skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Wednesday, May 19, 2010

KAD UCAPAN JUGA DIPOLITIKKAN!!!


Muak sungguh rasenyer nak memperkatakan tentang PAKATAN RAKYAT, tapi demi semangat perjuangan Awekz teruskan jua. Bersempena dengan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei yang lalu, Awekz mendapat berita bahawa Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin oleh YAB DS Dr Zambry Abd Kadir telah menghantar kad-kad ucapan kepada guru-guru di Perak. Tahniah Awekz ucapkan...

Ada juga teman-teman sepejabat yang menceritakan perihal kad tersebut dan Awekz dengar, rata-rata guru-guru yang menerima kad ucapan tersebut merasa terharu serta dihargai. Penghargaan yang sesungguhnya tidak dapat digambarkan. Walaubagaimanapun, Awekz tidak menyangka kad ucapan yang dihantar itu juga turut di POLITIKKAN oleh Pakatan Rosak. Di blog SP di artikel TERIMA KASIH CIKGU, menunjukkan perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap kad-kad yang dihantar.

Dari 40,000 kad yang dihantar, terdapat sejumlah kecil kad yang dipulangkan semula dengan CONTENGAN ayat-ayat yang dapat Awekz simpulkan sebagai BODOH!!! Niat yang murni dibalas dengan perbuatan yang tidak seharusnya dibuat dan Awekz pasti sudah pasti ia perbuatan dari pengikut-pengikut Pakatan Rosak yang BUTA untuk MENILAI.

Cakap banyak pun tak guna, kita diberikan akal untuk berfikir seterusnya menilai, yang mana baik serta yang mana buruk. Bagi Awekz, tidak ada salahnya untuk Kerajaan Negeri serta YAB DS Dr Zambry untuk memberikan penghargaan kepada guru-guru kerana sedar atau tidak kita semua pernah dididik oleh seorang insan yang bergelar GURU. Fikir-Fikirkanlah...

 Buat guru-guru yang pernah mendidik Awekz, tidak terlalu lambat untuk Awekz ucapkan TERIMA KASIH CIKGU...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 6:58 PM 29 comments

Monday, May 17, 2010

SEDARLAH MELAYU!!!

Melayu perlu SEDAR!!! Ekoran keputusan PRK Sibu semalam, Awekz dapat simpulkan bahawa MELAYU PERLU SEDAR!!! SEDAR bahawa kuasa politik semakin terhakis dari genggaman MELAYU! DAP berjaya menembusi kubu BN dan kita perlu rasional, dimana SALAHNYA? Apa SALAHNYA sehingga BN GAGAL mengekalkan KEMENANGAN!!!

Teringat Awekz pada ucapan YAB DS Najib Tun Razak semasa ulangtahun UMNO yang ke 64 pada 11 Mei yang lalu, "Untuk menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, para pemimpin UMNO perlu sentiasa berusaha dan membuat program-program sepanjang masa dan bukannya turun padang hanya pada musim-musim pilihan raya sahaja". MELAYU PERLU BERUBAH...

Kita perlu BERSATU semula sebagaimana mereka BERSATU!!! Tak sanggup rasanya jika MALAYSIA@TANAH MELAYU@MALAYA tergadai!!! Fikirkanlah...


Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:41 PM 7 comments

Monday, May 10, 2010

PERJUANGAN MELAYU MESTI DITERUSKAN!!!


Tidak terlewat Awekz rasa untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB DS Dr Zambry Abd Kadir serta Badan Perhubungan UMNO Perak diatas Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Perak yang julung-julung kali diadakan.



Awekz berkesempatan untuk singgah ke majlis tersebut dan ternyata, sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Dikesempatan ini juga Awekz mengucapkan Selamat Ulang Tahun Penubuhan UMNO yang ke-64 tahun dan semoga UMNO AKAN KEKAL HARI INI, ESOK dan SELAMANYA!!!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:35 PM 3 comments

Friday, May 7, 2010

Tahniah UMNO Perak!!!


