Perak akhirnya sudah sunyi dari sebarang kontroversi dari pihak pembangkang. Adakah mereka telah mengaku kalah? Sudah tentu tidak...Awekz merasakan mereka sudah mengatur langkah serta merancang dengan lebih mendalam dalam usaha untuk merampas Perak kembali.
Buktinya, Awekz dapat dari blog Gelombang Wangsa Maju di mana mereka masih meneruskan usaha sehingga ke hari ini. Persoalannya, apakah Kerajaan Negeri Perak sudah selesa dengan ketenangan yang ada tanpa mahu mengekalkan penguasaan yang telah kembali diperolehi.
Kisahnya seperti di bawah:
Propaganda Pakatan Haram Perak Berleluasa.
Gambar yang ada ini merupakan gambar yang di ambil bertempat di sekitar Tanjong Rambutan Perak.
Pakatan Pembangkang menjalankan modus Propaganda mereka dalam menghasut rakyat Perak dengan mengedarkan risalah risalah ini di sekitar penempatan terutama di lokasi pasar pasar pagi,malam.
Di mana kerajaan BN dalam menjelaskan semula akan dakyah fitnah pakatan pembangkang ini? Apakah hanya sekadar berpeluk tubuh semata mata?
Jangan di biarkan propaganda Pakatan Haram ini terus berleluasa dan menjadi kewajipan kita dalam menghalang dakyah songsang mereka ini dari sampai kepada rakyat.
Kerajaan BN Perak mesti bertindak Pantas.
Awekz: Fikir-fikirkan...Beringat sebelum terkena lagi...
Monday, February 7, 2011
Sunday, February 6, 2011
1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...
Tahniah Awekz ucapkan kepada Menteri Besar Perak, DS Dr Zambry Abd Kadir serta kerajaan negeri yang telah membantu seorang bekas pemandu teksi untuk mendapatkan rawatan mata. Ia lebih berberbaloi apabila pesakit itu sembuh sepenuhnya selepas menerima bantuan daripada kerajaan negeri.
Lebih menggembirakan, apabila usaha beliau turut mendapat penghargaan daripada pesakit berkenaan, K. Kanayesan, 53, yang sanggup datang dari Manjung, iaitu kira-kira 80 kilometer dari Ipoh, semata-mata untuk mengalungkan bunga kepada Zambry sebagai tanda terima kasih kerana membantunya. DS Dr Zambry kelihatan sebak dan terharu ketika dipeluk erat oleh Kanayesan yang ditemui di pejabat Menteri Besar.
Awekz: Terharu dengan kesungguhan YAB DS Dr Zambry dalam merealisasikan aspirasi 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...Semoga usaha murni seperti ini diteruskan dan tidak disalah tafsirkan oleh pihak pembangkang sepertimana usaha kerajaan dalam membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir ekoran dari krisis politik mereka yang semakin hari semakin meruncing...
Wednesday, February 2, 2011
Krisis Politik Mesir ~ PPUNPk Adakan Bilik Gerakan...
Ekoran krisis politik meruncing yang sedang melanda Mesir, KPPUNP, Sdr Khairul Azwan Harun mencadangkan sebuah bilik gerakan dibuka untuk Pelajar Perak yang berada di Mesir. Bilik gerakan yang diwujudkan bertujuan untuk menyampaikan maklumat mereka yang terperangkap di sana.
Menurut rekod di Yayasan Perak dan Baitul Mal seramai 398 pelajar Perak sedang menuntuk di beberapa universiti di Kaherah dan tidak menolak kemungkinan ada pelajar Perak yang menuntut di sana dengan pembiayaan peribadi. Bilik gerakan itu juga akan beroperasi selama 12 jam dan akan menjadi pengantara untuk menyalurkan maklumat serta keadaaan semasa di sana.
Sdr Khairul Azwan Harun juga menyatakan Pemuda UMNO Perak bersedia untuk menyertai anggota sukarelawan jika Wisma Putra memerlukan tenaga tambahan dalam menguruskan hal ehwal pelajar atau rakyat Malaysia di Mesir.
Awekz: Tahniah diucapkan di atas inisiatif yang telah dibuat dan semoga keadaan di Mesir akan kembali seperti biasa dan didoakan agar semua rakyat Malaysia yang berada di sana berada di dalam keadaan yang selamat hendaknya...Amin
Tuesday, February 1, 2011
Bagaimana DAP dari sudut masyarakat Islam di Malaysia?
