skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Monday, January 10, 2011

AJL 25: Tahniah!!!


Kalau sebelum ni, sana sini heboh orang memperkatakan tentang Piala AFF, sejak malam tadi...Awekz dengar-dengar dan lihat pada kawan-kawan di Facebook, Twitter juga di media-media lain heboh memperkatakan tentang AJL 25 yang disiarkan secara langsung malam tadi...

Awekz juga tidak ketinggalan menonton tapi tidak secara keseluruhan dek lebih berminat dengan program lain yang turut disiarkan pada masa yang sama...Bukan nak bertindak sebagai pengulas untuk hiburan pula cuma terpanggil untuk menyatakan betapa dunia hiburan kini telah ada perubahan di samping kemunculan artis-artis Indie serta bakat yang ditemui selain dari program realiti yang pelbagai pada masa ini.

Pasti ramai yang tidak menjangkakan Ana Rafali dengan lagunya 'Tolong Ingatkan Aku' diangkat menjadi juara edisi Jubli Perak AJL malam tadi...Ditemui melalui video peribadi yang di 'upload' di Laman You Tube, Aidit Alfian berjaya menemui bakat yang terpendam...Maca cerita Justin Bieber dengan Usher pula...Mungkin secara kebetulan...

Ramai yang menyangkal kemenangan tersebut dan tidak kurang juga yang menyokong. Bagi Awekz, itula keputusannya, dan sudah pasti juri telah membuat keputusan yang terbaik...Walauapun, tahniah Ana Rafali!!!


Awekz: Kepada yang berjaya malam tadi, TAHNIAH Awekz ucapkan dan kepada yang tidak berjaya, bukan kerana anda tidak baik tetapi pasti ada yang TERBAIK diantara yang BAIK...Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:54 AM 0 comments

Thursday, January 6, 2011

Ketua Pemuda UMNO Perak BERTUKAR!!!


Nampaknya selepas di Selangor, perubahan juga telah dibuat untuk negeri Perak apabila Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Saudara Maslin Sham telah pun ditukar kepada Saudara Khairul Azwan Harun yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Berita itu Awekz dapat melalui laman Twitter Ketua Pemuda Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang mengumumkannya petang tadi. Sebagai anak Perak, keputusan ini Awekz harap diterima oleh semua pihak dengan hati yang terbuka dan sudah pasti untuk kebaikan semua pihak.

Tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang baru. Semoga perubahan yang dibuat ini akan memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan yang sedia ada yang telah dipimpin dengan baik oleh mantan Ketua Pemuda sebelum ini.

Tidak lupa juga, tahniah kepada Saudara Maslin Sham yang telah dilantik sebagai Exco Pemuda dan semoga akan terus berjuang DULU, KINI dan SELAMANYA...

Awekz: Semoga PEMUDA UMNO PERAK akan terus menyerlah dengan kepimpinan yang baru ini...Tahniah sekali lagi!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 6:48 PM 1 comments

Tuesday, January 4, 2011

Data E-Kasih Negeri Perak Disemak Semula!!!


Semua Jabatan dan Agensi berkaitan merangkumi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing telah diarahkan membuat semakan semula berhubung data yang tersenarai dalam E-Kasih. 

Semakan semula data ini dibuat dalam merealisasikan objektif kerajaan negeri bagi membasmi masalah miskin tegar di Perak, sekaligus memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan sehingga menyebabkan ada kumpulan sasaran tercicir daripada menerima bantuan yang sepatutnya. 

Data E-kasih akan dikemaskinikan secara serius melalui pihak yang bertanggungjawab agar setiap sumbangan atau bantuan yang disediakan dapat disumbang kepada mereka yang benar-benar layak. Untuk itu, data yang disenarai dalam E-Kasih akan dipastikan tepat serta memenuhi piawaian yang ditetapkan.

YAB DS Dr Zambry Abd Kadir berkata,
pengemaskinian data dalam senarai E-Kasih juga dapat membantu kepada penyediaan data yang lebih tepat dan pada masa sama mengurangkan risiko berlaku penyelewengan serta salahguna kuasa di kalangan pihak yang mungkin mengambil kesempatan daripada pemberian bantuan yang disediakan. 

 Pada majlis berkenaan, YBUDR berjaya mengumpul sejumlah RM8.5 juta termasuk RM5 juta peruntukan daripada kerajaan negeri, manakala selebihnya sumbangan daripada syarikat termasuk Rahman Hydraulic sebanyak RM350,000; Lembaga Air Perak (LAP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) masing-masing RM250,000 serta Lembaga Tabung Haji Perak sebanyak RM230,000. 

