Lepas satu-satu masalah terbongkar dengan puak-puak PR kita ni...tak kurang juga dengan pemimpin-pemimpin mereka yang semakin ting-tong dengan keadaaan sekarang...Penyelewengan puak-puak PR ni semakin hari semakin banyak yang dibuka...
Terkini, satu lagi tindakan yang bagi Awekz menyerlahkan ketidakmampuan PAS apabila mereka bercadang untuk pinda perlembagaan negeri untuk membolehkan kaum bukan melayu menjadi menteri besar. " Kelantan sedia meminda undang-undang tubuh kerajaan negeri untuk melantik orang kafir menjadi menteri besar dan nik ajis kata lagi, tidak ada masaalah orang kafir menjadi menteri besar asalkan akhlak dia baik dan dia mengamalkan ajaran islam"
Bayangkanlah jika keadaan ini berlaku pada kerajaan BN...UMNO buat macam tu...sudah pasti menjadi besarlah la isu nyer...Mesti tak henti-henti kena hentam...
Pada semua yang menyokong PAS..apa lagi...bersuaralah...
Tuesday, December 29, 2009
Sunday, December 20, 2009
Akhirnya...Tauliah jawatan masjid dibatalkan...
Pembatalan itu adalah atas titah DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang juga Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAIMP).
Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Dato' Seri Yeop Junior Yeop Adlan memberitahu, satu mesyuarat MAIAIMP akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 22 Disember ini.Faktor berlakunya pertukaran nama pada senarai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid yang telah diperkenankan oleh DYTM Raja Muda dan Mesyuarat MAIAIMP sebelum ini akan dibincangkan dan dikenalpasti.
"Kemungkinan tindakan akan diambil ke atas mereka yang bersalah," kata Dato' Seri Yeop Junior dalam smsnya.
Majlis penyerahan tauliah di Pejabat Agama Islam Slim River yang dijadualkan pada Isnin 21 Disember turut dibatalkan. Ini adalah pembatalan kali kedua selain pada 11 Disember lalu.
Sehingga kini, difahamkan dua majlis penyerahan tauliah telah dijalankan iaitu bagi Daerah Tapah (10 Disember) dan Bagan Serai (16 Disember).
Tindakan menyemak semula senarai berkenaan sudah pasti dapat meredakan kegelisahan rakyat di beberapa daerah sejak beberapa hari lalu yang berasa tidak puas hati dengan senarai baru Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa masjid di kawasan mereka.
Antara daerah dan mukim yang dilaporkan berlaku perubahan teruk adalah Batang Padang (Mukim Slim dan Hulu Bernam), Bagan Serai dan Sungai Siput selain beberapa masjid di Kampar.
Awekz: Ini yang kita mahukan sebenarnya..setiap permasalahan yang timbul dapat diselesaikan secepat mungkin...Setiap masalah pasti ada puncanya, faktor-faktor penyebab...Jangan hanya bercakap tanpa sebarang bukti...BUKTI itu perlu untuk kita menuduh atau menyalahkan seseorang...Fikir-fikirkan!!!
Saturday, December 19, 2009
Status Islam sebagai agama rasmi...
TANJUNG MALIM 18 Dis — Sultan Perak Sultan Azlah Shah hari ini bertitah bahawa status agama Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara, dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam memberikan justifikasi keistimewaan untuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan untuk urusan agama Islam.
Titah baginda, dalam pada itu kerajaan juga memiliki budi bicara dalam urusan-urusan memenuhi keperluan agama-agama lain.
"Urusan agama di negara ini termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan,” titah baginda pada majlis sambutan Maal Hijrah 1431 peringkat Negeri Perak serta perasmian Masjid At-Taqwa di Proton City di sini.
Sultan Azlan bertitah Perlembagaan yang digubal sebagai instrumen rujukan berkerajaan menjelang negara mencapai kemerdekaan itu adalah Perlembagaan yang bukannya digubal oleh umat Islam dan orang Melayu sahaja, tetapi telah digubal dengan persetujuan pelbagai pihak yang mewakili pelbagai kaum dan pelbagai agama.
"Semangat yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan itu diiktiraf oleh negara. Kerana itu, hari-hari kebesaran pelbagai budaya dan pelbagai agama dihormati hinggakan negara Malaysia merupakan negara yang paling banyak memperuntukkan cuti umum bagi menghormati hari-hari kebesaran agama dan kebesaran budaya,” titah baginda.
Baginda bertitah sifat toleransi dan persefahaman yang telah dibuktikan oleh orang Melayu dan umat Islam sebagai peribumi di tanah air ini dengan menerima dan membenarkan kelangsungan pelbagai budaya dan amalan pelbagai agama telah menjadi asas kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang kukuh bersatu padu, memiliki kestabilan politik, berupaya menjana pertumbuhan ekonomi secara berkesan lagi berfokus.
