Kalau semalam Awekz berbicara tentang risalah-riasalah yang diedarkan puak Perosak Rakyat ni di pasar-pasar, kini ada satu lagi cerita... Risalah-risalah juga telah kembali diedarkan di masjid-masjid. Dikhabarkan, sewaktu solat Jumaat risalah-risalah ini diedarkan. Diletakkan dihadapan pintu masjid.
Lebih gempak apabila, risalah-risalah sebanyak 5 helai diikat sekali dan sebanyak 2 kotak telah diedarkan!!! Risalaah - risalah ini telah diedarkan di sebuah masjid di Kg. Kuala Pari, Ipoh, Perak. Persoalannya, apa yang kita sudah lakukan dalam menangani masalah ini. Perlukah dibiarkan sehingga akhirnya memakan diri sendiri?
Mahukah Perak tergadai lagi hanya kerana faktor-faktor yang kita lihat kecil namun besar IMPAKNYA!!!
Awekz: Langkah drastik perlu diambil bagi menghentikan aktiviti-aktiviti yang semakin berleluasa ini. Pihak berkuasa, kerajaan negeri perlu bertindak agar penyebaran risalah yang bersifat fitnah ini dapat dihentikan serta-merta. Persoalannya, apakah tindakan kita? Fikir-fikirkan!!!




































