Tuesday, March 31, 2009
Salam Ngeh Koo Ham!
Kalau orang kafir bagi salam kat kita...macam mana kita nak jawab??? Melainkan jawab "Celakalah bagi kamu"...mana boleh orang kafir bagi salam sejahtera kat orang islam. Ini lah cara PAS sesatkan akidah orang islam. cakap parti islam....tapi ajar DAP permainkan salam dan agama Islam
Awekz: So sape yang nak jawab ni...ataupun
Awekz lepas ni akan dikatakan memfitnah lagi...
Hehe, awekz menerima dengan hati yang terbuka...
Silakanlah...
Nizar : Jenama Bola Baru yang dikeluarkan oleh PR!
Nizar dah macam bola dah aku tengok..
Ngeh dan Nga suka-suka ati saja buat apa yang diaorang mahu..
Umpama menyepak terajang bola sesuka ati diaorang mana yang diaorang nak..
Janji "GOAL" diaorang tercapai.. Tanah 999 tahun ka.. 1000 hektar ka..
Janji GOAL..
Sama jugak dengan Haji Hadi sorang ni..
Menyepak terajang NIZAR untuk goalnya yang tersendiri..
Untuk capai GOALnya.. Haji Hadi perlu bermain bersama Ngeh dan Nga..
Untuk cerita yang lebih jelas,
bolehlah kunjung ke laman sahabat seperjuangan saya di Angin Perubahan
Tok Guru Nik Aziz plak tersepit sorang-sorang kat tengah..
Nak luah salah.. Telan pun salah..
Boleh tahan.. tahan aja..
Tugas seperti GOAL KEEPER yang tak tau untung nasibnya.. walaupun Nakhoda PAS..
Nasib ko la Nizar.. disepak terajang walaupun ko MB sebelum ni..
Dalam parti orang mainkan ko.. ko layan..
Orang bencikan ko pun.. ko layan..
Dalam PAKATAN tak tahulah berapa orang pulak bencikan ko..
Lagi-lagi DAP la pulak tu..
Luar PAKATAN lagi lah.. Adusss...
Dah tak dapat nak di sifatkan apa dah lagi untuk ko..
Sedar kediri la sikit Nizar oi..
Dah kronik aku tengok ko ni..
Awekz: Fikir-fikirkanlah wahai bangsaku, puak-puak PR...
Tak sedar diri lagi ke?
Jangan biarkan perosak bangsa ini berkuasa!
mengidam - ngidamlah nampaknya
Brader Anwar Bin Ibrahim sorg ni..
dulu bukan main lancang lagi letak tarikh kononnya untuk kerajaan baru..
lepas satu, satu.. pastu letak lagi.. tak boleh pon letak lagi jugak..
tapi.. baru tadbir kerajaan negeri pun dah porak peranda yang bukan2..
kat perak dah jadi macam2..
MACAM2 YANG TAK PATUT JADI!!!!
dah terang lagi bersuluh..
malaun-malaun camni tak boleh percaya.. tak payah biar diaorang terus berkuasa..
sahabat-sahabat..
mintak bangunlah semua sekali..
jangan bagi peluang dah kat diaorang ni.. Pengkianat Rakyat semua ni..
bersama kita jatuhkan Pengkhianat Rakyat ni bersama2..
eh silap, Pakatan Rakyat sebenaqnya..
aahh... mana2lah.. janji PR..
Nampak PR je.. Reject!! jangan pangkah !!!
Awekz: Katakan tidak kepada PAKATAN RAKYAT!!!
UNDI PAS MASUK SYURGA???
AWEKZ DAPAT BERITA NI DARI BLOGGER LAIN, BELIAU TELAH
DIMAKLUMKAN OLEH BEBERAPA ORANG PENDUDUK DI CHANGKAT
JERING MALAM TADI.. POSTER NIH BELIAU DAPAT DARI SORANG
MAKCIK KAT EXPO RAKYAT ..KATANYA PAS TELAH DATANG KE RUMAH
MEREKA DAN BERKEMPEN BAHAWA UNDI PAS MASUK SYURGA.
ORANG RAMAI DAH AGAK DAH PAS DAH TERDESAK UNTUK MENANG
SAMPAI SANGGUP JANJI SYURGA SEBAGAI BALASAN.
MASJID JAMEK DI TAIPING SUDAH BERKHUTBAH SUPAYA
SOKONG PARTI ISLAM..SIAP BUAT SEMBAHYANG HAJAT
LAGI LEPAS SOLAT JUMAAT...APA DAH JADI PADA PARTI
PAS NIH..NAK JADI PARTI AJARAN SESAT (PAS) KAH..
KALAU UNDI PAS MASUK SYURGA...HABIS LAH UMAT ISLAM
DI NEGARA LAIN MASUK NEGARA KERANA DI SANA TIDAK
ADA PARTI PAS..SESAT MEMANG SESAT
Awekz: Lepas ni mesti ade la puak-puak PR yang
marah dekat Awekz and kata macam-macam lagi...
Sekali lagi ditekankan, awekz pun manusia biasa,
macam semua manusia lain...Awekz memberikan pendapat
dan seperti kata orang, siapa makan cili terasa la
PEDASNYA!!!
Lambaian Bekas MB!!!
Lambaian dari Nizar....
Ketahuilah bahawa:
Rakyat Bukit Gantang Benci Orang Luar
Kami mahukan anak tempatan.
Kami tolak orang luar yang gila kuasa nak jadi pemimpin kami.
Kami tolak pemimpin pentingkan harta dunia terutama sayangkan kereta.
Kami tolak pemimpin yang rumah di Kampar, Ipoh dan lumut dari jadi YB Bukit Gantang
Kami tolak orang yang tak ikhlas jadi Imam Sembahyang
Pulun Nizar Pulun
Pulun nak jadi ahli Parlimen
Dah ada elaun ADUN
Gila lagi nak elaun Parlimen
Awekz: Bersama-samalah kita menolak puak-puak yang tak sedar diri ni,
biar sedar diri yang mereka tu sedang diperKUDAkan oleh orang lain...
TUN DR MAHATHIR AKAN TURUN BERKEMPEN...
Berita terkini yang Awekz dapat,
Difahamkan Tun Dr Mahathir akan hadir satu majlis kempen
bagi bantu calon BN pada pilihanraya kecil Bukit Gantang
5 Apr 2009, Ahad.
Beliau juga dijangka akan ke Bukit Selambau selepas itu.
Beliau dijangka akan menemui lapisan rakyat khususnya
pengundi Cina dan India.
Dr Mahathir telah memberikan komitmennya kepada Ds Najib
untuk membantu proses transformasi yang dicadangkan oleh
Perdana Menteri baru itu.
Program berada dipadang ini adalah sebahagian hasrat
Dr Mahathir bahawa beliau serius untuk mengembalikan
sokongan rakyat akar umbi kepada Umno dan Barisan Nasional.
Awekz: Rasa bersyukur dan gembira dengan komitmen yang sanggup Tun berikan
demi membantu BN untuk menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Semestinya puak-puak PR tak senang duduk bak cacing kepanasan,
mana tidaknya...Tun kembali membantu...Hidup Tun...Hidup UMNO...
hidup BN!!!
Monday, March 30, 2009
Apa dah jadi Nizar?
Dikhabarkan dari teman seperjuangan Awekz, Nizar Rampas Mikrofon Masjid...
Datuk Dr Mohd Zambry Abdul Kadir berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid di Simpang semalam dan terus mengimamkan solat Maghrib.
"Bagaimanapun, Nizar kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," kata Zambry.
Nampak sangatlah Nizar ni sudah kemaruk kuasa. Program solat Hajat yang dibuat oleh BN pun Nizar datang dan ganggu. Tak malu punya Nizar. Terdesak sangat nak kuasa nih. Dah lah rampas kereta...mikrofon pun kau nak rampas
Awekz: Inilah agaknya kesan trauma dari kehilangan kuasa!
PKR JERAI DIBUBAR!
PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500
anggotanya termasuk ketuanya B Kalaivanar keluar daripada
parti berkenaan, lapor Bernama.
Kalaivanar kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam
pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau yang bermula semalam.
Beliau berkata tindakan keluar secara beramai-ramai itu
kerana mereka telah hilang kepercayaan terhadap penasihat
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah
berkata kesemua anggota yang keluar parti itu akan berkempen
menentang calon PKR pada pilihanraya itu.
Pilihanraya kecil pada 7 April itu menyaksikan pertandingan
antara calon muka baru PKR S Manikumar,
calon BN Datuk S Ganesan bersama 13 calon bebas.
Pada 20 Mac lalu, sewaktu penasihat PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengumumkan calonnya itu, sekumpulan kecil ahli
dari bahagian Merbok menyuarakan bantahannya.
Mereka dipercayai menyokong K Masilamani yang disenarai
pendek untuk berdiri atas tiket PKR.
