skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Monday, May 28, 2012

Nik Aziz mahu PM Bukan Melayu???



Kalau minggu lepas Awekz bercerita tentang pengganti Nizar Royan, hari ni nak bercakap pula soal PM. Selama ini, PM kita adalah seorang Melayu yang beragama Islam dan sudah pasti semua tahu dengan hakikat itu. Tapi kini, senario yang berlaku berbeza. Sudah terdengar ada yang mahukan PM bukan Melayu malah Nik Aziz yang merupakan pemimpin seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam seperti sudah merestui PM bukan Melayu...

Ingatkah kita, suatu ketika dulu pemimpin utama DAP, Karpal Singh pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam??? Kini, setelah hampir 20 tahun, PAS akhirnya membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam. Tanpa perlu melangkah mayat Karpal Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja.

Lalu, terbiar begitu sahajalah negara Islam, 'hukum hudud' yang hendak diperjuangkan, begitu juga dengan isu Kalimah Allah yang dipermainkan serta hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang sering dipersoalkan. Kerana apa terbiar??? Bukan kerana apa, sebaliknya lebih kepada kesamarataan dan keadilan. Lebih parah, kini Karpal Singh sekali lagi buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kata Karpal Singh, "Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini".

Respon Nik Aziz pula seumpama melepaskan batuk di tangga, rasanya tidak salah untuk kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu. Harus diingat, untuk menguasai pemerintahan negara secara majoriti mudah, pembangkang hanya memerlukan 112 kerusi daripada keseluruhan 222 jumlah kerusi Parlimen. Sekiranya 40 kerusi parlimen pembangkang itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR bukan Melayu, tentu saja impian DAP mudah tercapai. 

Awekz: Tak dapat nak bayangkan andai hasrat PM bukan Melayu ini tercapai...Mohon dijauhkan dari kenyataan kerana Awekz sayangkan keamanan yang dah lama dikecapi dan tak sanggup rasanya bila Tanah Melayu, Malaysia tanahair tercinta ini akhirnya diterajui oleh Bukan Melayu. Anda mahu??? Ingat kah anda pada impian DAP jika menang pilihanraya??? Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:46 AM 5 comments

Thursday, May 24, 2012

Fauzi Shaari Bakal Ganti Nizar Royan???



Dua tiga hari ini, nama Fauzi Shaari meniti dibibir orang ramai apatah lagi dikalangan penyokong PAS terutama di Perak apatah lagi setelah disebut-disebut bakal menggantikan Nizar Royan. Umum juga mungkin sudah mengetahui, Fauzi Shaari ataupun lebih dikenali sebagai bekas Pengarah Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari...

Apa Motif Fauzi Shaari Menyertai PAS? Mampukah penyertaan beliau di dalam PAS sedikit sebanyak memperbaiki imej BURUK polis dimata penyokong tegar Perosak Rakyat. Sudah pasti, hak peribadi sesiapa sahaja untuk memberi sokongan serta menyertai mana-mana parti yang dirasakan tepat untuk dirinya. Namun yang menjadi persoalan kepada Awekz, jika benar sekalipun PAS pilihan terbaik baginya, 
janganlah bagi kenyataan kononnya kemasukannya ke dalam PAS setelah yakin yang dirinya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah.  Apakah dia bermaksud semua pegawai polis yang masih berkhidmat dan telah bersara tapi tidak menyertai PAS, terlibat dengan kegiatan jenayah?

Secara rasminya, Fauzi baru 3 hari menjadi ahli PAS, boleh dikatakan sumbangannya terhadap parti itu masih belum ada lagi.  Tapi satu yang pasti, ‘sumbangan’ PAS terhadap Fauzi semasa mengecam dalam banyak kes-kes jenayah yang melibatkan PAS, terlalu banyak untuk dijelaskan dalam ruang yang agak terhad ini.

Harus diingat, PAS adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan untuk menang pilihanraya dan menubuhkan kerajaan, tidak ada yang berkurang dari itu.  Malah dalam menjayakan cita-cita politiknya, PAS sanggup mengorbankan Islam seperti ketika menggugurkan negara Islam dari perjuangan PAS dan cadangan menggantikan Islam dalam perlembagaan kepada Addin.

Mampukah Fauzi Shaari mengubah pandangan negatif penyokong tegar Perosak Rakyat kepada sesuatu yang positif? Adakah Fauzi Shaari benar-benar merasakan PAS merupakan parti yang mampu mendokong agama Islam walapun jelas membuktikan mereka menolak perpaduan ummah! atau mungkinkah penyertaan Fauzi Shaari lebih bermotifkan kepentingan peribadi seperti mana ramai artis-artis yang sudah tidak popular mencuba untuk meraih populariti dengan cara yang lain pula...

Awekz: Tiba-tiba teringat si Aishah yang dah tak berapa nak popular yang dah join PAS, teringat pula si Dayangku Intan yang juga menyertai dan memberikan sokongan kepada PKR...Alahai amat menyedihkan dan banyak lagi nama lain yang boleh disebut, tapi cukuplah...Amat menyedihkan!!! Fikir-fikirkan...


Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:02 AM 10 comments

Wednesday, May 23, 2012

Nizar Royan bakal diganti???