Awekz: Diharapkan agar Kerajaan Negeri Perak akan terus berusaha dalam memastikan keselesaan dan keamanan rakyat Perak berterusan sejajar dengan konsep Perak Aman Jaya!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:06 AM 0 comments

Monday, January 3, 2011

Kampung Karyawan Negeri Perak...


Kerajaan Negeri Perak dalam usaha menarik minat penggiat seni serta karyawan untuk ke negeri Perak telah menubuhkan Kampung Karyawan di kawasan seluas kira-kira 22 hektar berdekatan Gua Tempurung di Kampar, Perak. Usaha ini, Awekz lihat mampu untuk membantu para karyawan untuk memacu budaya kreatif dalam melahirkan karya seni seterusnya membantu pembangunan industri seni itu sendiri.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri bersedia memberi peluang dan membuka pintu kepada semua karyawan sama ada golongan sasterawan, budayawan, penggiat filem, pengukir arca, aktivitis teater, penulis, pelukis, wartawan, jurufoto dan pengkarya lain untuk berkarya di perkampungan itu. 

"Sebagai permulaan, kerajaan negeri meluluskan sejumlah RM1 juta bagi penyediaan tapak, infrastruktur asas, landskap dan pemindahan 13 bangunan yang mempunyai ciri unik dari tempat lain ke situ. Selain memberi ruang karyawan dalam semua genre untuk menulis dan mencipta, ia juga bertujuan mempromosi perpaduan serta kefahaman menerusi seni dengan mengadakan program felo menerusi penyertaan tempatan dan luar negara, serta merealisasikan hasrat golongan generasi muda yang bergerak aktif untuk mewujudkan keharmonian sosial menerusi bidang masing-masing," katanya.

Kerajaan negeri juga berhasrat memasukkan acara itu sebagai satu daripada aktiviti utama kalendar pelancongan Perak mulai tahun depan menerusi lebih banyak penyertaan dari luar negara seperti penyair dan penggiat lagu rakyat dari China, Russia dan Afrika Selatan. 

Awekz: Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak dalam usaha menarik minta bukan sahaja karyawan untuk ke Perak malahan mampu membantu dalam sektor pelancongan negeri Perak sekaligus...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:20 AM 0 comments

Saturday, January 1, 2011

Al-Fatihah...


Seorang lagi anak seni pergi...Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, kira-kira pukul 1.45 petang tadi akibat serangan jantung. Allahyarham dikatakan rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Setelah itu, Allahyarham dibawa ke PUSRAWI bagi mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke ICU.  Ketika di ICU, doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Allahyarham merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, dan mempunyai seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2 tahun. Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hospital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi esok.

Awekz: Awekz mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Al-Fatihah...


Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:04 PM 3 comments

Farewell 2010 and Welcome 2011


Sedar tidak sedar, kita dah berada di tahun baru...Selamat datang 2011...Sepanjang 2010, pelbagai kenangan yang telah Awekz dapat...gembira, sedih dan segalanya...Kehadiran 2011 ini, Awekz ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan yang telah banyak menyokong Awekz secara langsung mahupun secara tidak langsung...

Begitu juga kepada pembaca-pembaca blog Awekz yang tak seberapa ini serta turut diingati rakan-rakan bloggers yang tidak jemu-jemu menulis dengan etika yang diperlukan...Kebenaran perlu diketahui oleh semua pihak!!!

Diharapkan 2011 ini akan memberikan sinar baru kepada semua dan semoga keharmonian dan keamanan di Malaysia akan terus dapat dipertahankan sebagaimana yang telah kita kecapi selama ini. All the best in 2011 and may it will be one of the best years that all of us ever had...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:27 AM 3 comments

Thursday, December 30, 2010

~ Kalah 2-1 tetapi menang dengan agregat 4-2...Cayalah Harimau Malaya ~


Tak sia-sia Awekz tengok perlawanan akhir kedua Harimau Malaya semalam, apatah lagi lepas Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang telah diberikan kepada Indonesia...Bersorak kegembiraan Awekz dan family depan tv...

Walaupun tewas 2-1 di Jakarta semalam, namun bekalan 3 gol sebelum ini menjadikan agregat 4-2, jelas memadai untuk Malaysia menjuarai Piala AFF dan mengakhiri kemarau selama 14 tahun lantas memahatkan nama Malaysia sebagai negara keempat yang berjaya memiliki piala tersebut...