"Perkara-perkara menyentuh kaum, budaya, bahasa dan agama adalah perkara sensitif yang terlalu mudah menyentuh emosi. Perkara-perkara sensitif seperti ini terlalu mudah untuk mencetuskan provokasi serta salah faham yang boleh mencetuskan kontroversi dan konfrontasi hingga ke peringkat memungkinkan berlakunya pertumpahan darah dan peperangan saudara di banyak negara,” titah baginda.
Baginda bertitah keamanan dan kestabilan negara ini selama 52 tahun mencapai kemerdekaan adalah atas kearifan dan kematangan para pemimpin agama, politik dan kaum menyuarakan dan menangani isu-isu penting dan sensitif seperti ini secara bijaksana dalam forum yang tertutup; yang membolehkan berlangsungnya perbincangan secara berterus terang, terbuka lagi bertamadun tanpa liputan media dan tanpa galeri politik.
"Adalah amat membimbangkan jika isu kaum, isu budaya dan isu agama mula dijadikan modal untuk mendapat populariti politik tanpa mengenal batas, tanpa menghormati sejarah dan salasilah penubuhan negara bangsa Malaysia dan tanpa memberi pertimbangan akan implikasi negatif yang memudaratkan,” titah baginda.
Sultan Azlan bertitah bahawa kebelakangan ini, negara sedang dilanda budaya politik yang keterlaluan di mana budaya berpolitik di dalam negara telah mula berhijrah dari budaya politik yang positif dan konstruktif kepada budaya politik yang negatif dan destruktif.
Baginda bertitah budaya berkenaan yang hingga ke peringkat mengetepikan Perlembagaan dan semangat perlembagaan, undang-undang dan institusi perundangan selain menyemai sentimen tidak menghormati badan-badan penguatkuasaan dibimbangi akan membawa negara kepada satu anarki jika ia tidak dibendung secara tegas. -BERNAMA
Awekz:Hentikanlah budaya politik yang nak membunuh sesama bangsa sendiri...hentikanlah budaya politik yang mengagungkan kepentingan peribadi...hentikanlah budaya politik mengipas sesama sendiri...berjuanglah tanpa agenda bersifat peribadi...
Tuesday, December 15, 2009
Buat semua rakan-rakan bloggers...
Melangkah ke dunia alam maya serta berjuang di dalamnya sudah tentu membawa seribu pengertian dan pengalaman yang berharga...sudah pasti pahit dan manis ada...kebelakangan ini Awekz terkejut dengan apa yang berlaku...ada yang kata puak ni pro sana, pro sini...tak paham Awekz...bukan ker perjuangan bloggers di Perak ni sebenarnya sama...bertunjangkan perjuangan agar Perak tidak jatuh ke tangan pembangkang...
Bila difikirkan balik, kenapa perlu jadi macam ni...rasa-rasanyer, Awekz tak layak untuk menasihati abang-abang pejuang dan rakan-rakan bloggers yang lain...tapi fikirkanlah yang terbaik....lupakan lah persengketaan yang pernah berlaku atau sedang berlaku...apa yang pasti...pembangkang sedang mentertawakan kita...jika perjuangan rakan-rakan semua bersifat individu...berhentilah dari berjuang...
Ini bukan masanya untuk memperjuangkan hero-hero anda sekalian...Ini masanya untuk kita memastikan negeri serta negara tercinta tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak layak memimpin...bersatu untuk kebaikan semua bukan bersatu untuk kebaikan yang lebih bersifat peribadi...
Awekz tak layak untuk cakap lebih...tapi apa yang Awekz pasti...FIKIR-FIKIRKANLAH!!!

Wednesday, December 9, 2009
TPM - Nazri terlampau label Tun Dr Mahathir rasis
TOKYO - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis.
Beliau berkata, Dr Mahathir sudah banyak berjasa kepada negara dan masih mampu menyumbangkan idea.
“Jadi hendak menyebut beliau sebagai rasis itu agak terlampau. Dia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) kawan saya juga tetapi tidak tahu kenapa perkara itu terkeluar. Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalah tafsir,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Muhyiddin yang dalam misi perdagangan dan pelaburan khas ke Jepun mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang melabelkan Dr Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan modul kurikulum Biro Tata Negara (BTN).
Dr Mahathir sebelum itu berpendapat kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga perlu merombak modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN dan telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di Malaysia.
Muhyiddin berkata, semua pihak terutamanya pemimpin seharusnya tidak terperangkap dengan strategi pembangkang sehingga berdebat sesama sendiri.
Beliau berkata, adalah lebih berfaedah sekiranya semua pihak mengambil pendekatan kurang bercakap.
“Jadi sebaik mungkin, supaya kita tidak dilihat berdebat secara terbuka, saya rasa tidak perlulah berdebat atau berpolemik mengenai agensi-agensi kerajaan seperti BTN,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sejak berkuasa di beberapa buah negeri, pembangkang mempunyai strategi untuk ‘memperlekehkan’ semua institusi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), institusi diraja mahupun BTN supaya semua rakyat akan buruk sangka terhadap kerajaan dan pemimpin.
