skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Wednesday, March 3, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT PERINGKAT NEGERI PERAK



ATURCARA KESELURUHAN PROGRAM JUARA RAKYAT PERINGKAT
NEGERI PERAK

5 MAC 2010 (JUMAAT)

MASA

ACARA

TEMPAT

3.00 ptg – 10.00 mlm
Pameran dan Gerai Jualan
Tasek YDP, Slim River

3.00 ptg - 6.00 ptg
Sukan Air
Tasek YDP Slim River

5.00 ptg
Rehearsal
Tasek YDP Slim River

8.00 mlm - 10.00 mlm
Pertandingan Rebana
Tasek YDP Slim River
8.00mlm – 10.00mlm

Ceramah Kerjaya dan Motivasi


-        SMK Ayer Kuning
-       SMK Buyong Adil
-       SMK Slim
-       SMK Khir Johari,TM



6 MAC 2010 (SABTU)

MASA

ACARA

TEMPAT

8.00pg – 9.00pg

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tadika

Tasek YDP Slim River


9.00pg – 10.00mlm


Pameran, Ekspo dan Gerai Jualan

Tasek YDP Slim River


9.00 pg – 10.15pg


Persembahan tarian 1 Malaysia dan nyanyian 3 kaum

Tasek YDP Slim River


9.00pg

Ketibaan YAB TPM 


YAB TPM bertemu warga pendidik Daerah Batang Padang


Padang POLISAS Behrang


Dewan
POLISAS Behrang




6 MAC 2010 (SABTU)

MASA

ACARA

TEMPAT

10.30pg


Ketibaan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia
- Paluan Kompang, Gendang India dan Tarian Singa.


Tasek YDP Slim River


** Aturcara Perasmian

10.45 pg         
Lagu Negaraku/Barisan
     Nasional/UMNO/UMNO Perak




               
Bacaan Doa





Ucapan Aluan YAB Menteri Besar Perak





Ucapan Pelancaran YAB Timbalan Perdana Menteri





Gimik Pelancaran Program Juara Rakyat dan kempen 
     “JOM SOKONG BN”





Nyanyian Lagu Juara Rakyat dan 1 Malaysia(Diiringi oleh persembahan tarian dari kumpulan kebudayaan Majlis Bandaraya Ipoh)





Penyampaian Sijil Penyertaan Pameran/Expo/Gerai Jualan





Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang STPM dan PMR     





Lawatan ke Gerai





Sidang Akhbar





Jamuan Rakyat (Diiringi oleh persembahan Kombo Majlis Bandaraya Ipoh)


2.00 ptg
TPM bertolak ke FELDA Residence Trolak


2.30 ptg

Perjumpaan Khas dengan BN Negeri Perak, Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak  dan Ahli Majlis Tertinggi (Angkat) di Dewan Ixora, TCR

Dewan Ixora, TCR


3.30 ptg


Bertolak ke Kampung Baru Slim Village

Kg. Baru Slim Village


4.00 ptg


Menyertai program gotong royong membina sebuah  rumah warga daif dan ramah mesra bersama masyarakat  di Kampung Baru (Cina) Slim Village.

Kg. Baru Slim Village


5.00ptg

Bertolak pulang


2.00ptg – 4.00ptg

Pertandingan Aspek Wanita

Tasek YDP Slim River

3.00ptg – 6.00 ptg

Sukaneka

Tasek YDP Slim River

5.00ptg – 6.00 ptg

Gerakan Tumpuan ‘Santai Petang’

20 lokasi terpilih

9.00mlm

Forum Perdana

Tasek YDP Slim River

12.00mlm

Program Mengimarahkan Masjid
Bersama YAB Menteri Besar

Masjid SIS II Slim River



JADUAL AKTIVITI YABHG PUAN SERI NORAINEE ABDUL RAHMAN
                    ISTERI YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI


6 MAC 2010

MASA

ACARA

TEMPAT

9.00 pg – 1.30 ptg

Bersama dalam jadual YAB Timbalan Perdana Menteri


1.30 ptg

Bertolak ke Trolak Country Resort
(TCR)


2.30 ptg

Bertolak dari TCR ke Dewan Orang Ramai, Felda Trolak Utara
untuk menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim.

Dewan Orang Ramai, Felda Trolak Utara

4.00 ptg

Menyampaikan hadiah pertandingan aspek Wanita

Tasek YDP, Slim River

5.00 ptg

Bertolak pulang



7 MAC 2010 (AHAD)

MASA

ACARA

TEMPAT

4.00 pg


Qiamullail / Solat Subuh / Kuliah
Bersama YAB MB

Masjid SIS II,Slim River


7.00 pg


YAB MB bersarapan pagi bersama rakyat

Restoran Kurnia Slim River

9.30 pg


YAB MB menyertai gotong – royong membaik pulih rumah rakyat termiskin (India)

Kg Baru,Behrang Ulu


11.30 pg


YAB MB menyertai gotong – royong membina rumah rakyat termiskin (Melayu)

Kg Kuala Slim


12.30 tgh


YAB MB menyertai Jamuan Rakyat dan Solat Zohor

Masjid Jame’ Kuala Slim


8.00pg – 5.00ptg

Pertandingan Futsal

Padang Futsal Slim River

9.00pg – 6.00ptg

Pertandingan Bola Jaring

Padang Slim River

9.00pg – 5.00ptg

Pameran, Ekspo dan Gerai Jualan

Tasek YDP Slim River

9.00pg – 4.00ptg

Pertandingan Puzzle

Tasek YDP Slim River

9.00pg – 3.00ptg

Servis Motosikal Pelatih GIATMARA

Tasek YDP Slim River

4.30ptg-5.30ptg


Gerakan Tumpuan “Santai Petang”

20 lokasi terpilih


5.30 ptg


Majlis penutup oleh YB Dato’ Ahmad Maslan
Penyampaian hadiah pertandingan:
-           Futsal
-           Bola Jaring
-          Gerai terbaik

Tasek YDP Slim River





Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:49 AM 3 comments

Monday, February 22, 2010

Program Generasi Muda akan dibiayai...