Awekz: Nampaknya sedikit demi sedikit semakin nampak keretakan
dalam PKR. Pemimpin PKR mula gilakan kuasa dan kecewa bila tidak
diberikan kuasa....
Sunday, March 29, 2009
RAJA BARU PAS DI PERAK!!!
Jawatan MB sudah menjadi HISTORY bagi NIZAR!
Awekz terdengar di Buletin Utama sebentar tadi di mana, Calon PAS di Bukit Gantang, YB
Nizar kite dalam satu temubual telah menyatakan jawatan MENTERI BESAR yang pernah disandang beliau tidak lama dahulu kini telah menjadi HISTORY atau dalam erti kata lain SEJARAH!!!
Terkejut Awekz mendengarnya, tapi heran pun ada juga sebabnya kalau betul la beliau dah boleh menyatakan bahawa ianya sudah menjadi HISTORY...kenapa perlu bertanding bagi kerusi MP pula...
Sudah-sudahlah tu Nizar...
Sudah - sudah la Pakatan Rakyat!
Selamat sudah cerita penamaan calon P.59 Bukit Gantang
yang menyaksikan 3 orang calon yang layak bertanding.
Calon BN Ismail Saffian, calon PAS Dato' Seri Nizar
Jamaluddin dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris.
Pilhan Raya Kecil kali ini akan menyaksikan kekuatan
setiap calon yang bertanding untuk menunjukkan kekuatan
parti masing-masing.
Bagi BN, PRK ini akan menjadi medan untuk menilai sejauh
mana keyakinan rakyat terhadap BN setelah diuji dengan
pelbagai cabaran dalam parti BN itu dan komponennya
khususnya UMNO. Bukit Gantang akan menjadi medan kepada
UMNO untuk menilai penerimaan rakyat terhadap transformasi
yang sedang dilakukan UMNO untuk memantapkan parti dengan
kepimpinan baru yang padu dan segar.
Pakatan Rakyat menyedari kebangkitan UMNO ini dengan
kepimpinan yang baru mulai merasa cemas untuk mengukur
tahap penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Hanya dengan meletakkan calon PAS, Dato' Seri Nizar
'seorang MB yang sah' telah melancarkan kempen mengelirukan
rakyat dengan mencanangkan beliau adalah mangsa kezaliman BN.
Harus diingat DS Nizar adalah orang luar dan bukan calon
pilihan DS Hadi Awang.
Pakatan Rakyat dijangka akan terus memainkan isu perlembangaan
negeri untuk mengelirukan rakyat dan akan terus meraih simpati
umum dalam siri kempen-kempen yang akan dijalankan.
Bagaimanapun mereka terlupa atau mereka terlepas pandang
bahawa rakyat Bukit Gantang telah menyampah dengan lenggok
tarian PAS yang kini sibuk meng'ortodok'an rakyat Perak
dengan dakyah karut untuk meng'kelantan'kan Perak kononnya.
Jika, diukur semasa penamaan calon hari ini apa yang boleh
dilihat kekuataan parti adalah seimbang. Cuma, PAS tidak
boleh terlalu yakin kerana kelibat-penyokong-penyokong
yang hadir dalam lingkungan 10,000 orang adalah mereka
yang diangkut dari luar khususnya Pantai Timur.
80% penyokong yang datang adalah terdiri daripada luar
Bukit Gantang adn seperti biasa arahan pemimpin atasan
untuk meramaikan majlis. Seperti mana ceramah-ceramah
kempen Pakatan Rakyat yang lebih didominasi oleh penyokong
luar Bukit Gantang
Hantarlah Anwar Ibrahim Munafikun atau sesiapa pemimpin
atasan PAS yang meramaikan majlis adalah orang luar.
Ini jelas, kekuatan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang adalah
kerana penyokong luar yang tidak akan mengundi apatah lagi
akan membuat onar di bumi Bukit Gantang. Ayuh Bukit Gantang
halau penyemak-penyemak ini dari tanah kamu.
Calon BN, Ismail Saffian adalah penduduk asal Bukit Gantang.
Penerimaan beliau di bumi sendiri telah diakui oleh rakyat disitu.
Tanyalah orang Bukit Gantang atau penyokong-penyokong PAS tegar
Ismail Saffian adalah pilihan yang terbaik. Penyokong tegar PAS
lebih menyenangi calon BN itu walaupun berlainan ideologi namun
kehendak dan kesenangan imej yang dibawa akan menghantar DS Nizar
di peti sejuk Pasir Panjang.
Penyokong tegar PAS Bukit Gantang sudah menyampah dengan
permainan kotor PAS kerana DS Nizar sendiri bukanlah anak
tempatan yang menjadi pilihan penyokong PAS disitu.
Mereka menyedari DS Nizar hanya mahu bertanding, membalas
dendam dan memalukan UMNO bukan untuk berbakti kepada
rakyat jauh sekali mendengar permasalahan masyarakat
disitu.
PAS Perak juga menyedari peluang untuk mempertahankan kerusi
itu sukar kerana calon BN adalah pilihan rakyat tempatan.
Bagaimanapun kerana desakan teman sebantal PAS terpaksa akur
dan DS Nizar akan menjadi bahan eksperimen Pakatan Rakyat
untuk mengukur tahap penerimaan rakyat Perak.
Awekz: PAS ibarat seperti "Hendak Diluah Mati Emak,
Hendak Ditelan Mati Bapak". Padan Muka!
Beras dan duit diberi kepada pengundi...Sapa yang bagi?
Dikhabarkan Muslimat PAS telah mula memberi beras
dan duit kepada pengundi. Ini jelas menunjukkan bahawa
PAS kali ini sanggup menggunakan apa cara walaupun
menggunakan politik wang ataupun rasuah pengundi
untuk mendapatkan undi rakyat.
Parti yang diwar-warkan bersih rupanya telah memberikan
beras dan wang RM 50 kepada setiap pengundi melalui
program lawatan rumah ke rumah yang dibuat oleh Muslimat
PAS. Penduduk kampung Tebok, Permatang Raja mendakwa
PAS menggunakan strategi kotor ini untuk mendapatkan
undi mereka.
Awekz: Kalau BN yang buat, mesti dah kena teruk dengan
PR...apa lagi yang nak disorokkan...dah terang-terangan
bersalah...mana mau lari...
Bukit Gantang: Sekitar penamaan calon...
BARISAN PENYOKONG BN PADA JAM 8.30 PAGI.SEHINGGA JAM 10.30 PAGI DI ANGGAR PENYOKONG BN MENJANGKAUI 10 000 RIBU ORANG.TAHNIAH!!!! TAK SEPERTI PR YANG NAK KUMPUL 25 000 TAPI DATAP LEBIH KURANG 10000.BN NAK KUMPUL 5000 ORANG TAPI YANG DATANG 10 000.ALLAH MEMBANTU.TAKBIR!!!!!!
SEJAK BILA BERCAMPUR GAUL BUKAN MAHRAM MENJADI BUDAYA PAS.
BUDAYA BARU PAS INI SEMEMANGNYA MENGHINA AGAMA ISLAM...
NGEH KOR HAM.THE PELAK MEN.BUKAN PERAK MEN TAU.PELAK MEN...HAHAHA
NIZAR MELAMBAI TANGAN KE KEPADA PARA PENYOKONG...LAMBAIAN BEKAS MENTERI BESAR!
Awekz: Dalam keghairahan semua pihak untuk menghadapi PRK Bukit Gantang ini,
harus diingat, khususnya kepada RAKYAT MELAYU PERAK!!!PRK Bukit Gantang ini
adalah satu cara bagi kita khususnya orang MELAYU untuk mempertahankan
Istana dan juga SULTAN MELAYU...
Untuk itu, orang MELAYU mesti tolak Nizar kerana dia menderhaka kepada
SULTAN...Antara Nizar dan SULTAN...kita sebagai orang MELAYU perlu
menyokong SULTAN kerana telah diketahui Nizar PENDERHAKA SULTAN!!!
Hidup UMNO kerana memperjuangkan kedaulatan SULTAN...
Guru Sekolah Berkempen untuk PEMBANGKANG!
SEK. KEB. PADANG GAJAH TRONG :
Baru reda dengan proses penamaan calon, dan memasuki
hari pertama berkempen, tindakan guru berkempen
dengan menunjukkan gambar Nik Aziz dan Anwar Ibrahim
di Sekolah Kebangsaan Padang Gajah telah di kesan oleh
ibubapa murid-murid sekolah tersebut.
Menurut maklumat, ibu bapa murid-murid mendakwa guru atau
ustaz mereka menunjukkan gambar Nik Aziz dan Anwar sambil
meminta ibubapa murid-murid tersebut mengundi calon Pas.
Tindakan guru yang pro pembangkang ini sememangnya menjadi
aktivis pembangkang di dalam kawasan sekolah sejak lama lagi.
Sebab itu, hari ini mereka lebih cenderung mengajar murid-murid
berpolitik di sekolah dari mengajar mata pelajaran yang sepatutnya
diajar.