Lebih membanggakan Awekz bila Pemain MU mengucapkan tahniah kepada Malaysia diatas kemenangan semalam. Kemenangan ini, jelas membuka mata sesetangah pihak dan berjaya membawa rakyat Malaysia yang telah jelak dengan senario bola sepak di Malaysia untuk kembali memberikan sokongan...

Kemenangan yang diperolehi juga disusuli dengan pengumuman 31/12/10 sebagai cuti umum oleh DS Najib Tun Razak...Sungguh 'happy' Awekz dengan cuti yang diumumkan...Terima kasih diucapkan...

Awekz: Garuda akhirnya layu juga ditangan Harimau Malaya...Kepada team Harimau Malaya, teruskan usaha dalam mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak di Malaysia...Tahniah Awekz ucapkan sekali lagi kepada semua!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:15 AM 1 comments

Tuesday, December 28, 2010

Ipoh Specialist Hospital dan Pusat Perlindungan Bayi...



Tahniah Awekz ucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak kerana mengiktiraf usaha murni yang telah dibuat oleh Ipoh Specialist Hospital dengan mewujudkan pusat perlindungan bayi pertama di negara ini. Tidak lupa juga kepada Ipoh Specialist Hospital dengan idea yang direalisasikan ini...

Sehubungan dengan itu, Exco Kanan Datuk Hamidah Osman menyeru orang ramai tidak memandang serong penubuhan pusat tersebut kerana tujuan utamanya adalah untuk menangani masalah buang bayi yang semakin berleluasa pada ketika ini. Katanya kewujudan pusat ini sekaligus dapat menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.

Matlamat utama Ipoh Specialist Hospital adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi dan bukan untuk mengesan dan menangkap si pembuang bayi. Pusat perlindungan bayi ini juga diletak berdekatan pintu masuk hospital bagi memudahkan bayi ditinggalkan di pusat berkenaaan.

Ianya akan menyediakan penjagaan sementara sebelum bayi diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak untuk proses penjagaan selanjutnya.

"Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dimana bayi-bayi yang diserahkan kepada hospital ini akan diberi rawatan sepenuhnya sebelum ia diserahkan kepada pihak JKM," katanya.

Awekz: Diharapkan program ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang negatif kerana objektifnya adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa serta mengurangkan masalah buang bayi yang semakin berleluasa...Tahniah diucapkan sekali lagi atas inisiatif ini...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:44 AM 0 comments

Monday, December 27, 2010

Cayalah Team Malaysia!!!


Dah lama Awekz tak menulis...Cadangnyer, nak buat 'comeback' masa New Year nanti...Tapi, terpanggil-panggil untuk menulis tentang team bola Malaysia yang menang semalam...Tabik spring dari Awekz untuk usaha yang dilakukan semalam dan jelas dilihat pemain kita berusaha bersungguh...Cuma mungkin, perlu lebih menyengat untuk 'melahirkan gol'...

3-0!!! Sudah pasti ramai yang melahirkan kegembiraan kerana rata-rata heboh menyatakan bekalan 2-0 diperlukan sebagaimana semasa menentang Vietnam tempohari...kejutan diberikan dan sememangnya diharapkan ia bekalan yang cukup dalam usaha Malaysia menggengam piala AFF 2010.

Semoga pemain kita tidak layu di Gelora Bung Karno nanti kerana sudah pasti Indonesia akan bermati-matian untuk mengalahkan Malaysia dengan bekalan gol yang sedia ada...Malaysia boleh...

Awekz: Pastikan Malaysia terus mengaum di Indonesia Rabu nanti...sama-sama kita doakan agar kemenangan menjadi milik kita, Piala AFF akan berada dalam genggaman Malaysia...Insyallah!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:27 AM 3 comments

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya...

Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI kepada semua yang rakan-rakan yang membaca blog Awekz ini tidak kira pada yang suka dan juga yang tidak suka...Diakui, dah lama Awekz tak menulis dan Insyallah, Awekz akan kembali...

Nantikan kemunculan Awekz kembali...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:59 AM 6 comments

Monday, July 19, 2010

'Klinik Dr. Zambry' ~ Tahniah!


Di Malaysia keseluruhannya ada Klinik 1 Malaysia, Awekz berbangga kerana di Perak YAB DS Dr Zambry Abd Kadir mengambil inisiatif mewujudkan "Klinik Dr. Zambry". Pendekatan ini adalah sebagai satu langkah bagi memastikan tiada jurang atau halangan antara rakyat dan Menteri Besar. 
 