“Ini strategi mereka. Selama ini kita tidak berdebat soal-soal begitu. BTN adalah untuk kepentingan negara dan bukan bertujuan membawa kesan buruk kepada negara.
“Jadi kalau kita terperangkap dengan agenda pembangkang, saya rasa ia mungkin membawa kesan yang tidak baik seperti kes ini di mana pemimpin terpaksa berlaga sesama sendiri dan mereka tersenyum sahaja apabila agenda mereka berhasil,” katanya.
Muhyiddin berkata, lebih ditakuti ialah jika ada gerakan tertentu yang dibuat secara halus oleh pembangkang untuk melaga-lagakan pemimpin dan memperlekehkan institusi dan agensi kerajaan.
Beliau berkata, rakyat sudah bosan dengan politiking yang terlalu banyak dan pemimpin sepatutnya menghentikan debat politik dan menumpukan soal-soal yang lebih penting seperti pembangunan.
“Tapi kita kadang-kadang terperangkap dan bergaduh sesama sendiri yang bagi saya ia tidak berfaedah,” katanya.
Awekz: Jika difikirkan, isu BTN ni dimainkan oleh siapa? Pihak pembangkang yang membangkitkan isu ni, tapi sayangnya kita terbawa-bawa dengan isu ini...sehingga menganggu gugat perpaduan bersama...Bagi Awekz, adalah lebih baik dihentikan isu ini sebelum menjadi lebih melarat...

Tuesday, December 1, 2009
Pijak memijak!!!
Nak tergelak pun ade dengan melihatkan perangai kebudak-budakan geng-geng PR ni...apa dah tak ade keje lain ke yang dieorang nak buat...kenapa perlu bertindak sedemikian rupa...tapi itulah...kata orang "what goes around comes around"...mana tidaknyer...lepas seronok-seronok pijak memijak gambar orang, gambar die lak kene pijak...siap kena bakar lagi...siapa lagi kalau bukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Awekz: Sesuka hati jer dieorang ni nak pijak gambar orang...bile diri sendiri yang kena...PADAN MUKA!!!
Monday, November 23, 2009
Akhirnya Menantu Nik Aziz letak jawatan!!!
Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.
Awekz: Tak perlu nak cover-cover line lagi...nak cover macam mana pun, tetap akhirnya akan terbongkar...
Sunday, November 22, 2009
Indeks Jenayah Menurun di Perak...
Datuk Zulkefli Abdullah Ketua Polis Perak bersama YAB Dato' Seri Dr Zambry. Pakatan dan penyokongnya selalu merendah-rendahkan KP Perak itu dan sanggup hina beliau, tetapi beliaulah yang berjaya memastikan kadar indeks jenayah turun di bawah paras 1 peratus.
Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri berbanding lima peratus di bawah pemerintahan pakatan pembangkang selama 11 bulan.
Penurunan indeks jenayah ini menunjukkan keberkesanan pihak polis menangani usaha mencegah dan membenteras kegiatan-kegiatan jenayah. Menteri Besar Dr Zambry Abd Kadir berkata ini menunjukkan kecekapan serta keseriousan polis.
“Polis adalah sahabat rakyat dan bukannya musuh seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak,” katanya ketika merasmikan program pecah tanah Balai Polis Pangkor yang bernilai RM27 juta.
Akhir-akhir ini pakatan menggambarkan polis sebagai penghalang demokrasi semata-mata kerana bertindak mencegah rusuhan dan demonstrasi yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang. Kejadian 7 Mei, 2 Sept dan 28 Okt lepas, apabila pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang cuba menimbulkan huru-hara, digambarkan sebagai tindakan polis menghalang kebebasan rakyat.
Soalnya apakah polis mesti mengizinkan pembangkang bebas berdemonstrasi dan menimbulkan huru-hara baru dikatakan pasukan itu bebas? Adakah semata-mata kerana polis mahu mewujudkan keamanan, ia dituduh sebagai bersengkongkol dengan UMNO dan BN.
Cuba bayangkan jika pasukan polis membenarkan tindak-tanduk yang menjejaskan keamanan – demonstrasi dan berguling-guling atas jalan (seperti yang dilakukan oleh PAS pada DYMM Sultan Perak di Kuala Kangsar pada Februari lepas), siapa yang akan menjadi mangsa? Tentunya rakyat.
Sebenarnya polis yang banyak bersabar dalam menangangi karenah pakatan pembangkang. Pada 28 Okt lepas Nizar Jamaludin merampas topi polis dari kepala seorang pegawai kanan ketika beliau cuba mewujudkan huru-hara di luar bangunan SUK.
Sehingga sekarang tiada sebarang tindakan dan pendakwaan yang dibuat terhadap bekas Menteri Besar itu. Adakah kerana beliau seorang pemimpin pakatan, maka tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadapnya?
