YB KESHVINDER SINGH KELUAR DARI PARTI DAP HARI INI!!! Berita yang mengejutkan ini membuktikan bahawa Pakatan Rosak bukanlah seperti yang digambarkan. Sifat tamak haloba mereka akhirnya memakan diri sendiri. Seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!!!
Tuesday, June 15, 2010
YB KESHVINDER SINGH KELUAR DAP?
YB KESHVINDER SINGH KELUAR DARI PARTI DAP HARI INI!!! Berita yang mengejutkan ini membuktikan bahawa Pakatan Rosak bukanlah seperti yang digambarkan. Sifat tamak haloba mereka akhirnya memakan diri sendiri. Seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!!!
Sunday, June 13, 2010
PKR kata: 3 ADUN BN NAK LOMPAT PARTI...
Pakatan Rosak ni semakin hari Awekz lihat lari dari objektif mereka. Bukan lagi memperjuangkan rakyat, malahan perjuangan mereka tika ini adalah menjurus kepada kepentingan peribadi. Jika benar ADUN BN ini akan melompat parti, adakah Pakatan Rosak akan menerima mereka dengan hati yang terbuka atau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ADUN-ADUN lompat parti ini, seperti yang telah dilakukan kepada 3 ADUN BEBAS yang menyatakan sokongan mereka kepada BN!
Walau apa pun yang akan berlaku, sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan dibuat, jam 1 petang ini satu sidang pengumuman LOMPAT PARTI yang telah disusun indah oleh PKR akan berlangsung. Buat Pakatan Rosak, hentikanlah CEREKARAMA anda kerana rakyat sudah MUAK!!!
Tuesday, June 1, 2010
ISRAEL YANG ZIONIS!!!
Ahli Parlimen Parit juga mengikuti konvoi tersebut, ikuti rentetan perjalanan beliau di sini, Konvoi Bantuan Kemanusiaan
Ekoran kekejaman zionis Israel ini, banyak blog telah mengutuk, mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tersebut, Minda Intelek Melayu
Marilah kita sama-sama mendoakan agar sukarelawan-sukarelawan yang terlibat selamat...Insyallah...AMIN
Wednesday, May 19, 2010
KAD UCAPAN JUGA DIPOLITIKKAN!!!
Ada juga teman-teman sepejabat yang menceritakan perihal kad tersebut dan Awekz dengar, rata-rata guru-guru yang menerima kad ucapan tersebut merasa terharu serta dihargai. Penghargaan yang sesungguhnya tidak dapat digambarkan. Walaubagaimanapun, Awekz tidak menyangka kad ucapan yang dihantar itu juga turut di POLITIKKAN oleh Pakatan Rosak. Di blog SP di artikel TERIMA KASIH CIKGU, menunjukkan perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap kad-kad yang dihantar.
Dari 40,000 kad yang dihantar, terdapat sejumlah kecil kad yang dipulangkan semula dengan CONTENGAN ayat-ayat yang dapat Awekz simpulkan sebagai BODOH!!! Niat yang murni dibalas dengan perbuatan yang tidak seharusnya dibuat dan Awekz pasti sudah pasti ia perbuatan dari pengikut-pengikut Pakatan Rosak yang BUTA untuk MENILAI.
Cakap banyak pun tak guna, kita diberikan akal untuk berfikir seterusnya menilai, yang mana baik serta yang mana buruk. Bagi Awekz, tidak ada salahnya untuk Kerajaan Negeri serta YAB DS Dr Zambry untuk memberikan penghargaan kepada guru-guru kerana sedar atau tidak kita semua pernah dididik oleh seorang insan yang bergelar GURU. Fikir-Fikirkanlah...
Buat guru-guru yang pernah mendidik Awekz, tidak terlalu lambat untuk Awekz ucapkan TERIMA KASIH CIKGU...
Monday, May 17, 2010
SEDARLAH MELAYU!!!
Melayu perlu SEDAR!!! Ekoran keputusan PRK Sibu semalam, Awekz dapat simpulkan bahawa MELAYU PERLU SEDAR!!! SEDAR bahawa kuasa politik semakin terhakis dari genggaman MELAYU! DAP berjaya menembusi kubu BN dan kita perlu rasional, dimana SALAHNYA? Apa SALAHNYA sehingga BN GAGAL mengekalkan KEMENANGAN!!!