Betul ke cerita yang Awekz dapat dari Bro Parpukari ni??? Dengar-dengar Perosak Rakyat di Perak dah ada bakal MB baru untuk menggantikan Nizar Royan... Kalau betul lah ceritanya, sudah pasti meroyan lagilah si Nizar. Silap2 entah apa lagi yang akan di'tweet'kan untuk tatapan umum, lebih-lebih lagi kepada pengikut setianya. Ada pengikut setiakah???

Menurut artikel dari bro Parpukari "PAS Perak dah memang bengang gila dengan si Nizar ni sebab sebagaimana yang kita semua tahu, Nizar lebih setia kepada DAP dari PAS sendiri. Perkara ini semua orang PAS tahu, sebab tu masa brader lembut gila projek nak keluar UMNO, Nizar cadangkan dia masuk DAP!" 

Kisah selanjutnya, kawan-kawan boleh baca di sini GEMPAR BERAPI! PAKATAN PERAK DAH DAPAT BAKAL MB BARU! HABIS LA KAU @mbnizar ...

Awekz: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!!! Sambil berfikir macam mana la si Nizar Royan ni meroyan nanti bila dapat tahu nasibnya di Perak indah khabar dari rupa!!! Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:12 PM 1 comments

Muzakarah Dalaman PAS...



Muzakarah lagi??? Sudah agak bosan Awekz mendengar tatkala isu yang sama dimainkan, tambahan bila PRU 13 semakin menghampiri. Namun seperti kebiasaannya, akan terjadila mainan tarik tali, sekejap hendak, sekejap tak hendak dan kemudian salahkan UMNO.    Lepas itu, diam sekejap bila disergah DAP, dan salahkan UMNO lagi.  Bila pilihanraya makin hampir, timbul lagi dan kemudian salahkan UMNO lagi.  

Mampukah PAS untuk 'survive' dalam Perosak Rakyat? Pengumuman Hadi Awang untuk tidak bertanding lagi seolah-olah bukti yang PAS sudah kehilangan semangat, buntu dan kecewa.  PAS menjadi mangsa kerakusan dan ketakburan serta kebodohan pemimpin-pemimpin sendiri.   

Melayu di dalam PAS ada yang berkiblatkan Anwar Ibrahim, ada yang berkiblatkan Syiah, Komunis, ada yang masih bermimpi berada di zaman Dato’ Asri, ada yang Wahhabi, dan ramai lagi yang buta tuli – tidak sedar Negara Islam telah dibuang dari perjuangan, tidak sedar membontoti belakang peliwat dan tidak kesah menyembah Dewi Murtad dan LGBT, Ambiga Sreevanesan.  Bukankah itu sudah cukup membuktikan bahawa PAS sendiri berpecah seribu.  PAS sendiri memerlukan muzakarah dalaman. 

Jika difikir secara logik, idea muzakarah ini juga nampaknya dibuat tanpa bermuzakarah.   Kerana itulah Hadi cakap lain dan Nik Aziz cakap lain pula.  Soal muzakarah telah dibangkitkan oleh PAS dan demi perpaduan ummah UMNO tetap menghulurkan tangan untuk menyambut tangan Nik Aziz kali ini. 

Namun, Nik Aziz menarik balik tangannya, manakala Hadi Awang pula menyembunyikan terus tangan di belakang.   Lalu, kelihatannya hanya tangan UMNO yang masih terhulur dan dijadikan momokan oleh Nik Aziz konon UMNO yang terdesak terhegeh-hegeh inginkan perpaduan dengan PAS.   

Apa yang lebih menyedihkan ialah ketegasan Nik Aziz mempertahankan perpecahan ummah walaupun ketika membincangkan soal muzakarah.  

Kata Nik Aziz, muzakarah ini harus berkenaan PAS lawan UMNO dan tentang kenapa UMNO lawan PAS dan bukannya tentang  perpaduan malah beliau mengulangi buat kesekian kalinya pendirian untuk tidak sekali-kali menyokong perpaduan ummah antara PAS dengan UMNO.  

Awekz: Wajarkah seorang Ulama, Tok Guru atau Mursyid bersungguh-sungguh menentang perpaduan ummah apatah lagi bila usaha ke arah perpaduan dipersendakan...Fikir-fikirkan...



Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:50 PM 2 comments

Tuesday, May 15, 2012

Nizar kantoi lagi???

Nizar kantoi lagi??? Huhu, tak habis-habis nak menipu akhirnya terjerat diri sendiri. Nak cakap banyak pun tak guna Awekz rasa, nilaikanlah sendiri. Tapi yang Awekz pasti, mesti golongan pencacai juak-juak Perosak Rakyat akan katakan, video ni edit. Kelas sangat kan...Apapun, ENJOY!!!



Awekz: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:14 AM 1 comments

Saturday, May 5, 2012

Derhaka kah Azmin???


Sesuatu yang kita perlu tahu tentang Azmin. Rasionalkah tindakannya? 

Apabila ibu kita mengatakan hatinya hancur kerana perbuatan kita. Derhaka kah seorang anak itu apabila air mata seorang ibu mengalir kerana nya???

Ikuti kisahnya dibawah:


” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.

Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.

Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.

Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.

Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

Ikuti sambungannya di sini: Azmin dan Ibunya

Awekz: Syurga itu ditelapak kaki ibu. Begitu juga dengan adik beradik darah daging kita...Air yang dicincang takkan putus...Dunia mungkin kita boleh lepas tapi di akhirat kelak, nantikan balasannya!!! Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 8:54 PM 0 comments

Friday, May 4, 2012

POLIS dan Akhbar CINA...



