skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Tuesday, August 18, 2009

Pelakon-pelakon di Malaysia!!!








Awekz: memang boleh bagi "award" pada mereka-mereka ni...almaklumlah, cikgu dieorang memang pakar berlakon!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:18 AM 1 comments

Monday, August 17, 2009

NA kata...



BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. - BERNAMA

Awekz: Islam bawah PAS boleh bawa seseorang itu ke syurga ke?
Pada yang layak mengundi, sekali lagi Awekz katakan...fikir-
fikirkanlah...banyak sangat kebaikan yang PR dah buat ke?
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:31 PM 2 comments

Friday, August 14, 2009

PR yang tidak ketentuan!!!


Kenapa Pr tidak ketentuan?


Dari blog SMB, apa yang Awekz dapat simpulkan...PR dah panas punggung, dah tak senang hati dan segalanya, tak lain tak bukan kerana kemunculan bloggers yang pro kerajaan...kalau dulu, bloggers PR tumbuh melata, sekarang ni dah ada saingan...

Kenyataan ini hasil dari artikel di akhbar tajaan PR "Suara Keadilan".Merujuk kepada artikel tersebut, dikatakan "kononnya kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang untuk mengupah para penulis blog yang terdiri dari pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi menulis artikel berunsur sokongan kepada kerajaan. Pada masa yang sama, penulis upahan ini juga dituntut supaya menulis artikel yang menghentam dan menfitnah para pemimpin Pakatan Rakyat".

Dakwa mereka lagi "salah satu syarat yang dikenakan kepada mahasiswa yang berminat untuk menyertai kumpulan penulis blog kerajaan ini adalah mereka perlu mengisi borang dan menjadi ahli UMNO atau BN".

Mereka juga mendakwa "kononnya Pahang merupakan negeri perintis kepada usaha untuk membentuk pasukan bloggers upahan kerajaan sebelum ia dikembangkan ke negeri-negeri lain. Ini kerana Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib berasal dari Pahang dan beliau sudah pun merestui penubuhan kumpulan bloggers ini. Pihak yang bertanggungjawab mencadangkan penubuhan pasukan bloggers ini menurut dakwaan akhbar tersebut adalah terdiri dari kumpulan JASA".

Didakwa lagi "blog upahan ini masih gagal mendapat sambutan dan menerima hit yang rendah disebabkan para penulisnya yang tidak berpengalaman dan memliki ilmu politik yang masih cetek".


Awekz: Ish.Ish.Ish...Kenapa, tak percaya ker?
Kalau difikirkan balik, semua dakwaan di atas dibuat atas dasar apa,
perasaan takut atau pun bagaimana...Jika benar seperti yang didakwa,
tunjukkan bukti...itu yang sebaik-baiknya...

Kalau betul la semua blog tu diupah, sudah tentu hitsnya pun boleh banyak...sebabnya, macam yang dikatakan di atas la. "penubuhan KUMPULAN bloggers"...
kumpulan, sudah pasti merujuk kepada lebih dari seorang individu...bila dah lebih, mestila hits boleh banyak...seperti yang didakwa...DIUPAH...so perlulah membantu bloggers yang lain...xgitu?
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:39 PM 6 comments

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah...




Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Awekz: Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...Insyallah...Amin
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:34 PM 2 comments

Wednesday, August 12, 2009

Anwar Pengkhianat!!!






LAGI PROTES... Kira-kira 500 penyokong dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak menganjurkan perhimpunan secara aman dan menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa Melayu di Wisma Umno Jalan Gopeng, Ipoh hari ini. Perhimpunan itu diawasi oleh pasukan Polis Anti Rusuhan (PORU). -- fotoBERNAMA
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:42 PM 8 comments

Tuesday, August 11, 2009

Mencarutkan Islam...Najib arah polis siasat




Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengarahkan polis untuk menyiasat ada blog dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang 'mencarutkan' Islam dalam komen mereka.

Menurut beliau, dalam apa-apa pun keadaan, negara mempunyai undang-undang dalam salah satunya Akta Hasutan.

"Harap pihak berkuasa siasat dan jika didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan maka tindakan perlu diambil terhadap sesiapa pun yang menyebabkan perkara yang dikaitkan dengan hasutan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC hari Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah bloh yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook mengkritik tulisan pendakwah bebas Dr Ridhuan Tee Abdullah dalam Minggu Malaysia yang menolak cadangan agar anak yang dikandung oleh tunang Teoh Beng Hock menggunakan nama keluarganya.

Ekoran tulisan itu, Siew Fook menuntut Dr Ridhuan memohon maaf dan akhbar-akhbar Cina mengaitkan isu berkenaan sebagai isu perkauman.

Malah dalam blog yang menyiarkan kenyataan Siew Fook, ada komen yang mencarutkan Islam.

Menurut Najib, undang-undang seperti Akta Hasutan bukan hanya ditujukan kepada Islam sahaja tetapi untuk semua agama dan juga kaum dalam negara ini.

"Kalau kita menghina sesiapa dan penghinaan itu boleh menyebabkan ketegangan kaum maka tindakan boleh diambil disisi undang-undang hasutan negara kita," ujar beliau.

Awekz: Itu yang sebaik-baiknya, biar dieorang semua ni sedar diri sikit...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:58 AM 1 comments

Permatang Pasir...




PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos, iaitu bersamaan 4 Ramadan, dengan hari penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Awekz: Pilihanraya ini mesti berbeza keadaannya sebab masa tu semua umat Islam berpuasa...so...tatasusila perlu dijaga...xboleh sesuka hati nak maki orang...betul tak...apapun, kita tunggu dan lihat...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:46 AM 0 comments

Saturday, August 8, 2009

DYMM SULTAN PERAK DAN DYTM RAJA MUDA PERAK DIHINA!!!


Pengerusi DAPSY Kebangsaan Loke Siew Fook yang hina Sultan Perak dan Raja Muda serta orang Melayu.

DALAM satu blog yang telah pun dipadamkan Ketua Pemuda DAPSY Loke Siew Fook dengan bangganya menghina DYMM Sultan Perak (yang dituduhnya sebagai nyanyok) dan DYTM Raja Muda Perak yang dikatakan menanti untuk menjadi ahli neraka.

Inilah dia rakan sekongkolan Nizar Jamaludin yang mendakwa dirinya rapat serta akrab dengan Tuanku Sultan dan Tuanku Raja Muda. Kalau Nizar si HARAM JADAH ini taat setia dengan Tuanku, beliau mesti berani kehadapan dan memberi amaran kepada DAP supaya memohon ampun.

Tetapi dia berdiam diri sahaja kerana Nizar adalah si DAYUS yang ikut telunjuk parti anti-Melayu/Islam itu.