Begitu juga bila Sivakumar mencuri jubah speaker Kerajaan Negeri beliau tidak ditahan malah mengingkari perintah polis untuk hadir memberi keterangan di balai. Mungkin kerana tindak-tanduk yang tidak menghormati undang-undang seperti inilah yang menyebabkan indeks jenayah di bawah paras 1 peratus. Jika tidak ada karektor seperti Nizar dan Sivakumar pasti Perak boleh mencapai indeks jenayah sifar.
Awekz: Tahniah pada kerajaan BN di atas pengurangan kadar jenayah ini...diharapkan Perak akan bertambah maju jaya seperti moto negeri Perak - Perak Aman Jaya
Keretakan yang semakin hari terbukti!!!
Keretakan yang semakin hari semakin jelas...semakin terserlah dan sudah terbukti! Itu yang dapat Awekz simpulkan dengan berita-berita yang selama ini selama ini cuba disembunyikan menjadi nyata.
Dalam membuktikan bahawa siapa yang benar dan siapa yang salah apabila kepincangan demi kepincangan yang berlaku dalam pakatan campuran terdedah.
Terkini, khabar angin bertiup kencang bahawa Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan.Dikatakan bahawa tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
Walaubagaimanapun, Nik Aziz cuba menyembunyikannya.Belum lagi ditambah dengan pertelingkahan dalaman PKR hingga dikatakan Penasihatnya, Anwar Ibrahim semakin risau ekoran kepercayaan dari kalangan ahlinya termasuklah para wakil rakyatnya mula pudar.
Pastinya, ramai ahli-ahli dalam pakatan pembangkang tersebut sedar bahawa segala janji-janji yang diluahkan ketika penggabungan antara tiga parti PAS, DAP dan PKR yang bertentangan idealogi semasa mahu menghadapi pilihan raya umum lalu hanya palsu belaka.Masa yang berlalu menjadi bukti bahawa bukan hanya tingkah laku para pemimpin atasannya malahan wakil rakyat yang diberi kepercayaan menerajui kawasan masing-masing juga turut hambar dan gagal melaksanakan tanggungjawab.
Lantaran itu, apa lagi yang mahu dilakukan selain daripada meninggalkan sahaja parti yang lebih banyak mengkhianati rakyat daripada membantu dan membina masa depan cerah.Kesedaran masyarakat dan ahli-ahli dalam pakatan campuran semakin terserlah lantaran tindakan para pemimpin atasannya yang bukan sahaja gagal menunaikan janji malahan tidak melaksanakan amanah parti dan rakyat termasuklah sanggup menggadaikan prinsip dan idealogi asal.
Awekz: Tak cukup lagi ke bukti-bukti yang dah keluar dari sehari ke sehari...bangunlah wahai kawan-kawan yang masih lagi tidur dengan menyokong PR...nak tunggu apa lagi...fikir-fikirkanlah!
Friday, November 20, 2009
Nak kata apa lak lepas ni!
Sana sini di blog-blog pro pr...rata-rata menimbulkan isu Pusat pengedaran arak di buka berhampiran Kg. Melayu Sg. Rapat...sudah pastinya, mereka menyalahkan UMNO dan BN lah tambahan pula dikatakan bangunan tersbut adalah di bawah DUN Sg. Rapat...
Terbaru yang Awekz dengar, setelah semakan dibuat, untuk membuka pusat pengedaran seperti itu tidak memerlukan lesen atau permit dari mana-mana pihak. Bagaimanapun, kelulusan untuk membina bangunan itu diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada 30 Disember 2008.
Bangunan itu terletak di bawah DUN Pinji, Parlimen Ipoh Timor dan bukan DUN Sg Rapat seperti yang didakwa oleh blogger-blogger PAS itu. Ia juga tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk meletakkan papan tanda.
Awekz: Lepas penjelasan ini dibuat...apa lagi lah yang akan dikatakan...Kesimpulannya terlalu mudah, jangan sesuka hati nak menyalahkan orang lain...dah kena batang hidung sendiri, apa nak kata...jawab lah!!!

Anwar Ibrahim serta kepakarannya!
Sumber: http://pkrpasdap.blogspot.com/
BEKAS Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, Anwar Ibrahim tidak tahu sangat mengenai ekonomi. Anwar Ibrahim hanya tahu bercakap sahaja.
Kata Tun, semasa krisis ekonomi 1998, Anwar Ibrahim beria-ria menggunakan perkhidmatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dimiliki oleh Yahudi untuk membantu memulihkan sistem ekonomi Malaysia. Malah Tun menyindir mereka yang menggunakan khidmat Anwar Ibrahim untuk menguruskan ekonomi setanding bayaran yang diberikan, iaitu RM1 sahaja.
Pada pendapat abe MIE, Anwar Ibrahim seorang pakar dalam semua bidang. Kepakarannya mengatasi kehebatan doktor falsafah atau PhD yang dimiliki oleh 11,000 graduan dari seluruh universiti di Malaysia sejak 30 tahun.