Tahniah Awekz ucapkan kepada kerajaan Negeri Perak atas pengumuman terkini yang telah dibuat. Bermula tahun 2010 kerajaan negeri Perak akan memperuntukkan RM2 juta setiap tahun bagi membiayai program mengupayakan generasi muda, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Beliau berkata peruntukan itu merupakan langkah kerajaan negeri untuk memberi perhatian khusus kepada golongan muda yang merupakan 60 peratus daripada komposisi penduduk negara ini.

”Ini merupakan pengiktirafan kepada golongan muda dan sejarah telah membuktikan negeri ini telah memberi penumpuan kepada usaha membentuk modal insan terbaik iaitu membentuk generasi muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-15 Majlis Belia Negeri Perak, di sini hari ini.

DS Dr Zambryjuga  berkata langkah itu juga meletakkan Perak sebagai negeri pertama yang menyediakan bajet khas untuk pembangunan dan pengupayaan generasi muda di negara ini.

Sementara itu diminta mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pindaan perlembagaan Barisan Nasional (BN) bagi menarik penyertaan badan bukan kerajaan, DS Dr Zambry berkata perubahan itu perlu demi masa depan parti.

”Saya amat bersetuju kerana perubahan perlu dilakukan untuk masa depan BN. Ini merupakan harapan baru kepada parti besar ini agar tetap kukuh,”  kata DS Dr Zambry yang juga Pengerusi BN negeri.

Semalam, DS Najib berkata saranan pindaan perlembagaan BN itu bertujuan memantapkan parti di samping menjadikan parti BN lebih bersifat terbuka dan inklusif.

Awekz: Satu lagi bukti bahawa rakyat didahulukan, semoga ia dapat membuka lebih banyak mata dan fikiran bahawa Kerajaan Negeri yang ada pada masa kini benar-benar berusaha ke arah aspirasi Perak Aman Jaya. Tahniah sekali lagi Awekz ucapkan.




Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:44 AM 3 comments

Haji Hadi bersuara akhirnya...


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 

Menurut beliau, perkara itu perlu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara Malaysia tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara Barat, negara bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini.

Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu.

Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.


Awekz: Cayalah Haji Hadi, setidak-tidaknya beliau berani untuk mengatakan apa yang tidak benar dan bukan hanya mengikut telunjuk mereka yang diatas. Buat rakan-rakan semua, buka minda dan fikiran...Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:21 AM 0 comments

Tuesday, February 9, 2010

Tahniah DS Dr. Zambry!!!


Akhirnya, penantian siapa yang menjadi MB Perak telah terjawab. Apa lagi yang Pakatan Rakyat ingin katakan setelah keputusan diumumkan. DS Dr. Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah dan keputusan sebulat sura dari 5 hakim yang bersidang.

Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah dan semoga Perak akan terus AMAN, JAYA dibawah kepimpinan DS Dr. Zambry dan Kerajaan UBN Perak.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:28 AM 13 comments

Monday, February 8, 2010

GAMBAR KONTROVERSI...

Gambar ni menyebabkan laporan dibuat oleh PAS terhadap blogger jeffrydamien. Alahai, nak tergelak Awekz dengan dieorang semua ni, kalau dieorang buat kat pemimpin BN tu tak salah pula. Orang lain buat semua salah, dieorang buat semua betul. Maksum sungguh...

Cakap banyak pun tak guna, pokok pangkal cerita, kalau korang boleh sesuka hati nak buat pada orang, jangan la jadi pondan bile kena dekat korang!!! Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:55 PM 12 comments

Friday, February 5, 2010

Betul ke Nik Aziz?


Betul ker dengan apa yang Awekz baca di 'paper' ni? NIZ AZIZ MAHU PAS DAN UMNO BERDAMAI. Betul ke Nik Aziz, ataupun cuma untuk mengalihkan perhatian umum terhadap segala masalah yang berlaku terhadap Pakatan Rakyat, tak kurang juga untuk mengalihkan perhatian terhadap isu Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan atas kesalahan 'meliwat'.

Kalau dulu, bila dicadangkan tentang perdamaian, tentang bersatu, mau naik hangin Nik Aziz dan sekutunya. Mana mungkin PAS dan UMNO bersatu, itu kata mereka. Terkini, Nik Aziz melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan UMNO dalam usaha menegakkan kepentingan umat dan agama Islam di Malaysia.

Tak cukup dengan tu, beliau juga turut mengakui pertelingkahan yang berlaku antara PAS dan UMNO tidak menguntungkan mana-mana pihak. Awekz tengok, dalam kenyataan Nik Aziz lagi, 'perbincangan mengenai hal agama (antara PAS dan UMNO) boleh dibuat secara baik.Jangan ada niat yang terselindung sudahlah kerana seperti yang kita semua tahu, PAS ni boleh berubah mengikut keadaan semasa. Tak pun, disebabkan wang ihsan minyak...ihsan nak ditukarkan kepada royalti?