Mereka ini umpama duri dalam daging dalam perkhidmatan kerajaan,
kerana tidak bersama dengan matlamat dan aspirasi kerajaan.
Mereka ini patut cari kerja lain dan jangan makan gaji bersama
kerajaan jika tidak membawa aspirasi kerajaan. Tidak mungkin
aspirasi kerajaan akan terlaksana jika guru-guru ini membuat
tindakan yang sebaliknya.
Awekz: Sebagai seorang guru dan tentu anda berkerja dengan kerajaan,
kalau dah nak sokong sangat pembangkang, jangan kerja dengan
kerajaan...jatuh jadi haram sebab anda kata kerajaan sekarang
di Perak ni haram...Tak macam tu cikgu...Fikirkanlah!!!
SENARAI CALON PRK BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU!
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil P059,
Parlimen Bukit Gantang, Datuk Mahmood Morshidi
mengumumkan dan mengesahkan tiga calon akan bertanding
pada pilihan raya itu yang akan berlangsung 7 April ini.
Pertandingan tiga penjuru tersebut melibatkan parti
Barisan Nasional (BN), Pas dan wakil Bebas.
BN diwakili oleh Ismail Saffian, 48;
Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 52 dan
calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 44.
Manakala di Bukit Selambau mengikut laporan utusan
online telah sah pilihan raya kecil Dewan Undangan
Negeri (DUN) Bukit Selambau mencatatkan sejarah tanah
air apabila sebanyak 15 calon akan bertanding pada
7 April ini.
Jumlah calon tersebut merupakan yang paling ramai
bertanding dalam sejarah pilihan raya negara kerana
sebelum ini jumlah paling ramai pernah dicatatkan ialah
lapan orang.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau,
Datuk Abdullah Mat Akhir berkata, sebanyak 15 kertas
pencalonan telah diterima dan kesemua calon terlibat
layak untuk bertanding selepas tempoh pencalonan dan
bantahan ditutup pada pukul 11 pagi.
``Sebanyak sembilan bantahan telah diterima bagaimanapun
selepas tempoh bantahan ditutup tiada calon yang ditolak,''
katanya ketika mengumumkan calon-calon pilihan raya kecil
DUN Bukit Selambau di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah
Teknik Sungai Petani I di sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
Lebih 10,000 penyokong daripada kedua-dua parti berkumpul di
luar pusat penamaan calon dan keadaan dilaporkan terkawal dan
tidak ada insiden buruk dilaporkan berlaku sehingga tengah hari
ini.
Selain calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar yang menggunakan
lambang parti masing-masing, 13 lagi calon Bebas menggunakan
pelbagai logo yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
ANWAR TAK PI PUN BUKIT GANTANG.BENDERA PKR PUN KURANG.INILAH BUKTI ANWAR BERBOHONG.CALON MP LEBIH PENTING DARIPADA CALON DUN.KATA ANWAR NAK PASTIKAN MP PR BERTAMBAH.KENAPA TAK BERI SOKONGAN?CAKAP TAK SERUPA BIKIN!
Senarai calon mengikut susunan nombor dalam kertas undi dan
logo adalah seperti berikut:-
1. R. Loganathan (Bebas) - logo kelapa sawit
2 . Tan Hock Huat (Bebas) – kunci
3. Radzi Md. Lazim - Bebas - kerusi
4. S. Manikumar (PKR) - logo PKR
5. Mohd. Fadzil Abdul Wahab (Bebas) - kepala harimau
6. Abdul Rahim Abu - (Bebas) - jam loceng
7. L. Sarala (Bebas) – basikal
8. Datuk S. Ganesan (BN) – dacing
9. A. Jayagopal (Bebas) – paying
10. S. Moganakumar (Bebas) - buku
11 . Khamis Awang (Bebas) - ayam jantan
12. Husaini Yaacob - (Bebas) –bas
13. M. Vanesan - (Bebas) ikan
14. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas) – telefon
15. T. Chandrarajan - (Bebas) kapal terbang
Awekz: Semoga berjaya kepada semua yang bertanding dan
yang pasti BN akan berjuang habis-habisan untuk
PRK kali ini...Pesanan kepada pengundi-pengundi
sekalian, biar buta mata tetapi jangan buta hati...
Wassalam...
Tun serta kepulangannya...
Dipetik dari DES...
Pelbagai drama dapat disaksikan ketika Perhimpunan
Agung UMNO menutup tirainya petang tadi. Kehadiran
Tun sedikit sebanyak menggamatkan suasana setelah
desas desus mengatakan beliau mungkin tidak akan
hadir setelah kekalahan anakanda Mukhriz sebagai
Ketua Pemuda.
Tun bukanlah seorang yang berfikiran singkat,
tindakan beliau penuh yang tersirat, rajuknya juga bersebab,
tetapi kembalinya beliau pada persidangan kali ini jelas
melambangkan betapa sayangnya beliau kepada parti yang telah
dipimpinnya hampir dua dekad yang lalu.
Langkah pengukuhan UMNO dari dalam dan luar jelas kelihatan.
Kekuatan UMNO akan dikembalikan dengan keyakinan yang semakin
jitu sekembalinya negarawan terulung ini. Pedulikan apa kata
pembangkang; UMNO TIDAK AKAN BERUBAH! Biarkan mereka lafazkan
apa sahaja yang mereka ingin katakan kerana sememangnya sifat
mereka sudah sebegitu sejak dari azali...
Apa yang paling penting sekarang ialah mengembalikan semula
keyakinan rakyat terhadap pertubuhan yang banyak berjasa
kepada rakyat ini. UMNO kini perlu mewujudkan satu branding
atau penjenamaan yang lebih berkualiti. Program-program yang
disusun harus mempunyai post mortem yang lengkap, agar setiap
objektif yang dirancang dapat tercapai. Suara akar umbi jangan
diabaikan, perbincangan dari bawah harus diikuti hingga ke
peringkat atasan agar semua pihak berpuas hati dan telus di
mata rakyat.
UMNO yang kini dipimpin oleh generasi pasca merdeka harus
menitik beratkan idea-idea yang lebih dinamik supaya selari
dengan perkembangan zaman. Namun harus diingat, setiap perkara
yang disyorkan perlu juga diterapkan unsur-unsur keagamaan
agar kita tidak sesat didunia dan terseksa diakhirat kelak.
Tanggunggjawab yang diamanahkan oleh Allah begitu berat dan
kelak akan ditanya dipenghujung hari.
Awekz: Bersama - sama kita berjuang mengembalikan kegemilangan
yang pernah dikecapi! Selamat kembali Tun...
Apa Pendapat Anda?
Khabar angin kuat berbunyi dan berkumandang bahawa
Dr Mahathir adakan kembali dalam UMNO sebagai
penasihat UMNO? Ini sejajarkan dengan makluman
oleh Datuk Seri Najib bahawa Tun Dr Mahathir
akan diberi peranan dalam UMNO.
Adakah khabar angin ini benar? Adakah khabar angin
ini juga akan menunjukkan kepulangan Mahathir sebagai
Penasihat UMNO dan kemungkinan penasihat Perdana Menteri
kelak. Adakah mungkin akan ada penasihat ekonomi juga?
Siapa pula veteran UMNO yang akan di bawa memasuki ruangan
penasihat yang bertaraf Menteri ini? Apakah ini menunjukkan
pembaharuan atau ini adalah satu langkah ke belakang.
Adalah era Mahathir akan berulang kembali di bawah Najib?
Apakah bentuk reformasi yang mahu di bawa oleh Najib sealiran
dengan budaya yang pernah di bawa oleh Mahathir.
Ada yang mengganggap bahawa UMNO dalam keadaan lemah di
bawah Pak Lah tetapi ada yang mengatakan bahawa kelemahan
UMNO pada asalnya bermula dengan Mahathir dan Pak Lah gagal
memulihkan keadaan yang kronik.
Asalnya adalah masalah yang ditimbulkan pada masa zaman
Mahathir dan bukan zaman Pak Lah. Ada pendapat yang
mengatakan era Mahathir sebenarnya menutup peluang UMNO
dan perletakkan jawatan Mahathir adalah kerana Mahathir
tahu kedudukan UMNO sewaktu itu. Perubahan ke Pak Lah
dianggap dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi
iannya gagal diselesaikan oleh Pak Lah.
Hari ini Datuk Seri Najib dikatakan akan membawa Mahathir
balik. Langkah bijak? Atau langkah yang akan lebih menolak
sebarang usaha reformasi dalam UMNO.
Apa pendapat anda sekiranya Dr Mahathir menyertai UMNO dan
dilantik sebagai penasihat UMNO?
Awekz: Bagi pendapat saya, apa saja jalan terbaik untuk
mengembalikan kepercayaan rakyat pada kita...
Perjuangan untuk mengukuhkan agama, bangsa dan negara!