'Klinik' yang diwujudkan ini, selain memudahkan lagi rakyat untuk berurusan dengan YAB Menteri Besar,  disamping akan bergerak setiap kali beliau turun padang bakal menyelesaikan banyak masalah berbangkit yang dihadapi rakyat. Lebih membanggakan, ia dibuka kepada seluruh lapisan masyarakat TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK!

YAB DS Dr Zambry berkata, rakyat termasuk pembangkang dialu-alukan untuk menyuarakan masalah mereka setiap kali beliau turun padang menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di daerah, kampung atau program Juara Rakyat.

"Pendekatan bertemu rakyat telah lama saya praktikkan, namun kaedah klinik ini diharap mampu merapatkan lagi hubungan saya dengan rakyat tanpa sebarang halangan.

Selain itu juga, "Klinik ini adalah lanjutan daripada pendekatan bertemu rakyat yang kita adakan. Sebelum ini kita juga ada dialog terbuka tetapi saya merasakan masih ada halangan antara saya dengan rakyat," katanya. 

YAB DS Dr Zambry juga berusaha untuk mengurangkan kerenah birokrasi dimana kerajaan negeri mengadakan mesyuarat Exco kerajaan negeri di setiap daerah dan kampung-kampung.

Beliau berkata langkah memperkenalkan pendekatan mesra rakyat yang berubah-ubah bertujuan memberi peluang dan kesempatan kepada setiap rakyat untuk menyuarakan masalah dan pendapat mereka supaya kehidupan rakyat lebih terjamin serta sejahtera.

Beliau turut melancarkan gerbang khidmat pesanan ringkas (SMS) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu mySMS 15888.

Orang ramai boleh membuat aduan, semakan aduan dan status permohonan seperti pinjaman pendidikan, pekerjaan, tanah dan lain-lain secara terus dengan caj yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan 35 sen.

Awekz: Sekali lagi tahniah diucapkan dan Awekz harap dengan adanya semua perkhidmatan yang baru ini, Kerajaan Negeri Perak akan lebih dekat di hati rakyat.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:34 PM 4 comments

Friday, July 16, 2010

Fikir-Fikirkan Rasionalnya!!!


Sana sini ramai yang membincangkan tentang pengumuman kenaikan harga beberapa barang. Seperti kebiasaan, sudah tentu isu ini akan dimanupulasikan sebaik-baiknya oleh pembangkang. Sudah ada juga kedengaran suara-suara ketidak puasan hati terhadap kenaikan barang-barang tersebut. Namun, apa yang Awekz ingin katakan, setinggi manakah kenaikan harga barang tersebut menganggu kehidupan kita seharian.

Cuba kita kaji fakta di bawah:
1. Penyelarasan subsidi gula, bahan bakar sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi.
2. Penyelarasan semula harga barang ini membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta untuk tahun ini.
3. Walaupun begitu, setelah harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula.
4. Penyelarasan itu adalah paling minimum berbanding cadangan yang dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.
5. Hasil penjimatan daripada penyelarasan harga itu akan membolehkan kerajaan menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan.
6. Keputusan sukar tetapi berani yang diambil oleh kerajaan itu dibuat selepas mengadakan perundingan dengan rakyat melalui Hari Terbuka Makmal Dasar.
7. Proses mendapatkan maklum balas seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi dilaksanakan dalam usaha kerajaan untuk memastikan langkah tersebut hanya memberi impak minimum ke atas keluarga, dan pada masa sama memberi manfaat jangka panjang kepada negara.
8. Meskipun harga bahan bakar dan gula di negara ini diselaraskan tetapi ia masih lagi yang paling rendah di rantau ini dan langkah tersebut akan menyumbang kepada usaha untuk mengurangkan defisit kewangan negara.
Awekz: Sudah pasti apa yang dibuat oleh kerajaan pada masa kini mempunyai kebaikan dan keburukannya. Keburukannya adalah kenaikan itu sendiri tetapi pernahkah kita fikir, kenaikan ini sudah pasti ada kebaikannya. Mungkin bukan untuk kita generasi pada masa kini, tetapi sudah pasti untuk generasi masa akan datang. Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:11 PM 1 comments

Thursday, July 15, 2010

Siapa Yang Gila...Fikir-Fikirkan!!!


Isu penyatuan dan perpaduan di antara UMNO dan PAS sudah panas kembali lantas meraih berbagai kenyataan dari pelbagai pihak. Terbaru, Pengerusi Perhubungan NGO Pemuda UMNO Malaysia, Suffian Awang berkata “Kalau pihak yang prihatin dengan perpaduan orang Melayu dikatakan sakit apa pula status orang yang menolak perpaduan, mungkin penyakit dia lebih teruk hingga tak mampu lagi diubati….dah cukup nazak dah maknanya tu”.