Tahniah Awekz ucapkan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak di atas Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan UMNO Negeri Perak Darul Ridzuan yang dijadualkan esok hari, pada 8 Mei 2010.

Majlis yang julung-julung kali diadakan ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli sekaligus serta meningkatkan semangat juang warga UMNO khususnya. TAHNIAH SEKALI LAGI...

PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN-CAWANGAN UMNO NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

TARIKH : SABTU, 8 MEI 2010
MASA : 8 PAGI
TEMPAT : STADIUM INDERA MULIA

DIRASMIKAN OLEH :
Y.B DATO' SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
( Naib Presiden UMNO Malaysia )
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:52 PM 0 comments

Sunday, April 25, 2010

PRK Hulu Selangor


Selamat menjalankan tanggungjawab kepada setiap pengundi yang layak untuk mengundi bagi P094 Hulu Selangor pada hari ini. Diharapkan semua pengundi dapat menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Pada masa yang sama, PR tetap menunjukkan kedegilan mereka dengan arahan yang telah dikeluarkan di mana barong panas tetap didirikan berhampiran pusat mengundi walaupun tindakan telah diambil. Penyokong pembangkang juga masih lagi meraih undi dengan memegang bendera parti dan poster calon pembangkang.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Awekz: Pilihlah calon dan parti yang benar-benar layak untuk berkhidmat kepada anda semua. Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:49 PM 1 comments

Thursday, April 22, 2010

Bukti Anwar Ibrahim MENIPU LAGI...

 

Awekz tak berkesempatan nak update blog sekarang ni lantaran broadband yang kejap ok dan kejap tak ok di sini. Hari ni, broadband ni macam ok. Ini lagi satu cerita yang Awekz dapat dari teman di Ipoh. Terima kasih untuk link yang diberikan.

Anwar Ibrahim terbukti menipu lagi, so kepada semua penyokong yang begitu taksub dengan Anwar Ibrahim ni, diharapkan korang dapat bersabar. Takut-takut bertambah naik pula darah tu nanti. Anwar Ibrahim yang korang sayang pada hakikatnya bukanlah seperti yang digambarkan. Qardhawi Tersinggung Dengan Anwar?

Maklumat terbaru yang diterima,  Dr. Yusof Al-Qardhawi amat tersinggung dengan perbuatan Anwar Ibrahim mengaitkan namanya sebagai ulama yang mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim tidak terlibat dengan perbuatan meliwat.

Untuk cerita lanjut, korang boleh lawat link ini. Yusof Qardhawi tersinggung dengan Anwar Ibrahim



 
  
  
Awekz: Teringat kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Halili...SAYA KELUAR PKR KERANA PARTI ITU MENIMBULKAN RASA CEMAS KE ATAS ORANG MELAYU...FIKIR-FIKIRKANLAH!!!

  


Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:27 PM 8 comments

Friday, April 16, 2010

Majlis Pelancaran Jentera BN Perak


Tahniah Awekz ucapkan kepada BN Perak yang di Pengerusikan oleh YAB DS Dr Zambry diatas pelancaran serta simbolik pelepasan semua jentera bagi menghadapi PRK Parlimen Hulu Selangor P094 semalam. Sambutan yang diterima semasa majlis amatlah luar biasa. Pelancaran dibuat di Slim River di mana Awekz berkesempatan untuk berada di sana.



Dengan simbolik pelepasan tersebut, Awekz harap semua jentera yang telah diberi amanah akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin bagi merampas kembali Parlimen Hulu Selangor. Awekz juga mendapat maklumat bahawa Ketua Zon 2C mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak telah melawat mangsa kebakaran di Kg. Serigala. Bantuan juga telah diberikan kepada mangsa untuk mengurangkan beban mangsa.