Masih lagi membicarakan BERSHIT 3.0...tak habis-habis lagi isu keganasan POLIS dimainkan. Sentimen perkauman juga jelas dimainkan oleh puak-puak Cina pembangkang namun masih tidak disedari juak-juak Melayu di dalam Pakatan Rosak. 


Hari ini, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming Daily dan Oriental Daily telah menggelapkan akhbar mereka sebagai menandakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia bagi membantah keganasan yang dilakukan terhadap pihak media ketika BERSIH 3.0. Dapat dilihat dengan jelas, akhbar-akhbar Cina amatlah positif kepada pembangkang sehinggakan mereka terang-terangan menghasut pembaca untuk mempercayai bahawa korupsi berleluasa di dalam BN serta kejam kerana tiada kebebasan media di Malaysia. Andai benar seperti di kata, sudah pasti tindakan diambil terhadap akhbar-akhbar ini. Pendapat Awekz, arahkan saja untuk ditutup bila sudah banyak sangat BUNYI nya!!!


Harus diingat, kekacauan berlaku dan keadaan menjadi huru hara kerana tindakan pendemonstrasi itu sendiri. Diberikan tempat yang lebih baik ditolak dan akhirnya menyalahkan kerajaan. Salahkah POLIS apabila ada diantara mereka yang cedera dipukul dan dibelasah oleh balaci-balaci BERSHITT!!! Salahkah POLIS apabila mereka hanya bertindak untuk mengawal keadaan???


Kenapa tidak dipersoalkan kenapa BERSHIT 3.0 tidak menerima tempat yang ditawarkan?  Kenapa perlu 
menceroboh Dataran Merdeka sedangkan mereka tahu ia telah diharamkan?  Dan kenapa mereka terus merempuh sedangkan mereka dapat mendengar dengan jelas arahan polis agar bersurai? Kenapa mereka perlu melanggar undang-undang?


Kesimpulannya, akhbar-akhbar ini tidak pun berminat dengan punca kekecohan tetapi hanya berminat untuk menghentam polis dan segala-galanya yang berkaitan dengan kerajaan.  Seolah-olah, bagi Sin Chew,  Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming Daily dan Oriental Daily, profesionalisme dan etika atau mungkin juga undang-undang boleh dipersetankan, asalkan mereka dapat menembak sasaran yang amat dibenci mereka, iaitu, kerajaan.


Awekz: Salahkah POLIS apabila rumah anda dimasuki pencuri??? Salahkah POLIS apabila anak anda diculik??? Salahkah POLIS apabila lebih banyak jenayah berlaku pada masa kini??? Kenapa perlu POLIS apabila berlakunya semua yang dinyatakan diatas??? KENAPA??? Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 5:14 PM 3 comments

Perak Cyber Troopers - TAHNIAH!!!



28 April 2012 - walaupun ramai yang mengingati tarikh sebagai hari BERSHIT 3.0 namun Awekz secara peribadi ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelancaran Perak Cyber Troopers yang diketuai bro Sekupang Dua bersama beberapa bloggers yang lain. PCT ini bukanlah hanya bertumpu kepada blogger sebaliknya turut mengumpulkan Facebookers serta Twitterians melahan sesiapa sahaja yang aktif di dunia maya mahupun dari aspek politik, sosial dan sebagainya.

Pada malam itu juga, Perak Cyber Troopers dapat mengumpulkan pelayar-pelayar media ini di dalam satu majlis yang amat santai dan lebih bersifat 'kekeluargaan'. Tahniah Awekz ucapkan kerana pendekatan sebegini perlu berlainan dari kebiasaan. 

Tidak lupa juga kepada individu-individu yang telah memberikan sumbangan, bagi menjayakan Pelancaran Perak Cyber Troopers ini. Terima kasih juga kepada bloggers yang sanggup datang dari jauh untuk menjayakan majlis kami juga. Sesungguhnya jasa kalian amatlah dihargai dan semoga Allah SWT membalasnya. 

Awekz: Kemunculan Perak Cyber Troopers bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan pelayar maya yang ada sebelum ini malahan kami ingin berjuang bersama-sama demi perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Tanahair. 
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:44 AM 0 comments

Wajah BERSHIT yang dikehendaki PDRM...


Berikut adalah wajah-wajah balaci BERSHITT yang DIBURU oleh PDRM pada demonstrasi BERSIH 3.0 yang diadakan 28 April lalu. 



Cuba teliti wajah-wajah tersebut manalah tahu kalau kita mengenali mereka dan yang paling penting, Awekz nasihatkan andai kita mengenali mereka salurkanlah maklumat kepada PDRM untuk tindakan yang sewajarnya!!!



Maklumat boleh disalurkan kepada: 

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur melalui email :
azmiazizi@rmp.gov.my
Atau telefon :
019-2602344
Awekz: Diharapkan apabila balaci BERSHIT ni ditemui, kementerian yang berkenaan jangan hanya siasat...dari dulu hingga kini SIASAT tapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Seperti yang ramai sarankan, andai kata mereka ini penjawat awam - pecat sahaja dari jawatan, andai mereka ini pelajar IPTA - buang sahaja dari IPTA dan bertindaklah dengan sewajarnya. Biar ada AKAL sebelum membuat sesuatu tindakan. Bekerja dan belajar mengharapkan Kerajaan tapi BODOH tak pandai menghargai jasa kerajaan. Fikir-fikirkan!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:10 AM 0 comments

Thursday, May 3, 2012

Hapuskan 3A!!!