Loke dalam artikelnya yang dipetik oleh Cucu Tok Selampit (sebelum blog “babi” itu dipadamkan) menuduh Tuanku Raja Muda “merompak” hak rakyat! Di samping itu kata-katanya dalam artikelnya menghina serta menyifatkan Tuanku Raja Muda sebagai “bengap dan biol”.

Ini adalah satu PENGHINAAN BUKAN SAHAJA PADA KELUARGA DI RAJA PERAK TETAPI PADA RAJA-RAJA MELAYU SERTA BANGSA MELAYU.

Izinkan saya petik kandungan artikel itu:

Nazrin the son of the senile ruler of Perak, take note that democracy is a principle whereby the control of authority comes from the public, and ruler and non-ruler are the same. Even though there is no specific, universally accepted definition of democracy, there are two principles that any definition of democracy includes. The first principle is that all citizens, not invested with the power to govern, have equal access to power and the second that all citizens enjoy legitimized freedoms and liberties.

When these basic freedoms and liberties are robbed of the people, then the only civilized course of action by any responsible citizen who cares about his nation, is to ensure that his voice is heard loud and clear! Get this straight into your ever conniving brain! When injustice becomes law, rebellion becomes duty! If rebellions become the order of the day, the nation is simply ruled by the criminals and the corrupt. Ask yourself whether you and your family members including your ‘guardian angel’, the Agong Najib, have plundered the nation’s wealth and robbed the poor of a bare minimum standard of living!

It is a pity that only in Malaysia, even the right to a peaceful demonstration is robbed of the people! What’s worst, the peaceful demonstrations are converted into lawless mobs by ‘peacekeepers’ who are supposed to protect the peace of this nation.

Nazrin the illegal seller of Perak: Saintly words should never be uttered by a person who has lost all sanity! If you still insist in building an impossible bridge between two mountains, just for that clap of your ‘creativity’, then let us warn you that our actions too will have far reaching consequences; we will destroy those mountains to mere ashes, and stuff your filthy mouth with the last peck of that dust and prepare you for your last journey to the gates of the condemned hell!

Source: The Might Of Pen.

Awekz: Sama-samalah kita tunggu dan lihat siapa yang berani ke depan mempertahankan DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda...yang pastinya, Melayu puak-puak PR pasti suka...sebab dieorang semua nya jenis MELAYU MUDAH LUPA!!!

DAULAT TUANKU! HIDUP MELAYU!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:16 PM 18 comments

Friday, August 7, 2009

7 Wasiat Raja Melayu

Untuk perhatian semua!!!

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1) Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2) Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3) Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4) Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5) Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6) Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7) Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Awekz: Jadi tunggu apa lagi, renung-renungkanlah dan fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:23 PM 7 comments

Thursday, August 6, 2009

Ronnie Liu tetap dipertahankan...




Sumber dari Mstar online...

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan menyelesaikan isu penjualan minuman keras - sehingga menyebabkan PAS mendesak Exco Kerajaan Tempatan Ronnie Liu digugurkan, Jumaat ini.

Dalam tempoh tersebut semua exco kerajaan negeri tidak dibenarkan bercakap atau membuat komen tentang perkara tersebut.

Malah, Khalid juga menolak desakan agar Ronnie Liu digantikan dengan orang lain bagi memegang portfolio tersebut.

Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Exco hari ini.

"Langkah ini penting bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat di Selangor," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan petang ini.

Menurut Khalid, kerajaan negeri telah mengadakan dialog umum dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, persatuan dan sektor perniagaan berhubung dengan isu ini.

"Dengan ini kami yakin akan dapat mencapai satu penyelesaian yang munasabah bagi semua kaum di Selangor," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai desakan PAS Selangor supaya exco kerajaan negeri, Ronnie Liu meletakkan jawatannya, Khaled bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Dia (Ronnie) bukan isu dalam menyelesaikan masalah ini (masalah penjualan arak di Selangor)," katanya.

Khaled yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menolak tindakan PAS Selangor itu.

"Oleh sebab itu, mulai hari ini tiada komen yang boleh dibuat supaya memberi masa kepada usaha untuk menyelesaikan isu penjualan minuman keras.

"Saya sendiri akan menyelesaikan masalah ini (masalah penjualan arak di Selangor).

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut Khaled berkata: "Saya akan mencari mekanisma terbaik dan adil untuk kepuasan semua pihak dan keputusan ini telah dipersetujui oleh semua parti".

Semalam, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang iaitu Ronnie Liu ekoran campur tangan

ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.

"PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

"PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan," kata Hasan lagi.

Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor mencdangkan proses penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) terhadap mana-mana Excö atau kakitangannya perlu diiringi oleh seorang penasihat undang-undang.

Khaled berkata, langkah itu bagi memastikan proses siasatan SPRM adalah telus.

"Kita (kerajaan negeri) akan menyediakan bilik untuk mereka (SPRM) adakan proses soal siasat. Kita tidak akan menghalang mereka (SPRM) datang tetapi mereka mesti menghormati syarat yang ditetapkan," katanya.

Awekz: Selagi boleh dipertahankan, tahanlah...esok-esok dah tak boleh tahan..jalan lah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:58 AM 2 comments

Tuesday, August 4, 2009

Penyelewengan YB Rodziah beserta buktinya...






Awekz dapat info ni dari DET...so...fikir-fikirkanlah...yang mana betul dan yang mana tidak...puak-puak PR...nak cakap apa pulak...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:48 AM 8 comments

Milik siapakah 2 ekor monyet ni?




Awekz dapat gambar ni dari seorang teman...ish.ish.ish...dah kira macam tahap terdesak sangat ni...ada sesiapa yang boleh beritahu Awekz, agak-agak di mana kejadian ni berlaku...di zoo ker? di rumah orang ker?

Fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:04 AM 1 comments

Monday, August 3, 2009

YB Rodziah dan RM375,000...


Awekz dapat ni dari blog Info Corner...tak salah kalau berkongsi maklumat kan...bukan untuk sesiapa tapi untuk makluman pembaca semua juga...

Artikel seperti di bawah:

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi…..

Blogmaster dan rakan rakan bloggers yang lain baru selesai perjumpaan sulit dengan salah seorang wakil NGO yang menemani Pengerusi GERAK untuk menyerahkan dokumen penyelewengan dana kerajaan negeri oleh seorang wakil rakyat di Selangor di pejabat SPRM tempoh hari.

Memang sah! Sungguh tak disangka…., benarlah kata hikmah berbahasa Inggeris, “ Don’t Judge A Book By Its Cover”.

ADUN Batu 3, Yb Rodziah Ismail yang memiliki “panggilan manja” iaitu Kak Ogy adalah sabjek yang dimaksudkan dalam dokumen pengaduan tersebut..! Patutlah beliau gelabah apabila berita ini mula tersebar sejak kelmarin, blog ini ada beri ulasan, klik sini.