Friday, March 27, 2009
Sesudah pemilihan...harapan yang ada....
1. Akhirnya,sudah terjawab segala teka-teki kepimpinan UMNO dari jawatan Timbalan Presiden,Naib Presiden,Ketua Wanita,Ketua Pemuda,Ketua Puteri dan Ahli Majlis Tertinggi induk serta setiap sayap sudah diisi.
2. Pelbagai reaksi yang timbul ketika keputusan dibuat.Ada yang gembira,ada yang tidak suka,ada yang terkejut dan ada juga yang hiba.Tetapi itulah hakikat.Kita hendaklah terimanya dengan hati yang terbuka.
3. Janganlah biarkan emosi kita menguasai diri dengan mensabotaj dan 'merajuk' kepada UMNO dek kerana calon pilihan kita tidak terpilih.
4. Apa yang penting pada ketika ini,kita hendaklah menyokong penuh kepada kepimpinan yang baru ini sekiranya kita mahu parti keramat ini terus diterima,relevan dan dihormati.
5. Saya percaya dengan kombinasi kepimpinan baru ini dapat membawa UMNO kearah yang lebih baik.Tugas ini bakal dipikul oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat sebagai orang yang boleh membawa Malaysia ke tahap yang boleh dibanggakan.Insya Allah.
6. Oleh hal demikian,marilah kita bersatu.Tidak ada gunanya sekiranya kita masih bertelagah sesama sendiri,tuduh menuduh,hasut menghasut dan sebagainya kerana perkara seperti ini bakal mengundang UMNO kepada kehancuran.
7. Adakah kita mahu melihat negara kita tercinta ini dipimpin oleh orang seperti Anwar Ibrahim yang jelas menunjukkan sikap gila kuasa serta meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat dan negara.Beliau sanggup memberi 1001 janji kepada rakyat meskipun beliau tahu janji tersebut adalah sukar untuk dipenuhi.Seandainya beliau memimpin negara ini sudah pasti negara ini berada dalam tempoh yang cukup perit.
8. Tambahan lagi,UMNO sudah berusia 63 tahun.Sepanjang tempoh itu,pelbagai kejayaan yang kita kecapi hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO dari dahulu sehinggalah sekarang.Dalam tempoh itu juga UMNO sentiasa dikritik hebat oleh parti pembangkang.Namiun,ia tidak melemahkan semangat UMNO untuk terus berjuang dan berjuang disebabkan UMNO mendapat sokongan ahli-ahlinya yang bersatu dan kuat.
9. Biarlah pemilihan kali ini diakhiri dalam keadaan yang baik tanpa ada suara-suara sumbang lagi.Kita tidak mahu menjadi seperti peribahasa 'rumah sudah siap,pahat masih lagi berbunyi'.Ayuhlah,marilah,kita rapatkan saf sesama kita demi melihat UMNO terus unggul.
10. Harapan kita,semoga barisan kepimpinan yang baru ini dapat menjalankan tugas dengan baik dan telus.Utamakan kepentingan rakyat khususnya orang melayu.Jangan sombong dan bongkak tatkala bertemu dengan rakyat.Sebaliknya utamakan prinsip mesra dan ingin tahu terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat.Inilah pemimpin yang rakyat mahukan.
Awekz: Macam biasalah, renung-renungkanlah....
Majlis Tertinggi UMNO 2008 - 2011
Debaran 2 malam terjawab sudah. Semasa merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri, DS Najib mahukan perwakilan menyediakan satu saf kepimpinan yang boleh membantu beliau sebagai presiden parti. Hari ini perwakilan telah mempersembahkan satu saf kepimpinan yang tidak menepati pilihan ramai dan popular seperti lazimnya khususnya bagi jawatan MKT.
Saya cuba membaca kehendak dan perkara tersirat yang dilakukan oleh pewakilan tetapi masih belum dapat membaca citarasa dan selera perwakilan kali ini.
Keputusan Pemilihan UMNO 2008-2011
Pengerusi Tetap
Datuk Paduka Badruddin Amiruldin – 2272 undi
Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Mohamad Haji Aziz
Maklumat tambahan :
Kalah Timbalan Presiden UMNO
Muhd Taib mendapat 916 undi.
Kecundang Naib Presiden:
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin - 1,397
Datuk Seri Rais Yatim - 491
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad - 432
Datuk Syed Hamid Syed Jaafar Albar - 410
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik - 192
Tewas MKT:
Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasan Malek.
Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman
Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.
Awekz: Tahniah diucapkan kepada semua...
Tiba lah masa untuk bekerja dan berubah untuk kebaikan semua,,,
Thursday, March 26, 2009
Keputusan Lengkap persaingan Jawatan 3 Sayap UMNO
Keputusan lengkap
Berikut senarai lengkap pemegang jawatan utama tiga pergerakan Umno bersama jumlah undi yang diperolehi masing-masing seperti diumumkan malam tadi.
WANITA
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz dengan memperoleh 507 undi.
Rafidah yang telah mengetuai pergerakan itu selama 30 tahun meraih 280 undi.
Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap, Tan Sri Napsiah Omar.
PEMUDA
Khairy Jamaludin berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti yang berlangsung hari ini.
Ahli Parlimen Rembau itu menang menewaskan dua lagi calon, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir dengan mendapat 304 undi.
Sementara itu, Datuk Razali Ibrahim pula memperoleh 417 undi menewaskan Datuk Rizal Merican Naina Merican bagi jawatan Naib Ketua Pemuda.
PUTERI
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berjaya memenangi jawatan Ketua Puteri UMNO dengan menewaskan lima lagi calon pada pemilihan agung UMNO 2008 hari ini.
Beliau memperoleh 245 undi menewaskan Ismalina Ismail, Shahaniza Shamsuddin, Ida Rahayu Md. Noor, Saarah Ali Bashah dan Bibi Sharliza Mohd. Khalid.
WANITA
Pengerusi tetap - Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)
Timbalan pengerusi tetap - Datuk Sharifah Aminahbi Syed Mohd (306 undi)
Ketua - Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil (507 undi)
Naib ketua - Datuk Kamilia Ibrahim (tanpa bertanding)
Ahli jawatankuasa
1. Hasnah Salam (520 undi)
2. Datuk Maznah Abdul Hamid (509 undi)
3. Datuk Rosni Zahari (480 undi)
4. Datuk Armani Mahiruddin (463 undi)
5. Datin Paduka Norhayati Onn (463 undi)
6. Datuk Norhayati Omar (432 undi)
7. Datuk Rusnah Kassim (430 undi)
8. Marlia Abd Latiff (416 undi)
9. Noriah Mahat (412 undi)
10. Ros Suryati Alang (405 undi)
11. Jamelah A Bakar (400 undi)
12. Suraya Yaacob (388 undi)
13. Azihani Ali (385 undi)
14. Norliza Abdul Rahim (377 undi)
15. Sharifah Azizah Syed Zain (375 undi)
16. Datuk Maznah Mazlan (374 undi)
17. Datuk Azizah Mohd Dun (371 undi)
18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367 undi)
19. Norliza Hj Ahmad (347 undi)
20. Wan Hazani Wan Mohd Nor (344 undi)
PEMUDA
Pengerusi tetap - Datuk Abdul Fattah Abdullah (460 undi)
Timbalan pengerusi tetap - Muhammad Yadzan Mohammad (202 undi)
Ketua - Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)
Naib ketua - Datuk Razali Ibrahim (417 undi)
Ahli jawatankuasa
1. Mohamed Suffian Awang (653 undi)
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin
3. Sohaimi Shahadan (541 undi)
4. Mohamad Nazim A Samad (534 undi)
5. Mohd Afandi Yusoff (503 undi)
6. Jamawi Jaafar (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi)
9. Ahmad Darus (446 undi)
10. Ahmad Zaki Zahid (446 undi)
11. Ali Mazat Salleh (437 undi)
12. Megat Zulkarnain (436 undi)
13. Zuber Zabidi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin (419 undi)
15. Lokman Noor Adam (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin (404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi)
PUTERI
Pengerusi tetap - Azlieza Azizan (445 undi)
Timbalan pengerusi tetap - Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)
Ketua - Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)
Naib ketua - Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)
Ahli jawatankuasa
1. Mas Ermieyati Samsudin (604 undi)
2. Hasrunizah Hassan (514 undi)
3. Azlinda Zubir (510 undi)
4. Zahida Zarik Khan (501 undi)
5. Asmaiza Aahmad (498 undi)
6. Norhasmizah Mat Tahir (482 undi)
7. Fahariyah Md Nordin (474 undi)
8. Wan Salwati Abdullah (465 undi)
9. Dg Maimunah Sidek (453 undi)
10. Isfarina Mohd Ali (444 undi)
11. Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi)
12. Norsabrina Mohd Noor (426 undi)
13. Nor Azita Abdul Rahman (414 undi)
14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh (400 undi)
15. Seriwani Sabtu (395 undi)
16. Jamilah Hanim Othman (388 undi)
17. Idamoerni Zakaria (384 undi)
18. Anita Murad (379 undi)
19. Zauyah Zainuddin (377 undi)
20. Rina Mohd Harun (375 undi)
Awekz: Diharapkan kepada semua yang telah terpilih
dapat membuktikan bahawa mereka memang benar-
benarlayak dipilih dan bukan hanya sekadar
menginginkan kuasa...Jangan sebelum menang
janji yang ditaburkan lain...selepas menang
hilanglah semua janji...kerana apa....kerana
tiada lagi perwakilan setelah aku berkuasa...
fikirkanlah...