Calon BN juga telah dimumkan, tidak kira siapa calonnya, yang penting kini TERUSKAN MISI MENAWAN HULU SELANGOR!!! Buktikan sokongan rakyat telah kembali semula kepada kita!!! Selamat berjuang kepada semua...

Awekz: Semoga semuanya berjalan lancar dan kemenangan akan kembali kepada BN!!!



Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:13 AM 1 comments

Friday, April 9, 2010

Takziah...


Satu lagi PRK bakal ditempuhi dan kali ini di Sibu Sarawak. Ini berikutan kematian Ahli Parlimen Sibu, Dato' Robert Lau yang juga merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan kira-kira jam 11.10 pagi tadi di Hospital Selayang akibat barah.

PRK di Sibu ini akan menjadi PRK yang ke-11 setelah PRK di Hulu Selangor yang dijadualkan pada 25 April 2010.

Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada kepada keluarga mendiang.


Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:58 PM 0 comments

Sunday, April 4, 2010

KONVOI JELAJAH PKR YANG GAGAL!!!


Semalam dalam perjalanan Awekz melawat ke Hulu Selangor, Awekz terima SMS dari seorang teman blogger menyatakan perihal aktiviti PKR. Dikhabarkan, mereka mengadakan satu KONVOI JELAJAH IPOH-GERIK dan diwar-warkan konvoi tersebut akan mengumpulkan ramai pemimpin kanan PKR. Sudah tentu tujuan konvoi tersebut untuk membuktikan bahawa PKR masih lagi relevan disamping menyebarkan fitnah-fitnah baru terhadap Kerajaan BN.

Tetapi, SMS yang Awekz terima amatlah mengejutkan apabila kepimpinan yang dikatakan akan mengikuti rombongan tidaklah seperti yang digambarkan. Bas konvoi yang sempat berhenti di Sg Siput dilihat hanya terdiri daripada 15 orang. Lebih menyeronokkan apabila jelas terbukti bahawa Anwar Ibrahim sudah mula takut dengan bayang-bayangnya, malu dengan kegagalan programnya di Perak tempohari. Kerana itu jugalah, kelibat PENASIHAT PKR ini tidak kelihatan semasa konvoi jelajah semalam.

Awekz: Rakyat sudah menunjukkan kebencian mereka terhadap Pakatan Rakyat terutamanya PKR. The world is not just watching us but the world is watching you too!!!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 8:10 PM 4 comments

Friday, April 2, 2010

Memorandum Dilucutkan Gelaran ADUN Pasir Panjang dan Sitiawan...

 
Pergerakan Pemuda Umno Perak akan menghantar memorandum kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya menarik balik gelaran dan pingat yang dianugerahkannya kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.
 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Saudara Maslin Sham Razman berkata Adun Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Adun Sitiawan Datuk Ngeh Koo Ham didakwa tidak menghormati institusi Diraja dan kemuliaan DUN.
 
Katanya tindakan melampau pembangkang itu dapat dilihat ketika persidangan DUN apabila mereka mencetuskan kekacauan sehingga mengganggu perjalanan sidang dua hari itu. "Memorandum itu yang akan diserahkan selepas solat Jumaat di Istana Kinta esok itu dan Pemuda turut disertai Pemuda BN, NGO serta penyokong kerajaan".
 
"Perbuatan membuat poster, mengejek dan mencela sehingga mencetuskan kekacauan dan mengeluarkan kenyataan berunsur jahat kepada polis adalah kelakuan terburuk," katanya kepada pemberita di sini hari Khamis. Beliau berkata sikap Adun pembangkang itu juga dilihat seolah-olah mengajak rakyat untuk membenci Sultan Perak dan tidak menghormati keputusan baginda melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar. Pergerakan itu turut menyifatkan tindakan Adun Kuala Sepetang Tai Sing Ng yang mengacah untuk memukul Zambry dengan fail dianggap sebagai satu tindakan ganas dan liar.
 