Teringat Awekz pada ucapan YAB DS Najib Tun Razak semasa ulangtahun UMNO yang ke 64 pada 11 Mei yang lalu, "Untuk menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, para pemimpin UMNO perlu sentiasa berusaha dan membuat program-program sepanjang masa dan bukannya turun padang hanya pada musim-musim pilihan raya sahaja". MELAYU PERLU BERUBAH...
Kita perlu BERSATU semula sebagaimana mereka BERSATU!!! Tak sanggup rasanya jika MALAYSIA@TANAH MELAYU@MALAYA tergadai!!! Fikirkanlah...
Teringat Awekz pada ucapan YAB DS Najib Tun Razak semasa ulangtahun UMNO yang ke 64 pada 11 Mei yang lalu, "Untuk menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, para pemimpin UMNO perlu sentiasa berusaha dan membuat program-program sepanjang masa dan bukannya turun padang hanya pada musim-musim pilihan raya sahaja". MELAYU PERLU BERUBAH...
Kita perlu BERSATU semula sebagaimana mereka BERSATU!!! Tak sanggup rasanya jika MALAYSIA@TANAH MELAYU@MALAYA tergadai!!! Fikirkanlah...
Monday, May 10, 2010
PERJUANGAN MELAYU MESTI DITERUSKAN!!!
Friday, May 7, 2010
Tahniah UMNO Perak!!!
Majlis yang julung-julung kali diadakan ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli sekaligus serta meningkatkan semangat juang warga UMNO khususnya. TAHNIAH SEKALI LAGI...
PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN-CAWANGAN UMNO NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
TARIKH : SABTU, 8 MEI 2010
MASA : 8 PAGI
TEMPAT : STADIUM INDERA MULIA
DIRASMIKAN OLEH :
Y.B DATO' SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
( Naib Presiden UMNO Malaysia )
MASA : 8 PAGI
TEMPAT : STADIUM INDERA MULIA
DIRASMIKAN OLEH :
Y.B DATO' SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
( Naib Presiden UMNO Malaysia )
Sunday, April 25, 2010
PRK Hulu Selangor
Pada masa yang sama, PR tetap menunjukkan kedegilan mereka dengan arahan yang telah dikeluarkan di mana barong panas tetap didirikan berhampiran pusat mengundi walaupun tindakan telah diambil. Penyokong pembangkang juga masih lagi meraih undi dengan memegang bendera parti dan poster calon pembangkang.
Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.
Awekz: Pilihlah calon dan parti yang benar-benar layak untuk berkhidmat kepada anda semua. Fikir-fikirkan...
Thursday, April 22, 2010
Bukti Anwar Ibrahim MENIPU LAGI...
Awekz tak berkesempatan nak update blog sekarang ni lantaran broadband yang kejap ok dan kejap tak ok di sini. Hari ni, broadband ni macam ok. Ini lagi satu cerita yang Awekz dapat dari teman di Ipoh. Terima kasih untuk link yang diberikan.
Anwar Ibrahim terbukti menipu lagi, so kepada semua penyokong yang begitu taksub dengan Anwar Ibrahim ni, diharapkan korang dapat bersabar. Takut-takut bertambah naik pula darah tu nanti. Anwar Ibrahim yang korang sayang pada hakikatnya bukanlah seperti yang digambarkan. Qardhawi Tersinggung Dengan Anwar?
Maklumat terbaru yang diterima, Dr. Yusof Al-Qardhawi amat tersinggung dengan perbuatan Anwar Ibrahim mengaitkan namanya sebagai ulama yang mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim tidak terlibat dengan perbuatan meliwat.
Untuk cerita lanjut, korang boleh lawat link ini. Yusof Qardhawi tersinggung dengan Anwar IbrahimAwekz: Teringat kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Halili...SAYA KELUAR PKR KERANA PARTI ITU MENIMBULKAN RASA CEMAS KE ATAS ORANG MELAYU...FIKIR-FIKIRKANLAH!!! |
Friday, April 16, 2010
Majlis Pelancaran Jentera BN Perak
Dengan simbolik pelepasan tersebut, Awekz harap semua jentera yang telah diberi amanah akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin bagi merampas kembali Parlimen Hulu Selangor. Awekz juga mendapat maklumat bahawa Ketua Zon 2C mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak telah melawat mangsa kebakaran di Kg. Serigala. Bantuan juga telah diberikan kepada mangsa untuk mengurangkan beban mangsa.