Tuesday, March 24, 2009
11 Dalil Kenapa Nizar Tidak Perlu Dipilih!!!
Awekz dapat ni dari kawan...untuk itu terima ksih kerana
dapat membantu...
Nizar tidak perlu dipilih di Bukit Gantang kerana:
1. Dia Mohon Derhaka kepada Sultan Perak da
2. Semasa menjadi MB Perak, dia jadi boneka DAP.
3. Dia team Erdogan yg pro Anwar yg disokong Zionis.
4. Dia luluskan tanah kepada Cina selama 999 tahun.
5. Dia bukan calon pilihan Nik Abdul Aziz Nik Mat
tetapi calon pilihan Ngeh Kor Ham.
6. Dia bukan anak tempatan Bukit Gantang.
7. Dia tamak kuasa dan enggan serah kereta Camry.
Tu baru kereta.
8. Dia lebih bertuankan Anwar Ibrahim daripada PAS,
bermakna apa saja agenda pihak asing melalui Anwar
©dia akan sokong.
9. Dia lebih suka mengajak rakyat berdemonstrasi,
yg kena tangkap & sakit siapa?
10. Datuk Harussani, Mufti Perak memfatwakan Nizar
adalah penderhaka. Siapa yg harus kita percayai
antara ke-dua-dua pemimpin ini?
11. Nizar tidak sesuai jadi pemimpin sebab keras kepala,
buktinya DYMM minta dia letak jawatan, dia degil dan
gagal menurut kehendak Sultan. macam mana kita nak
tegur dia nanti?
Awekz: Untuk itu, dah terang lagikan bersuluh...
sah-sah la nizar ni kuda tunggangan DAP!
Fikir-fikirkanlah!
Kronologi Nizar Menjadi Calon P.059 serta ketidakwajarannya!
1. Setelah pemergian mengejut wakil rakyat
Bukit Gantang daripada PAS, DAP telah
mencadangkan Nizar untuk menjadi calon
bertanding di Bukit Gantang.
2. Namun, ia ditentang dan tidak dipersetujui
oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz. Nik Aziz
mengatakan Nizar tidak boleh melakukan 2
kerja pada masa yang sama iaitu menjadi
"Menteri Besar" dan juga wakil Parlimen,
walaupun Nizar bukan lagi MB Perak.
Nizar!
3. Sekarang Nizar telah pun diumumkan untuk
menjadi calon P.059 Bukit Gantang. Ini bermakna
cita-cita DAP untuk berkuasa dibelakang seorang
Melayu yang mereka perkudakan mendapat satu langkah
kehadapan.
4. Persoalannya, wajarkah Nizar menjadi calon di
P.059. Sudah tentu tidak wajar, kerana memenangkan
Nizar akan memenangkan DAP yang terang-terangan
menolak Islam dan menghina Islam.
5. Pengundi di Bukit Gantang, terutamanya Melayu,
perlu menolak Nizar bulat-bulat supaya pergerakan
DAP untuk mencapai cita-cita mereka dilumpuhkan.
6. Malah pencalonan Nizar juga menjadi tanda tanya,
adakah DAP telah berjaya 'mencengkam dan menjerut
leher' PAS? Ini kerana ada lagi beberapa pemimpin
PAS yang lebih sesuai dijadikan calon untuk Bukit
Gantang namun akhirnya pilihan hati DAP iaitu Nizar
akhirnya yang menjadi calon.
Awekz: Kepada pengundi Bukit Gantang, buatlah pilihan yang
tepat dan dapat memberi kepentingan kepada Islam dan
orang Melayu. Jangan risau, tak undi PAS tak bermakna
tak masuk syurga, kerana syurga neraka adalah ketentuan
daripada Allah semata-mata, bukannya ketentuan daripada
pemimpin DAP+PKR+PAS.
Wassalam...
Perhimpunan Agung Umno serta Pemilihan...
Perwakilan Yang Berpeluang...
Jangan Sesiakan Keyakinan Ini.
Inilah Keyakinan Aku
Perwakilan Yang Berpeluang,
Untuk masa-masa yang tinggal diharap perwakilan
-perwakilan yang berpeluang untuk membuang undi
di pemilihan nanti, kenangkanlah waktu emas UMNO
dikala UMNO gagah dipimpin oleh bapa-bapa yang
berkebolehan. Bapa-bapa yang terdahulu berjuang
membentuk sebuah negara yang hebat bernama Malaysia.
Perwakilan yang berpeluang,
Masa yang tinggal ini sebelum anda menuju ke
Dewan penentuan, kenangkanlah ketika bangsa lain
tidak berani menyentuh UMNO walau selembut tamparan.
Ketika anda megah mengibarkan bendera merah putih itu
diserata ceruk kampung dengan mengatakan
"Kami yang hebat" tanpa ada orang lain yang berani
mempertikaikan kenyataan itu.
Perwakilan Yang Berpeluang,
Menuju ke Dewan itu satu pengiktirafan yang berguna.
Amat beruntung menggunakan kemegahan itu dengan memberi
keyakinan untuk UMNO bangkit dengan azam baru.
Lupakan seketika sengketa kalian yang penting UMNO
perlukan sokongan bukan cemuhan.
Perwakilan Yang Berpeluang,
Saya yakin UMNO mampu mempertahankan maruah negara ini.
Jangan sesiakan keyakinan ini.
Awekz: UMNO mampu membela orang Melayu!!!
Untuk semua perwakilan,selamat bersidang dan
jangan 'berlawan'.
Untuk yang bertanding, kalah menang adat pertandingan,
ketepikan kepentingan peribadi dan bangkitlah untuk
survival parti!
Siapa Calon PAS di Bukit Gantang...Nizar?
Mempersembahkan, calon PAS di Bukit Gantang...
Nizar!!!
Mana Perginya Anak Jati Bukit Gantang!!!
Apa dah jadi kepada PAS????
Nik Aziz tak mahukan NIZAR sebagai calon
tapi pengumuman PAS ialah Nizar juga yang
akan bertanding sedangkan Nizar bukan anak
TEMPATAN. Siapa yang memerintah PAS?
MELAYU atau DAP!!!!!!!!!!!!
Nizar ni orang PAS atau Orang ANWAR IBRAHIM????
Kalau dah tak ikut nasihat Nik Aziz bolehkah
Nizar menang??? Adakah orang-orang PAS akan
ingkar arahan dan nasihat Nik Aziz???
HAA HAAA HAAA kalau Fairuz di Penang tak ikut
kehendak DAP dia dipecat Anwar. Kini Nizar pula
diumumkan jadi calon di Bukit Gantang. Siapa Ketua
PAS, Hadi atau Nik Aziz atau Anwar???
Dulu orang ingat Anwar Ibrahim saje yang gilakan
kuasa & jawatan. Sekarang ada seorang lagi - Nizar
di Perak. Kereta Camry kepunyaan Kerajaan pun nak
terus dipakainya, tak sabar tunggu keputusan Mahkamah..
Bawak kereta tu pergi melobi dan mintak undi orang..
Ada kemacam tu pelik benor!!!!
Nampak orang Pas Bukit Gantang gigit jari lagi.
Tamak sungguh Nizar. Dah dapat jawatan Adun dan
kini nak jadi MP pulak. Masih ramai calon tempatan
yang layak bertanding di PRK 59.
Antaranya Ustaz Deris, Dr Jamnul Azhar dan seorang
lagi jangan lupas bekas calon yang banyak kali
bertanding di Larut. Ustaz Kamarudin.
Kenapa nama-nama ini dilupakan.
Dari dulu lagi P59 calon Pas bukan dari penduduk
tempatan. Semuanya orang luar.
Awekz: Gila kuasa betul si Nizar ni, xcukup jadi ADUN,
MP pun nak direbutnya...Ye la, nama pun gila kuasa
mestilah semua peluang perlu diragut!!!
Nizar!!!
Mana Perginya Anak Jati Bukit Gantang!!!
Apa dah jadi kepada PAS????
Nik Aziz tak mahukan NIZAR sebagai calon
tapi pengumuman PAS ialah Nizar juga yang
akan bertanding sedangkan Nizar bukan anak
TEMPATAN. Siapa yang memerintah PAS?
MELAYU atau DAP!!!!!!!!!!!!
Nizar ni orang PAS atau Orang ANWAR IBRAHIM????
