereka dalam mencapai impian untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia! Jangan dilupa DAP yang chauvinis serta tidak pernah akan menerima Islam sebagai dasar pemerintahan negeri apatah lagi sebuah negara!



Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi. Tepuk dada tanya selera! 

Awekz: Yang indah tidak semestinya baik untuk semua, begitu juga yang buruk tidak semestinya tidak baik untuk semua. Apa yang perlu untuk kita menilai sejauh mana kebaikan atau keburukan itu mempengaruhi kita, bukan sahaja di masa lalu, kini sebaliknya juga untuk masa depan. Fikir-fikirkan!!! 




Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:00 PM 0 comments

Wednesday, October 17, 2012

YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir ~ BERKHIDMAT dan TERUS BERKHIDMAT!


Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Congrats YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir. Apa yang dapat Awekz katakan, jelas memperlihatkan kematangan beliau dalam berdepan setiap cabaran dan dugaan selaku MB Perak. 'SAYA AKAN TERUS BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT' kata beliau ketika diminta mengulas provokasi terkini terhadap dirinya. 

Ekoran kejadian terbaru di Manjung, poster YAB DS Dr. Zambry di 3 lokasi yang berbeza telah disimbah cat merah dipercayai hasil kerja tangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Awekz rasa, mungkin kerana tidak tahan melihatkan kejayaan MB Perak serta barisan kepimpinan yang lain dalam mentadbir Perak. 

Tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, walaupun terdapat tulisan Cina di poster yang telah dirosakkan, beliau berpendapat mungkin ada pihak yang mahu mencetuskan perasaan marah dikalangan rakyat, jelas sentimen perkauman mahu diwujudkan. Beliau juga berkata kejadian seperti itu pernah berlaku di Bagan Serai dan Kuala Kangsar dan ia memberikan kekuatan kepada beliau untuk terus bekerja keras memaju dan membela rakyat Perak. 



Awekz: Kepada setiap pemimpin, teruskan berjuang dan berkhidmat untuk rakyat kerana rakyat kini sudah makin bijak menilai dan seharusnya dapat memilih yang terbaik. Apa yang penting, keikhlasan dalam setiap perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair. Kemenangan pasti milik kita! 



Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:38 PM 0 comments

Tuesday, October 16, 2012

Berani kerana Benar, Takut kerana Salah. Congrats PERKASA!!!


Congrats kepada PERKASA kerana berusaha untuk menegakkan kebenaran, mengambil tindakan yang sewajarnya. Bukan apa, jangan dilihat kita hanya pandai berbicara tanpa sebarang tindakan atau hukuman diambil. 



Satu memorandum telah diserahkan kepada Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM Perak, Lina Harlina Mohd Halim di Pejabat SPRM Meru Raya agar dapat memaklumkan siasatan terhadap aduan atau laporan rasuah yang telah dibuat sebelum ini. Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Saudara Irwan Fahmi, Ketua Wira Perkasa Malaysia. Bercakap kepada media selapas penyerahan memorandum itu, "PERKASA berharap SPRM dapat mengumumkan segera hasil siasatan berhubung kes tersebut kerana sudah mengambil masa lebih setahun". 




Awekz: Berani kerana benar, takut kerana salah! bukan saja PERKASA malahan PEMUDA UMNO juga seharusnya mengambil pendekatan sebegini...



Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:17 PM 2 comments

Monday, October 15, 2012

TIBAI terbaek!!!


Terbaek!!! Itu yang dapat Awekz simpulkan dengan program TIBAI yang diadakan di Dewan Ahmad Said, Sg. Rokam, Ipoh malam tadi. Kehadiran rakyat setempat amatlah diluar jangkaan sehingga bilangan kerusi ditambah lagi untuk memenuhi permintaan semalam.

Yang pasti, dengan sambutan yang menggalakkan malam semalam rakyat sudah pasti dapat menilai yang mana benar dan yang mana tidak. Lebih baik lagi apabila program TIBAI ini dibuat dengan lebih banyak lagi agar Melayu khususnya sedar apa yang telah, sedang dan bakal berlaku!!!

Ikuti kupasan program TIBAI semalam di blog adik-adik seperjuangan Awekz ~TIBAI:LINTAS LANGSUNG DARI DEWAN AHMAD SAID~ dan Laporan liputan Rapat Umum TIBAI di Ipoh, Perak.

Sejurus selapas program TIBAI semalam:



Awekz: Hanya rakyat yang bijak menilai tahu yang mana benar dan yang mana tidak. Sedarlah wahai anak bangsaku, jangan digadai kemerdekaan yang telah sekian lama dinikmati dan yang telah diperjuangkan ini. Fikir-fikirkan...

Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:11 PM 1 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    PAS NK SGT MN, BUBAR JE MASUK UMNO, UMAT ISLAM SELAMAT DARI SESAT
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.