Calon BN juga telah dimumkan, tidak kira siapa calonnya, yang penting kini TERUSKAN MISI MENAWAN HULU SELANGOR!!! Buktikan sokongan rakyat telah kembali semula kepada kita!!! Selamat berjuang kepada semua...
Awekz: Semoga semuanya berjalan lancar dan kemenangan akan kembali kepada BN!!!
Friday, April 9, 2010
Takziah...
Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada kepada keluarga mendiang.
Sunday, April 4, 2010
KONVOI JELAJAH PKR YANG GAGAL!!!
Tetapi, SMS yang Awekz terima amatlah mengejutkan apabila kepimpinan yang dikatakan akan mengikuti rombongan tidaklah seperti yang digambarkan. Bas konvoi yang sempat berhenti di Sg Siput dilihat hanya terdiri daripada 15 orang. Lebih menyeronokkan apabila jelas terbukti bahawa Anwar Ibrahim sudah mula takut dengan bayang-bayangnya, malu dengan kegagalan programnya di Perak tempohari. Kerana itu jugalah, kelibat PENASIHAT PKR ini tidak kelihatan semasa konvoi jelajah semalam.
Awekz: Rakyat sudah menunjukkan kebencian mereka terhadap Pakatan Rakyat terutamanya PKR. The world is not just watching us but the world is watching you too!!!
Friday, April 2, 2010
Memorandum Dilucutkan Gelaran ADUN Pasir Panjang dan Sitiawan...
Pergerakan Pemuda Umno Perak akan menghantar memorandum kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya menarik balik gelaran dan pingat yang dianugerahkannya kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Saudara Maslin Sham Razman berkata Adun Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Adun Sitiawan Datuk Ngeh Koo Ham didakwa tidak menghormati institusi Diraja dan kemuliaan DUN.
Katanya tindakan melampau pembangkang itu dapat dilihat ketika persidangan DUN apabila mereka mencetuskan kekacauan sehingga mengganggu perjalanan sidang dua hari itu. "Memorandum itu yang akan diserahkan selepas solat Jumaat di Istana Kinta esok itu dan Pemuda turut disertai Pemuda BN, NGO serta penyokong kerajaan".
"Perbuatan membuat poster, mengejek dan mencela sehingga mencetuskan kekacauan dan mengeluarkan kenyataan berunsur jahat kepada polis adalah kelakuan terburuk," katanya kepada pemberita di sini hari Khamis. Beliau berkata sikap Adun pembangkang itu juga dilihat seolah-olah mengajak rakyat untuk membenci Sultan Perak dan tidak menghormati keputusan baginda melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar. Pergerakan itu turut menyifatkan tindakan Adun Kuala Sepetang Tai Sing Ng yang mengacah untuk memukul Zambry dengan fail dianggap sebagai satu tindakan ganas dan liar.
Saudara Maslin Sham turut mendesak Speaker DUN Datuk R.Ganesan selaku Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri mengambil tindakan tegas terhadap pembangkang dan berharap rakyat dapat melihat tindakan itu yang mementingkan kepentingan peribadi dan bukan berjuang untuk rakyat seperti yang diwar-warkan mereka.
Awekz: Awekz rasa jika dilucutkan, akan jadi pengajaran untuk semua ADUN agar tidak bertindak sesuka hati. Fikir-fikirkan...
Takziah...
Kita kehilangan seorang lagi penghibur. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Jenazah ABang Din Beramboi akan disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan (FRIM) sebelum solat Jumaat esok!
Al-Fatihah...
Wednesday, March 31, 2010
Sidang DUN berubah wajah...
Ingatkan ADUN Pembangkang dah benar-benar berubah dan tahu apa yang perlu dilakukan di dalam dewan, tetapi sayang seribu kali sayang, pembangkang masih lagi 'bodoh' dan tak tahu apa yang perlu diperjuangkan. kalau dah suka sangat buat DRAMA, jadi jer PELAKON...Tak perlu jadi ADUN!!!