Kalau dah tak ikut nasihat Nik Aziz bolehkah
Nizar menang??? Adakah orang-orang PAS akan
ingkar arahan dan nasihat Nik Aziz???
HAA HAAA HAAA kalau Fairuz di Penang tak ikut
kehendak DAP dia dipecat Anwar. Kini Nizar pula
diumumkan jadi calon di Bukit Gantang. Siapa Ketua
PAS, Hadi atau Nik Aziz atau Anwar???
Dulu orang ingat Anwar Ibrahim saje yang gilakan
kuasa & jawatan. Sekarang ada seorang lagi - Nizar
di Perak. Kereta Camry kepunyaan Kerajaan pun nak
terus dipakainya, tak sabar tunggu keputusan Mahkamah..
Bawak kereta tu pergi melobi dan mintak undi orang..
Ada kemacam tu pelik benor!!!!
Nampak orang Pas Bukit Gantang gigit jari lagi.
Tamak sungguh Nizar. Dah dapat jawatan Adun dan
kini nak jadi MP pulak. Masih ramai calon tempatan
yang layak bertanding di PRK 59.
Antaranya Ustaz Deris, Dr Jamnul Azhar dan seorang
lagi jangan lupas bekas calon yang banyak kali
bertanding di Larut. Ustaz Kamarudin.
Kenapa nama-nama ini dilupakan.
Dari dulu lagi P59 calon Pas bukan dari penduduk
tempatan. Semuanya orang luar.
Awekz: Gila kuasa betul si Nizar ni, xcukup jadi ADUN,
MP pun nak direbutnya...Ye la, nama pun gila kuasa
mestilah semua peluang perlu diragut!!!
Monday, March 23, 2009
UCAPAN TUN DR MAHATHIR di SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA...
DI PERHIMPUNAN DAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA
DI KOMPLEKS SUKAN TNB, JALAN BANGSAR,
KUALA LUMPUR
PADA HARI AHAD, 22 MAC 2009
1. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada hadirin.
2. Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam.
3. Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.
4. Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang.
5. Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan.
6. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain.
7. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi.
8. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.
9. Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.
10. Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist. Mereka harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja. Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka. Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain.
11. Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.
12. Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai racist. British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum laim yang berhak membuat apa-apa perjanjian.
13. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja.
14. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.
15. Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman. Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.
16. Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka.
17. Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.
18. Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu.
19. Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan kontrak juga Melayu.
20. Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.
21. Kita tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan masalah tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi. Yang lain tak malu tak mengapa. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua. Yang kena akan terus kena.
22. Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%. Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri. Kita hendak supaya DEB diteruskan. Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita.
23. Kita bernasib baik kerana dalam bidang politk kita cekap, kita kuat, kita dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa mereka. Mereka dihormati dan disegani.
24. Tetapi itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita. Sekarang kita tidak kuat lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.
25. Sesungguhnya pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup bahagia. Mereka korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin Melayu hari ini, pengikut –pengikut mereka tidak tahu mengenang budi. Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu dengan melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa hancur asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana Menteri, dapat kontrak, dapat duit.
26. Kononnya nak jadi Perdana Menteri termuda. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya jawatan tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun, halal atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri termuda.
27. Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak akan dapat, yang dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi hamba sahaja, kita akan meminta-minta sepanjang masa.
28. Ada pula yang dibawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang Berhormat, elaun besar, terbang sana, terbang sini.
29. Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi diri kita, sementara ada peluang.
30. Salahkah kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang menyogok. Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang haram. Kamu bukan sahaja jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu. Kamu berdosa.
31. Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai kopiah putih dan sembahyang kuat-kuat.
32. Tetapi yang haram, haram juga. Kalau makan daging bibi haram, makan duit rasuah lebih haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi kaum bangsa kita yang semuanya beragama Islam.
33. Pengundi salah, samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah rasuah sebagai budaya kamu. Apabila rasuah dibudayakan, percayalah bangsa dan negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau tidak langsung. Bangsa akan dihina oleh dunia, akan dipandang rendah, akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap, mereka sendiri akan jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa yang sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah sebagai budaya biasa.
34. Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanam padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang.
35. Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak mentadbir negara sendiri, tidak layak merdeka.
36. Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang lebih kuat.
37. Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada negara penaung-penaung kita.
38. Kadang-kadang Raja kita pun pergi bersama, untuk membukti kesetiaan diri dan negeri kepada negara penanung.
39. Kata orang Kedah “Terkerempun-kerempun” apabila berhadapan dengan orang asing. Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah “body language” kita dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada Raja yang tak bertakhta.
40. Saya biasa lihat seorang orang tua Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam semasa Kedah diberi kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam.
41. Saya biasa lihat orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak memerintah negara sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng.
42. Dan yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam kehinaan ini muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah bangsa. Dan bergabunglah orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan Union British, untuk mengekalkan perhambaan orang Melayu. Tidak siapa yang bertanya “apa yang saya akan dapat bagi diri saya” pada ketika itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah dan dihina. Kalau dalam proses ini kita terkorban, atau kita berada seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan ialah maruah bangsa kita, tidak lagi akan ditendang, tidak lagi akan ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan dan lawan.
43. Sekarang kita merdeka. Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang pun keadaan terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi ramai dari kita ia datang bergolek. Ia datang melayang. Ia tidak akan dipisah dari kita.
44. Perjuangan orang dahulu adalah perkara lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita sudah merdeka, dapat pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita lama. Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun kita buat merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita “enjoy”. Kita kecap sepenuhnya nikmat yang ada pada kita.
45. Apa dianya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah berjaya? Hendak semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa? Perjuangan sudah selesai dengan jayanya.
46. Tidak bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita sokong orang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang raih duit kerajaan dan lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi diri kita?
47. Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya? Memang benar. Walaupun kita tidak buat apa-apa untuk mengekalkan kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa yang hendak dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka walau apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit duit sogokan maka akan hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi. Orang lain terima lebih daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak benar kerana sedikit rasuah kemerdekaan akan hilang.
48. Tetapi ingatlah penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung. Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia boleh berlaku apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa oleh kita sudah menjual diri mereka kepada orang lain, samada dari dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran marah.
49. Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal.
50. Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok.
51. Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan negara.
52. Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.
53. Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup.
54. Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.
55. Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu.
56. Itulah kenyataan yang sebenar.
57. Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.
58. Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu? Apa kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.
59. Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka.
60. Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun tak mengapa.
61. Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?
62. Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk menangkis serangan ini?
63. Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat? Tak banyak. Hanya menerima sahaja.
64. Akan menjadi lebih buruklah nasib kita sepanjang masa.
65. Hakikat yang sebenar ialah sokongan kita, undi kita yang kita jual tidak lagi mengikat mereka yang kita pilih untuk jadi Kerajaan.
66. Mereka akan anggap balasan kepada sokongan kita sudah pun dibuat melalui wang sogokan daripada mereka.
67. Sesungguhnya nasib kita ada di tangan kita. Jika nasib ini tidak baik kitalah yang harus berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah, Tuhan telah berfirman yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya.
68. Apakah kita sedang berusaha untuk memperbaiki nasib kita? Tidak ternampak satu pun usaha ke arah ini. Yang kita lihat ialah perbuatan merosakkan lagi keadaan nasib yang sudah buruk ini.
69. Kita tahu yang kita lakukan bukan untuk memperbaiki keadaan. Tetapi kita lakukan juga untuk kepentingan semasa kita. Masa depan soal lain.
70. Pejuang-pejuang kemerdekaan telah pilih demokrasi sebagai cara kita memerintah. Kenapa?
71. Sebabnya ialah kerana mereka percaya majoriti daripada rakyat tentulah bijak dalam amalan mereka, tentulah tahu antara yang baik dengan yang buruk, tentulah bijak semasa membuat pilihan.
72. Pengasas kemerdekaan percaya majorti akan tahu pilih apa yang baik bagi mereka. Sudah tentu mereka akan menolak orang yang hanya bergantung kepada sogokan untuk dipilih.
73. Tetapi mereka tidak sangka pewaris mereka, sebilangan yang tidak kecil akan tolak kebaikan dan mengutamakan sogokan untuk menentukan siapa akan memerintah mereka.
74. Pejuang kemerdekaan yang sedar betapa sukarnya bagi orang Melayu mendapat peluang dan bantuan dahulu dan dengan kerana itu Melayu tidak berjaya.
75. Dengan kesedaran ini mereka merangka untuk mengadakan lebih banyak peluang dan sokongan kepada bangsa mereka supaya bangsa mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain, bahkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka percaya semua peluang dan sokongan akan direbut oleh pewaris daripada bangsa mereka.
76. Ya, mereka ini kebanyakan sudah tidak ada, sudah tinggal kita. Tetapi jika mereka ada apakah perasaan mereka? Tentulah mereka akan kecewa dan hampa amat sangat kerana segala-gala yang mereka ilhamkan sudah dipermainkan oleh pewaris mereka, tidak dihargai oleh pewaris mereka.