Satu artikel yang Awekz rasa baik untuk dikongsi bersama...Untuk pengetahuan semua dan pastinya tidak salah untuk kita berkongsi malumat, apatah lagi yang baik...Terima kasih kepada bro parang pedang
DAP telah menyusun pelbagai rancangan sekiranya Malaysia berjaya dikuasai oleh Pembangkang. Antaranya ialah menghapuskan beberapa perkara yang berkenaan dengan amalan agama islam seperti Azan serta apa jua yang dibaca menggunakan pembesar suara dengan alasan mengganggu ketenteraman awam dan sebarang tulisan Jawi ditempat awam dengan alasan tiada sesiapa yang ingin membacanya. Dari segi adat istiadat raja-raja, DAP beranggapan bahawa dasar republik adalah milik rakyat sertus peratus dan raja-raja tidak terlibat dalam urusan rakyat. Ini akan membuatkan kuasa para Sultan dan raja-raja di negeri akan hilang.
Telah banyak contoh sistem republikan yang sudah pun menghilangkan kuasa raja-raja dinegara lain. Ini membuatkan ideologi republik yang diperjuangkan oleh DAP wajib ditolak oleh umat Islam dan masyarakat melayu khususnya.
Jika kita membaca akhbar baru-baru ini, kita lihat mantan perdana menteri Singapura iaitu Lee Kwan Yew telah menyeru kepada umat Islam supaya melonggarkan pegangan agama Islam oleh masyarakat disana kerana dianggap punca kemerosotan taraf hidup masyarakat Singapura. Apakah kita juga ingin perkara yang sama berlaku apabila DAP menguasai kita nanti?
Awekz: Fikir-fikirkan, masa depan generasi Melayu Islam itu sendiri...Masa depan mereka terletak di tangan kita pada masa ini...Corakkan yang terbaik agar tidak menyesal di kemudian hari...
Kenali DAP dari sudut masyarakat Islam di Malaysia
DAP atau nama panjangnya Democratic Action Party merupakan sebuah parti politik yang telah bertapak di Malaysia sejak sekian lama. Dasarnya ialah memperjuangkan sistem demokrasi secara total serta mengimpikan sebuah kerajaan republikan sesuai dengan ideologi demokrasi sebenar. Antara negara demokrasi yang mengamalkan dasar republikan ialah Indonesia serta Singapura. Matlamat DAP adalah untuk membentuk negara republik seperti mana yang berlaku di Singapura. Namun begitu sistem republik tidak boleh dilaksanakan di Malaysia atas sebab-sebab tertentu demi menjaga kedaulatan Islam serta institusi raja-raja.DAP telah menyusun pelbagai rancangan sekiranya Malaysia berjaya dikuasai oleh Pembangkang. Antaranya ialah menghapuskan beberapa perkara yang berkenaan dengan amalan agama islam seperti Azan serta apa jua yang dibaca menggunakan pembesar suara dengan alasan mengganggu ketenteraman awam dan sebarang tulisan Jawi ditempat awam dengan alasan tiada sesiapa yang ingin membacanya. Dari segi adat istiadat raja-raja, DAP beranggapan bahawa dasar republik adalah milik rakyat sertus peratus dan raja-raja tidak terlibat dalam urusan rakyat. Ini akan membuatkan kuasa para Sultan dan raja-raja di negeri akan hilang.
Telah banyak contoh sistem republikan yang sudah pun menghilangkan kuasa raja-raja dinegara lain. Ini membuatkan ideologi republik yang diperjuangkan oleh DAP wajib ditolak oleh umat Islam dan masyarakat melayu khususnya.
Jika kita membaca akhbar baru-baru ini, kita lihat mantan perdana menteri Singapura iaitu Lee Kwan Yew telah menyeru kepada umat Islam supaya melonggarkan pegangan agama Islam oleh masyarakat disana kerana dianggap punca kemerosotan taraf hidup masyarakat Singapura. Apakah kita juga ingin perkara yang sama berlaku apabila DAP menguasai kita nanti?
Awekz: Fikir-fikirkan, masa depan generasi Melayu Islam itu sendiri...Masa depan mereka terletak di tangan kita pada masa ini...Corakkan yang terbaik agar tidak menyesal di kemudian hari...