“Apakah gila kalau kita mengajak perpaduan, apakah gila kalau kita minta bersatu. Kita fikir pihak yang menentang perkara itu lebih hebat penyakitnya daripada gila”, ujarnya kepada Umno Online

Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika mengulas kenyataan pemimpin Pas yang menyatakan sedia menghantar pakar sakit jiwa kepada UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana masih membangkitkan isu kerjasama PAS-UMNO meskipun parti secara jelas menolak pelawaan tersebut.

Sedih Awekz melihatkan perangai puak-puak PAS yang masih tak mahu sedar lagi. Gilakah kita untuk sesama orang Melayu yang beragama Islam bersatu padu? Gilakah kita untuk memperjuangkan survival kuasa politik orang Melayu itu sendiri?

Seharusnya individu yang tidak bersedia untuk kerjasama UMNO dan PAS ini cuba muhasabah diri. Apakah tiada semangat 'perpaduan' di dalam hati anda. Siapa yang gila, PAS atau UMNO? Fikir-fikirkan...



Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:18 PM 0 comments

Wednesday, July 14, 2010

Perak oh Perak!!!

~Terkini pada 11 Julai di laman blog Kickdefella, Syed Azidi mendakwa menerima SMS yang bertulis ‘ Wang sudah ada untuk pembelian wakil-wakil rakyat BN ’ dari seorang ahli perniagaan rakan kepada Husam Musa.~
Perak pernah sudah tergadai ketika PRU-12 yang lalu dan ketika PRU-13 menghampiri adakah kita mahu Perak tergadai kembali? Sejarah PRU-12 mencatatkan BN 28 kerusi, DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi. BN juga ketika itu boleh menubuhkan kerajaan minoriti kerana pada ketika itu tiada Pakatan Rakyat tidak ada di dalam kamus politik Malaysia dan Perak khususnya.

Keadaan itu juga menjadikan Pakatan Rakyat dibentuk setelah PAS menolak cadangan bersama BN dan bersetuju menyertai kerajaan campuran bersama DAP dan PKR. Walaubagaimanapun, penyatuan itu dilihat sebagai satu matlamat jangka pendek serta berisiko tinggi kepada orang Melayu dan Islam khusunya.

Ironinya, Perak merupakan satu kes ‘istimewa’  kerana pembahagian politiknya menunjukkan kedudukan Melayu itu sebagai satu yang konkrit tetapi malangnya hancur musnah disebabkan oleh perpecahan di kalangan Melayu itu sendiri. Pada dasarnya, 38 DUN Perak dikuasai oleh Melayu dan jelas membuktikan kedudukan Melayu di Perak adalah stabil sehingga PAS memilih untuk memberi kuasa pemerintahan negeri Perak kepada DAP. Siapa yang perlu dipersalahkan?

Tidak mustahil PRU-13 nanti menyaksikan Ahli DUN Perak yang majoritinya sudah pasti Melayu tetapi dikuasai oleh Bukan Melayu dan Bukan Islam. PAS juga dilihat tidak mustahil untuk merampas beberapa buah kerusi Melayu dari UMNO akibat dari perperangan sesama sendiri dan sudah tentu kemenangan itu bukan hadiah buat Melayu tetapi sebaliknya kepada Bukan Melayu.

Sedar atau tidak, PAS juga berkemungkinan akan kehilangan keistimewaan sebagai orang Melayu dan beragama Islam kerana sudah ada desas desus yang mengatakan DAP akan meletakkan calon Melayu dalam PRU akan datang. DAP juga sedang giat memindahkan pengundi mereka ke kawasan-kawasan yang majoritinya Melayu sejajar dengan usaha mereka untuk menguasai Melayu.


Selepas ini kita mungkin akan ada Menteri Besar DAP berketurunan Melayu dan mungkin juga akhirnya nanti akan ada Perdana Menteri berketurunan Melayu dari DAP. Terang dan nyata bahawa DAP menguasai politik di Malaysia. Jika ia menjadi kenyataan, bagaimanakah keseluruhan Melayu itu nanti? Bukankah sudah tiba masanya UMNO dan PAS bersatu dalam menjamin survival Melayu di Malaysia itu sendiri. Mungkin sudah tiba masanya UMNO dan PAS bersatu hati dalam menghadapi PRU-13 seterusnya membentuk kerajaan yang masih lagi diterajui oleh Melayu berlandaskan Islam.
Awekz: Sama-sama kita fikirkan sementara masih ada masa. Great job by Kickdefella atas pendedahan dan kupasan yang menarik ini.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:41 AM 4 comments

Tuesday, July 13, 2010

UMNO dan PAS Bersatukah?