Anwar Ibrahim memang seorang arif atau pakar dan profesional di dalam pelbagai bidang, buktinya;
1. Pakar penipu-kata sanggup membela penduduk Kampung Buah Pala (satu contoh sahaja).
2. Pakar pembelit-maksudnya esok cakap lain, lusa cakap lain, tulak cakap lain, tuling cakap lain...
3. Pakar merosakkan PAS- menghantar ejen untuk menjatuhkan Haji Hadi dan kuncu-kuncu yang menyokong perpaduan Melayu dan pejuang Islam.
4. Pakar Merosakkan Demokrasi- mahu wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak lompat parti untuk menubuhkan kerajaan 16 September. Bila ada lompat parti dari Pakatan ke BN, dia kata itu tidak elok.
5. Pakar Kaunseling- Merosakkan pemikiran Nik Aziz dengan agenda yang tidak boleh dilaksanakan misalnya menyokong Anwar menjadi PM Malaysia.
6. Pakar Meliwat- Malas nak cerita. Tanya Saiful Bukhari lah.
7. Pakar Perempuan- Merosakkan bini dan anak dara orang semasa menjadi TPM pada satu ketika dahulu.
8. Lawyer Terhebat kepada Azmin Ali.
9. Pakar agama- sentiasa menjadi iman kepada pengikut PKR dan PAS. Anwar juga sentiasa berkhutbah dan menyuruh kita mencegah keburukan dan melakukan kebaikan. dalam kehidupan seharian Kata Anwar, kita perlu jauhi zina kerana ia boleh membawa ke jalan kebinasaan.
10. Profesional dalam bidang Perubatan- menggunakan pelincir untuk meliwat.
11. Pakar Merosakkan Islam- memberi sokongan kepada Lim Kit Siang dan beberapa NGO yang menyokong supaya penggunaan dan terjemahan Kitab Bible di dalam Bahasa Melayu.
12. Pemidato teragung- isu yang dicadangkan ialah menghina keperibadian Najib Tun Razak.
13. Pakar Saman- Menyaman- Bila Anwar Ibrahim hina orang dan membuat fitnah, ia dikatakan amalan 'kebebasan bersuara' tetapi apabila orang memberitahu yang dia pengkhianat bangsa dan agen Yahudi, Anwar nak saman orang pula.
14. Pakar Dalam Bidang Kehakiman- membela Azmin Ali dan memberitahu anak emasnya itu tidak bersalah sedangkan siasatan belum dilakukan.
15. Pakar IT- Memburukkan orang lain dengan teknologi maklumat terutama dalam ruangan blognya.
16. Pakar Komisen Judi- menerima komisen dari Magnum berjuta-juta. Bermain judi, habuk, mana tahu. Minta komisen aje tahu.
17. Pakar Perparitan- sebab itulah Permatang Pauh sering dilanda banjir. Di lain-lain kawasan pun dilanda banjir sebab tidak melantik Anwar Ibrahim sebagai pakar dalam bidang ini.
18. Profesional Perguruan- memberi nasihat kepada anak didik supaya mendengar kata-kata guru di sekolah, tidak melawan cakap guru, hormat kepada ibu bapa yang memberi kita makan, minum dan selalu mendengar nasihat orang tua. Jangan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa kerana berdosa.
19. Pakar dalam bidang pertahanan- tidak bersetuju mengenai pembelian kapal selam sebaliknya Malaysia boleh mempertahankan diri dengan hanya menggunakan bot-bot atau sampan nelayan yang digunakan untuk menangkap ikan. Ini menjimatkan kos dan perbelanjaan kerajaan.
20. Usahawan Berjaya dan Jutawan Internet- Itu ketika menjadi Timbalan PM dan ketika menganggotai UMNO. Sekarang sudah menjadi jutawan bankrap atau muflis.
21. Profesional Malay Linguistik- banyak mengajar pemimpin Pakatan supaya menyebut bahasa Melayu dengan betul. Antara anak muridnya yang berjaya ialah Khalid Ibrahim (menteri Besar Selangor) dan Nik Aziz Nik Mat (MB Kelantan). Kedua-dua mempunyai keistimewaan tersendiri, seorang gagap dan seorang lagi terlalu menggunakan loghat kampung.
22. Jurutera Minyak Petrol- akan menurunkan minyak petrol sehingga 50% dan akan menaikkan minyak lintah juga sebanyak 50%. Jika bai'ah, pemimpin PAS dan PKR boleh kahwin lain macam Ustaz Akil Wassini. Moto Bai'ah- kalau isteri pertama merajuk, ana kahwin dua. Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga. Kalau tiga-tiga merajuk, ana cerai semua, ana kahwin muda.
Kata abe MIE dalam blog nyer - Jangan pandang rendah pada kebolehan Anwar Ibrahim kerana Anwar bukan sahaja mampu mengurus ekonomi negeri Selangor dengan bayaran RM1 sebulan, bahkan memiliki 22 kepakaran di mana Tun Dr. Mahathir pun tidak mampu menandingi Anwar Ibrahim pujaan hati ku.
Awekz:Fikir-fikirkanlah!