Sunday, January 30, 2011
Tahniah BN!!!
Akhirnya keputusan rasmi N05 Tenang telah dikeluarkan:
BN: 6699 undi
PAS: 2292 undi
Undi Rosak: 142 undi
MAJORITI: 3707 undi
Awekz: Walaupun agak lewat dalam mengeluarkan keputusan ini, namun, kesempatan ini diambil untuk mengucapkan sekalung TAHNIAH ke atas semua jentera PRK N05 yang telah bertungkus lumus, berusaha keras, bermandi keringat dalam memastikan kemenangan tetap menjadi milik Barisan Nasional dan semoga kemenangan ini akan menjadi pemacu semangat untuk semua jentera berusaha dengan lebih baik untuk menghadapi PRK MERLIMAU...Tahniah, Tahniah dan Tahniah!!!
N05: SELAMAT MENGUNDI...
30 Januari 2011, tiba jua saat yang ditunggu-tunggu setelah berkempen selama lebih kurang 8 hari di TENANG...apa lagi kalau bukan hari membuang undi...Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENGUNDI kepada semua pemilih yang akan menjalankan tanggungjawab mereka hari ini.
Semoga tidak ada insiden-insiden perbalahan, pergaduhan dan sebagainya kerana kita sebagai rakyat MALAYSIA seharusnya tahu yang mana baik dan tidak baik untuk kita...dan semoga, setelah berakhirnya PRK Tenang ini tidak akan ada sesiapa yang mengalami KEMURUNGAN sehingga menyebabkan MC 21 hari perlu dikeluarkan...
Renung-renungkan dan sekali lagi SELAMAT MENGUNDI!!!
Semoga tidak ada insiden-insiden perbalahan, pergaduhan dan sebagainya kerana kita sebagai rakyat MALAYSIA seharusnya tahu yang mana baik dan tidak baik untuk kita...dan semoga, setelah berakhirnya PRK Tenang ini tidak akan ada sesiapa yang mengalami KEMURUNGAN sehingga menyebabkan MC 21 hari perlu dikeluarkan...
Renung-renungkan dan sekali lagi SELAMAT MENGUNDI!!!
Saturday, January 29, 2011
Januari di Tenang, Februari di Merlimau Pula...
SPR telah mengumumkan PRK di MERLIMAU akan diadakan seperti di bawah:
Penamaan calon: 26 Februari 2011
Hari mengundi: 6 Mac 2011
Buat semua jentera yang sedang bekerja untuk N.05 TENANG, tingkatkan dan gandakan usaha, pastikan kemenangan menjadi milik kita...dan buat kawan-kawan yang akan bertugas di MERLIMAU...SELAMAT BERTUGAS!!!
Thursday, January 27, 2011
"Halal Syarie Mengundi Pas, Haram Syarie Mengundi UMNO"
Tak habis-habis si Nizar ni meroyan rupanya...Berusaha kuat dalam memastikan kedudukannya dalam pakatan akan terus kukuh dan kuat...Ala-ala, tidak mampu diganggu gugat...Di Perak, Awekz dapat lihat pengaruhnya makin lama makin berkurangan dan rasa-rasanya dah tak mampu nak bertapak di Perak lagi...
Terbaru, bersempena dengan kempen di N.05 Tenang ni, Nizar terus mencuba dan mencuba dalam merosakkan minda masyarakat Melayu dengan pemikiran buruknya!
Saksikan rakaman di bawah dan cuba kita FIKIRKAN dan ambil tindakan!!! Tindakan apa yang perlu diambil, TOLAK PAS dan teruskan MENYOKONG UMNO!!!
Awekz: Cukup-cukuplah Nizar, sementara ada lagi penyokong anda. Bayangkan jika sudah hilang rasa penyokong anda...Siapa yang malu, anda dan keluarga anda semestinya...Fikir-fikirkan!!!
Terbaru, bersempena dengan kempen di N.05 Tenang ni, Nizar terus mencuba dan mencuba dalam merosakkan minda masyarakat Melayu dengan pemikiran buruknya!
Saksikan rakaman di bawah dan cuba kita FIKIRKAN dan ambil tindakan!!! Tindakan apa yang perlu diambil, TOLAK PAS dan teruskan MENYOKONG UMNO!!!