Saudara Maslin Sham turut mendesak Speaker DUN Datuk R.Ganesan selaku Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri mengambil tindakan tegas terhadap pembangkang dan berharap rakyat dapat melihat tindakan itu yang mementingkan kepentingan peribadi dan bukan berjuang untuk rakyat seperti yang diwar-warkan mereka.
 
Awekz: Awekz rasa jika dilucutkan, akan jadi pengajaran untuk semua ADUN agar tidak bertindak sesuka hati. Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:14 AM 2 comments

Takziah...


Abg Din beramboi baru saja menghembuskan nafas terakhir sekitar 12.30am sebentar tadi..
Kita kehilangan seorang lagi penghibur. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Jenazah ABang Din Beramboi akan disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan (FRIM) sebelum solat Jumaat esok!

Al-Fatihah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:48 AM 1 comments

Wednesday, March 31, 2010

Sidang DUN berubah wajah...


Semalam sana-sini mengatakan Sidang DUN Perak kali ini, berbeza dari kebiasaan. Jika ada huru-hara, hanya merupakan gangguan kecil semasa sidang berlangsung semalam. Awekz sangkakan panas hinggat ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Ingatkan ADUN Pembangkang dah benar-benar berubah dan tahu apa yang perlu dilakukan di dalam dewan, tetapi sayang seribu kali sayang, pembangkang masih lagi 'bodoh' dan tak tahu apa yang perlu diperjuangkan. kalau dah suka sangat buat DRAMA, jadi jer PELAKON...Tak perlu jadi ADUN!!!

Dah jadi macam 'CIRCUS' dewan sidang hari ini, bila ADUN PEMBANGKANG dah mula MEROYAN SEMULA. ADUN KUALA SEPETANG hari ini bertindak lebih dari biasa apabila melakukan percubaan untuk menampar YAB DS Dr Zambry. Cuba tanya pada diri korang, apa yang diperjuangkan untuk RAKYAT. Yang Awekz nampak, perjuangan MEMFOFULARKAN DIRI korang adalah!!!



Terjerit-jerit di dalam dewan, memang macam orang hilang akal. Meroyan tak tentu pasal. Kepada anda-anda yang menyokong pakatan rakyat ni, tak nampak lagi ker perangai ADUN-ADUN kesayangan korang. Lepas meroyan tak dilayan, buat pulak PC. Negara dah tak aman, hanya disebabkan polis menjalankan tugas. lepas tu siap nak bawa ke mahkamah. Nak tarik pula simpati rakyat. Buat ADUN Pembangkang, apa korang ingat itu saja ke bidang tugas ADUN...Fikir-fikirkan!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:01 PM 8 comments

Tuesday, March 30, 2010

ADUN YANG KURANG AJAR!!!




Apa nak jadi la dengan ADUN Pakatan Rakyat ni, sudahla tak habis-habis dengan meroyan ditambah pula dengan perilaku yang sememangnya tak menggambarkan kematangan. Bila dikatakan bersifat kebudak-budakan, sudah pasti dinafikan. Namun, itulah hakikat yang dilihat.

Berita dari kawan-kawan bloggers yang berada untuk melaporkan berita semasa SIDANG DUN berlangsung menggambarkan bahawa mereka jelas berpura-pura. Diberitakan, sebelum keberangkatan masuk DYMM Pemangku Raja Perak. Semasa bacaan doa pembukaan dewan dibaca kesemua YB dan tetamu yang hadir telah memberikan penghormatan dan berdiri seketika semasa ia berlangsung.

Walaubagaimanapun, sikap seorang YB dari Pakatan Rakyat telah membuktikan kebiadapan ADUN Pakatan Rakyat dengan tidak berdiri seterusnya tidak menghormati  bacaan doa yang telah dibuat. Telah jelas, Pakatan Rakyat tidak menghormati sensitiviti sesuatu kaum. YB yang Awekz maksudkan adalah YB Kuala Sepetang, YB TAI SING NG.