Dah jadi macam 'CIRCUS' dewan sidang hari ini, bila ADUN PEMBANGKANG dah mula MEROYAN SEMULA. ADUN KUALA SEPETANG hari ini bertindak lebih dari biasa apabila melakukan percubaan untuk menampar YAB DS Dr Zambry. Cuba tanya pada diri korang, apa yang diperjuangkan untuk RAKYAT. Yang Awekz nampak, perjuangan MEMFOFULARKAN DIRI korang adalah!!!
Terjerit-jerit di dalam dewan, memang macam orang hilang akal. Meroyan tak tentu pasal. Kepada anda-anda yang menyokong pakatan rakyat ni, tak nampak lagi ker perangai ADUN-ADUN kesayangan korang. Lepas meroyan tak dilayan, buat pulak PC. Negara dah tak aman, hanya disebabkan polis menjalankan tugas. lepas tu siap nak bawa ke mahkamah. Nak tarik pula simpati rakyat. Buat ADUN Pembangkang, apa korang ingat itu saja ke bidang tugas ADUN...Fikir-fikirkan!!!
Tuesday, March 30, 2010
ADUN YANG KURANG AJAR!!!
Apa nak jadi la dengan ADUN Pakatan Rakyat ni, sudahla tak habis-habis dengan meroyan ditambah pula dengan perilaku yang sememangnya tak menggambarkan kematangan. Bila dikatakan bersifat kebudak-budakan, sudah pasti dinafikan. Namun, itulah hakikat yang dilihat.
Berita dari kawan-kawan bloggers yang berada untuk melaporkan berita semasa SIDANG DUN berlangsung menggambarkan bahawa mereka jelas berpura-pura. Diberitakan, sebelum keberangkatan masuk DYMM Pemangku Raja Perak. Semasa bacaan doa pembukaan dewan dibaca kesemua YB dan tetamu yang hadir telah memberikan penghormatan dan berdiri seketika semasa ia berlangsung.
Walaubagaimanapun, sikap seorang YB dari Pakatan Rakyat telah membuktikan kebiadapan ADUN Pakatan Rakyat dengan tidak berdiri seterusnya tidak menghormati bacaan doa yang telah dibuat. Telah jelas, Pakatan Rakyat tidak menghormati sensitiviti sesuatu kaum. YB yang Awekz maksudkan adalah YB Kuala Sepetang, YB TAI SING NG.
Juga Awekz sertakan video yang menunjukkan kegilaan SIVAKUMAR di Sidang DUN Perak sebentar tadi.
Awekz: Memang benci dan meluat melihatkan perilaku ADUN Pakatan Rakyat yang tidak kena pada masa dan tempatnya. Untuk apa sekalipun, biarlah BERPADA-PADA!!! Awekz juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada bloggers Selamatkan Perak, Pro Melayu serta ramai lagi yang memberikan maklumat kepada Awekz sepanjang SIDANG DUN Perak ini.
SIDANG DUN PERAK DITANGGUHKAN DAN AKAN BERSAMBUNG ESOK...
- Berita terkini yang Awekz terima, SIDANG DUN telah ditangguh persidangannya. SIDANG DUN akan
bersambung esok hari pada pukul 10.00am.
- Sebaik saja DYTM Raja Muda berangkat meninggalkan Sidang DUN, Nizar Jamaluddin yang masih lagi
mengejar jawatan MB Perak serta ADUN Pembangkang yang lain telah melakukan provokasi terhadap
YB Speaker serta YB DS Tajol Rosli.
YEAY...YEAY... SIVAKUMAR KENE TIPU RUPANYA!!!
Nak tergelak pun ada, nak termuntah pun ada bila melihatkan Sivakumar yang tak hilang-hilang lagi MEROYAN dia. Tambahan setelah menerima surat jawapan kehadiran dari seorang ADUN BN melalui faks dan juga melalui snail mail...