Awekz: Cukup-cukuplah Nizar, sementara ada lagi penyokong anda. Bayangkan jika sudah hilang rasa penyokong anda...Siapa yang malu, anda dan keluarga anda semestinya...Fikir-fikirkan!!!
Tuesday, January 25, 2011
1 Malaysia Untuk Semua...
Terpanggil untuk menyiarkan email dari seorang pembaca ini...Awekz dapat dari ruangan UMNO Online dan tidak salah rasanya untuk dikongsi...Cuba kita fikir-fikirkan dan renungkan...
Saudara Pengarang,
Assalamualaikkum,
Sungguh kecewa rasanya apabila terbaca ruangan pendapat yang ditulis oleh seorang penulis akhbar Oriental Daily bernama Hong Wei Jun minggu lalu. Pendapat yang disiar di halaman 34 berkisar tentang Kuota Melayu yang semakin mengecil.
Menurut penulis, beliau merasakan kedudukan orang Melayu semakin terancam gara-gara kerajaan cuba berlaku adil kepada rakyat dengan mengilhamkan gagasan 1 Malaysia.
Jika dilihat dari sudut pembangunan ekonomi dan rangsangan transformasi ETP yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menggabungkan kepentingan hak dan kepelbagaian kaum untuk turut serta dalam programnya itu.
Biarpun kuota Melayu asyik diagih untuk kepentingan bangsa lain. Melayu tidak langsung rasa tergugat kerana Ketuanan Melayu sudah termaktub di bawah Akta Perlembagaan 153. Jadi tidak perlu rasanya Hong Wei Jun ini bimbang dengan kedudukan Melayu yang disifatkan semakin terancam.
Selain itu, dakwaan Wei Jun kerajaan sedang menutup kelemahan Melayu dengan menggalakkan lebih ramai orang Melayu menceburi bidang keusahawanan adalah tidak benar. Sebenarnya tujuan kerajaan berbuat demikian untuk membela nasib rakyat yang ketinggalan. Sekaligus membuktikan kerajaan amat perhatin dengan mereka.
Menyentuh soal pembukaan kuota kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke Matrikulasi bukanlah satu agenda yang besar perlu dibincangkan lagi kerana prestasi pelajar yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar Melayu tidak pernah merundum setiap tahun. Hakikatnya kerajaan bertindak sedemikian bagi memastikan taburan mahasiswa dan mahasiswi yang tidak mempunyai tempat di Universiti dan IPTA mendapat tempat yang sewajarnya. Justeru itu, langkah ini dapat mengurangkan masalah pelajar merempat mencari tempat menimba ilmu.
Di samping itu, bukankah golongan bukan Bumiputra dapat menjimatkan kos perbelanjaan kemasukan pelajar dengan mendaftar terus dengan IPTA yang diiktiraf kerajaan. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan beban rakyat sendiri.
Betapa besar pengiktirafan kerajaan terhadap golongan bukan Bumiputra untuk mengelakkan mereka merasa terpinggir dalam pendidikan. Jadi berhentilah memperkecilkan pengorbanan bangsa lain atas dasar 1 Malaysia.
Suara 1Malaysia.
Awekz: Renungan untuk kita fikirkan bersama...
Thursday, January 20, 2011
Takziah...
Ekoran pemergiannya, sudah pasti akan ada lagi 1 PRK selepas ini...
Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...
Al-Fatihah...
Wednesday, January 19, 2011
PRK Lagi???
Menghampiri PRK N.05, DUN Tenang Awekz sangkakan akan tenang juga tanpa ada lagi sebarang PRK tapi rupanya-rupanya sangkaan itu meleset. Akan adakah lagi PRK setelah Speaker Selangor mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong.
Ini berikutan selepas YB Badrul Hisham gagal hadir ke Persidangan DUN selama 6 bulan. Jika ini benar dan ada PRK di Selangor, apa lagi, buktikan dan tunjukkan kepada Pakatan Rakyat mereka bukan lagi menjadi pilihan. UMNO dan BN pula seharusnya menggunakan peluang yang ada ini untuk membuktikan bahawa mereka masih lagi dan tetap akan relevan buat rakyat di Malaysia dan Selangor khususnya.
Tuesday, January 18, 2011
Email yang harus dikongsi bersama...
Terpanggil untuk menyiarkan satu email dari pembaca ini yang bukan ditujukan terus kepada Awekz namun dari sumber-sumber yang boleh dipercayai...Terima kasih buat penghantar email serta sumber tersebut...