77. Mereka melihat bagaimana peluang dan bantuan disalahgunakan atau ditolak dengan begitu sahaja. Sepatutnya dengan peluang belajar di semua peringkat bangsa mereka sudah jadi bangsa yang berilmu. Dengan peluang berniaga mereka sudah jadi kaya, atau sekurang-kurangnya tidak miskin.
78. Tetapi tidak. Peluang bukan sahaja tidak direbut tetapi peluang digunakan secara yang boleh merosakkan bangsa. Mereka lepak, mereka jadi Mat Rempit, yang lakukan jenayah yang kadang-kadang menyebabkan kematian mangsa mereka.
79. Diberi peluang berniaga, diberi modal, diberi latihan tetapi kerana ingin kaya cepat mereka memperdagangkan peluang, kontrak, lesen, permit dan sebagainya.
80. Modal mereka guna untuk belanja bagi memenuhi nafsu, hutang mereka tidak dibayar. Kerana kelakuan beberapa daripada mereka, bangsa mereka dicap sebagai bangsa yang tidak beramanah, dan tidak boleh dilayan, tidak boleh diharap dengan duit ringgit.
81. Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa dahulu.
82. Kata mereka, jangan buka pekong di dada.
83. Malu kata mereka.
84. Tetapi tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya sebutkan. Tak buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka supaya kerana bau terlalu busuk kita akan cuba melepaskan diri daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih busuk di dalam dan akan bunuh kita.
85. Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan kerana ini lambat laun akan merosakkan masa depan kita.
86. Tetapi yang terdahsyat diantara amalan buruk kita ialah rasuah, terutama rasuah politik. Politiklah yang dapat memberi kuasa walaupun pada yang lemah dan miskin. Politik kita sewaktu perjuangan untuk kemerdekaan berjaya memberi kekuatan kepada Melayu sehingga mereka yang daif ini dapat mengalahkan kuasa besar dunia. Hanya dengan bersatu dan bertindak bersama, hanya dengan pendirian yang tegas kelemahan dapat diatasi dan kejayaan dicapai. Sesungguhnya kuasa politik kuasa ajaib.
87. Selagi ada kuasa ini kepada kita, percayalah kita akan dapat pulih segala-galanya, kita akan dapat mengatasi kelemahan kita, kita akan dapat tentukan masa depan kita.
88. Tidakkah kita lihat bagaimana daripada bangsa yang dijajah dan dihina, kuasa politik sudah mengubah nasib kita demikian sehingga kita dianggap sebagai contoh kepada bangsa-bangsa lain di dunia.
89. Bandingkan negara kita 50 tahun dahulu di waktu kita mencapai kemerdekaan dan negara kita sekarang. Negara dagang yang ke-17 terbesar di dunia. Kemiskinan dikurangkan daripada 70 peratus kepada lima peratus. Bandar sebesar bandar di negara maju, penuh dengan pencakar langit. Bekalan air, api dan kenderaan yang terkini.
90. Pendapatan per kapita yang 20 kali lebih tinggi dari 50 tahun dahulu dan lain-lain.
91. Semua ini adalah hasil kuasa politik semata-mata. Kerana kuasa politik, negara berbilang kaum, ugama, budaya dan bahasa dapat distabilkan. Dan sesungguhnya kita sudah dapat berdiri hampir sama tinggi dengan kaum-kaum lain dan bangsa-bangsa lain.
92. Tetapi sekarang kita lakukan perbuatan untuk menghakis dan menghapus kuasa politik kita.
93. Kerana wang yang sedikit, kerana 100-200 Ringgit kita jual kuasa politik, kita serah nasib kita kepada perasuah, perasuah yang akan jual bangsa dan negara.
94. Apakah akan jadi kepada kita apabila kuasa politik terlucut daripada kita? Apakah kita akan terus merdeka? Saya fikir tidak.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
95. Perhimpunan Melayu hari ini memang menjadi hak bagi kita kerana kita menghadapi masalah-masalah yang besar-besar, bukan satu tetapi banyak masalah.
96. Kita semua berasa cemas. Di mana-mana sahaja orang Melayu sedang berhimpun untuk membincang masalah mereka, kecemasan yang mereka rasai.
97. Jika pada hari ini kita dapat menyedarkan akan musibah yang sedang dan akan timpa keatas kita, jika kesedaran ini akan menyebabkan kita bertindak keras terhadap mereka diantara kita yang mencetuskan masalah ini, jika kita dapat bandingkan gejala rasuah yang menjadi ancaman terhadap kita yang terbesar sekali, maka ralatlah perhimpunan ini, berjayalah perhimpunan ini.
98. Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan kita sendiri. Tak mungkin orang lain menguasai kita jika kita tegas dan tidak membenarkan mereka.
99. Maju mundurnya bangsa kita terpulanglah kepada kita. Ingatlah Tuhan tidak akan ubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita sendiri.
100. Oleh itu berusahalah mengubah nasib diri sendiri setelah kita berhimpun di sini untuk membincang masalah yang kita hadapi. Saya percaya perbincangan kita akan membuahkan pemikiran dan tindakan yang boleh menyelamatkan kita.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.
Awekz: Bila difikirkan balik, memang betul isi ucapan dari Tun.
Apa salahnya jika kita sesama sendiri membincangkan isu
bangsa melayu...bukan untuk kepentingan sesiapa, tapi
untuk kepentingan kita sendiri, anak cucu kita dan seterusnya..
fikirkanlah...
Fikirkanlah bangsa Melayu sekalian...
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Sunday, March 22, 2009
Orang Melayu Membantu DAP Menang di Penang!
Melihat kepada keratan akhbar dibawah:
Inilah juga salah satu faktor yang membolehkan DAP menang di Penang!
Awekz nak tanya la kepada mereka-mereka yang mengundi DAP ni, apa dah banyak ke perubahan dan bantuan yang telah diberikan kepada orang Melayu?
Perletakan jawatan YB Fairuz pun dah boleh dijadikan bukti yang PR (PAS,DAP dan PKR) tak boleh mentadbir dengan baik...Ada sabotaj lagi kepada orang Melayu...Masih kah anda semua buta hati untuk menilai!!!
Sekarang kan dah kena dah..kalau undi lagi calon PKR dan PAS di Bukit Selambau dan Bukit Gantang maka orang Melayu akan terus disindir kerana kebodohan orang Melayu sendiri. Mereka menang..orang Melayu yang undi mereka pun mereka tak ingat dah..tu lah sebabnya kalau undi Pakatan Rakyat. Undilah lagi Pakatan Rakyat kalau tak serik serik lagi!!!
Awekz:Jangan sampai tergadai segala-gala yang dimiliki, barulah kita orang Melayu nak sedar diri...Jangan sampai dijadikan PATI di tanah air kita sendiri...
Buka mata dan bukalah hati...jangan sampai mati kedua-duanya!
Inilah juga salah satu faktor yang membolehkan DAP menang di Penang!
Awekz nak tanya la kepada mereka-mereka yang mengundi DAP ni, apa dah banyak ke perubahan dan bantuan yang telah diberikan kepada orang Melayu?
Perletakan jawatan YB Fairuz pun dah boleh dijadikan bukti yang PR (PAS,DAP dan PKR) tak boleh mentadbir dengan baik...Ada sabotaj lagi kepada orang Melayu...Masih kah anda semua buta hati untuk menilai!!!
Sekarang kan dah kena dah..kalau undi lagi calon PKR dan PAS di Bukit Selambau dan Bukit Gantang maka orang Melayu akan terus disindir kerana kebodohan orang Melayu sendiri. Mereka menang..orang Melayu yang undi mereka pun mereka tak ingat dah..tu lah sebabnya kalau undi Pakatan Rakyat. Undilah lagi Pakatan Rakyat kalau tak serik serik lagi!!!
Awekz:Jangan sampai tergadai segala-gala yang dimiliki, barulah kita orang Melayu nak sedar diri...Jangan sampai dijadikan PATI di tanah air kita sendiri...
Buka mata dan bukalah hati...jangan sampai mati kedua-duanya!
BERHATI-HATI DENGAN KAIN RENTANG INI!
Sekiranya sesiapa yang lalu dari arah Padang Rengas ke Changkat Jering, pastinya terlihat satu banner yang tertera ayat seperti gambar di atas.
Tapi hati-hati.. Jangan terpengaruh.
Kalau dibaca berulang kali, dan dikaji maksud penyataan ini jelas, ia bagaikan mendokong pendirian PAS yang tidak mahu melayu bersatu.
Jadi dua kesimpulan dapat dibuat disini:
1. PAS lebih suka mendampingi DAP Laknattullah daripada bersama UMNO yang dikatakan tidak memperjuangkan Islam
Awekz: Cuma nak tanya sikit pada org PAS, berapa banyak DAP bina Masjid dan bantu orang Islam yang miskin?