Difahamkan bahawa dokumen tersebut telah disiapkan oleh jawatankuasa dalaman PKR sendiri yang menyenaraikan kepincangan dan salah laku cara penggunaan dana di DUN Sementa yang menjadi DUN Angkat kepada Rodziah Ismail. Kerusi DUN Sementa dimenangi oleh wakil rakyat UMNO, Datuk Hj Abdul Rahman Palil, maka segala peruntukan dana untuk kawasan tersebut perlu dikelolakan oleh seorang “ Yb Angkat”, Rodziah Ismail telah diamanahkan tanggungjawab tersebut.

“Dokumen yang diserahkan telah dihasilkan oleh beberapa pemimpin serta Ajk PKR sendiri, ianya adalah Internal Documentation.., bukannya datang dari musuh PKR ataupun pengundi-pengundi di DUN Sementa!” jelas sahabat kita memaklumkan kepada kami.

Tambah beliau lagi, “ kalau kita perhatikan daripada isi kandungan dokumen tersebut, ianya seakan-akan suatu pengaduan dibuat untuk tindakan sewajarnya oleh pihak atasan PKR keatas Yb Rodziah dan beberapa individu yang terlibat, tetapi ada kemungkinan perkara ini dibiarkan begitu sahaja, maka itulah sebabnya dokumen ini telah diletakkan dipejabat GERAK, barangkali dengan harapan agar pihak GERAK boleh membawanya ke pengetahuan pihak berwajib…”

Mengikut petikan akhbar Berita Harian 31 Julai 2009, Pengerusi GERAK Nazree Yunus memaklumkan bahawa dokumen tersebut diletakkan didepan pejabatnya di Kelana Jaya dan pengirimnya tidak diketahui.

Apakah kerana terlalu banyak dana yang perlu diuruskan maka Rodziah Ismail tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan baik..? Ataupun mungkin beliau menjadi “KAGET” lalu berada dialam “culture shock” kerana belum pernah “diberi tugas membelanjakan” dana yang mencecah 6 Angka..? Gambarannya adalah seperti “Dayak Mendapat Senapang”.

Selain daripada menguruskan dana DUN beliau sendiri di Batu 3 Shah Alam dan juga dana DUN Sementa iaitu DUN Angkat, sebagai Exco beliau juga perlu mengendalikan dana dana dibawah portfolionya iaitu Kebajikan & Hal Ehwal Wanita dan juga Sains Teknologi & Inovasi.

Sebagai seorang wanita yang selama ini mempamerkan perwakatakan seperti ’Pemimpin Islamik’ lengkap bertudung, seharusnya Rodziah tidak membenarkan sedikit pun ruang untuk dikaitkan dengan sebarang kes kes penyelewengan..!

Inilah dia dugaan daripada Allah swt, sewaktu belum mendapat kuasa dan pangkat, berbagai bagai janji akan dibuat seolah olah diri mereka itu MAKSUM dan tidak akan terlepas dari sebarang dosa ataupun bakal mendepani ujian ujian mengukur tahap nafsu masing masing.

Sesudah rezeki berlonggok didepan mata, dana untuk DUN sendiri, dana DUN Angkat, dana beberapa portfolio sebagai Exco , maka tidak mustahil iman manusia akan menjadi semakin nipis…., apatah lagi kuasa ada ditangan, dan hanya perlu tandatangan!


Paku Dulang Paku Serpih….
Dulu Mengata Orang…, Sekarang Mereka Pulak Yang Lebih..!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:23 AM 2 comments

YB Rodziah dah melatah...




ADUN Batu 3, Rodziah Ismail mendahului peranan “melatah” dikalangan Yb Yb dari Selangor setelah Pengerusi GERAK menyerahkan senaskah dokumen aduan penyelewengan oleh seorang wakil rakyat membelanjakan RM375,000 dana peruntukan kerajaan negeri di sebuah DUN.

Semalam Yb Yaakop Sapari juga ada memberikan respon kepada wartawan dengan menyatakan persetujuan serta pendirian beliau bahawa tindakan harus diambil sekiranya dapat dibuktikan ada wakil rakyat menyeleweng dana kerajaan negeri.

Lain Lain wakil rakyat seolah olah tidak ambil pusing diatas tindakan Pengerusi GERAK itu. Cuma ADUN Batu 3 hari ini muncul diakhbar Sinar memberikan pandangannya. Beliau menyahut seruan yang dididik dan disemai oleh pemimpin pemimpin Pembangkang iaitu menuding jari kearah orang lain bagi menutup kesalahan sendiri…! Rodziah seperti menggelabah apabila menyebut tindakan Nazree sebagai “membuat tuduhan statement blanket” dan turut menyatakan pendiriannya bahawa siasatan tak boleh dijalankan kerana ada double standard.

Padahal Nazree memaklumkan bahawa beliau mengambil masa hampir tiga minggu untuk meneliti isi kandungan dokumen tersebut dan mendapat pandangan daripada peguamnya sebelum mengambil keputusan bahawa ada asas untuk dijalankan siasatan.

Beginilah ajaran yang didiperolehi oleh mereka yang menganuti fahaman Anwarisme yang berkiblatkan ajaran pemimpin pembangkang…, jika terkena pada batang hidung sendiri maka dilihat sebagai ada pihak berniat jahat…, tidak adil…, double standard…, dan bermacam macam lagi alasan akan diguna pakai asalkan mereka tidak dipersalahkan.

Pelik juga kenapa Rodziah begitu gelabah sedangkan tidak ada nama yang disebutkan oleh Pengerusi GERAK, Nazree Yunus apabila didesak oleh wartawan tempoh hari.

Awekz: Bak kata orang, kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang...tak apalah YB, kalau tak betul..lawan habis-habisan...tapi kalau betul...YB jawab lah habis-habisan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:15 AM 1 comments

Saturday, August 1, 2009

Apa perlunya GMI...



Apa perlunya GMI, jika hanya sekadar untuk membawa pengaruh negatif...Amat memalukan lagi perhimpunan haram ini berlaku di ibu negara Malaysia, ia seolah-olah mengambarkan negara Malaysia berada didalam situasi yang tidak aman. Demontrasi tidak menguntungkan mana-mana pihak, hanya mendatangkan kesan negatif yang buruk kepada rakyat dan pelancong.

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.


Sehubung dengan itu Lebih 438 penyokong kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyertai himpunan anti-ISA yang dianggap oleh pihak berkuasa sebagai tidak sah - ditahan hari ini.

Mereka ditahan di beberapa lokasi di ibu negara sejak 9 pagi tadi.

Antara lokasi berkenaan ialah Pasar Seni, Masjid Negara, kawasan Masjid Jamek dan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Kompleks Sogo.

Kira-kira 20,000 orang dipercayai sertai himpunan GMI yang menyifatkan telah mencapai matlamatnya walaupun gagal menyerahkan memorandum kepada Istana Negara.