Andai benar ingin berdamai bersatu, bukanlah hanya untuk agama tetapi untuk semua. Survival Rakyat Malaysia. Jangan nanti bila UMNO dah bersuara, bersetuju untuk sebarang kemungkinan, Nik Aziz tukar fikiran, tukar kenyataan almaklumlah dah berkali-kali dilakukan. Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:03 AM 7 comments

Tuesday, February 2, 2010

Kerajaan BN tidak akan ikut mainan pembangkang...


Sana-sini Awekz dengar tentang YAB MB kita mencabar ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk meletak jawatan, lebih-lebih lagi untuk membuktikan bahawa mereka masih lagi mendapat sokongan padu dari rakyat negeri Perak. 

Tambahan lagi, YAB MB mengatakan bahawa segala yang berlaku adalah hanya permainan ciptaan Pakatan Rakyat dan TAHNIAH kerana kerajaan BN tidak seharusnya terpesong dengan permainan itu. Pendapat Awekz, adalah lebih bagus jika semua pihak bekerja untuk kebaikan semua pada masa ini dan bukan hanya melihat kepada retorik politik yang hanya akan merugikan masa.

Buat Nizar dan rakan-rakan, inilah masanya untuk korang buktikan yang korang semua masih mendapat sokongan rakyat. Apa tunggu lagi. ADA BERAN?
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:30 AM 1 comments

Monday, February 1, 2010

Tahniah UMNO Perak


Dah lama Awekz tinggalkan blog tanpa sebarang 'posting' rentetan dari tugas yang terlalu banyak untuk diselesaikan. Kini Awekz kembali memeriahkan dunia blog yang kian mencabar, juga untuk berjuang semula bersama rakan-rakan bloggers lain.

Terima kasih Awekz ucapkan kepada rakan-rakan yang mendorong Awekz untuk aktif semula untuk. Disini juga, Awekz mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada UMNO Negeri Perak dalam Pelancaran Web UMNO Perak serta Blog-Blog UMNO Bahagian. Semoga dengan wujudnya laman web dan blog ini, UMNO Perak akan lebih dekat dengan rakyat sejajar dengan misi UMNO Juara Rakyat.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:14 AM 3 comments

Friday, January 15, 2010

Betul ker negara tak stabil?



 

Awekz heranla dengan puak-puak pembangkang ni...tak habis-habis nak cari isu...Isu kalimah Allah tu, tak de lak nak dieorang ni nak bersuara, benda yang lain juga yang dioerang nak kasi panas...

Yang terbaru, isu lawatan PM dan TPM ke luar negara...itupun boleh dimanipulasikan hingga dikatakan lawatan tersebut disebabkan rasa takut akibat keadaan negara yang tidak stabil...pernyataan apakah ini, hello...nama pun lawatan kerja kan...tolong lah jangan nak cari publisiti murahan wahai Mahfuz...itu kalau BN yang buat...cuba kalau pakatan buat, mesti Mahfuz ni buat bodoh jer...betul tak...

Awekz: Terfikir-fikir, siapa yang tak stabil...Malaysia ker atau pun Mahfuz yang tak stabil otaknyer...Sama-sama kita fikirkan!!!




Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:13 PM 10 comments

Seri Paduka diminta campur tangan isu kalimah "ALLAH"



KUALA LUMPUR 13 Jan. – Memorandum yang ditandatangani wakil 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta campur tangan bagi menyelesaikan isu kontroversi penggunaan kalimah Allah.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd. Azmi Abd. Hamid berkata, memorandum itu turut mendesak supaya dipastikan penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam.
“Kita juga merayu secara bersungguh-sungguh supaya raja-raja Melayu mengambil peranan muktamad bagi memastikan situasi tegang yang timbul akibat penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak berlarutan.

“Memorandum yang mengandungi 12 resolusi yang diluluskan ketika Muzakarah Pakar Isu Kalimah Allah: Katakanlah Allah Itu Yang Maha Esa akan diserahkan secepat mungkin kepada Seri Paduka pada satu tarikh yang belum ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menjadi ahli panel muzakarah tertutup anjuran Gabungan NGO-NGO Islam Bantah Salah Guna Kalimah Allah berkenaan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Muzakarah kira-kira empat jam turut disertai tiga ahli panel lain iaitu Penaung Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa), Datuk Dr. Haron Din; Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ann Wan Seng dan Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Md. Asham Ahmad.

Pada 31 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly dengan alasan ia dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Mohd. Azmi berkata, dalam memorandum itu, pihaknya turut mendesak supaya pihak Gereja Katolik menarik balik niatnya untuk menggunakan kalimah Allah.
Dalam perkembangan berkaitan, Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Shukri Abdullah ketika membacakan kenyataan bersama NGO Islam berkenaan berkata, pihaknya sedih dengan tindakan pihak tertentu yang tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam.

“Mereka tidak wajar untuk terus menggunakan kalimah Allah kerana terjemahan yang betul bagi perkataan God dalam bahasa Melayu ialah Tuhan.
“Kita juga tertanya-tanya apakah motif sebenarnya kalimah Allah ingin digunakan sekarang sedangkan perkataan ini tidak pernah digunakan oleh orang Kristian di Semenanjung sebelum ini,” katanya.

Awekz: Isu kalimah Allah ini perlulah ditangani dengan segera agar negara kita tidak menjadi huru - hara...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:57 PM 0 comments

Thursday, January 7, 2010

Nizar 'kecelakaan' di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah...



Diberitakan...Nizar selamat...Ish.Ish... Accident dekat ngan bangunan UMNO pulak tu...Jalan Raja Dr. Nazrin Shah...macam dah kena balik doa bala yang dieorang nak buat kat orang lain...Cakap banyak pun tak guna...Fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:59 PM 12 comments

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru dan PERSOALAN AKAN KEBENARANNYA?