Tuesday, November 17, 2009
Bukti pemilikan saham dan wang Azmin-isteri : Bekas Setiausaha Sulit Anwar “ pecah lobang”
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998), Anuar Shaari pagi Selasa serah salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin kepada Bahagian Jenayah Perdagangan Polis di Kuala Lumpur.
Dokumen saham bersama Azmin dan Shamsidar ( waktu Azmin berkhidmat dengan Anwar ) bernilai RM2 juta manakala penyata bank Shamsidar bernilai RM 8 juta.Anuar yang juga pernah jadi Setiausaha Politik kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail 1999 hingga 2004 berkata pada wartawan, “ Datin Seri Dr Wan Azizah perlu bertanya bagaimana Shamsidar seorang boleh mempunyai saham dan wang sebanyak itu.
”Beliau tiba di Bahagian Jenayah Perdagangan jam 11.30 pagi – LAPORAN LANJUT AKAN MENYUSUL
Awekz: Sama-sama kita nantikan
Monday, November 16, 2009
Ada Apa Dengan Azmin Ali...
Azmin Ali menipu, ditipu atau sengaja tipu-tipu!
PETALING JAYA, Nov 14 — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menolak pendedahan bekas Ketua Pemuda MIC, S.A Vigneswaran kononnya beliau dan isterinya memperoleh saham RM8.5 juta awal 1990-an – ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan sambil menganggapnya “sebagai tidak berasas sama sekali.” (The Malaysian Insider)
Bagaimanapun blog x-PKR mengemukakan bukti kukuh bahawa pendedahan Vickneswaran adalah benar. Jadi siapa yang membohong. Akhir-akhir ini satu demi satu pembohongan Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam PKR terdedah. Untuk melihat bukti klik di sini la
Jadi siapa yang menipu dan siapa yang tertipu?
Awekz: Teringat pula dengan lagu dan cerita Tipah Tertipu...Pendek kata semuanya memang pandai menipu lah...apapun, Thanks bro

Betul ke ni?
Betul ke ni...Awekz dapat tau cerita ni dari kawan-kawan lain...Panas untuk disebarkan!!!
No. Ahli : 0266057, Cawangan Chakung, Machang
Apakah setiap kali berlaku kemelut yang berlaku dalam PAS, kepimpinan PAS dan yang terbaru isu Nik Aziz tidak jadi pergi Mekkah pun dikaitkan dengan UMNO ?
Sudahlah UMNO dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan, sehingga Nik Aziz melebelkan UMNO kafir dan ajaran sesat, UMNO juga dikaitkan dengan isu tajaan Nik Aziz sekeluarga ke Mekkah sehingga Nik Aziz menggelarkan ‘kafir Quraisy Malaysia’.
Isu ‘bai’ah’ talak tiga dikalangan wakil-wakil rakyat PAS juga dikaitkan dengan UMNO.Kini, yang terbaru menantu Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi bin Abd Rahman, di dakwa seorang ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, ibu bapa, adik beradik semuanya ahli UMNO.Baca di sini
Macam mana ye ! Nik Aziz yang melebelkan UMNO kafir dan ajaran sesat boleh bermenantukan orang UMNO ?Oleh kerana menantu Nik Aziz ini orang UMNO, maka Ariffahmi membuat pelbagai perancangan untuk mengkucarkacir, memporakperandakan kepimpinan PAS.Ariffahmi menantu Nik Aziz adalah perancang untuk menggulingkan Presiden PAS Hadi Awang dan digantikan dengan Husam Musa.Ariffahmi juga ada perancang segala projek-projek kerajaan Negeri Kelantan dengan menggunakan kedudukan Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan.
Ariffahmi jugalah yang merancang tajaan Nik Aziz sekeluarga menunaikan haji ke Mekkah.Persoalannya, apakah setiap kali kemelut yang berlaku dikalangan PAS, semuanya bersabit dengan perancangan UMNO.
Inikah sahaja yang ada dalam pemikiran pengikut-pengikut PAS ?Apakah kerana pemimpin dan pengikut PAS kononnya terdiri dari golongan tok guru, ulama, ustad, warak maka mereka terlindung dari segala sifat-sifat keji dan mungkar ?
Maka setiap malapetaka, bala yang menerjah dalam PAS mesti diletakkan ke atas bahu UMNO? Kalau kita dari golongan manusia yang terbuka akal fikiran, maka kita sudah pasti diberi pertunjuk bahawa manusia yang menjadi pemimpin di dalam PAS juga adalah manusia biasa, manusia yang juga dipenuhi dengan sifat-sifat tamah, bernafsu yang tidak lari dari godaan-godaan iblis dan syaitan…….
Kalau tidak masakan Nik Aziz dengan megah menyatakan ‘sanggup berkawan dengan 'syaitan’ asalkan dapat berkuasa………Kalau kita semua sedar, pengikut-pengikut PAS juga sedar, bahawa PAS selama ini menggunakan agama, menggadaikan Islam itu sendiri semata-mata untuk menipu rakyat dan umat Islam.