Merujuk kepada kenyataan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama.

Lokman berkata, jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakan bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.

Bolehkah UMNO dan PAS bersatu? Jika benar-benar ia terjadi, Awekz pasti ramai yang tidak senang hati dengan penyatuan ini, lebih-lebih lagi puak DAP. Awekz juga berharap agar penyatuan ini dapat menjadi realiti kerana sudah tentu menjadi kemenangan paling besar bagi umat Islam di Malaysia.

Sehubungan dengan itu juga, golongan agama hari ini melahirkan komitmen tidak berbelah bahagi untuk terus berusaha menyatukan UMNO dan PAS demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong kedua-dua parti.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai golongan agama, segala cabaran harus dihadapi dengan tenang kerana tanggungjawab menyatukan umat Islam termasuk membabitkan parti-parti politik orang Melayu merupakan tuntutan agama. Beliau juga turut mengakui masa depan Islam di negara ini terletak di tangan orang Melayu. Di atas sebab itu juga, dalam usia lebih 70 tahun beliau tidak pernah berhenti berusaha selain berdoa untuk melihat orang Melayu benar-benar bersatu.
“Perpecahan antara kedua-dua parti ini sebenarnya cukup memberi kesan kepada kedudukan Islam sekali gus kedudukan orang Melayu di negara kita. Malaysia adalah negara kita dan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk ke mana harus kita pergi?” katanya.
Awekz: Jika perpecahan ini menjadi lebih parah lagi, fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:27 AM 5 comments

Monday, July 12, 2010

MB Perak Mahu UMNO Perak Terus Bekerja...


“Saya mahu semua pemimpin di sini menyerang semula dakwaan dan fitnah pembangkang,” kata Menteri Besar Perak, DS Dr Zambry Abdul Kadir.

Sedar atau tidak, nasib pemimpin ditentukan rakyat yang melihat siapa yang mampu memberi kepimpinan secara telus dan dapat mengubah nasib mereka.Tambahnya lagi, jangan membiarkan pembangkang menabur fitnah bagi mengotorkan pemikiran rakyat dan tiba masanya untuk menyerang mereka semula.


YAB DS Dr Zambry juga mengingatkan "Sebagai pemimpin UMNO kita mestilah bekerja keras dalam memastikan hak rakyat diberi keutamaan." Ahli-ahli UMNO juga diingatkan agar tidak berselisih sesama sendiri kerana ia mampu menghilangkan kepercayaan rakyat untuk terus menyokong UMNO ketika berucap pada Majlis Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit Buntar ke-22 dan merasmikan Dewan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Taman Kerian Permai Parit Buntar, semalam.

UMNO Bahagian Parit Buntar juga dilihat masih kukuh dan bukan seperti dakwaan pembangkang yang mencari peluang menjatuhkannya. Kekuatan yang masih ada perlu dikukuhkan dari semua sudut agar dapat menarik semula pengundi yang dianggarkan hampir 46, 000 pada PRU-13 nanti. Pembangkang ketika ini menggunakan perpecahan dikalangan ahli UMNO dan BN sebagai satu senjata dan kerana itu juga SEHARUSNYA kini masa yang sesuai untuk UMNO bersatu dan menyerang pembangkang. 'Counter attack' itu perlu bagi menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

Awekz merasakan ini bukan masanya untuk kita hanya melihat dan berdiam diri terhadap segala yang dilakukan oleh pembangkang, sebaliknya ini masanya untuk kita membalas dan terus menyerang di atas setiap pernyataan dan perbuatan yang puak Pakatan Rosak lakukan. Kita juga perlu bekerja keras dan bersatu padu dalam mempertahankan hak orang Melayu dulu, kini dan selamanya.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:48 AM 0 comments

ADUN BN PERAK SENTIASA DIPANTAU!!!


YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir "PRESTASI ADUN PERAK SENTIASA DIPANTAU". Merujuk kepada pernyataan tersebut, tahniah Awekz ucapkan kerana MB sentiasa berpegang kepada apa yang dikatakan. Semua ADUN BN Perak diingatkan supaya memastikan prestasi mereka mencapai tahap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.
 