Dah agak lama jugak Awekz tak menulis...almaklumlah, ada kerja-kerja yang memerlukan perhatian yang lebih dari Awekz...so...agak suram sikit blog Awekz kebelakangan ni...dalam muhasabah diri setelah meninggalkan 2009, 2010 mengambil tempatnya, sudah pasti lebih banyak cabaran yang akan kita tempuh dalam menjalani kehidupan seharian..sebagai manusia biasa dan juga sebagai manusia yang digelar bloggers...

Hari  ni, Awekz ambil kesempatan cuti yang ada melawat ke blog kawan-kawan...so, dalam melawat tu, Awekz masuklah ke dalam blog bro TM, bro PARPUKARI dan banyak lagi la blog yang Awekz sempat singgah...tapi yang paling menghambat minat Awekz, pasal YB ZAHIR yang dikeluarkan artikelnya dari blog 10 sibudak hitam...Awekz tertanya-tanya...siapa 10 sibudak hitam ni...datangnya secara tiba-tiba...artikel yang keluar pun...perghhhh...panas ceritanya...masa masuk blog bro TM pun, dia ada highlight kan pasal 10 sibudak hitam ni...Awekz bukannya apa, cuma nak ingatkan sikit...tataetika penulisan blog yang telah digariskan tu jangan dilupa...Jangan mula-mula semangat membara, esok lusa diam menyepi...sejuk sahaja...

Berita yang dikeluarkan pun seharusnya yang benar dan tepat...SEJAUHMANA KEBENARANNYA...Ada sesiapa yang boleh jawab ke pertanyaa Awekz ni...Benarkah YB Zahir ni seperti yang dikatakan...tak cukup dengan itu, di blog syilingperak pun ada dikeluarkan artikel yang sama...Negeri Perak ni baru saja nak elok semula dengan kepimpinan YAB DS Zambry...Bila keluar cerita yang sebegini, tak seronok nak dengar...Macam kita bagi peluang pada pembangkang untuk hentam kita...Apa kata kawan-kawan bantu Awekz...kita rungkaikan persoalan artikel yang dikeluarkan...Apa benarkah sedemikian rupa...Sama-sama kita fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:13 PM 3 comments

Tuesday, December 29, 2009

Apa nak jadi dengan TGNA ni...

 Lepas satu-satu masalah terbongkar dengan puak-puak PR kita ni...tak kurang juga dengan pemimpin-pemimpin mereka yang semakin ting-tong dengan keadaaan sekarang...Penyelewengan puak-puak PR ni semakin hari semakin banyak yang dibuka...

Terkini, satu lagi tindakan yang bagi Awekz menyerlahkan ketidakmampuan PAS apabila mereka bercadang untuk pinda perlembagaan negeri untuk membolehkan kaum bukan melayu menjadi menteri besar. " Kelantan sedia meminda undang-undang tubuh kerajaan negeri untuk melantik orang kafir menjadi menteri besar dan nik ajis kata lagi, tidak ada masaalah orang kafir menjadi menteri besar asalkan akhlak dia baik dan dia mengamalkan ajaran islam"

Bayangkanlah jika keadaan ini berlaku pada kerajaan BN...UMNO buat macam tu...sudah pasti menjadi besarlah la isu nyer...Mesti tak henti-henti kena hentam...

Pada semua yang menyokong PAS..apa lagi...bersuaralah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:38 PM 9 comments

Sunday, December 20, 2009

Akhirnya...Tauliah jawatan masjid dibatalkan...



Alhamdulillah...Di atas keperihatinan DYTM Tuanku, akhirnya penyerahan tauliah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid di seluruh Negeri Perak dibatalkan sehingga siasatan mengenai isu pertukaran nama selesai dijalankan.

Pembatalan itu adalah atas titah DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang juga Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAIMP).

Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Dato' Seri Yeop Junior Yeop Adlan memberitahu, satu mesyuarat MAIAIMP akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 22 Disember ini.Faktor berlakunya pertukaran nama pada senarai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid yang telah diperkenankan oleh DYTM Raja Muda dan Mesyuarat MAIAIMP sebelum ini akan dibincangkan dan dikenalpasti.

"Kemungkinan tindakan akan diambil ke atas mereka yang bersalah," kata Dato' Seri Yeop Junior dalam smsnya.

Majlis penyerahan tauliah di Pejabat Agama Islam Slim River yang dijadualkan pada Isnin 21 Disember turut dibatalkan. Ini adalah pembatalan kali kedua selain pada 11 Disember lalu.

Sehingga kini, difahamkan dua majlis penyerahan tauliah telah dijalankan iaitu bagi Daerah Tapah (10 Disember) dan Bagan Serai (16 Disember).

Tindakan menyemak semula senarai berkenaan sudah pasti dapat meredakan kegelisahan rakyat di beberapa daerah sejak beberapa hari lalu yang berasa tidak puas hati dengan senarai baru Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa masjid di kawasan mereka.

Antara daerah dan mukim yang dilaporkan berlaku perubahan teruk adalah Batang Padang (Mukim Slim dan Hulu Bernam), Bagan Serai dan Sungai Siput selain beberapa masjid di Kampar.




Awekz: Ini yang kita mahukan sebenarnya..setiap permasalahan yang timbul dapat diselesaikan secepat mungkin...Setiap masalah pasti ada puncanya, faktor-faktor penyebab...Jangan hanya bercakap tanpa sebarang bukti...BUKTI itu perlu untuk kita menuduh atau menyalahkan seseorang...Fikir-fikirkan!!!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:16 PM 1 comments

Saturday, December 19, 2009

Status Islam sebagai agama rasmi...