Juga Awekz sertakan video yang menunjukkan kegilaan SIVAKUMAR di Sidang DUN Perak sebentar tadi.


Awekz: Memang benci dan meluat melihatkan perilaku ADUN Pakatan Rakyat yang tidak kena pada masa dan tempatnya. Untuk apa sekalipun, biarlah BERPADA-PADA!!! Awekz juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada bloggers Selamatkan Perak, Pro Melayu serta ramai lagi yang memberikan maklumat kepada Awekz sepanjang SIDANG DUN Perak ini.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:33 PM 2 comments

SIDANG DUN PERAK DITANGGUHKAN DAN AKAN BERSAMBUNG ESOK...


- Berita terkini yang Awekz terima, SIDANG DUN telah ditangguh persidangannya. SIDANG DUN akan
  bersambung esok hari pada pukul 10.00am.

- Sebaik saja DYTM Raja Muda berangkat meninggalkan Sidang DUN, Nizar Jamaluddin yang masih lagi
   mengejar jawatan MB Perak serta ADUN Pembangkang yang lain telah melakukan provokasi terhadap
  YB Speaker serta YB DS Tajol Rosli.


Awekz: Diharapkan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku, almaklumlah, puak-puak giler kuasa ni memng sukar dijangka apa yang telah dirancang oleh mereka. Fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:11 AM 1 comments

YEAY...YEAY... SIVAKUMAR KENE TIPU RUPANYA!!!


Nak tergelak pun ada, nak termuntah pun ada bila melihatkan Sivakumar yang tak hilang-hilang lagi MEROYAN dia. Tambahan setelah menerima surat jawapan kehadiran dari seorang ADUN BN melalui faks dan juga melalui snail mail...

Dari sumber yang Awekz terima, ia sememangnya dirancang untuk melihat sejauh mana kegilaan dan kegembiraan Sivakumar setelah menerima surat jawapan tersebut. Tambahan pula, surat diterima dari bekas MB Perak, YB DS Tajol Rosli. Seperti yang dijangka, bertambah giler Sivakumar lantas menyatakan dirinya diiktiraf sebagai Speaker yang sah...Mimpi yang indah rupanya hanya merupakan MAINAN TIDUR si SIVA disiang hari.

Apa yang menghairankan Awekz, walaupun Si SIVA ni dah ternyata MEROYAN nyer, sayang seribu kali sayang, masih lagi tiada tindakan terhadap dirinya. Bukan sekali dua, malah berjuta-juta kali mengakui dirinya sebagai speaker yang sah walaupun sebenarnya TIDAK SAH. Tiada tindakan yang diambil. Mana semua POLIS di Malaysia ni. Nak kata gaji tak cukup, Awekz rasa baru je semua gaji dinaikkan.

Lebih menghairankan, Kes Penyamaran Setiausaha Sulit kepada Sultan Kelantan dapat pula diselesaikan dengan cepat. Dimana rasionalnya atas tiada sebarang tindakan ke atas SIVAKUMAR. Terlalu kebalkah dia sehingga ke hari ini masih tiada sebarang tindakan diambil. Cakap banyak pun tak guna, apa yang lebih PENTING fikir-fikirkan, SAMPAI BILA?

Awekz: Jangan sampai umum hilang pula kepercayaan ke atas POLIS Malaysia. Dikatakan POLIS merupakan PRO BN atau mungkinkah kini POLIS sudah PRO PAKATAN RAKYAT...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:17 AM 2 comments

PERASMIAN SIDANG DUN PERAK 2010

9:00 am : Di pintu pagar SUK dengan kehadiran peyokong dari kedua-dua pihak.

9:00 am : Di Perkarangan SUK, Kelihatan ADUN BN yang telah mengambil tempat manakala ADUN pembangkang masih lagi tidak kelihatan.

Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:39 AM 2 comments

LIVE DARI SIDANG DUN PERAK

Live dan terkini dari SIDANG DUN Perak...

- ADUN-ADUN Pembangkang telah pun berkumpul di perkarangan SUK.