Perbuatan demontrasi jalanan ini tidak memberi apa-apa keuntungan malahan mencetuskan kemarahan rakyat. Para peniaga di sekitar Jalan Masjid India di sini marah dengan tindakan pihak yang menganjur perhimpunan haram di sekitar ibu negara hari ini kerana tindakan itu menjejaskan perniagaan mereka.

Sementara itu, orang ramai yang berada di sekitar ibu negara turut berasa tidak selesa dengan senario itu.

Mereka yang terlibat didalam perhimpunan haram ini adalah mereka yang pentingkan diri sendiri !!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:03 PM 2 comments

Friday, July 31, 2009

Salam takziah...



Awekz ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat keluarga
ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang telah meninggal dunia setelah disahkan oleh Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 6.30 pagi tadi selepas kegagalan jantungnya berfungsi. Hamdan berusia 60 tahun, dikatakan mengidap penyakit lemah jantung, diabetis dan beberapa penyakit lain lagi.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat...Al Fatihah
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:18 PM 0 comments

Wednesday, July 29, 2009

SAMPEL DNA MANUSIA DIPAKAIAN TEO?

Dua sampel DNA manusia dikesan di pakaian Teoh Beng Hock tetapi belum dapat dikenal pasti pemiliknya, kata peguam yang dilantik peguam negara untuk membantu inkues kematiannya.

Satu sampel DNA "manusia" dikesan di baju kot bekas setiausaha politik Ean Yong Hian Wah, dan sampel DNA "lelaki" ditemui di tali pinggangnya.

Polis menjalankan ujian DNA terhadap 90 orang untuk menjejak pemilik sampel DNA.

Pihak berwajib sedang berusaha mendapatkan ujian DNA daripada 12 lagi individu.

Awekz: milik siapakah DNA-DNA tersebut...kita tunggu dan lihat keputusannya...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:14 PM 7 comments

KENYATAAN AKHBAR ADUN-ADUN UMNO

KENYATAAN AKHBAR
AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
UMNO

Kami ingin merujuk kepada kelakuan “aneh” Ahli Dewan Undangan Tronoh V. Sivakumar dalam usahanya menceroboh ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri semalam, kami barisan ADUN Barisan Nasional ingin meluahkan rasa jengkel dan bosan terhadap kelakuan ini.

Pada hakikatnya Sivakumar tidak punya hak untuk memanggil mana-mana individu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana beliau bukan lagi speaker serta bukan pengerusi jawatankuasa berkenaan.

Sidang DUN pada 7hb Mei lepas telah melucutkan kedudukan beliau sebagai speaker serta pengerusi jawatankuasa berkenaan. Tindakan beliau memanggil Speaker Dato’ R. Ganesan untuk mengadap jawatankuasa tersebut atas nama sebagai pengerusi adalah satu tindakan “penyamaran” (impersonation) yang merupakan perlakuan jenayah.

Ia juga merupakan satu tindakan yang tidak menghormati keputusan Dewan Undangan Negeri.
Selain dari itu, kami juga berpendapat, tindakan memanggil YB Dato' Ganesan mengadap "jawatankuasa" yang tidak sah, luput dan salah ini adalah juga merupakan penghinaan kepada Dewan Negeri Perak yang Mulia ini khususnya serta DYMM Paduka Seri Sultan Perak, selaku Ketua Negeri & Ketua Dewan Negeri.

Apatah lagi Penggunaan kepala surat rasmi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak oleh YB Tronoh ini adalah suatu perkara yang serius dan berunsur jenayah. Kami menggesa pihak berkuasa menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan segera bagi membendung salahlaku YB Sivakumar ini.

Seperti biasa, Sivakumar serta gerombolan dalam pakatan pembangkang bertindak menurut “undang-undang rimba” serta mengenepikan proses yang bertamaddun.

Tindakan pakatan pembangkang ini juga menganggu-gugat kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri dengan melakukan kekecohan di hadapan bangunan SUK yang menghalang orang ramai menjalankan urusan harian di situ.

Kami ingin menyatakan kekesalan kami terhadap insiden ini dan di atas kesedaran ini akan membuat laporan polis terhadap Sivakumar, kerana “menyamar dengan tujuan untuk memperdayakan orang ramai” dengan menyamar sebagai pengerusi jawatankuasa hak dan kebebasan.

Kami juga mahukan pakatan pembangkang menerima realiti, mereka bukan lagi kerajaan kerana telah hilang majoriti. Hukum asas demokrasi menyatakan golongan majoriti adalah yang berhak menjadi kerajaan.

Hentikan segala kekalutan yang sengaja diadakan bagi menganggu-gugat kelancaran pentadbiran kerajaan negeri. Tindakan tidak bertanggungjawab pakatan ini sengaja diadakan bagi mencipta kekalutan supaya menganggu-gugat kestabilan politik, sosial dan ekonomi Perak.
Tindakan “gila” ini juga hanya akan menganggu rakyat.
YB DATO' NADZRI ISMAIL
Ahli Dewan Undangan Negeri
Manjoi

Awekz: Kelakar pun ada melihatkan gelagat-gelagat ADUN puak-puak PR ni...semuanya macam dah meroyan tak tentu pasal...ish.ish.ish...buat keje lagi bagus la...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:02 PM 1 comments

Saturday, July 18, 2009

Kejutan dari Nizar pulak!!!

Awekz dapat bahan ni dari blog Selamatkan Perak...
Untuk disebarkan dan sila sebarkan..


Surah AlImraan ayat 118
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.


Surah Al-Imraan ayat 78
Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).


Surah AlImran ayat 28
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

ASTARGHFIRULLAHHAL'AZIM, apa ke hel nye yeop Nizar kome ni. Tau ler kepola otak dah mereng, tapi takkan nak jual agama semata-mata nak ngikut kater Ngeh dan Nga. Sampe sanggup berlilin-lilin macam paderi Kristian.

Amalan "vigil" ni amalan orang Kristian, kalau yer pun nak tarik pengaruh orang Kristian takkan nak mengamalkan amalan agama mereka. Rasullulah pernah bersabda orang Nasrani dan Yahudi takkan puas hati sehingga orang Islam ikut cara mereka.

Nampaknya Nizar dah ikut cara Kristian. Malah Mufti Tan Sri Harun Sani pun dah cakap amalan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Takkan nak tinggalkan cakap mufti ikut cakap Nga dan Ngeh.

Inilah sebenarnya Nizar bertopengkan agama. Kita nak tengok apa kata pemimpin PAS tentang amalan ahli jawatankuasa pusat PAS yang dapat undi tertinggi dalam pemilihan parti itu.

Awekz: Apa lagi puak-puak PR, komen la...apa la jawapan anda semua yer...kita nantikan dan fikir-fikirkan...mesti kata ni super impose...betul.betul.betul tak...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:04 PM 7 comments

Friday, July 17, 2009

Kejutan di SPRM...





SHAH ALAM - Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di atas koridor di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9 di sini petang semalam.