TANJUNG MALIM 18 Dis — Sultan Perak Sultan Azlah Shah hari ini bertitah bahawa status agama Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara, dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam memberikan justifikasi keistimewaan untuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan untuk urusan agama Islam.
Titah baginda, dalam pada itu kerajaan juga memiliki budi bicara dalam urusan-urusan memenuhi keperluan agama-agama lain.
"Urusan agama di negara ini termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan,” titah baginda pada majlis sambutan Maal Hijrah 1431 peringkat Negeri Perak serta perasmian Masjid At-Taqwa di Proton City di sini.
Sultan Azlan bertitah Perlembagaan yang digubal sebagai instrumen rujukan berkerajaan menjelang negara mencapai kemerdekaan itu adalah Perlembagaan yang bukannya digubal oleh umat Islam dan orang Melayu sahaja, tetapi telah digubal dengan persetujuan pelbagai pihak yang mewakili pelbagai kaum dan pelbagai agama.
"Semangat yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan itu diiktiraf oleh negara. Kerana itu, hari-hari kebesaran pelbagai budaya dan pelbagai agama dihormati hinggakan negara Malaysia merupakan negara yang paling banyak memperuntukkan cuti umum bagi menghormati hari-hari kebesaran agama dan kebesaran budaya,” titah baginda.
Baginda bertitah sifat toleransi dan persefahaman yang telah dibuktikan oleh orang Melayu dan umat Islam sebagai peribumi di tanah air ini dengan menerima dan membenarkan kelangsungan pelbagai budaya dan amalan pelbagai agama telah menjadi asas kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang kukuh bersatu padu, memiliki kestabilan politik, berupaya menjana pertumbuhan ekonomi secara berkesan lagi berfokus.
"Perkara-perkara menyentuh kaum, budaya, bahasa dan agama adalah perkara sensitif yang terlalu mudah menyentuh emosi. Perkara-perkara sensitif seperti ini terlalu mudah untuk mencetuskan provokasi serta salah faham yang boleh mencetuskan kontroversi dan konfrontasi hingga ke peringkat memungkinkan berlakunya pertumpahan darah dan peperangan saudara di banyak negara,” titah baginda.
Baginda bertitah keamanan dan kestabilan negara ini selama 52 tahun mencapai kemerdekaan adalah atas kearifan dan kematangan para pemimpin agama, politik dan kaum menyuarakan dan menangani isu-isu penting dan sensitif seperti ini secara bijaksana dalam forum yang tertutup; yang membolehkan berlangsungnya perbincangan secara berterus terang, terbuka lagi bertamadun tanpa liputan media dan tanpa galeri politik.
"Adalah amat membimbangkan jika isu kaum, isu budaya dan isu agama mula dijadikan modal untuk mendapat populariti politik tanpa mengenal batas, tanpa menghormati sejarah dan salasilah penubuhan negara bangsa Malaysia dan tanpa memberi pertimbangan akan implikasi negatif yang memudaratkan,” titah baginda.
Sultan Azlan bertitah bahawa kebelakangan ini, negara sedang dilanda budaya politik yang keterlaluan di mana budaya berpolitik di dalam negara telah mula berhijrah dari budaya politik yang positif dan konstruktif kepada budaya politik yang negatif dan destruktif.
Baginda bertitah budaya berkenaan yang hingga ke peringkat mengetepikan Perlembagaan dan semangat perlembagaan, undang-undang dan institusi perundangan selain menyemai sentimen tidak menghormati badan-badan penguatkuasaan dibimbangi akan membawa negara kepada satu anarki jika ia tidak dibendung secara tegas. -BERNAMA

Awekz:Hentikanlah budaya politik yang nak membunuh sesama bangsa sendiri...hentikanlah budaya politik yang mengagungkan kepentingan peribadi...hentikanlah budaya politik mengipas sesama sendiri...berjuanglah tanpa agenda bersifat peribadi...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:38 AM 1 comments

Tuesday, December 15, 2009

Buat semua rakan-rakan bloggers...

Melangkah ke dunia alam maya serta berjuang di dalamnya sudah tentu membawa seribu pengertian dan pengalaman yang berharga...sudah pasti pahit dan manis ada...kebelakangan ini Awekz terkejut dengan apa yang berlaku...ada yang kata puak ni pro sana, pro sini...tak paham Awekz...bukan ker perjuangan bloggers di Perak ni sebenarnya sama...bertunjangkan perjuangan agar Perak tidak jatuh ke tangan pembangkang...

Bila difikirkan balik, kenapa perlu jadi macam ni...rasa-rasanyer, Awekz tak layak untuk menasihati abang-abang pejuang dan rakan-rakan bloggers yang lain...tapi fikirkanlah yang terbaik....lupakan lah persengketaan yang pernah berlaku atau sedang berlaku...apa yang pasti...pembangkang sedang mentertawakan kita...jika perjuangan rakan-rakan semua bersifat individu...berhentilah dari berjuang...

Ini bukan masanya untuk memperjuangkan hero-hero anda sekalian...Ini masanya untuk kita memastikan negeri serta negara tercinta tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak layak memimpin...bersatu untuk kebaikan semua bukan bersatu untuk kebaikan yang lebih bersifat peribadi...

Awekz tak layak untuk cakap lebih...tapi apa yang Awekz pasti...FIKIR-FIKIRKANLAH!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:44 PM 11 comments

Wednesday, December 9, 2009

TPM - Nazri terlampau label Tun Dr Mahathir rasis

TOKYO - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis.

Beliau berkata, Dr Mahathir sudah banyak berjasa kepada negara dan masih mampu menyumbangkan idea.