Mereka menjual maruah agama dan bangsa Melayu untuk mendapatkan kuasa, kalau tidak masakan mereka lebih rela bersekongkol dengan kafir DAP untuk menguasai Negara.
Ini rupa bentuk PAS sebenar………………..
Dipetik dari blog Yang Gambi

Saturday, November 14, 2009
Panas-Lagi bukti tentang Bai'ah di dalam PAS
Milik siapakah suara ini...cakap banyak pun tak guna...ada telinga dengar...tafsirkan sendiri...
Terima kasih bro TM
Terima kasih bro TM
Friday, November 13, 2009
La...dah tak jadi ker?
Betul ke apa yang Awekz dengar-dengar, tok guru dah membatalkan niatnya nak ke Mekah...la...kenapa pula...dah tak jadi ker...Awekz terfikir, kenapalah dibatalkan pula...niat yang baik, jangan disia-siakan.
Dari sumber blog Rakyat Marhaen..
Dalam kuliah jumaat di Dataran Ilmu sekejap tadi TGNA telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti. TGNA tidak nyatakan secara jelas sebab-sebab pembatalannya itu, cuma TGNA ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianat.
Awekz: Kalau apa yang tok guru buat betul, tak perlu nak fikirkan pasal orang lain...apa yang penting niat tok guru...apa nak takut...berani kerana benar...TAKUT kerana SALAH...so fikir-fikirkanlah...
Siapa yang ABROAD TECHNOLOGY taja?
Lepas satu-satu isu yang tersebar dapat dibuktikan...Awekz memang respek la pada semua pihak yang dapat merungkai isu-isu masalah puak-puak PR ni...ABROAD TECHNOLOGY? Syarikat apakah ini? Apakah yang ditaja? Jeng! Jeng! Jeng!
Awekz dapat artikel ni dari blog bro promelayu
Dengar-dengar cerita, syarikat yang ingin menghantar Nik Aziz untuk mengerjakan ibadah haji adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd, syarikat ini mendapat hak ekslusif memasang Billboard di seluruh Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Tak salah memang tidak salah bila menantu menaja pak mentua menunaikan Haji. Tapi masalahnya bila duit yang ditaja bukan dari poket Ariffahmi yang menerajui PMBK tetapi dari Abroad Technology.
Apa kaitan Abroad Technology dalam hal ini? Abroad Technology adalah syarikat yang diberi hak ekslusif oleh PMBK untuk pemasangan Billboard di seluruh Negeri Kelantan.
Pakej yang telah diberi oleh Abroad Technology ini berharga RM65,000 satu kepala kepada Nik Aziz dan keluarga. Yang akan mengikuti rombongan haji tajaan syarikat yang telah disebut di atas tadi ialah, Nik Aziz dan isteri, Menantu Nik Aziz (Ariffahmi) dan isteri, setiausaha sulit Nik Aziz beserta dengan Nordin (tuan punya Abroad Technology) dan isteri. Kesemua pakej rombongan diatas dibuat bayarannya melalui TH Travel Sdn Bhd!
Apa boleh kita BAHASAkan dalam urusniaga ini? SEDEKAH? SUMBANGAN? atau RASUAH? takan kita nak samakan ini seperti. Apa yang dibisikkan ke telinga pejuang///, sistem ini TG Nik Ajis melebelkan sebagai membalas BUDI-BAIK.
Info ini telah diberi oleh YB Dato Alwi Che Mat yang merupakan Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Dato Alwi juga mempunyai semua dokumen-dokumen berkenaan seluruh urusniaga ini. Nantikan pendedahan seterusnya!
Awekz: Apa lagi...fikir-fikirkanlah, nak cakap banyak pun tak guna...
Thursday, November 12, 2009
Bukti Bai'ah PAS!!!
Awekz: Cakap banyak pun tak guna, mari kita semua nantikan apa penjelasan yang akan keluar dari puak-puak PAS ataupun PR...
Bai'ah - Rahsia dalaman Parti!
Dipetik dari blog Pemuda Parit
"Saya tidak takut... dia bukannya nak tukar parti... dia serius dan mengambil berat mengenai hal itu. "Sebab itu dia mempertaruhkan sesuatu yang berharga... itu adalah antara dia dan Allah," katanya ketika ditanya sama ada beliau sedar mengenai kesan baiah itu yang mengakibatkan talak tiga jatuh dengan sendirinya ke atasnya jika Khalid melompat parti. Kelmarin, Khalid mempertahankan kenyataannya sebelum ini berhubung kewujudan amalan baiah talak tiga dalam Pas, yang dinafikan pucuk pimpinan parti itu. Ditanya sama ada isteri wakil rakyat Pas lain pernah menghadiri majlis baiah itu, Zaitun berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan sesama mereka.
Beliau juga berkata, baiah talak tiga diperkenalkan bagi menghalang wakil rakyat melompat parti kerana ada percubaan 'membeli' Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas di Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004 yang ketika itu hanya mempunyai kelebihan satu kerusi di negeri itu.