- Mereka dilihat berjalan masuk secara berkumpulan ke tempat perasmian SIDANG DUN.

- Keadaan di luar pagar dengan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat berkurangan dari kebiasaan,  
  walaubagaimanapun, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat ini sedang hebat melakukan PROVOKASI.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:06 AM 2 comments

YB AB YUNUS JAMHARI MENGHILANGKAN DIRI...


 
Dikejutkan dengan SMS dari rakan-rakan bloggers, hebat diperkatakan, ADUN Kuala Kurau, YB AB. YUNUS B. JAMHARI akhirnya mengikut jejak langkah YB Parlimen Bagan Serai untuk menjadi BEBAS. Bebas dari segala politik kotor PKR seterusnya Pakatan Rakyat.

Dikhabarkan, YB YUNUS tidak dapat dikesan serta gagal dihubungi, malahan ahli keluarga beliau turut enggan memberikan kerjasama bagi merungkaikan persoalan ini. Keadaan ini, meyakinkan Awekz akan kesahihan khabar angin ini,
 

Awekz juga turut menghubungi kenalan rapat di dalam PKR dan jelas kepimpinan PKR Perak khususnya turut berusaha untuk mendapatkan YB YUNUS apatah lagi SIDANG DUN dijadualkan hanya beberapa jam sahaja lagi. Kehilangan YB YUNUS ini, menambahkan lagi kemelut kepimpinan PKR lebih-lebih lagi setelah isu KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI di PKR Cabang Ipoh Barat semalam.
 

Sekiranya berita ini benar-benar sahih, maka SIDANG DUN Perak pada pagi nanti akan mencatatkan sejarah dengan sendirinya apabila ADUN BEBAS di Perak telah menjadi 4 orang. Sama-sama kita nantikan pagi nanti, adakah YB Yunus yang juga merupakan KETUA PEMUDA AMK Negeri Perak ini akan hadir seperti yang telah dijanjikan. Awekz juga mengharapkan semoga SIDANG DUN Perak kali ini tidak akan dicemari dengan tingkah laku yang tidak seharusnya dilakukan kerana RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN DRAMA yang ditunjukkan. SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA...Fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:43 AM 0 comments

Sunday, March 28, 2010

LEBIH RAMAI KELUAR PARTI...PKR SEMAKIN SEPI!!


Terkejut atau pun sudah dijangka bahawa PKR akan dikejutkan dengan pelbagai masalah dalaman yang kini dikeluarkan satu-persatu. Semalam Awekz mengeluarkan video yang telah ditunjukkan sendiri oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat tentang sifat racist Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat.

Mungkin juga tercetus dari video kontroversi HINDU PARIAH itu, lagi satu KEJUTAN buat Anwar Ibrahim serta kepimpinan tertinggi PKR yang lain apabila ramai ahli mereka akan bertindak KELUAR PARTI pada esok hari. Hasil daripada hilangnya kepercayaan mereka terhadap KEPIMPINAN PKR.

Untuk cerita lebih lanjut, 700 AHLI KELUAR PARTI!!!

Awekz: Cakap banyak pun tak guna, BUKTI ini jelas menunjukkan PKR sudah semakin DIBENCI RAKYAT!!! Fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:57 PM 1 comments

Saturday, March 27, 2010

Hangat dan terkini...PKR RACIST!!!

Terkini dan sedang hangat diperkatakan di Ipoh, lagi bukti menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidaklah seperti yang digambarkan. Awekz mendapat perkhabaran dari seorang teman blogger, akhirnya terbukti bahawa Parti Keadilan Rakyat 'RACIST'.

Gambar ini menunjukkan beberapa orang ahli PKR sedang menayangkan video yang memainkan sensiviti kaum India dengan mengatakan HINDU PARIAH!!!



PKR kata HINDU PARIAH!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 5:02 PM 5 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    MELAKA JANGAN TERLEWAT
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.