Mayat Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui di lokasi kejadian pada pukul 1.30 petang dipercayai terjatuh dari tingkat 14 yang turut menempatkan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Dikhabarkan, Teo Beng Hok telah ke SPRM untuk menjadi saksi dan dia sendiri yang melaporkan salah laku Exco-Exco DAP yang menguasai Kegiatan Kongsi Gelap di Selangor..

Awekz: dengar-dengar ada yang menyalahkan SPRM atas kematian Teo...takkan la SPRM lak yang membunuh si Teo ni...entah-entah kerja puak-puak yang berkaitan kot...nama pun rahsia dah terbongkar...almaklumlah, dieorang semua memang suka baling batu, sembunyi tangan...fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:56 PM 4 comments

Pengiraan undi MU = tidak sah?




KOTA BHARU 16 Julai - Mungkinkah keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tidak sah dan kertas undi akan dikira semula yang akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN)?

Ia berikutan timbulnya desas desus wujud keraguan pada keputusan pengiraan di peti undi Manek Urai Lama di mana Barisan Nasional (BN) sepatutnya dikatakan menang dengan majoriti 289 undi tetapi hanya diumumkan 189 undi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Keputusan itu dikatakan memberi kesan yang besar sehingga menyebabkan BN kalah pada pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi Selasa lalu.

Ekoran itu, difahamkan UMNO Kelantan telah mengarahkan pasukan perundangannya supaya bersiap sedia membawa kes tersebut ke mahkamah.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan wujudnya sedikit keraguan tetapi menolak wujudnya penyelewengan dalam pilihanraya kecil itu.

''Berdasarkan keputusan yang ada pada wakil BN di peti undi berkenaan, calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 1,008 undi manakala calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 719 undi dan undi rosak sebanyak 19, oleh itu, kita menang dengan majoriti 289 undi.

''Tetapi ketika pengumuman dibuat di pusat penjumlahan undi, BN hanya menang dengan majoriti 189 undi. Ini yang menimbulkan tanda tanya kenapa keputusan tersebut berubah di pusat penjumlahan undi sedangkan di peti undi kita menang dengan majoriti 100 undi." katanya.

Wan Zaid berkata, perkara tersebut perlu diberikan perhatian oleh UMNO Kelantan dan dibincangkan dengan penasihat undang-undang parti sebelum di bawa ke mahkamah.

Katanya, keputusan pilihan raya kecil yang memberikan kemenangan kepada Pas dengan majoriti 65 undi itu juga tidak dapat diterima berdasarkan trend pengundi yang menolak parti tersebut.

''BN menang di lima peti undi berbanding Pas hanya menang di empat peti undi. Kita berjaya menembusi kubu kuat Pas contohnya di Peti Undi Laloh, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru tak pernah dalam sejarah kita menang tetapi kita menang kali ini. Kita juga menang di Temalir dan Manjor.

"Di kubu kuat Pas seperti Peti Undi Peria, kita dapat mengurangkan majoriti daripada kebiasaannya lebih dari 350 undi kepada 88 undi sahaja. Data ini menunjukkan trend pengundi menolak Pas tetapi soalnya kenapa tiba-tiba keputusan penuh diumumkan kita kalah," katanya.

Menurut beliau, perkara tersebut hanya disedari selepas keputusan itu diumumkan di pusat penjumlahan undi dan mengikut peraturan SPR bantahan hanya boleh dibuat pusat pengiraan undi sahaja.

Katanya, difahamkan ketika di pusat pengiraan undi, semua pihak termasuk wakil Pas menerima keputusan BN menang dengan majoriti 289 undi dan disebabkan itu tidak ada kiraan semula undi dibuat disitu.

''Bila menyedari perkara ini berlaku kita cuba membantah di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra I tetapi ditolak. Mengikut perkiraan saya jika dijumlahkan dengan majoriti sebenar di Manek Urai Lama dan undi pos BN menang kira-kira 42 undi.

"Tetapi saya ingin tegaskan bahawa ini hanya pandangan saya dan bukannya untuk menuduh mana-mana pihak," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, beliau tidak mendapat maklumat yang jelas mengenai perkara tersebut.

Selasa lalu, SPR telah mengumumkan Mohd. Fauzi memenangi pilihan raya kecil itu dengan mendapat 5,348 undi manakala Tuan Aziz memperoleh 5,283 undi
- Utusan Malaysia

Awekz: Kalah menang, adat bertanding...tak salah untuk mendapatkan lebih kepastian...berani kerana benar, takut sudah tentu kerana salah...fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:37 PM 0 comments

Thursday, July 16, 2009

MAKLUMAT TERKINI...manatuhanallah.wordpress.com

Awekz diberitahu oleh PDG dan maklumat berkenaan adalah seperti di bawah...
Sebarkan...

Kumpulan ini gang 'al-mahadi' bergiat aktif di Lembah Klang. Kemudian tukar nama kumpulan 'ahlilah' dan tukar nama lagi 'makrifatullah' dan tukar lagi nama kumpulan 'bani hashim'. Ketuanya orang Johor Baharu. Penaja kumpulan ini adalah warga Singapura. Terdapat seorang Dato dalam kumpulan ini. Gerakan kumpulan ini seakan 'Ayah Pin'. Ketua besarnya adalah dari Indonesia. Kaedah mengajar dan punca ilmunya ialah dengan cara menurun. Hanya yang 'inner circle' sahaja mendapat access pada tok-tok yang menurun ni. Sekarang ini terdapat sekitar 300-400 orang pengikut di sekitar Lembah Klang.

Awekz: Apa nak jadi lah dengan mereka semua ni...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:28 AM 14 comments

Yang sesat dan lagi menyesatkan...





Awek dapat bahan ni dari blog TM...baik untuk disebarkan...untuk semua pengunjung blog, fikir-fikirkan...rasionalkah tindakan blogger ini...

Blog tersebut adalah http://manatuhanallah.wordpress.com/
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:53 AM 2 comments

Pengundi muda bangkit dan sedar...




Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

"Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ," katanya ketika dihubungi.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

"Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.

Difahamkan, BN memang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.

Manakala PAS pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.

Mengulas lanjut, Mohd Zaki yang juga timbalan speaker DUN Kelantan berkata, pilihanraya kecil di Manek Urai tidak sama dengan pilihanraya kecil yang berlangsung sebelum ini.

Ini kerana, katanya, kawasan Manek Urai menjadi tumpuan para menteri berkempen untuk memastikan 80 peratus - yang rata-ratanya peneroka - menyokong BN.

"Kita tengok di Manek Urai, ia tidak sama dengan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu atau Bukit Gantang. Di sana (pengundi tinggal) di kawasan berada. Suasana di sini berbeza," katanya.