“Jadi hendak menyebut beliau sebagai rasis itu agak terlampau. Dia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) kawan saya juga tetapi tidak tahu kenapa perkara itu terkeluar. Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalah tafsir,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Muhyiddin yang dalam misi perdagangan dan pelaburan khas ke Jepun mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang melabelkan Dr Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan modul kurikulum Biro Tata Negara (BTN).

Dr Mahathir sebelum itu berpendapat kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga perlu merombak modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN dan telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di Malaysia.

Muhyiddin berkata, semua pihak terutamanya pemimpin seharusnya tidak terperangkap dengan strategi pembangkang sehingga berdebat sesama sendiri.

Beliau berkata, adalah lebih berfaedah sekiranya semua pihak mengambil pendekatan kurang bercakap.

“Jadi sebaik mungkin, supaya kita tidak dilihat berdebat secara terbuka, saya rasa tidak perlulah berdebat atau berpolemik mengenai agensi-agensi kerajaan seperti BTN,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sejak berkuasa di beberapa buah negeri, pembangkang mempunyai strategi untuk ‘memperlekehkan’ semua institusi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), institusi diraja mahupun BTN supaya semua rakyat akan buruk sangka terhadap kerajaan dan pemimpin.

“Ini strategi mereka. Selama ini kita tidak berdebat soal-soal begitu. BTN adalah untuk kepentingan negara dan bukan bertujuan membawa kesan buruk kepada negara.

“Jadi kalau kita terperangkap dengan agenda pembangkang, saya rasa ia mungkin membawa kesan yang tidak baik seperti kes ini di mana pemimpin terpaksa berlaga sesama sendiri dan mereka tersenyum sahaja apabila agenda mereka berhasil,” katanya.

Muhyiddin berkata, lebih ditakuti ialah jika ada gerakan tertentu yang dibuat secara halus oleh pembangkang untuk melaga-lagakan pemimpin dan memperlekehkan institusi dan agensi kerajaan.

Beliau berkata, rakyat sudah bosan dengan politiking yang terlalu banyak dan pemimpin sepatutnya menghentikan debat politik dan menumpukan soal-soal yang lebih penting seperti pembangunan.

“Tapi kita kadang-kadang terperangkap dan bergaduh sesama sendiri yang bagi saya ia tidak berfaedah,” katanya.

Awekz: Jika difikirkan, isu BTN ni dimainkan oleh siapa? Pihak pembangkang yang membangkitkan isu ni, tapi sayangnya kita terbawa-bawa dengan isu ini...sehingga menganggu gugat perpaduan bersama...Bagi Awekz, adalah lebih baik dihentikan isu ini sebelum menjadi lebih melarat...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:23 PM 6 comments

Tuesday, December 1, 2009

Pijak memijak!!!



Nak tergelak pun ade dengan melihatkan perangai kebudak-budakan geng-geng PR ni...apa dah tak ade keje lain ke yang dieorang nak buat...kenapa perlu bertindak sedemikian rupa...tapi itulah...kata orang "what goes around comes around"...mana tidaknyer...lepas seronok-seronok pijak memijak gambar orang, gambar die lak kene pijak...siap kena bakar lagi...siapa lagi kalau bukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.



Kejadian ini berlaku sewaktu tunjuk perasaan oleh sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang yang bermula kira-kira 12.15 tengah hari dan berakhir hampir sejam kemudian ketika sidang DUN Pulau Pinang sedang berlangsung semalam.

Awekz: Sesuka hati jer dieorang ni nak pijak gambar orang...bile diri sendiri yang kena...PADAN MUKA!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:49 AM 2 comments

Monday, November 23, 2009

Akhirnya Menantu Nik Aziz letak jawatan!!!



Akhirnya...Betulkah dengan apa yang Awekz dengar ni....Akhirnya, menantu TGNA yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Awekz: Tak perlu nak cover-cover line lagi...nak cover macam mana pun, tetap akhirnya akan terbongkar...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:38 PM 2 comments

Sunday, November 22, 2009

Indeks Jenayah Menurun di Perak...




Datuk Zulkefli Abdullah Ketua Polis Perak bersama YAB Dato' Seri Dr Zambry. Pakatan dan penyokongnya selalu merendah-rendahkan KP Perak itu dan sanggup hina beliau, tetapi beliaulah yang berjaya memastikan kadar indeks jenayah turun di bawah paras 1 peratus.


Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri berbanding lima peratus di bawah pemerintahan pakatan pembangkang selama 11 bulan.

Penurunan indeks jenayah ini menunjukkan keberkesanan pihak polis menangani usaha mencegah dan membenteras kegiatan-kegiatan jenayah. Menteri Besar Dr Zambry Abd Kadir berkata ini menunjukkan kecekapan serta keseriousan polis.

“Polis adalah sahabat rakyat dan bukannya musuh seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak,” katanya ketika merasmikan program pecah tanah Balai Polis Pangkor yang bernilai RM27 juta.

Akhir-akhir ini pakatan menggambarkan polis sebagai penghalang demokrasi semata-mata kerana bertindak mencegah rusuhan dan demonstrasi yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang. Kejadian 7 Mei, 2 Sept dan 28 Okt lepas, apabila pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang cuba menimbulkan huru-hara, digambarkan sebagai tindakan polis menghalang kebebasan rakyat.

Soalnya apakah polis mesti mengizinkan pembangkang bebas berdemonstrasi dan menimbulkan huru-hara baru dikatakan pasukan itu bebas? Adakah semata-mata kerana polis mahu mewujudkan keamanan, ia dituduh sebagai bersengkongkol dengan UMNO dan BN.