Ikuti email di bawah ini...
Awekz: Bukan niat untuk bercakap buruk tentang siapa tetapi untuk tatapan dan pengajaran buat kita semua...peringatan untuk sesama kita...
Ikuti email di bawah ini...
Bukan main lagi para penyokong Pas menghentam Barisan Nasional (BN) di dalam isu azan yang didakwa ditimbulkan oleh ahli seumur hidup MCA di ibu negara.
Penyokong Pas dengan begitu gembira sekali melabelkan bahawa UMNO tak mampu mendakwahkan kafir didalam MCA untuk menghormati Islam di dalam negara.
Sebenarnya Pas lupa bahawa puak-puak merekalah yang selama ini terlampau memberi muka kepada kafir yang menentang Islam. Pas telah memberi lesen besar kepada DAP untuk mencampuri urusan agama dan juga ibadat umat Islam demi kepentingan politik mereka.
Siapa yang menyebabkan orang kafir membaca ayat Quran untuk berceramah politik? Siapa yang terpekik-pekik bertakbir apabila orang kafir membaca tafsir Quran tak betul di dalam perhimpunan politik? Dan siapa pula yang membenarkan orang kafir bertazkirah di dalam ruang mimbar tempat orang Islam sujud kepada Allah?
Jangan lupa juga peristiwa orang kafir dengan mudahnya bersenamrobik di dalam kawasan masjid. Begitu juga berdemonstrasi dan juga menjadikan masjid sebagai tempat perhimpunan haram.
Siapa yang bertanggungjawab terhadap perlakuan biadap orang kafir kalau bukan para pemimpin munafik yang berserban dan berjubah labuh di dalam Pas.
Di mana suara para penyokong Pas bila semua ini berlaku? Teressa Kok juga pernah menghina azan. Malah Teressa Kok ditahan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO kerana dakwaan cuba memperlahankan laungan azan. Tetapi apa yang Pas buat?
Mereka sehingga kini terang-terangan masih menyokong Teressa Kok yang pernah menghina seruan untuk sujud menyembah Allah.
Pemimpin-pemimpin Pas juga sehingga hari ini masih lagi tak malu untuk memeluk Lim Kit Siang serta Karpal Singh yang langsung tak bersetuju dengan negara Islam.
Jika kafir yang jelas menentang kewujudan negara Islam pun PAS boleh peluk, apakah ini menunjukkan bahawa Pas peduli terhadap kehormatan agama rasmi negara ini?
Sebab itulah dikatakan bahawa pemimpin Pas itu munafik. Mereka hanya pandai bermuka-muka untuk meraih sokongan bagi mengekalkan jawatan politik mereka sahaja. Dan mereka bernasib baik kerana mempunyai para penyokong yang berotak udang untuk mempercayai bulat-bulat apa yang disajikan oleh Tok Guru mereka.
Penyokong-penyokong Pas patutnya sedar, berdakwah kepada orang kafir bukannya dengan membenarkan mereka sewenang-wenangnya mempergunakan ayat Quran dan Hadis. Berdakwah kepada orang bukan Islam juga bukannya dengan cara mempelawa mereka untuk berceramah dipentas dengan berlambangkan bendera parti bulan.
Itu bukan berdakwah namanya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Itu sebenarnya dinamakan melacurkan agama demi sebuah politik sempit. Dan itulah yang sedang dan semakin ghairah dilakukan oleh para pemimpin parti bulan.
UMNO dan kerajaan dituduh bersekongkol dengan kafir untuk memerintah negara, tetapi bagaimana pula Pas yang sanggup berkhalwat bersama kafir harbi DAP yang jelas tak mahukan negara yang berpaksikan Islam?
Jika benar UMNO itu sekular dan tak mengamalkan pemerintahan Islam, pasti DAP sudah lama berkerjasama dengan UMNO dan bukannya Pas.
Apakah ini pun masih susah untuk dibezakan oleh para penyokong Pas?
Pak Long
Awekz: Bukan niat untuk bercakap buruk tentang siapa tetapi untuk tatapan dan pengajaran buat kita semua...peringatan untuk sesama kita...
Friday, January 14, 2011
Pendekatan Kreatif dalam Menyelesaikan Masalah Rakyat...Terima Kasih!!!
