Friday, January 15, 2010
Betul ker negara tak stabil?
Awekz: Terfikir-fikir, siapa yang tak stabil...Malaysia ker atau pun Mahfuz yang tak stabil otaknyer...Sama-sama kita fikirkan!!!
Seri Paduka diminta campur tangan isu kalimah "ALLAH"
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Memorandum yang ditandatangani wakil 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta campur tangan bagi menyelesaikan isu kontroversi penggunaan kalimah Allah.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd. Azmi Abd. Hamid berkata, memorandum itu turut mendesak supaya dipastikan penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam.
“Kita juga merayu secara bersungguh-sungguh supaya raja-raja Melayu mengambil peranan muktamad bagi memastikan situasi tegang yang timbul akibat penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak berlarutan.
“Memorandum yang mengandungi 12 resolusi yang diluluskan ketika Muzakarah Pakar Isu Kalimah Allah: Katakanlah Allah Itu Yang Maha Esa akan diserahkan secepat mungkin kepada Seri Paduka pada satu tarikh yang belum ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menjadi ahli panel muzakarah tertutup anjuran Gabungan NGO-NGO Islam Bantah Salah Guna Kalimah Allah berkenaan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Muzakarah kira-kira empat jam turut disertai tiga ahli panel lain iaitu Penaung Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa), Datuk Dr. Haron Din; Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ann Wan Seng dan Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Md. Asham Ahmad.
Pada 31 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly dengan alasan ia dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Mohd. Azmi berkata, dalam memorandum itu, pihaknya turut mendesak supaya pihak Gereja Katolik menarik balik niatnya untuk menggunakan kalimah Allah.
Dalam perkembangan berkaitan, Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Shukri Abdullah ketika membacakan kenyataan bersama NGO Islam berkenaan berkata, pihaknya sedih dengan tindakan pihak tertentu yang tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam.
“Mereka tidak wajar untuk terus menggunakan kalimah Allah kerana terjemahan yang betul bagi perkataan God dalam bahasa Melayu ialah Tuhan.
“Kita juga tertanya-tanya apakah motif sebenarnya kalimah Allah ingin digunakan sekarang sedangkan perkataan ini tidak pernah digunakan oleh orang Kristian di Semenanjung sebelum ini,” katanya.
Awekz: Isu kalimah Allah ini perlulah ditangani dengan segera agar negara kita tidak menjadi huru - hara...
Thursday, January 7, 2010
Nizar 'kecelakaan' di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah...
Diberitakan...Nizar selamat...Ish.Ish... Accident dekat ngan bangunan UMNO pulak tu...Jalan Raja Dr. Nazrin Shah...macam dah kena balik doa bala yang dieorang nak buat kat orang lain...Cakap banyak pun tak guna...Fikir-fikirkanlah...
Friday, January 1, 2010
Tahun Baru dan PERSOALAN AKAN KEBENARANNYA?
Dah agak lama jugak Awekz tak menulis...almaklumlah, ada kerja-kerja yang memerlukan perhatian yang lebih dari Awekz...so...agak suram sikit blog Awekz kebelakangan ni...dalam muhasabah diri setelah meninggalkan 2009, 2010 mengambil tempatnya, sudah pasti lebih banyak cabaran yang akan kita tempuh dalam menjalani kehidupan seharian..sebagai manusia biasa dan juga sebagai manusia yang digelar bloggers...
Hari ni, Awekz ambil kesempatan cuti yang ada melawat ke blog kawan-kawan...so, dalam melawat tu, Awekz masuklah ke dalam blog bro TM, bro PARPUKARI dan banyak lagi la blog yang Awekz sempat singgah...tapi yang paling menghambat minat Awekz, pasal YB ZAHIR yang dikeluarkan artikelnya dari blog 10 sibudak hitam...Awekz tertanya-tanya...siapa 10 sibudak hitam ni...datangnya secara tiba-tiba...artikel yang keluar pun...perghhhh...panas ceritanya...masa masuk blog bro TM pun, dia ada highlight kan pasal 10 sibudak hitam ni...Awekz bukannya apa, cuma nak ingatkan sikit...tataetika penulisan blog yang telah digariskan tu jangan dilupa...Jangan mula-mula semangat membara, esok lusa diam menyepi...sejuk sahaja...
Berita yang dikeluarkan pun seharusnya yang benar dan tepat...SEJAUHMANA KEBENARANNYA...Ada sesiapa yang boleh jawab ke pertanyaa Awekz ni...Benarkah YB Zahir ni seperti yang dikatakan...tak cukup dengan itu, di blog syilingperak pun ada dikeluarkan artikel yang sama...Negeri Perak ni baru saja nak elok semula dengan kepimpinan YAB DS Zambry...Bila keluar cerita yang sebegini, tak seronok nak dengar...Macam kita bagi peluang pada pembangkang untuk hentam kita...Apa kata kawan-kawan bantu Awekz...kita rungkaikan persoalan artikel yang dikeluarkan...Apa benarkah sedemikian rupa...Sama-sama kita fikirkan!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)