BERSIH 3. 0 masih trending di Twitter dan juga FB serta tidak kurang juga di blog-blog baik pro-kerajaan juga pro-pembangkang. Amat menghairankan apabila BERSIH 3.0 yang KOTOR ini sememangnya menarik minat rakyat apatah lagi yang berbangsa CINA. Awekz dapat lihat, ada saja posting berkenaan BERSIH 3.0 baik dari segi gambar, mahupun video serta artikel dalam bahasa Cina. 

Yang jelas, walaupun Kuala Lumpur telah dibersihkan dari sisa-sisa najis peserta dan pemimpinnya. Rata -rata rakyat meluahkan rasa geram yang amat sangat terhadap BERSIH 3.0 yang dilihat sebagai satu perhimpunan yang tidak perlu sama sekali serta berniat jahat atau khianat terhadap negara sendiri.

Perlukah diberi simpati apabila keadaan sebenarnya telah diberikan amaran! Telah diingatkan tentang risiko berdemonstrasi malahan telah ditawarkan tempat yang lebih baik namun semua itu ditolak!!! Sudah pasti mereka berniat untuk mencederakan diri sendiri. 

Kini, walaupun terbukti BERSIH 3.0 gagal sehingga memaksa pihak penganjur dan penyokong memalsukan gambar-gambar bagi menutup malu, mereka sudah pun berangan-angan untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan Awekz pasti Ambiga, Anwar dan Azmin akan berdrama lagi. Ini kerana, pendirian mereka jelas iaitu: sekiranya penyokong mereka tertangkap kerana bertindak ganas, penganjur tidak bertanggungjawab.   Begitu juga sekiranya cedera atau kehilangan nyawa.

Bagi menangani kedegilan mereka ini, kerajaan ada pilihan iaitu membiarkan mereka mengadakan BERSIH 4.0 bagi menambahkan lagi rasa benci rakyat terhadap pembangkang dan Ambiga. Apakah tindakan yang akan diambil??? Duduk dan lihat sahaja lebih banyak keganasan berlaku atau kerajaan boleh menangkap Ambiga, Anwar dan Azmin yang menjadi peneraju keganasan BERSIH 3.0 sekali gus menguburkan impian mereka untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan seterusnya. 

Ini perlu sebagai memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya membuat kerosakan dan menyusahkan hidup orang lain kononnya atas alasan memperjuangkan 8 tuntutan yang mana 7 daripadanya telah pun diluluskan.  Hanya satu sahaja iaitu tempoh berkempen 21 hari yang tidak diterima memandangkan ianya akan membawa lebih banyak keburukan iaitu menjadi antara faktor terjadinya tragedi 13 Mei 1969.

Awekz: Tindakan perlu diambil oleh pihak yang berkenaan. Sampai bila kita perlu siasat, sampai bila kita perlu kaji dan sampai bila kita akan tetap berdiam diri??? Jangan biar rakyat yang menyokong kita akhirnya bosan dengan KERAJAAN hari ini. Fikirkan...





Posted by Awekz Bukit Gantang at 5:08 PM 1 comments

Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 yang BERSHITTT!!!



BERSHITTT 3.0 yang berakhir sudah!!! Tercapaikah agenda Ambingai??? Duduk dan aman konon!!! Tak terkata marah dan bengangnyer Awekz rasakan, semuanya kerana Melayu yang kononnya maju, yang kononnya bersandarkan Islam...Islamkah anda dengan KEGANASAN sedemikian???


Arahan telah dikeluarkan bahawa Dataran Merdeka adalah Haram dijejak oleh BERSIH, tetapi mereka diberikan pilihan untuk duduk di Stadium Merdeka.   Namun, seperti biasa, mereka membantah.  

Mereka tidak mahu duduk, dan tak mahu Stadium Merdeka, mereka mahu berarak dan mahukan Dataran Merdeka juga.   Kerana apa?  Kerana Anwar dan Ambiga mahu mencetuskan keganasan dan mereka adalah umpan untuk dijadikan korban.


Seperti yang kita tahu, matlamat utama BERSIH bukanlah menuntut pilihanraya bersih tetapi tidak mahukan pilihanraya dan ingin menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya.  Ini terbukti melalui laungan ‘Jatuhkan BN’, ‘Mampus PM’, ‘Tumbangkan Kerajaan’ yang kedengaran sekarang ini di dalam perhimpunan. Bukankah bermotifkan politk??? 

Pasti, Anwar dan Ambiga mengharapkan sesuatu yang jauh lebih ganas dari sekadar tawaf keliling Dataran Merdeka.  Mereka membayangkan bangunan terbakar dan lebih baik lagi jika jalanraya Kuala Lumpur bermandi darah dengan mayat bergelimpangan.   Mereka juga inginkan kecurian dan rompakan berleluasa sehingga pihak berkuasa hilang kawalan. Sayang seribu kali sayang, ia tidak menepati IMPIAN kotor mereka. Lebih menggelikan hati, cuma Melayu yang BODOH bersesak berpanas dan pasti orang CINA takkan BODOH sebegitu rupa.

Apalah agaknya yang difikirkan oleh para peserta BERSIH 3.0 ketika berlari-lari, terkinja-kinja mencabar polis di jalanan hari ini.  Jika pemimpin mereka hanya memikirkan Putrajaya, mereka pula fikir mereka hendak ke mana? Untuk merasai pengalaman hidup dalam negara yang hancur?  