KPI ADUN BN Perak diukur dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah-masalah rakyat dan kekerapan meninjau kawasan atau turun padang. Perkembangan setiap ADUN sentiasa dipantau walaupun dikatakan UMNO dan BN telah meraih semula sokongan rakyat. Selain itu juga, KPI ADUN ini dibuat untuk tidak meletakkan ADUN-ADUN di dalam 'comfort zone'.

Isu perpaduan juga terus diberi keutamaan oleh YAB DS Dr Zambry Abd Kadir kerana ia merupakan pra-syarat bagi memastikan UMNO dan BN terus mencapai kejayaan dalam pilihanraya umum akan datang. Disamping itu, proses TRANSFORMASI turut diberi perhatian dengan  memperkenalkan muka baru dan lama YANG MENJADI PILIHAN RAKYAT sebagai calon pilihanraya.


Kerjasama dan perpaduan yang wujud di antara peringkat parti komponen di Perak ditahap yang memuaskan. Namun, adalah diingakan bahawa UMNO dan BN harus memperkukuhkan perpaduan termasuk bergerak bersama-sama supaya akan terus menjadi parti pilihan rakyat. 

Selain itu juga, YAB DS Dr Zambry Abd Kadir turut mengingatkan bahawa sekarang adalah masa terbaik bagi BN untuk melakukan serangan balas terhadap parti pembangkang yang selama ini menabur fitnah dan mengamalkan politik putar-belit.

Sekali lagi Awekz ucapkan tahniah diatas pencapaian serta inisiatif baru yang ditunjukkan oleh kepimpinan YAB DS Dr Zambry Abd Kadir dalam memastikan UMNO dan BN sentiasa menjadi JUARA di hati rakyat. Fikir-Fikirkan...
 
              


Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:33 AM 1 comments

Friday, July 9, 2010

Jahat Sungguh PAS Ni!!!


Apa nak jadi la dengan puak PAS ni. Kita heboh memperkatakan tentang PERPADUAN Melayu tapi sayang, Nik Aziz masih taksub dengan Pakatan Rosak. Jika sebelum ni, Nik Aziz mendabik dada menyatakan bahawa DAP telah dapat menerima Kerajaan Islam walaupun itu hanyalah fantasi dalam mimpi siang dan malam Nik Aziz.

Lebih ekslusif, kini Nik Aziz akan terus-terusan menanam sikap KEBENCIAN terhadap menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam siri ceramah dan lawatan beliau ke semua tempat di Kelantan. Awekz rasa, tidak mustahil Nik Aziz akan MENYEBARKAN KEBENCIAN bukan hanya di Kelantan sebaliknya kepada seluruh Malaysia sejajar dengan impian sekutunya dalam menghancurkan orang Melayu.

Barulah Awekz tahu, begini rupanya perangai Nik Aziz, insan yang dipandang tinggi oleh pengikutnya, sama ada yang biasa atau yang FANATIK. Hairan Awekz, bukankah di dalam ajaran Islam itu sendiri kita tidak digalakkan membalas dendam. Apa saja yang BN dan UMNO lakukan dilihat salah jika dibandingkan dengan PAS walaupun apa yang dilakukan sememangnya SALAH.

Walaubagaimanapun, ada perkembangan positif kepada pemikiran Nik Aziz apabila beliau sudah mula merasa kesal dengan sikap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan enggan menerima konsep Islam walaupun ia sudah dibicangkan semasa penubuhan gabungan pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Katanya,“Sebelum masuk Pakatan Rakyat (PR) kami sudah bincang, dasar kami Islam, oleh yang demikian kami hormat DAP dan dia kena hormat Pas pada mula-mula nak buat Pakatan Rakyat dulu, kenapa timbul balik perkara ini,”

Awekz: Adalah lebih baik Nik Aziz memikirkan agenda 'Perpaduan Melayu' itu sendiri dari membantu agenda 'Memusnahkan Melayu" bak kata pepatah Sesal Dahulu Pendapatan. Sesal Kemudian Tidak Berguna. Sebelum bangsa sendiri tergadai, fikirlah sebaik-baiknya...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:45 AM 3 comments

Thursday, July 8, 2010

Ingatan atau Ugutan Terserah Kepada Melayu untuk Menilaikannya!!!


Bagaimana nasib anak bangsaku di masa depan? Satu demi satu kenyataan dikeluarkan ekoran kebimbangan di atas perpecahan yang berlaku di kalangan Melayu kini, yang dilihat membantu agenda sesetengah pihak dalam menghapuskan kuasa politik yang berada di dalam tangan Melayu selama ini.