Awekz: Ada jer alasan nya, selama ni bukan golongan muda banyak berpihak pada puak-puak PR kan...sebelum ni pun, dieorang tak makanla sogokan dan janji-janji BN...Kepada pengundi-pengundi muda, kesedaran yang ditunjukkan amatlah baik...perjuangan belum selesai...teruskan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:34 AM 0 comments

Tuesday, July 14, 2009

Manek Urai: Yang tersurat kemenangan, yang tersirat kekalahan...



Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam

Awekz: Walaupun UMNO(BN) telah tewas, namun Awekz tetap berbangga kerana tanda-tanda kesedaran dan sokongan di kalangan masyarakat Melayu khususnya telah meningkat...suatu kesedaran yang telah lama Awekz tunggu..kepada semua...teruskan perjuangan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:44 PM 0 comments

Sunday, July 12, 2009

100 hari DS Najib memerintah...



KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.

11 perkara tersebut ialah:-

1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.

2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.

3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.

4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang

5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.

6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.

7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini

8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.

10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.

11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda
kaum India.

Awekz: Apa pun, Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas hadiah yang diberikan kepada rakyat ini...

Ini baru 100 hari memerintah...semoga akan ada lebih banyak kemudahan dan keuntungan yang dapat rakyat perolehi...Rakyat Malaysia pula, fikir-fikirkanlah...yang mana baik dan yang mana buruk...fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 6:18 PM 0 comments

Wednesday, July 8, 2009

Tangguh lagi...berapa lama daa...



Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangguhkan kepada 15 Julai kerana peguam utamanya, Sulaiman Abdullah tidak sihat.

Kes tersebut sepatutnya dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah menerima permohonan pihak peguam pembela berhubung penangguhan tersebut.

Rabu ini, mahkamah akan mendengar sebutan untuk tarikh bagi permohonan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen dari pihak pendakwa bagi membantu kes pembelaannya.

Mahkamah juga akan menetapkan tarikh baru bagi sebutan kes bagi satu lagi permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Hanya selepas kedua-dua permohonan itu selesai didengar, maka mahkamah akan meneruskan dengan perbicaraan kes liwat tersebut.

Menurut Hakim Mohamad Zabidin, sehinggalah kedua-dua permohonan itu selesai, mahkamah tidak boleh memulakan perbicaraan kes tersebut.

Sulaiman tidak sihat sejak Jumaat lalu ketika beliau memohon penangguhan bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan.

Awekz: Bukan Anwar Ibrahim ni banyak peguam ker...kenapa tak pakai yang lain-lain...ataupun, peguam yang lain tu tak sanggup nak ambil kes...almaklumlah...benar-benar terjadi...tak gitu...

Dengar-dengar cerita gak, penyokong taksub Anwar Ibrahim ni dah berkurangan...betul ker? Dah insaf agaknya mereka ni...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:06 PM 0 comments

Monday, July 6, 2009

Tan Sri Harussani (Mufti Perak) - Umat Islam Hilang Ketuanan Jika Biar Perpecahan



SHAH ALAM 4 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan umat Islam khususnya orang Melayu bahawa mereka akan hilang ketuanan di negara ini sekiranya terus membiarkan perpecahan menular di kalangan mereka.

Sambil mengaitkannya dengan keadaan politik semasa, beliau berkata, keadaan itu tidak harus berlaku kerana ajaran Islam menyarankan supaya semua penganutnya bersatu.

Katanya, semua umat Islam perlu melihat kembali dua perkara utama dalam ajaran Islam iaitu rukun iman yang menyentuh kepada pembentukan sahsiah manakala rukun Islam berkait rapat dengan pembentukan masyarakat Islam.

"Jika umat Islam terlalu suka merebut perkara yang melibatkan kebendaan, maka perpecahan akan berlaku. Keadaan ini dilihat berlaku di Malaysia dan negara lain di seluruh dunia pada hari ini.

"Sekiranya perpecahan ini dibiarkan berlaku sedikit demi sedikit, umat Islam mungkin akan hilang ketuanan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran buku 'Rahsia Khazanah Ilmu Pyracosmic' (tenaga alam semesta) terbitan syarikat jualan barangan kesihatan, Pyracosmic mengenai kaedah-kaedah rawatan dan rahsia penyembuhan alam Melayu yang diolah selaras dengan firman-firman Allah S.W.T dalam al-Quran.

Tambah Harussani, perbezaan pendapat tidak salah dan menyifatkan ia merupakan satu rahmat yang dapat membawa kepada pembangunan negara. Bagaimanapun, perbezaan pendapat daripada pihak-pihak tertentu sehingga membawa kepada perpecahan adalah tidak wajar kerana ia boleh merosakkan masa depan negara.

"Kalau tidak ada perbezaan pendapat, tidak ada pembangunan. Tapi jangan sampai perbezaan itu boleh memberi kesan kepada perpecahan masyarakat. "Maka sebab itu, perbezaan pendapat ini harus disalurkan melalui kaedah syura (perbincangan) supaya permasalahan itu diselesaikan dengan cara yang baik," jelas beliau.

Dipetik dari: www.utusan.com.my

Awekz: Lambat sikit 'post' kan artikel ni...tapi untuk sebaran dan kesedaran...it's better late than never..

Ramai yang berjuang sekarang ni...Tidak salah jika kita berjuang, tapi yang salahnya jika perjuangan kita itu tidak ikhlas...sudah pasti senang dipengaruhi dengan anasir-anasir yang tidak baik...yang paling baik, jika perjuangan kita untuk menyatukan umat Islam di negara pada masa ini...fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:50 PM 1 comments

Manek Urai - 1 vs 1...BN vs PAS...

KUALA KRAI: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan persaingan satu penjuru antara calon BN dan Pas.

BN menampilkan bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, manakala Pas diwakili peniaga, Mohd Fauzi Abdullah.

Nama calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 11.10 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

Pengundian akan dijalankan 14 Julai.

Awekz: Buat semua yang layak mengundi...Selamat mengundi lah Awekz ucapkan...
Apapun, sebelum mengundi tu..fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:31 PM 3 comments

Friday, July 3, 2009

Lim Guan Eng...baliklah!!!



Apa yang dah jadi?
Penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan menggesa beliau meletakkan jawatan kerana gagal membantu mereka.

Jika beliau tidak boleh mengambil balik tanah ini daripada pemanju dan mengekalkan kampung ini, maka lebih baik beliau letak jawatan," kata penolong setiausaha persatuan penduduk kampung berkenaan, C Tharmaraj.

Bercakap kepada pemberita di kampung tersebut hari ini, Tharmaraj menuduh Lim lebih berminat melindungi kepentingan syarikat terbabit daripada menjaga kepentingan rakyat.

Katanya, penduduk di situ tidak menyalahkan Lim terhadap masalah yang menimpa mereka sekarang.

Sebaliknya, kata beliau, mereka mahu kerajaan negeri sekarang memperbetulkan penyelewengan kerajaan sebelumnya.