Tahukah mereka jika kerajaan benar-benar berjaya digulingkan hari ini maka ekonomi akan merudum dalam sekelip mata.  Tiada pelabur yang akan melabur di negara yang tidak stabil, tiada pelancong yang berani melancong ke negara yang tidak aman, maka kadar pengangguran akan meningkat mendadak dan menurunkan dayabeli rakyat sehingga menjejaskan peniaga dan juga bank-bank.  Rizab negara akan terjejas sehingga memaksa subsidi ditarik balik lalu harga makanan termasuk susu bayi dan barangan lain akan meningkat secara drastik.  Rakyat menjadi resah, marah yang mana akan menyebabkan pemberontakan berterusan lalu menyukarkan lagi usaha untuk memulihkan keadaan.   

Inikah yang peserta BERSIH mahukan apabila melaungkan slogan untuk menggulingkan kerajaan? 

Tahukah mereka betapa bodohnya mereka jika menginginkan sedemikian?    Tapi logik menyatakan bahawa jika mereka tidak bodoh, tidak mungkin mereka akan turun berdemonstrasi, membahayakan diri dan bergadai nyawa hari ini.  

Awekz: Tak ada yang sempurna dan pasti kita berusaha untuk memperbaiki apa saja kekurangan yang ada, namun kita jangan lupa Kerajaan yang ada kini amat berjasa kepada kita dan jangan kerana kebebasan bersuara kelak masa depan kita sengsara. Fikirkan!!!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:28 PM 3 comments

Saturday, April 28, 2012

Ada Apa Dengan Nizar, Anwar dan DS Najib???

Benarkah??? Nizar royan sememangnya berbohong dan tidak bertanggungjawab kata Panglima ATM. Tak habis-habis meroyan rupanyer Nizar ni. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya singgah ke tanah jua. Benarkah Nizar akui memfitnah DS Najib arahan dari Anwar? Sungguh besar konspirasinya!!!

"KUALA LUMPUR, 27 Apr - “Saya selaku Panglima Angkatan Tentera mewakili semua panglima Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu." kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin

"Segala dakwaan dan kenyataan Mohammad Nizar adalah tidak benar dan satu pembohongan." tambah beliau.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menafikan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)." Sambungannya di sini, KL Pos...


Masih ingat fatwa menyesatkan Nizar royan ini? Matlamat mereka sememangnya menghalalkan cara...


Awekz: Berani kerana benar, takut kerana salah!!! Fikir-fikirkan kawan-kawan 
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:11 AM 0 comments

Friday, April 27, 2012

50,000 Mahasiswa JOIN BERSIH 3.0 esok???



Berdebar-debar pula Awekz rasakan menjelang BERSIH 3.0 ni, bukan apa cuma memikirkan juak-juak Pakatan Rosak yang dikudakan sewenang-wenangnya oleh individu tertentu. Lebih menyedihkan, golongan 'mahasiswa' yang merupakan pemangkin masa depan ini dijadikan sasaran!!! Sedangkan Naib Pengerusi DAP sendiri membantah BERSIH ini!!! Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim BANTAH BERSIH 3.0

Dikhabarkan, 'mahasiswa' pro pembangkang BERKEYAKINAN tinggi, diulangi berkeyakinan tinggi untuk mengumpulkan seramai 50,000 mahasiswa untuk bersama-sama menjayakan demonstrasi BERSIH 3.0 esok.

Persoalannya, apakah benar dapat dikumpulan??? Hairan juga Awekz, 'mahasiswa' masa kini ada banyak masa santai agaknyer. Ada masa untuk menyertai demonstrasi, beza benar dengan zaman Awekz dulu...Ada saja assignment yang perlu disiapkan, ada saja tugasan yang diberikan. Mungkin ada benarnya kata rakan-rakan Awekz, 'MAHASISWA MASA KINI' TIADA KUALITINYA!!! mungkin juga lebih baik kini digelar 'Mahasewel'!!! Apapun, Awekz benar-benar tak sabar nak tengok berapa ramai 'mahasewel' yang turut serta esok. Sama-sama kita nantikan...

Awekz: Dari mengikuti demonstrasi ini, bukankah lebih baik di habiskan masa di 'library'. Jangan menyesal dikemudian hari apatah lagi jika ditangkap dan digari!!! Fikirlah adik-adik, tanggungjawab anda yang sebenarnya dan apakah yang anda perolehi dengan menyertai BERSIH ini, apakah yang anda tahu tentang BERSIH ini??? BERSIH sangatkah demonstrasi ini??? Juga lebih baik andai kita bersihkan hati sendiri moga-moga dapat hidayah dari ALLAH nanti. Fikirkanlah!!!



Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:55 PM 1 comments

Thursday, April 26, 2012

Hikayat Anwar Ibrahim???



Ada yang mengatakan Anwar ada 9 nyawa...Benarkah??? Tapi Awekz lebih suka mengatakan semuanya adalah Hikayat semata-mata, bukan Hikayat Merong Mahawangsa tapi hikayat Anwar...Sama-sama kita ingat kembali segalanya...

1. Propaganda Tumbukan Ketua polis

- Anwar telah di tumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan di bunuh oleh pihak polis.

- Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yg memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh di anggap ianya kehilangan nyawa yg pertama bagi Anwar Ibrahim.

- Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yg pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui  Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yg berlogokan sebijik mata sama seperti mata dajjal. Innalillah.