Cuba bayangkan jika pasukan polis membenarkan tindak-tanduk yang menjejaskan keamanan – demonstrasi dan berguling-guling atas jalan (seperti yang dilakukan oleh PAS pada DYMM Sultan Perak di Kuala Kangsar pada Februari lepas), siapa yang akan menjadi mangsa? Tentunya rakyat.

Sebenarnya polis yang banyak bersabar dalam menangangi karenah pakatan pembangkang. Pada 28 Okt lepas Nizar Jamaludin merampas topi polis dari kepala seorang pegawai kanan ketika beliau cuba mewujudkan huru-hara di luar bangunan SUK.

Sehingga sekarang tiada sebarang tindakan dan pendakwaan yang dibuat terhadap bekas Menteri Besar itu. Adakah kerana beliau seorang pemimpin pakatan, maka tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadapnya?

Begitu juga bila Sivakumar mencuri jubah speaker Kerajaan Negeri beliau tidak ditahan malah mengingkari perintah polis untuk hadir memberi keterangan di balai. Mungkin kerana tindak-tanduk yang tidak menghormati undang-undang seperti inilah yang menyebabkan indeks jenayah di bawah paras 1 peratus. Jika tidak ada karektor seperti Nizar dan Sivakumar pasti Perak boleh mencapai indeks jenayah sifar.

Awekz: Tahniah pada kerajaan BN di atas pengurangan kadar jenayah ini...diharapkan Perak akan bertambah maju jaya seperti moto negeri Perak - Perak Aman Jaya
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:55 PM 0 comments

Keretakan yang semakin hari terbukti!!!



Keretakan yang semakin hari semakin jelas...semakin terserlah dan sudah terbukti! Itu yang dapat Awekz simpulkan dengan berita-berita yang selama ini selama ini cuba disembunyikan menjadi nyata.
Dalam membuktikan bahawa siapa yang benar dan siapa yang salah apabila kepincangan demi kepincangan yang berlaku dalam pakatan campuran terdedah.


Terkini, khabar angin bertiup kencang bahawa Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan.Dikatakan bahawa tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Walaubagaimanapun, Nik Aziz cuba menyembunyikannya.Belum lagi ditambah dengan pertelingkahan dalaman PKR hingga dikatakan Penasihatnya, Anwar Ibrahim semakin risau ekoran kepercayaan dari kalangan ahlinya termasuklah para wakil rakyatnya mula pudar.

Pastinya, ramai ahli-ahli dalam pakatan pembangkang tersebut sedar bahawa segala janji-janji yang diluahkan ketika penggabungan antara tiga parti PAS, DAP dan PKR yang bertentangan idealogi semasa mahu menghadapi pilihan raya umum lalu hanya palsu belaka.Masa yang berlalu menjadi bukti bahawa bukan hanya tingkah laku para pemimpin atasannya malahan wakil rakyat yang diberi kepercayaan menerajui kawasan masing-masing juga turut hambar dan gagal melaksanakan tanggungjawab.

Lantaran itu, apa lagi yang mahu dilakukan selain daripada meninggalkan sahaja parti yang lebih banyak mengkhianati rakyat daripada membantu dan membina masa depan cerah.Kesedaran masyarakat dan ahli-ahli dalam pakatan campuran semakin terserlah lantaran tindakan para pemimpin atasannya yang bukan sahaja gagal menunaikan janji malahan tidak melaksanakan amanah parti dan rakyat termasuklah sanggup menggadaikan prinsip dan idealogi asal.



Awekz: Tak cukup lagi ke bukti-bukti yang dah keluar dari sehari ke sehari...bangunlah wahai kawan-kawan yang  masih lagi tidur dengan menyokong PR...nak tunggu apa lagi...fikir-fikirkanlah!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:26 PM 2 comments

Friday, November 20, 2009

Nak kata apa lak lepas ni!

Sana sini di blog-blog pro pr...rata-rata menimbulkan isu Pusat pengedaran arak di buka berhampiran Kg. Melayu Sg. Rapat...sudah pastinya, mereka menyalahkan UMNO dan BN lah tambahan pula dikatakan bangunan tersbut adalah di bawah DUN Sg. Rapat...

Terbaru yang Awekz dengar, setelah semakan dibuat, untuk membuka pusat pengedaran seperti itu tidak memerlukan lesen atau permit dari mana-mana pihak. Bagaimanapun, kelulusan untuk membina bangunan itu diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada 30 Disember 2008.

Bangunan itu terletak di bawah DUN Pinji, Parlimen Ipoh Timor dan bukan DUN Sg Rapat seperti yang didakwa oleh blogger-blogger PAS itu. Ia juga tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk meletakkan papan tanda.

Awekz: Lepas penjelasan ini dibuat...apa lagi lah yang akan dikatakan...Kesimpulannya terlalu mudah, jangan sesuka hati nak menyalahkan orang lain...dah kena batang hidung sendiri, apa nak kata...jawab lah!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:02 PM 7 comments

Anwar Ibrahim serta kepakarannya!

Sumber: http://pkrpasdap.blogspot.com/




BEKAS Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, Anwar Ibrahim tidak tahu sangat mengenai ekonomi. Anwar Ibrahim hanya tahu bercakap sahaja.

Kata Tun, semasa krisis ekonomi 1998, Anwar Ibrahim beria-ria menggunakan perkhidmatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dimiliki oleh Yahudi untuk membantu memulihkan sistem ekonomi Malaysia. Malah Tun menyindir mereka yang menggunakan khidmat Anwar Ibrahim untuk menguruskan ekonomi setanding bayaran yang diberikan, iaitu RM1 sahaja.