Dari sumber yang Awekz terima, ia sememangnya dirancang untuk melihat sejauh mana kegilaan dan kegembiraan Sivakumar setelah menerima surat jawapan tersebut. Tambahan pula, surat diterima dari bekas MB Perak, YB DS Tajol Rosli. Seperti yang dijangka, bertambah giler Sivakumar lantas menyatakan dirinya diiktiraf sebagai Speaker yang sah...Mimpi yang indah rupanya hanya merupakan MAINAN TIDUR si SIVA disiang hari.
Apa yang menghairankan Awekz, walaupun Si SIVA ni dah ternyata MEROYAN nyer, sayang seribu kali sayang, masih lagi tiada tindakan terhadap dirinya. Bukan sekali dua, malah berjuta-juta kali mengakui dirinya sebagai speaker yang sah walaupun sebenarnya TIDAK SAH. Tiada tindakan yang diambil. Mana semua POLIS di Malaysia ni. Nak kata gaji tak cukup, Awekz rasa baru je semua gaji dinaikkan.
Lebih menghairankan, Kes Penyamaran Setiausaha Sulit kepada Sultan Kelantan dapat pula diselesaikan dengan cepat. Dimana rasionalnya atas tiada sebarang tindakan ke atas SIVAKUMAR. Terlalu kebalkah dia sehingga ke hari ini masih tiada sebarang tindakan diambil. Cakap banyak pun tak guna, apa yang lebih PENTING fikir-fikirkan, SAMPAI BILA?
Awekz: Jangan sampai umum hilang pula kepercayaan ke atas POLIS Malaysia. Dikatakan POLIS merupakan PRO BN atau mungkinkah kini POLIS sudah PRO PAKATAN RAKYAT...
Dari sumber yang Awekz terima, ia sememangnya dirancang untuk melihat sejauh mana kegilaan dan kegembiraan Sivakumar setelah menerima surat jawapan tersebut. Tambahan pula, surat diterima dari bekas MB Perak, YB DS Tajol Rosli. Seperti yang dijangka, bertambah giler Sivakumar lantas menyatakan dirinya diiktiraf sebagai Speaker yang sah...Mimpi yang indah rupanya hanya merupakan MAINAN TIDUR si SIVA disiang hari.
Apa yang menghairankan Awekz, walaupun Si SIVA ni dah ternyata MEROYAN nyer, sayang seribu kali sayang, masih lagi tiada tindakan terhadap dirinya. Bukan sekali dua, malah berjuta-juta kali mengakui dirinya sebagai speaker yang sah walaupun sebenarnya TIDAK SAH. Tiada tindakan yang diambil. Mana semua POLIS di Malaysia ni. Nak kata gaji tak cukup, Awekz rasa baru je semua gaji dinaikkan.
Lebih menghairankan, Kes Penyamaran Setiausaha Sulit kepada Sultan Kelantan dapat pula diselesaikan dengan cepat. Dimana rasionalnya atas tiada sebarang tindakan ke atas SIVAKUMAR. Terlalu kebalkah dia sehingga ke hari ini masih tiada sebarang tindakan diambil. Cakap banyak pun tak guna, apa yang lebih PENTING fikir-fikirkan, SAMPAI BILA?
Awekz: Jangan sampai umum hilang pula kepercayaan ke atas POLIS Malaysia. Dikatakan POLIS merupakan PRO BN atau mungkinkah kini POLIS sudah PRO PAKATAN RAKYAT...
PERASMIAN SIDANG DUN PERAK 2010
LIVE DARI SIDANG DUN PERAK
Live dan terkini dari SIDANG DUN Perak...
- ADUN-ADUN Pembangkang telah pun berkumpul di perkarangan SUK.
- Mereka dilihat berjalan masuk secara berkumpulan ke tempat perasmian SIDANG DUN.
- Keadaan di luar pagar dengan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat berkurangan dari kebiasaan,
walaubagaimanapun, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat ini sedang hebat melakukan PROVOKASI.
- ADUN-ADUN Pembangkang telah pun berkumpul di perkarangan SUK.
- Mereka dilihat berjalan masuk secara berkumpulan ke tempat perasmian SIDANG DUN.
- Keadaan di luar pagar dengan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat berkurangan dari kebiasaan,
walaubagaimanapun, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat ini sedang hebat melakukan PROVOKASI.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