2. Drama Keracunan Arsenik

- Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah di racun dgn racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang2 Dr. Mahathir.

- Wan Azizah, para pemimpin ADIL (skang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (skang ahli parlimen bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak.

- Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2 nya itu.

- Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk,.. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.

- Anwar yg masih hidup selepas setahun di racun dgn arsenik adalah Anwar yg memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat gitu.

3. Sandiwara Suntikan Darah HIV

- Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pulak dakwaan Wan azizah suaminya telah disuntik dgn darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yg menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia selepas 2 atau 3 tahun selepas itu dgn badan yg kurus kering dan berkudis-kudis.

- Tiada ubat atau penawar hingga kini utk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yg mampu diungkapkan utk nyawa ke-3 tersebut. takziah utk keluarganya. huk..huk..

- Tanpa sebarang penawar atau ubat utk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar utk menggunakan talian hayatnya yg ke-4.

- Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.

4. Lelucon Patah Tengkuk

- Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yg dilengkapi dgn pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah mengwar-warkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya di dapati patah dan ada urat yg terkehel.

- Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher utk memperbetulkan kembali lehernya yg patah dan uratnya yg terkehel.

- Secara umumnya dgn keadaan leher yg patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudahpun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yg ke-5 utk meneruskan kehidupan duniawi.

- Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.

5. Filem Box Office Lumpuh  Sakit Belakang

- Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.

- Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke Mahkamah sambil melambai  tangan pada penyokongnya dgn menaiki kerusi roda yg di sorong oleh pembantu ataupun isterinya.

- Bertebaran berita yg mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan emarahan khalayak yg menyokong bung Anwar.

- Kisah Anwar yg terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 di palu di gendang tiap masa walaupun di masa yg sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL utk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.

- Nyawa anwar yg ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 utk kekal di jasad Anwar. Innalillah.

- Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telahpun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman utk pembedahan tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan utk bersalaman dgn penyokongnya yg menunggu di lapangan terbang.

- Anwar kembali ke arena politik dgn nyawa ke-6 yg bertenaga luarbiasa selepas pembedahan tulang belakang yg paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.

- Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya di cemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan. Rata-rata pesakit yg berjaya di bedah di serata dunia memerlukan 3 – 6 bulan utk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah tuhan yg complicated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.

6. Hikayat Ancaman Bunuh

- Tidak semena-mena hujan tidak ributpun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yg mengncam nyawa ke-6 Anwar ibrahim yg secara halusinasi yg tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.

- Tika itu Anwar  sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yg rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.

- Demi menyelamatkan nyawanya yg ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam daripada quality Hotel di Shah Alam utk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yg terletak di KL.

- Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahayang ghaib utk nywa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yg sama.

7. Failure Movie Sabotaj Kereta Azizah

- Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dgn pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar utk terus menghayati keindahan alam ini.

- Kehebatan inspirasi yg dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat utk para penjenayah utk cuba menggunakan method yg sama yakni menangguhkan sebanyak yg boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.

- Namun disebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dgn Chinadoll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.

- Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 proffesor di US, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu menyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.

- Pun demikian tidak tahan dgn asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah di cetak dalam benduk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.

- Bertiuplah angin-angin spoi yg mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yg dikatakan berlaku ‘eksiden mengejut’ yg cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.

- Walaupun logiknya patut wan Azizah yg terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pulak adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang utk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi utk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.

8. Demo Jalanan Bershit 2.0, 09/07/2011

- Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dgn pelbagai plot luar tabie melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yg ke-8.

- Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yg paling lemah berbanding 7 nyawa yg lain sebelum ini.

- Berita terbaru yg di terima sewaktu kekecohan demo Bershit 2.0 petang tadi (09/07/2001), nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakkaratulmaut.

- Demo haram Bershit 2.0 yg sepatutnya di adakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan utk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.

- Di khabarkan Anwar terkena tembakan FRU yg bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nywa yg ke-8, memang bahaya.

- Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.


9. Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim

- Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.

Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dgn kucing. Semua kita makhluk Allah s.w.t hanya ada satu nyawa dan satu jasad.

Awekz: Allah Maha dalam segala-galanya, lupakah kita apapun yang kita lakukan diketahui oleh Allah. Pasti akan ada balasannya, cepat atau lambat. Yang pasti kita jujur dan ikhlas dalam setiap perbuatan kerana cepat atau lambat KEBENARAN pasti akan terlihat jua...Fikir-fiirkan...


Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:56 PM 5 comments

BERSIH apakah agenda sebenarnya???




Bercakap tentang BERSIH 3.0, sudah pasti kita masih mengingati siri BERSIH edisi 1.0 dan 2.0...Huru hara yang berlaku, kerugian yang dialami oleh peniaga-peniaga di sekitar kawasan yang terlibat dan tak lupa keganasan, kekasaran dan 'ketiadaan otak' oleh mereka yang mengikuti agenda peribadi individu-individu yang terlibat. 

Awekz dengar - dengar kali ni, persiapan yang dibuat untuk menghuru-harakan negara lebih hebat!!!  ‘Demonstrasi Duduk Bantah’ BERSIH 3.0 dikhabarkan akan berarak, berlari, mengganas dan mencabar pihak berkuasa dari beberapa penjuru KL sebelum duduk.  

