Ada juga teman-teman sepejabat yang menceritakan perihal kad tersebut dan Awekz dengar, rata-rata guru-guru yang menerima kad ucapan tersebut merasa terharu serta dihargai. Penghargaan yang sesungguhnya tidak dapat digambarkan. Walaubagaimanapun, Awekz tidak menyangka kad ucapan yang dihantar itu juga turut di POLITIKKAN oleh Pakatan Rosak. Di blog SP di artikel TERIMA KASIH CIKGU, menunjukkan perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap kad-kad yang dihantar.
Dari 40,000 kad yang dihantar, terdapat sejumlah kecil kad yang dipulangkan semula dengan CONTENGAN ayat-ayat yang dapat Awekz simpulkan sebagai BODOH!!! Niat yang murni dibalas dengan perbuatan yang tidak seharusnya dibuat dan Awekz pasti sudah pasti ia perbuatan dari pengikut-pengikut Pakatan Rosak yang BUTA untuk MENILAI.
Cakap banyak pun tak guna, kita diberikan akal untuk berfikir seterusnya menilai, yang mana baik serta yang mana buruk. Bagi Awekz, tidak ada salahnya untuk Kerajaan Negeri serta YAB DS Dr Zambry untuk memberikan penghargaan kepada guru-guru kerana sedar atau tidak kita semua pernah dididik oleh seorang insan yang bergelar GURU. Fikir-Fikirkanlah...
Buat guru-guru yang pernah mendidik Awekz, tidak terlalu lambat untuk Awekz ucapkan TERIMA KASIH CIKGU...