"Adakah permintaan itu banyak sangat? Jika Lim tidak dapat melakukan ini untuk rakyat yang mengundi kerajaannya, maka beliau harus meletak jawatan dan balik ke negerinya di Melaka," tegasnya.

Awekz: Bertambah mereng la kerajaan pakatan rakyat yang ada sekarang ni kan...
Ish.Ish.Ish...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:32 AM 9 comments

Keluar dari pakatan!!!



gambar: awekz ambil dari blog aspirasi bangsa...

ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu.

“Kami kesal kerana kerajaan negeri gagal dalam memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri ini.

“Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Pas untuk semua, namun mereka gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Su memberitahu, antara perkara yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri adalah isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang dirobohkan hari ini oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Memang pusat ini didirikan di tanah milik MBAS namun kerajaan negeri ada kuasa untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan tempat ini.

“Tempoh sebulan yang diberikan kepada pengusaha di pusat ini untuk mencari kawasan lain tidak mencukupi,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, DAP berpendapat janji kerajaan negeri untuk berlaku adil kepada semua pihak tidak dilaksanakan.

“Banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri ini dan isu pusat penyembelihan babi membawa unsur negatif kepada rakyat di sini.

“Kami juga tidak puas hati apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri ini,” katanya.

http://www.utusan.com.my

Awekz: itu perihal DAP di Kedah...siap ada kiasan lagi...DAP di Kedah hanya ibarat 'nasi tambah'...kesian...apa lagi orang PAS...perihal PAS di Perak, kenapa tak nak lawan...kata berani!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:16 AM 0 comments

Wednesday, July 1, 2009

Lagi luahan hati dari penyolong PKR yang dah boring...




Awek ambil ni dari blog panglima sepat...bagus untuk disebarkan...bacalah...

Salamulllah,
Saya suka straight to the point...

(geram juga bila hantaq pi ke blog dan forum Sdra anwar, dia punya moderator asyik tolak saja. Aku tulis bukan kat moderator , aku tulis untuk anwar, pasai apa depa sibok sangat)

Dassat, dassat. Semuanya salah. Buat itu salah, buat ini salah. Heran juga kami, semua kesalahan tu timbui waktu la ni. Pasai apa waktu Anwar jadi TPM dulu benda2 pasai rasuah, tol, tax dan sebagainya yang menekan orang Melayu, kome tak nak hapuskan. Walhal kome pegang jawatan Menteri Kewangan.. Takkan takut nak lawan Mahathir dan bagi pendapat yang bernas dan jitu macam sekarang kot. Tup-tup la ni nak buat itu, nak buat ini... cuba pakat pikiaq, salah sapa?

adakah nak salah satu puak saja atau Datuk Seri juga salah. Ni yang dok kata kok tu kok ni tu, menatang apa. La baru nak kata terbit mai. Pasai apa semua keluaq mai waktu la, pasai apa dulu lagi tak keluaq itu salah ini salah. Pasai apa do habaq pasai rasuah la ni, tak kan dulu Dato Seri tak pernah buat kot. Tak kan tak ingat waktu di Sungai Besi, waktu Barisan nak bertanding dengan Pas, sapa yang suruh wakil Pas tarik diri... Tak pa lah kalau lupa. Tapi nak tanyalah yang waktu Dato jadi Menteri Pendidikan dulu, kami dok perhati ada sorang Pakistan dari Kg Melayu Padang Besaq, Perlis dok keluaq masuk dalam pejabat Dato sampai naik lunyai macam rumahtangga dia. Bila kami chek, semua lesen ap dato yang bagi, lesen minyak, lesen beras tah lesen apa lagi sampai kami naik takut nak jumpa dato pasai kena jumpa dia dulu.

La ni sedaq tak kita kerana dato nak kuasa, dato dok penaya semua orang. Melayu sama Melayu bergaduh, India dah mula besaq kepala, Cina dah tentulah sebab depa dok pegang ekonomi Malaysia. Depa banyak duit. Tak taulah kot depa dok sponsor dato... saja kata no.

Ni satu lagi, waktu mula nak buka Keadilan, tup-tup depa mai jumpa kami, wakil abim, suruh kami buka cawangan Keadilan satu negeri(toksah sebut tang mana) dan berjanji nak bagi kat kami satu cawangan seribu, lagu mana pulak tu dulu. Kami tanya jugak depa, hangpa dapat duit mai mana banyak2, padahai waktu tu Dato Seri dok dalam penjara. Hebat juga no. Takkan kot tiba2 saja orang nak derma mcm tu banyak untuk buka parti keadilan.

Sebenaqnya, kami yang dok bercakap ni adalah orang yang cukup hormat kat Dato Seri malahan cukup rapat dengan dato seri.(Kalau setakat depa yang dok keliling dato la ni, biji mata depa tu hanya nak ambik kesempatan saja-Dato pun tahu kerana dato juga mengaji haqqulyakinwahaqqulhaq macam kami juga). Waktu tu, dato serilah jadi idola kami. pasai waktu tu dato seri Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Pendidikan.

Kami ingat lagi waktu di Pasir Panjang masa ikut kursus Wirajaya Pemuda UMNO, Dato bukan main cakap lagi dalam terang bulan tepi pantai. Dato dok atas batu. Bercerita pada kami tentang semangat Melayu. Cerita tentang kedudukan rakyat Melayu yang kian berkurangan peratusannya. Bercerita mcm mana Cina nak ambik alih Malaysia dan apa orang India nak buat. Sampai keluaq mai pepatah kalau jumpa ulaq dan ......, sakai.... dulu. Tapi sayang, segala semangat Dato dah tak serupa dulu... pasai apa.

Oleh kerana kami terlalu komited pada Dato, sampai waktu dengaq kata Dato nak kena tangkap, sebiji nasi pun tak boleh telah, mcm tu punya sayang kami kat dato. Turun mailah kami ke KL, check, siasat, bertanya, dengar cerita dan bentuk barisan mengkaji. Semuanya biro pendidikan yang terdiri dari cikgu2, tapi lepas tu kami teruih diam sampai ke hari ni. Kami tak terlibat dalam mana-parti politik. Tapi bila tengok keadaan umat malaysia yang macam-macam, naik risau juga kami. Semua pemimpin Melayu jadi ketegaq bana termasuk juga Dato seri. Nak kata sebelah pihak tak kena juga pasai masin-masin ada agenda masin-masin.

Ni la ni, kelompok kami dah tak larat nak tengok lagi. India bukan main naik tocang lagi. Cina dok tepuk tangan. Cuba dato seri pakai selipar, pakai ketayap, t-shirt leheq bulat hak comot sikit, berjalan mai tengah kuala lumpur ni sambil tu bawa keta yang tak bayaq finance 3 bulan. cuba buat-buat bodo dengah pekan sampai kena horn. barangkali baru dato seri dapat rasa panasnya suasana sekarang. berjalan, toksah pakai eskot. tak kan takut mati kut. jangan dok asyik naik keta mewah saja dengan eskot. kalu mcm tu mcm mana nak tengok keadaan sebenaq. jadi ghandi, berjalan kaki tak pakai kasut. tak kan kotoq kut.