Taklimat awal diberikan kepada wartawan-wartawan asing agar bersedia mengambil gambar mereka dalam keadaan paling teruk untuk menggambarkan penganiayaan polis terhadap mereka.   Ini penting bagi mereka kerana dalam setiap demonstrasi yang dilakukan oleh pihak mereka sama ada atas nama BERSIH, PTPTN, 901, Reformasi, Himpunan Hijau atau apa saja sukar sekali mendapat gambar sehebat demonstrasi-demonstrasi di negara lain di mana polis betul-betul membantai dan membelasah para peserta.  Ini kerana di Malaysia, polis tidak akan berkeras selagi tidak dalam keadaan terpaksa atau terdesak.  

Awekz merasakan, pasti mereka akan mendesak pihak berkuasa, polis contohnya untuk membuat kekasaran kepada mereka kerana pengalaman yang lalu jelas menunjukkan pendemonstrasi dilayan dengan lembut malahan mereka yang ditangkap diberi makan dan ‘tempat berehat’ yang selesa siap dengan kemudahan untuk bersolat.  

Khabarnya, kali ini, pemimpin-pemimpin BERSIH 3.0 akan memastikan keadaan menjadi benar-benar genting.  Malah mereka bersedia mengorbankan peserta iaitu penyokong mereka sendiri dalam demonstrasi ini demi mencapai matlamat untuk menghuru-harakan negara kerana pilihanraya semakin hampir.   Mereka mengharapkan momentum kemarahan rakyat akan terus meningkat selepas itu sehingga pilihanraya menjadi benar-benar panas.  

Antara perancangan mereka ialah menyamar sebagai polis untuk membelasah peserta yang sudah tentunya tidak diberitahu tentang perancangan sebenarnya.   Siapa yang bakal dikorbankan atau terkorban tidaklah diketahui.  

Yang pastinya, mereka akan memastikan sudut terbaik bagi para wartawan asing untuk merakamkan setiap adegan ganas tersebut lalu menyebarkannya kepada dunia.  Apabila ini berlaku, dunia akan mengutuk Malaysia dan membuka ruang bagi barat untuk masuk campur dalam urusan negara atas nama hak asasi manusia.  

Sudah pasti tindakan mereka ini didalangi ole CIA. CIA yang perlu anda ketahui:

1. CIA di bawah pertubuhan NED yang menjadi dalang menjatuhkan kerajaan yang sah di seluruh dunia.   2. Buku ‘Inside the Company: CIA Diary’ yang ditulis oleh bekas pegawai CIA Phil Agee menghuraikan modus operandi CIA dalam usaha meletakkan pemimpin boneka di negara-negara di mana Amerika ingin menguasai.  
3. Mereka juga meletakkan ‘warna-warna’ tertentu seperti  merah di Thailand, dan kuning di Malaysia sebagai melambangkan sokongan atau tentangan terhadap kerajaan bagi mewujudkan ‘volume’. Ke semua usaha ini kemudiannya diarahkan kepada satu tujuan semata-mata iaitu demonstrasi jalanan yang membawa kepada huru-hara dan keganasan sehingga akhirnya kerajaan digulingkan.  
4. Phil Agee mengakui mereka melakukan yang sama di Filipina melalui satu badan yang dipanggil National Association for Free Election (NAMFREL) (menyerupai BERSIH) dengan menggunapakai slogan kuasa rakyat (menyerupai Pakatan Rakyat).  Mereka juga membuat banyak percubaan untuk mengambil alih Panama melalui Civic Crusade tetapi tidak begitu berjaya.  Namun mereka berjaya di semua negara lain antaranya, Bulgaria yang mana juga menggunakan para pelajar universiti agar turun ke jalanan berdemonstrasi, dan Albania, Chile, Brazil serta banyak lagi. 
5. Mereka juga berada di belakang kejatuhan Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain.  

Untuk itu kenapa perlu disokong BERSIH 3.0, apakah kebaikannya selain dari membuat huru-hara, memecahkan kesatuan dan juga menganggu gugat keamanan negara kita. 

Awekz: Sampai bila kita nak tertipu dengan agenda asing yang ingin menguasai negara kita??? Fikir-fikirkan... 


















Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:20 PM 1 comments

Wednesday, April 25, 2012

Perancangan Pakatan Rosak yang diketuai DAP nanti, tahukah anda???


Tahukah anda??? Sekiranya Pakatan Rosak menang pada masa hadapan. Apa yang ada di dalam perancangan DAP??? Sekiranya anda tahu, bagaimana mungkin kita memperjudikan nasib kita ditangan mereka? Apakah anda semua bersedia Malaysia satu ketika nanti berubah wajah???

"Perancangan Kotor DAP Jika Menawan Putrajaya"

