BERSHITTT 3.0 yang berakhir sudah!!! Tercapaikah agenda Ambingai??? Duduk dan aman konon!!! Tak terkata marah dan bengangnyer Awekz rasakan, semuanya kerana Melayu yang kononnya maju, yang kononnya bersandarkan Islam...Islamkah anda dengan KEGANASAN sedemikian???
Arahan telah dikeluarkan bahawa Dataran Merdeka adalah Haram dijejak oleh BERSIH, tetapi mereka diberikan pilihan untuk duduk di Stadium Merdeka. Namun, seperti biasa, mereka membantah.
Mereka tidak mahu duduk, dan tak mahu Stadium Merdeka, mereka mahu berarak dan mahukan Dataran Merdeka juga. Kerana apa? Kerana Anwar dan Ambiga mahu mencetuskan keganasan dan mereka adalah umpan untuk dijadikan korban.
Seperti yang kita tahu, matlamat utama BERSIH bukanlah menuntut pilihanraya bersih tetapi tidak mahukan pilihanraya dan ingin menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya. Ini terbukti melalui laungan ‘Jatuhkan BN’, ‘Mampus PM’, ‘Tumbangkan Kerajaan’ yang kedengaran sekarang ini di dalam perhimpunan. Bukankah bermotifkan politk???
Pasti, Anwar dan Ambiga mengharapkan sesuatu yang jauh lebih ganas dari sekadar tawaf keliling Dataran Merdeka. Mereka membayangkan bangunan terbakar dan lebih baik lagi jika jalanraya Kuala Lumpur bermandi darah dengan mayat bergelimpangan. Mereka juga inginkan kecurian dan rompakan berleluasa sehingga pihak berkuasa hilang kawalan. Sayang seribu kali sayang, ia tidak menepati IMPIAN kotor mereka. Lebih menggelikan hati, cuma Melayu yang BODOH bersesak berpanas dan pasti orang CINA takkan BODOH sebegitu rupa.
Apalah agaknya yang difikirkan oleh para peserta BERSIH 3.0 ketika berlari-lari, terkinja-kinja mencabar polis di jalanan hari ini. Jika pemimpin mereka hanya memikirkan Putrajaya, mereka pula fikir mereka hendak ke mana? Untuk merasai pengalaman hidup dalam negara yang hancur?
Tahukah mereka jika kerajaan benar-benar berjaya digulingkan hari ini maka ekonomi akan merudum dalam sekelip mata. Tiada pelabur yang akan melabur di negara yang tidak stabil, tiada pelancong yang berani melancong ke negara yang tidak aman, maka kadar pengangguran akan meningkat mendadak dan menurunkan dayabeli rakyat sehingga menjejaskan peniaga dan juga bank-bank. Rizab negara akan terjejas sehingga memaksa subsidi ditarik balik lalu harga makanan termasuk susu bayi dan barangan lain akan meningkat secara drastik. Rakyat menjadi resah, marah yang mana akan menyebabkan pemberontakan berterusan lalu menyukarkan lagi usaha untuk memulihkan keadaan.
Inikah yang peserta BERSIH mahukan apabila melaungkan slogan untuk menggulingkan kerajaan?
Tahukah mereka betapa bodohnya mereka jika menginginkan sedemikian? Tapi logik menyatakan bahawa jika mereka tidak bodoh, tidak mungkin mereka akan turun berdemonstrasi, membahayakan diri dan bergadai nyawa hari ini.
Awekz: Tak ada yang sempurna dan pasti kita berusaha untuk memperbaiki apa saja kekurangan yang ada, namun kita jangan lupa Kerajaan yang ada kini amat berjasa kepada kita dan jangan kerana kebebasan bersuara kelak masa depan kita sengsara. Fikirkan!!!