Terkini, DS Zahid Hamidi turut mengulas kenyataan TS Muhyiddin Yassin yang telah mengingatkan agar Melayu tidak berpecah belah sesama sendiri yang menyebabkan kemungkinan orang Melayu kehilangan kuasa politik. Keadaan ini dilihat bukan sebagai satu ugutan sebaliknya suatu realiti.

Jelasnya perkara itu boleh dilihat di Selangor dan Perak di mana pembentukan kedua-dua negeri itu tidak memihak kepada orang Melayu walaupun Menteri Besarnya adalah orang Melayu.
“Walaupun DAP tidak menjadi Menteri Besar tapi bila jumlah kerusi DAP melebihi jumlah lain-lain kerusi parti orang Melayu maka suara mereka melebihi orang lain.

“Malah dalam kerajaan negeri , keputusan exco yang diumumkan Menteri Besar adalah ditentukan oleh DAP….agenda DAP ini memang mengenepikan orang Melayu. Ini dibuktikan apa yang berlaku di Perak dan Selangor”, katanya kepada UMNO Online

Jelas apa yang terjadi kini perlu diambil iktibar agar orang Melayu akan terus memegang kuasa politik. Lebih mengejutkan Awekz apabila kenyataan yang telah dikeluarkan oleh TPM didakwa sebagai ugutan kepada orang Melayu sedangkan hakikat yang sebenar adalah Pakatan Rosak GENTAR jika semua orang Melayu bersatu. Sedarkah mereka bahawa jelas AGENDA UMNO itu untuk orang Melayu TANPA menafikan hak-hak orang bukan Melayu.


Jelas, bagi Awekz kenyataan yang dikeluarkan oleh TPM sebagai satu ingatan agar Melayu tidak mudah lupa, tidak mudah leka dan tidak dengan mudah mempertaruhkan kuasa politik yang berada di dalam tangan Melayu selama ini kerana hilangnya kuasa politik dari Melayu memungkinkan segalanya. Siapa tahu, berkemungkinan menghilangkan juga Melayu dari Malaysia...Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:05 AM 0 comments

Wednesday, July 7, 2010

Peringatan buat Ahli UMNO Perak!!!



Memetik kenyataan YAB DS Dr Zambry Abd Kadir, bahawa "ahli-ahli UMNO di Perak sekali lagi diingatkan supaya berwaspada dengan taktik intipan yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk meruntuhkan benteng perpaduan parti".

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, langkah berhati-hati itu perlu kerana keinginan pembangkang melihat UMNO bepecah semakin kuat. "Mereka tahu UMNO di Perak semakin kuat. Sebab itulah saya ingatkan ahli-ahli UMNO supaya sentiasa berwaspada dengan gerakan seperti ini," katanya. 

Kenyataan tersebut dikeluarkan apabila beliau diminta mengulas mengenai pendedahan strategi intipan ala-CIA dengan menyelinap dalam UMNO bagi memperolehi maklumat dalaman parti. Maklumat yang diperolehi itu seterusnya digunakan untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan ahli UMNO Perak khususnya yang dilihat semakin kuat.
 
YAB DS Dr Zambry juga turut ditanya sama ada pengintip ini sudah dikenalpasti, beliau  turut menjelaskan tidak mahu menuduh sesiapa sebaliknya menegaskan langkah berhati-hati perlu untuk mengelakkan ahli parti UMNO daripada berpecah belah. Turut dinyatakan bahawa mereka yang terlibat di dalam gerakan ini mempamerkan sifat talam dua muka, membuat kenyataan-kenyataan provokasi dan bermain dengan sentimen kebencian. 

Nampaknya, puak-puak Pakatan Rosak ni semakin lama semakin melampau. Awekz berpendapat, permohonan keahlian di kalangan ahli-ahli baru perlu diteliti agar ahli-ahli gerakan untuk memecah belahkan perpaduan dikalangan ahli UMNO dapat dihentikan dari masa ke semasa. Sememangnya kita menerima dengan baik permohonan keahlian namun di dalam masa yang sama kita perlu berhati-hati agar perpaduan sesama kita tidak diganggu gugat dengan anasir-anasir yang dimainkan oleh Pakatan Rosak. 
Buat Pakatan Rosak, hentikanlah niat jahat anda kerana bagi Awekz ia jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rosak sudah kehabisan taktik dalam meraih sokongan rakyat. Cuma kita perlu ingat, "what goes around, comes around". 

Fikir-fikirkan...




Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:33 AM 6 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    MELAKA JANGAN TERLEWAT
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.