2. PAS perjuangkan Islam dengan cara mendokong IFC dan menolak perpaduan sesama ISLAM. Mampukah PAS mendaulatkan Islam dengan bergabung dengan DAP yang anti-Islam.
Awekz: IFC ni PAS kena study balik.. cuba selidik, baik ke buruk untuk Islam? Lagi satu, PAS pilih Melayu Islam ke Cina Kafir untuk dijadikan kawan?
PAS jauh tersesat dengan agenda kuasanya yang bersampulkan Islam. Teruk dan hinanya kepimpinan PAS yang mempergunakan Islam demi mendapatkan pengaruh.
Semoga Allah membuka hati penganut PAS untuk bertaubat.Sedarlah wahai
rakanku sekalian...
Penyokong PR mengganas aka Setan! Hentikanlah!
Pilihanraya semakin hampir dan untuk itu semakin
banyak fitnah disebarkan. Malah sehingga tahap
menyebarkan risalah yang menghina Mufti dan Sultan
Perak.
Apa nak jadi masyarakat sekarang. Begitu rendahnya
iman dan pemikiran. Hanya kerana dendam politik,
sanggup menghina Ulama dan Pemerintah. Sedangkan
selama 5o tahun, tak pernah Mufti dan Sultan masuk
campur politik.
Dan dipihak PR lebih dahsyat kesyaitannya. UMNO
belum lagi mengeluarkan apa apa komen, terus je
penyokong PR menuduh UMNO yang lakukan. Punyalah
busuk hati dan pemikiran mereka. Sudah 50 tahun
merdeka, rupa rupanya minda penyokong PR masih
belum matang.
Hanya tahu menuduh, memfitnah dan melakukan rusuhan
sahaja. Itulah permainan penyokong PR. Bila menang,
terlompat terkinja kinja umpama BABI mendapat sijil
HALAL. Bila kalah mulalah nak mengamuk, nak merusuh,
nak membunuh.
Awekz: Pada pendapat saya,
Daripada tuduh menuduh, ada lebih baik kita semua
mengadakan solat hajat diseluruh masjid di Malaysia.
Meminta Allah menunjukkan kebenaran. Siapa yang salah,
siapa yang benar. Biar yang bersalah mati perut pecah.
banyak fitnah disebarkan. Malah sehingga tahap
menyebarkan risalah yang menghina Mufti dan Sultan
Perak.
Apa nak jadi masyarakat sekarang. Begitu rendahnya
iman dan pemikiran. Hanya kerana dendam politik,
sanggup menghina Ulama dan Pemerintah. Sedangkan
selama 5o tahun, tak pernah Mufti dan Sultan masuk
campur politik.
Dan dipihak PR lebih dahsyat kesyaitannya. UMNO
belum lagi mengeluarkan apa apa komen, terus je
penyokong PR menuduh UMNO yang lakukan. Punyalah
busuk hati dan pemikiran mereka. Sudah 50 tahun
merdeka, rupa rupanya minda penyokong PR masih
belum matang.
Hanya tahu menuduh, memfitnah dan melakukan rusuhan
sahaja. Itulah permainan penyokong PR. Bila menang,
terlompat terkinja kinja umpama BABI mendapat sijil
HALAL. Bila kalah mulalah nak mengamuk, nak merusuh,
nak membunuh.
Awekz: Pada pendapat saya,
Daripada tuduh menuduh, ada lebih baik kita semua
mengadakan solat hajat diseluruh masjid di Malaysia.
Meminta Allah menunjukkan kebenaran. Siapa yang salah,
siapa yang benar. Biar yang bersalah mati perut pecah.
EARTH HOUR 2009
Tahun ini, Earth Hour telah menjadi berubah menjadi pilihanraya global pertama di dunia, antara Bumi dan Pemanasan Global.
Apa itu Earth Hour?
Earth Hour adalah acara antarabangsa tahunan yang diilhamkan oleh WWF (World Wildlife Foundation), yang meminta keluarga dan syarikat-syarikat untuk memadamkan lampu-lampu dan alat-alat elektrik mereka yang tidak perlu untuk sejam untuk menimbulkan kesedaran ke keperluan untuk mengambil tindakan mengenai perubahan iklim. Ia telah dipelopori oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007, dan mencapai penyertaan yang di seluruh dunia pada 2008.
Untuk kali pertama dalam sejarah, rakyat berbilang umur, bangsa, kaum dan latar belakang telah berkesempatan menggunakan suis lampu mereka seperti undi mereka – Memadamkan suis lampu sebagai satu undi untuk Bumi, atau mengabaikannya sebagai satu undi untuk pemanasan global. WWF adalah mendesak dunia kepada VOTE EARTH dan mencapai sasaran itu 1 bilion undi, yang akan dibentangkan kepada pemimpin-pemimpin dunia pada Persidangan Global Climate Change di Copenhagen 2009.
Persidangan ini akan menentukan dasar kerajaan yang rasmi untuk mengambil tindakan menentang pemanasan global, yang akan menggantikan Kyoto Protocol. Ia adalah peluang untuk rakyat dunia bagi menjadikan suara mereka didengari.
Earth Hour bermula di Sydney pada 2007, semasa 2.2 juta kediaman dan perniagaan memadamkan lampu selama sejam. Pada 2008 mesej itu telah menjadi satu pergerakan ketahanan yang global, dengan 50 juta pendudukmemadamkan lampu-lampu mereka. Mercu tanda global seperti Golden Gate Bridge di San Francisco, Rom Colosseum, Sydney Opera House dan papan iklan Coca Cola di Times Square memadamkan lampu dan kesemua berada dalam kegelapan.
Pada 2009, Earth Hour sedang mengorak langkah ke peringkat seterusnya, dengan menyasarkan 1 billion penduduk memadamkan lampu mereka sebagai sebahagian daripada satu undian global. Sebarang pilihanraya berbeza dalam sejarah, ia bukan tentang negara apa anda daripada, tetapi sebaliknya, planet apa anda daripada. VOTE EARTH adalah satu panggilan global untuk tindakan untuk setiap individu, setiap perniagaan, dan setiap kaum. Satu panggilan untuk sama-sama berdiri dan mengawalnya demi masa depan planet kita. Lebih 74 buah negara dan wilayah-wilayah telah menyatakan sokongan mereka kepada VOTE EARTH sepanjang Earth Hour 2009, dan jumlah ini sedang tumbuh setiap hari.
Antara Badan Kerajaan dan NGO Malaysia yang telah bersetuju untuk menyertai Earth Hour ialah:
DBKL - DBKL telah mengesahkan Dataran Merdeka akan digelapkan dalam sokongan bagi Earth Hour Malaysia!
Bangunan-bangunan lain yang turut serta ialah
* Bangunan Sultan Abdul Samad
* Perpustakaan DBKL
* Menara 1 DBKL, Jalan Raja Laut
* Menara 2 DBKL, Jalan Raja Laut
* Menara 3 DBKL, Jalan Raja Abdullah
* Bangunan Kelab DiRaja Selangor
KLCC - Ikon Malaysia Menara Berkembar Petronas akan memadamkan lampu yang tidak diperlukan untuk sejam sebagai sokongan kepada Earth Hour.
Sunway Integrated Resort - Seluruh Sunway Intergrate Resort akan memadamkan lampu yang tidak diperlukan selama sejam untuk menyokong Earth Hour. Terdapat juga satu acara diadakan sempena Earth Hour yang bertempat di Sunway Pyramid, sila layari laman web Earth Hour Malaysia untuk maklumat lanjut.
Antara bangunan Sunway Integrated Resort yang terlibat ialah:
* Sunway Pyramid
* Sunway Lagoon
* Sunway University College
* Sunway Resort Hotel & Spa
* Sunway Medical Centre
* Menara Sunway
KL Sentral - Hub Transit Terbesar di KL juga menyertai kempen menentang Pemanasan Global
Menara KL - Menara Tertinggi di Malaysia akan digelapkan selama sejam sebagai satu undi untuk Bumi!
Jambatan Pulau Pinang - Jambatan terpanjang di Malaysia juga tidak ketinggalan.
Mari sama-sama kita menyertai kempen ini. Tunjukkan kepada dunia bahawa bloggers juga peka dengan isu pemanasan global yang semakin mendapat perhatian dunia.Kita semua mempunyai satu undi, dan setiap undi amat berharga. Bersama kita dapat mengawalnya bagi masa depan bagi planet kita, untuk generasi akan datang.
Mudah - VOTE EARTH dengan memadamkan lampu anda selama 1 jam
Awekz: Dalam keghairahan menulis blog dan juga berpolitik...awekz tak ketinggalan
untuk mengambil kesempatan pada peluang yang ada...untuk itu,
mari kawan-kawan...kite join aktiviti ini, untuk selamatkan
bumi yang tercinta...
Sabtu, 28 Mac, 8:30-9:30 malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)