1. Malaysia akan menjadi negara republik.
2. Agama Rasmi Malaysia adalah Kristian.
3. YDPA/ YDPN perlu dilantik dari kalangan bukan Melayu.
4. Sistem Raja Berpelembagaan akan dihapuskan.
5. Laungan azan tidak dibenarkan waktu Subuh ( Di Penang sekarang ada arahan diminta perlahankan) kerana menganggu Cina nak tidur dipagi hari.
6. Pertandingan Tilawah Quran juga akan dihapuskan kerana membazirkan duit rakyat dan negara Arab pun tak buat pertandingan sebegini.
7. Badan NGO berteraskan perjuangan orang Melayu akan dibubarkan (Pekida/Perkasa).
8. Perkahwinan campuran akan digalakkan.
9. Anak yg baru lahir tak semestinya agama Islam sehinggalah anak itu 18 tahun baru dia pilih agama mereka secara mutlak.
10. Subjek Inggeris akan dijadikan bahasa rasmi. Bahasa kedua rasmi adalah Mandarin.
11. Mata pelajaran agama Islam akan dimansuhkan di sekolah. Nak belajar agama hanya di masjid/surau. Sekiranya orang Melayu nak juga diajar di sekolah subjek Kristian, Hindu,Buddha juga kena diajarkan di sekolah.
12. Chin Peng akan dibenarkan balik semula ke Malaysia dan diberi gelaran TUN. Nga Dan Ngeh adalah anak saudara Chin Peng.
13. MARA Akan dibubarkan coz jabatan RASIS hanya untuk org Melayu semata-mata.
14. Syarikat GLC akan diterajui oleh org bukan Melayu. Org Melayu tak bijak berniaga hanya orang Cina yang terbaik dalam ekonomi.
15. Lagu negaraku akan diubah suaikan. Di PRN Sarawak lalu ada dinyanyikan lagu negaraku & bendera baru Malaysia juga sudah ada hanya tunggu menang sahaja ke Putrajaya dan tubuhkan negara republik.
16. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana dominasi untuk orang Melayu sahaja.
17. Ketua Panglima Angkatan Tentera & Ketua Polis Negara akan dilantik dari kalangan orang Cina.
18. Kakitangan kerajaan dari kalangan Melayu akan dikurangan terutamanya kementerian pelajaran coz nak bawa masuk lebih ramai orang Cina & India.
19. 3 agensi Akan ditutup BTN, KEMAS Dan MKN.
20. Good Friday Dan Easter Day akan jadi cuti wajib Malaysia untuk memuliakan hari besar Kristian.
21. Kedutaan Israel akan diwujudkan di Malaysia.
22. DAP dapat 300 jutaUSD diberikan oleh yahudi & duit diparking di bank Singapura sementara waktu standby utk PRU 13 nie.
23. Base Tentera Israel akan diwujudkan di Port Dickson.
24. Majlis agama Islam akan dibubarkan. Wujudkan Suruhanjaya IFC.
25. Wang zakat akan diguna sama oleh orang bukan Islam.
26. Mahkamah Syariah dibubarkan.
27. DEB akan dimansuhkan.
28. Parti yg berteraskan agama akan dibubarkan (PAS).
29. Ketua Paderi Kristian akan dilantik sbg Menteri seperti Dato' Jamil Khir.

Awekz: Sedar tak sedar wahai geng2 pakatan rosak, anda MENYOKONG segala perancangan di atas. Tahniah Awekz ucapkan!!! Fikirkan selagi ada masa, selagi belum terlambat...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 7:59 PM 0 comments

Wednesday, March 21, 2012

Selamatkan Akidah Umat Islam!!!


Orang ramai dijemput hadir. Andai benar kita memperjuangkan Islam, andai benar kita mahu mempertahankan akidah umat Islam pada hari ini, buktikanlah!!!


Awekz: Tak kira fahaman, tak kira parti, andai kita benar-benar sayangkan Islam. Buktikanlah!!! 
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:00 PM 5 comments

Friday, March 16, 2012

PKR dipinggirkan dari Perosak Rakyat???


PKR dipinggirkan di dalam gabungan Perosak Rakyat??? Adakah gambar diatas antara bukti-bukti yang menunjukkan PKR semakin dipinggirkan di dalam Perosak Rakyat??? Agak menghairankan apabila banyak bendera PAS dan DAP di sekitar Medan Istana, sebaliknya dengan bendera PKR yang memang jelas amat sedikit bilangannya.

Awekz: Ini bukan DISKRIMINASI kot, cuma bendera PKR yang tak berapa nak cukup pengeluarannya...Kata Awekz sendirian 
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:34 AM 0 comments

Thursday, March 15, 2012

Ada Apa Dengan Tun Dr. Mahathir dan Nik Aziz???

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi, as usual 'sharing is caring' bukan? Tertarik dengan artikel dari BN4 Wangsa Maju. 50 kenyataan balas Tun Dr. Mahathir kepada Nik Aziz.





Awekz: Cuba kita baca dan hayati kebenarannya, ambil maklumat dan fakta yang boleh dijelaskan kepada akar umbi yang umum tidak mengetahui. Fikir-fikirkan!!! 
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:40 AM 4 comments

Friday, March 9, 2012

Syurga Itu Di Telapak Kaki Ibu!!!

Wahai anak kepada makcik ini, lupakah kamu akan siapa yang mengandungkan kamu selama 9 bulan, lupakah kamu siapa yang menahan kesakitan ketika melahirkan, ketika berpantang dan LUPAKAH kamu siapa yang menjaga, mendidik dan membesarkan! IBU kamu bukan???

Tak tertahan air mata Awekz melihatkan video ini, apabila melihat makcik ini ditinggalkan anaknya disebuah hotel bajet. Dimana nilai kemanusiaan yang diajar ketika sekolah, dimana didikan yang diterima semasa kecil. Walauapapun kesalahan ibu, sebesar mana pun sakitnya hati kita oleh insan yang bergelar ibu, SESUNGGUHNYA dia masih ibu kita. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU BUKAN???



Awekz: Teringat kata-kata seorang teman setelah melihatkan video ini, "Sesungguhnya NERAKA lah tempatmu wahai anak-anak yang derhaka!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:23 PM 0 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    MELAKA JANGAN TERLEWAT
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.