Pendekatan yang digunakan adalah melalui saluran media elektronik melalui stesen radio PerakFM iaitu Program "Deme Tanya Pak Ngah Jawab" pada setiap hari Selasa.
Sehingga ke hari ini, sebanyak 505 aduan daripada 610 yang telah dikemukakan berjaya diselesaikan. Baki aduan yang belum diselesaikan akan diambil alih oleh Pusat Khidmat Barisan Nasional yang diketuai oleh Datuk Lee Kon Yin.
Datuk Hamdi Abu Bakar selaku Ketua Penerangan Kerajaan Negeri berkata, sebahagian besar aduan dikemukakan rakyat menerusi panggilan telefon secara langsung dan ada yang dikemukakan menerusi surat serta laman web sosial Facebook. Ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa komited menangani masalah rakyat, sekaligus mengurangkan halangan birokrasi.
Terkini, YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir dijangka akan menjawab segala aduan menerusi panggilan telefon yang diadakan secara langsung di Dewan Bandaran Ipoh di sini pada jam 9 pagi 1 Mac ini. Sesi dialog secara bersemuka dengan orang ramai akan bermula jam 10 pagi hingga 1 petang.
Awekz: Walauapapun yang kawan-kawan nak komen tentang isu ini, juga pada mereka yang mengatakan Awekz ni mengipas untuk UMNO dan BN sedarlah bahawa Awekz cuma menyatakan pendapat. Usaha yang baik ini tidak seharusnya dipandang hina sebaliknya sebagai anak Perak, Awek bangga!
Terima kasih semua!!!
Thursday, January 13, 2011
Takziah...
Terkejut dengan berita yang diterima namun itulah ketentuannya. Blogger BPN YANG GAMBI telah meninggal dunia. Arwah disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Saudara Abdul Aziz Baharom dan marilah kita bersama-sama berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...
Al-Fatihah...
Monday, January 10, 2011
AJL 25: Tahniah!!!
Awekz juga tidak ketinggalan menonton tapi tidak secara keseluruhan dek lebih berminat dengan program lain yang turut disiarkan pada masa yang sama...Bukan nak bertindak sebagai pengulas untuk hiburan pula cuma terpanggil untuk menyatakan betapa dunia hiburan kini telah ada perubahan di samping kemunculan artis-artis Indie serta bakat yang ditemui selain dari program realiti yang pelbagai pada masa ini.
Pasti ramai yang tidak menjangkakan Ana Rafali dengan lagunya 'Tolong Ingatkan Aku' diangkat menjadi juara edisi Jubli Perak AJL malam tadi...Ditemui melalui video peribadi yang di 'upload' di Laman You Tube, Aidit Alfian berjaya menemui bakat yang terpendam...Maca cerita Justin Bieber dengan Usher pula...Mungkin secara kebetulan...
Ramai yang menyangkal kemenangan tersebut dan tidak kurang juga yang menyokong. Bagi Awekz, itula keputusannya, dan sudah pasti juri telah membuat keputusan yang terbaik...Walauapun, tahniah Ana Rafali!!!
Awekz: Kepada yang berjaya malam tadi, TAHNIAH Awekz ucapkan dan kepada yang tidak berjaya, bukan kerana anda tidak baik tetapi pasti ada yang TERBAIK diantara yang BAIK...Fikir-fikirkan...
Thursday, January 6, 2011
Ketua Pemuda UMNO Perak BERTUKAR!!!
Berita itu Awekz dapat melalui laman Twitter Ketua Pemuda Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang mengumumkannya petang tadi. Sebagai anak Perak, keputusan ini Awekz harap diterima oleh semua pihak dengan hati yang terbuka dan sudah pasti untuk kebaikan semua pihak.
Tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang baru. Semoga perubahan yang dibuat ini akan memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan yang sedia ada yang telah dipimpin dengan baik oleh mantan Ketua Pemuda sebelum ini.
Tidak lupa juga, tahniah kepada Saudara Maslin Sham yang telah dilantik sebagai Exco Pemuda dan semoga akan terus berjuang DULU, KINI dan SELAMANYA...
Awekz: Semoga PEMUDA UMNO PERAK akan terus menyerlah dengan kepimpinan yang baru ini...Tahniah sekali lagi!!!
Tuesday, January 4, 2011
Data E-Kasih Negeri Perak Disemak Semula!!!