Kalu dah bejalan dan rasa, tok kena insaflah bahawa latah tok seri akan bagi kesan pada rakyat khususnya orang melayu. dulu tok seri sama dengan saya dok ajaq lagu "ANAK KECIL MAIN API" di Pasiaq Panjang dan di Sungai Besi. tup-tup la ni tok seri pula bagi api suruh budak kecik anak melayu main api. apa bana ni?


tok seri,

depa ni, orang melayu bukan berapa faham sangat pasai undang-undang. berapa kerat sangat orang melayu faham pasai undang-undang. berapa kerat orang melayu tau pasai sejarah. kami dok mengajaq sejarah, cikgu pakar pulak tu, kami taulah pengai anak-anak murid kami. yang mana masuk sekola menengah taun 75 ke atas, sejarah adalah mata pelajaran yang cukup baloq liat nak belajaq. jadi mcm mana budak-budak melayu nak tau sejarah dan undang-undang pasau nak belajaq undang-undang kena tau sejarah kan ka? kalu dato seri yang faham undang2 dok provok benda tak tentu kalu kat orang melayu terutama generasi yang umuq 20 sampai 38 taun, tak berapa eloklah untuk orang melayu kot.

Nak berjuang apa sampai orang melayu dok bergaduh dan india dan cina naik kepala. mcm tu tok seri kata perjuangan? perjuangan apa tu? perjuangan sapa tu? Kita dulu pernah dok bersembang pasai pepatah " if we cannot win them, we join them" tok seri denga saya juga yang dok mengajaq menatang ni pada pemuda UMNO dulu. tak kan tok seri tak reti dah kot.kalau mcm tu barulah rakyat bulih kata tok seri berjuang untuk orang Melayu kerana dari kami kenai tok seri termasuk juga mahathir kenai tok seri, tok seri adalah seorang yang cukup tebal semangat perjuangan melayu sampai nak repair bumbung sekolah srjk(c) pun tok seri tak luluskan dulu.

hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu. tok seri pernah bercerita pasai sikitol negeri melaka sekarang tok seri sendiri nak jadi sikitol pulak. pelik kot! hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu. tok seri sendiri pernah berhujah pasai martabat nafsu pada orang melayu, nafsu amarah , lawamah dll dan nak duduo dalam martabat nafsu-nafsu tu kenalah hancurkan istana iblis di hati kita tapi tok seri sendiri tak dak darjah tu. yang kami dok nampak adalah sifat-sifat mazmumah yang makin tebai dalam hati tok seri. dok mengata sana , dok mengata sini. apa hai yop.

hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.tok seri sendiri pernah menggerakkan kader2 pemuda dengan slogan " if we cannot win them, we join them" tapi tok seri sendiri buat bagi selisih faham orang melayu. hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.tok seri la ni bukan main baik dengan DAP dan PAS sedangkan dulu bukan main mengata kat depa. lidah letak tang mana?

hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.dulu tok seri sendiri dok lulus lesen magnum, toto dan kuda, pasai apa di bagi juga lesen tu walhal lesen tu hanya lulus oleh Menteri Kewangan iaitu tok seri sendiri. kalau dari dulu tok seri bekukan, orang melayu kita tak berjudi. tok seri pakai selipar dan t-shirt, pi tengok sendiri kedai2 judi berlesen.. masyaallah. satu lagi lesen judi genting highland sampai cina tu mati pun kambuih dengan kereta mercedes... pasai apa.

La ni kami tak mau cerita banyak2, orang marah kat kami, tapi untuk pengetahuan tok seri kami sekeluarga bergaduh kerana tok seri tau, kerana falsafah dan sikap tok seri yang nampak jenuin dulu. kami dengan kak kami yang sama2 dalam kementerian pendidikan bertelagah sampai sekarang pasai kami orang kuat tok seri dan dia dok kerja dibawah pejabat tok seri kementerian pendidikan, kami di luar juga kementerian pendidikan. Nampak sangat pertelingkahan kami tak berbaloi dengan kerenah polotik tok seri.

La ni tak mau cerita banyak2, harap tok seri dapat pikiaq dan kenang balik waktu dulu, waktu kita sama-sama berjuang, dan aku nak tengok balik kawan, sahabat, pejuang dan idola aku berjuang kembali di landasan yang benar dan betul dengan tidak mengenepikan kepentingan bangsa. Andai itu saudaraku Anwar laksanakan dengan strategy yang betul dan tepat tanpa melukakan hati mana-mana pihak dan mana2 bangsa dengan mengambil kira kepentingan orang Melayu sebagai asas perjuangan , sahabat-sahabat kita yang dulunya bersamamu dan mengharapkan saudara anwar bakal menggantikan mahathir sebagai Soekarno Malaysia dan pemimpin ummah akan kembali berdiri di belakangmu, namun andai saudara membelakangi perjuangan kita dahulu, kami hanya akan berdiam di dan melihat segala kemusnahan bangsa dan negara ini dari petualangan dalam dan juga luar negeri khususnya Yahudi. Andai perubahan itu berlaku kepadamu saudaraku Anwar, akan ku petik jariku mengarah barisan mendokong cita-cita bangsa agama dan negara kerna dirimu dan diriku amat tau siapa apa itu, Agama (ALIF), apa itu bangsa(BA) dan apa itu tanahair (TAA)

Awekz: Cakap banyak pun tak guna, lu pikirlah sendiri!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:29 AM 2 comments

Luahan hati...Fikir-fikirkanlah

Awekz ambil artikel ni dari blog panglima perang cyber...memang panjang namun demikian, luangkanlah sedikit masa untuk menghayati nya...sesuatu yang baik untuk disebarkan...



Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.


Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.

Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.

Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.

Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.

Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.

Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.

"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.

Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.


Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.

Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.

Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.

Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.

Buktinya?

SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya?

Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.

Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.

Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.

Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?

Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.

Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.



ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...

Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.

Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...

Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.

Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT.

Awekz: Benar atau tidak luahan hati ini dapat dilihat di FACEBOOK ABE RAMLY OTAI
http://www.facebook.com/note.php?note_id=116484686527&ref=nf

dan blog asalnya : http://manzaidiamn.blogspot.com/2009/06/hati-luka-seorang-anak-muda.html

Awekz: Fikir-fikirkanlah...pasti akan ada ahli-ahli puak-puak PR yang menidakkannya, tapi apa yang pasti, tidak perlulah berpura...balasannya pasti akan tiba!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:10 AM 3 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    PAS NK SGT MN, BUBAR JE MASUK UMNO, UMAT ISLAM SELAMAT DARI SESAT
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.