Pada pendapat abe MIE, Anwar Ibrahim seorang pakar dalam semua bidang. Kepakarannya mengatasi kehebatan doktor falsafah atau PhD yang dimiliki oleh 11,000 graduan dari seluruh universiti di Malaysia sejak 30 tahun.

Anwar Ibrahim memang seorang arif atau pakar dan profesional di dalam pelbagai bidang, buktinya;

1. Pakar penipu-kata sanggup membela penduduk Kampung Buah Pala (satu contoh sahaja).

2. Pakar pembelit-maksudnya esok cakap lain, lusa cakap lain, tulak cakap lain, tuling cakap lain...

3. Pakar merosakkan PAS- menghantar ejen untuk menjatuhkan Haji Hadi dan kuncu-kuncu yang menyokong perpaduan Melayu dan pejuang Islam.

4. Pakar Merosakkan Demokrasi- mahu wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak lompat parti untuk menubuhkan kerajaan 16 September. Bila ada lompat parti dari Pakatan ke BN, dia kata itu tidak elok.

5. Pakar Kaunseling- Merosakkan pemikiran Nik Aziz dengan agenda yang tidak boleh dilaksanakan misalnya menyokong Anwar menjadi PM Malaysia.

6. Pakar Meliwat- Malas nak cerita. Tanya Saiful Bukhari lah.


7. Pakar Perempuan- Merosakkan bini dan anak dara orang semasa menjadi TPM pada satu ketika dahulu.

8. Lawyer Terhebat kepada Azmin Ali.

9. Pakar agama- sentiasa menjadi iman kepada pengikut PKR dan PAS. Anwar juga sentiasa berkhutbah dan menyuruh kita mencegah keburukan dan melakukan kebaikan. dalam kehidupan seharian Kata Anwar, kita perlu jauhi zina kerana ia boleh membawa ke jalan kebinasaan.

10. Profesional dalam bidang Perubatan- menggunakan pelincir untuk meliwat.

11. Pakar Merosakkan Islam- memberi sokongan kepada Lim Kit Siang dan beberapa NGO yang menyokong supaya penggunaan dan terjemahan Kitab Bible di dalam Bahasa Melayu.

12. Pemidato teragung- isu yang dicadangkan ialah menghina keperibadian Najib Tun Razak.

13. Pakar Saman- Menyaman- Bila Anwar Ibrahim hina orang dan membuat fitnah, ia dikatakan amalan 'kebebasan bersuara' tetapi apabila orang memberitahu yang dia pengkhianat bangsa dan agen Yahudi, Anwar nak saman orang pula.

14. Pakar Dalam Bidang Kehakiman- membela Azmin Ali dan memberitahu anak emasnya itu tidak bersalah sedangkan siasatan belum dilakukan.

15. Pakar IT- Memburukkan orang lain dengan teknologi maklumat terutama dalam ruangan blognya.

16. Pakar Komisen Judi- menerima komisen dari Magnum berjuta-juta. Bermain judi, habuk, mana tahu. Minta komisen aje tahu.

17. Pakar Perparitan- sebab itulah Permatang Pauh sering dilanda banjir. Di lain-lain kawasan pun dilanda banjir sebab tidak melantik Anwar Ibrahim sebagai pakar dalam bidang ini.

18. Profesional Perguruan- memberi nasihat kepada anak didik supaya mendengar kata-kata guru di sekolah, tidak melawan cakap guru, hormat kepada ibu bapa yang memberi kita makan, minum dan selalu mendengar nasihat orang tua. Jangan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa kerana berdosa.

19. Pakar dalam bidang pertahanan- tidak bersetuju mengenai pembelian kapal selam sebaliknya Malaysia boleh mempertahankan diri dengan hanya menggunakan bot-bot atau sampan nelayan yang digunakan untuk menangkap ikan. Ini menjimatkan kos dan perbelanjaan kerajaan.

20. Usahawan Berjaya dan Jutawan Internet- Itu ketika menjadi Timbalan PM dan ketika menganggotai UMNO. Sekarang sudah menjadi jutawan bankrap atau muflis.

21. Profesional Malay Linguistik- banyak mengajar pemimpin Pakatan supaya menyebut bahasa Melayu dengan betul. Antara anak muridnya yang berjaya ialah Khalid Ibrahim (menteri Besar Selangor) dan Nik Aziz Nik Mat (MB Kelantan). Kedua-dua mempunyai keistimewaan tersendiri, seorang gagap dan seorang lagi terlalu menggunakan loghat kampung.

22. Jurutera Minyak Petrol- akan menurunkan minyak petrol sehingga 50% dan akan menaikkan minyak lintah juga sebanyak 50%. Jika bai'ah, pemimpin PAS dan PKR boleh kahwin lain macam Ustaz Akil Wassini. Moto Bai'ah- kalau isteri pertama merajuk, ana kahwin dua. Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga. Kalau tiga-tiga merajuk, ana cerai semua, ana kahwin muda.


Kata abe MIE dalam blog nyer - Jangan pandang rendah pada kebolehan Anwar Ibrahim kerana Anwar bukan sahaja mampu mengurus ekonomi negeri Selangor dengan bayaran RM1 sebulan, bahkan memiliki 22 kepakaran di mana Tun Dr. Mahathir pun tidak mampu menandingi Anwar Ibrahim pujaan hati ku.



Awekz:Fikir-fikirkanlah!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:16 AM 0 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    PAS NK SGT MN, BUBAR JE MASUK UMNO, UMAT ISLAM SELAMAT DARI SESAT
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.