Semakan semula data ini dibuat dalam merealisasikan objektif kerajaan negeri bagi membasmi masalah miskin tegar di Perak, sekaligus memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan sehingga menyebabkan ada kumpulan sasaran tercicir daripada menerima bantuan yang sepatutnya.
Data E-kasih akan dikemaskinikan secara serius melalui pihak yang bertanggungjawab agar setiap sumbangan atau bantuan yang disediakan dapat disumbang kepada mereka yang benar-benar layak. Untuk itu, data yang disenarai dalam E-Kasih akan dipastikan tepat serta memenuhi piawaian yang ditetapkan.
YAB DS Dr Zambry Abd Kadir berkata, pengemaskinian data dalam senarai E-Kasih juga dapat membantu kepada penyediaan data yang lebih tepat dan pada masa sama mengurangkan risiko berlaku penyelewengan serta salahguna kuasa di kalangan pihak yang mungkin mengambil kesempatan daripada pemberian bantuan yang disediakan.
Pada majlis berkenaan, YBUDR berjaya mengumpul sejumlah RM8.5 juta termasuk RM5 juta peruntukan daripada kerajaan negeri, manakala selebihnya sumbangan daripada syarikat termasuk Rahman Hydraulic sebanyak RM350,000; Lembaga Air Perak (LAP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) masing-masing RM250,000 serta Lembaga Tabung Haji Perak sebanyak RM230,000.
Awekz: Diharapkan agar Kerajaan Negeri Perak akan terus berusaha dalam memastikan keselesaan dan keamanan rakyat Perak berterusan sejajar dengan konsep Perak Aman Jaya!!!
Monday, January 3, 2011
Kampung Karyawan Negeri Perak...
Kerajaan Negeri Perak dalam usaha menarik minat penggiat seni serta karyawan untuk ke negeri Perak telah menubuhkan Kampung Karyawan di kawasan seluas kira-kira 22 hektar berdekatan Gua Tempurung di Kampar, Perak. Usaha ini, Awekz lihat mampu untuk membantu para karyawan untuk memacu budaya kreatif dalam melahirkan karya seni seterusnya membantu pembangunan industri seni itu sendiri.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri bersedia memberi peluang dan membuka pintu kepada semua karyawan sama ada golongan sasterawan, budayawan, penggiat filem, pengukir arca, aktivitis teater, penulis, pelukis, wartawan, jurufoto dan pengkarya lain untuk berkarya di perkampungan itu.
"Sebagai permulaan, kerajaan negeri meluluskan sejumlah RM1 juta bagi penyediaan tapak, infrastruktur asas, landskap dan pemindahan 13 bangunan yang mempunyai ciri unik dari tempat lain ke situ. Selain memberi ruang karyawan dalam semua genre untuk menulis dan mencipta, ia juga bertujuan mempromosi perpaduan serta kefahaman menerusi seni dengan mengadakan program felo menerusi penyertaan tempatan dan luar negara, serta merealisasikan hasrat golongan generasi muda yang bergerak aktif untuk mewujudkan keharmonian sosial menerusi bidang masing-masing," katanya.
Awekz: Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak dalam usaha menarik minta bukan sahaja karyawan untuk ke Perak malahan mampu membantu dalam sektor pelancongan negeri Perak sekaligus...
Saturday, January 1, 2011
Al-Fatihah...
Setelah itu, Allahyarham dibawa ke PUSRAWI bagi mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke ICU. Ketika di ICU, doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.
Allahyarham merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, dan mempunyai seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2 tahun. Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.
Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hospital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.
Jenazah dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi esok.
Awekz: Awekz mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Al-Fatihah...
Farewell 2010 and Welcome 2011
Begitu juga kepada pembaca-pembaca blog Awekz yang tak seberapa ini serta turut diingati rakan-rakan bloggers yang tidak jemu-jemu menulis dengan etika yang diperlukan...Kebenaran perlu diketahui oleh semua pihak!!!
Diharapkan 2011 ini akan memberikan sinar baru kepada semua dan semoga keharmonian dan keamanan di Malaysia akan terus dapat dipertahankan sebagaimana yang telah kita kecapi selama ini. All the best in 2011 and may it will be one of the best years that all of us ever had...
Subscribe to:
Posts (Atom)
