KUALA LUMPUR: Sumpah taat setia atau baiah jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti adalah rahsia dalaman parti itu, kata Prof Madya Dr Zaitun Abu Bakar - isteri Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. "Saya tak pernah menghadiri majlis itu, kerana ia adalah rahsia dalaman parti. Saya tidak tahu apakah ungkapan yang dibaca, tapi suami saya memberitahu mereka perlu mengangkat tangan dan melafazkan baiah itu," katanya.
Pensyarah sebuah universiti swasta di sini itu, berkata sepanjang pengetahuannya, Khalid mengangkat baiah sebanyak lima kali dengan kali pertama ketika bertanding atas tiket Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Krai pada 1986. "Bagaimanapun, baiah talak tiga suami saya itu dilakukan buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu. Saya tak tahu sama ada wakil rakyat lain pun buat perkara sama," katanya. Zaitun yang dihubungi Berita Harian, semalam, berkata beliau tidak takut dengan tindakan suaminya melafazkan baiah talak tiga itu kerana percaya Khalid tidak akan mengkhianati parti.
"Saya tidak takut... dia bukannya nak tukar parti... dia serius dan mengambil berat mengenai hal itu. "Sebab itu dia mempertaruhkan sesuatu yang berharga... itu adalah antara dia dan Allah," katanya ketika ditanya sama ada beliau sedar mengenai kesan baiah itu yang mengakibatkan talak tiga jatuh dengan sendirinya ke atasnya jika Khalid melompat parti. Kelmarin, Khalid mempertahankan kenyataannya sebelum ini berhubung kewujudan amalan baiah talak tiga dalam Pas, yang dinafikan pucuk pimpinan parti itu. Ditanya sama ada isteri wakil rakyat Pas lain pernah menghadiri majlis baiah itu, Zaitun berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan sesama mereka.
Beliau juga berkata, baiah talak tiga diperkenalkan bagi menghalang wakil rakyat melompat parti kerana ada percubaan 'membeli' Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas di Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004 yang ketika itu hanya mempunyai kelebihan satu kerusi di negeri itu.
Awekz: Kenapa perlu maruah wanita yang menjadi taruhan politik..bai'ah tak salah, cuma bila isteri dijadikan sebagai barang taruhan ia seperti meletakkan taraf wanita bukan di tempt yang sepatutnya...Fikir-fikirkanlah!
Ada Apa Dengan Selipar Tok Guru
Ada apa dengan selipar tok guru...Sebenarnya, saja nak cerita yang terkejut juga Awekz dengan pangakuan tok guru yang mengaku bahawa beliau menerima pembiayaan atau tajaan untuk mengerjakan haji yang bernilai RM65,000 untuk 2 minggu.
Walaubagaimanapun, tajaan itu diterima kerana dianggapkan ia bukanlah amalan rasuah kerana penaja tidak meminta sebarang balasan...Pada pendapat Awekz, pada zaman ni la...jarang orang bagi sesuatu tanpa memerlukan sebarang balasan...hari ni mungkin tidak, esok lusa sapa tau...betul x...Yang menjadi persoalannya, kerana tok guru yang terima...cuba kalau orang lain yang terima...tambah-tambah kalau orang UMNO yang terima..dah tentu, satu Malaysia heboh...kecoh...semuanya la...
Selain dari isu tajaan ni, Awekz terbaca juga yang selipar tok guru pun boleh dicuri...Ada apa lah dengan selipar tok guru tu eh? Kata beliau, mungkin untuk ambil berkat...ISh.Ish.Ish...Sampai macam tu sekali...
Ini ada gambar menarik tentang selipar tok guru, Awekz ambil dari blog Desperado
Wednesday, November 11, 2009
BAI'AH DAN MUSLIMAH PAS
BAI’AH adun PAS nampaknya menjadi kegusaran bagi pemimpin parti itu. Ada yang kata sah ada yang kata tidak. Ada yang kata halal ada yang kata haram. Dalam satu blog pro PAS kononnya isu ini dipanaskan oleh UMNO.
Mengapa pulak salahkan UMNO?? Yang buat bai’ah PAS. Yang bertaklik pun PAS. Yang jadi calon dan Adun adalah ahli PAS, mengapa pulak UMNO yang salah? Yang berpecah pendapat ialah sesama ahli PAS dan perbezaan pendapat antara sesetengah pemimpin PAS dengan PKR dan DAP.
Yang malangnya mereka tak nampak isu sebenar iaitu kedudukan isteri, wanita dan ibu dalam perbuatan mereka bertaklik. Mereka memperjudikan kedudukan isteri/wanita. Apa kata muslimah PAS? Adakah PAS melihat muslimah sebagai barang taruhan semata-mata? Jika benar bermakna kedudukan wanita dalam PAS sama dengan kedudukan wanita di kalangan mat rempit, barang taruhan untuk perlumbaan.
Bagaimana pulak jika Adun atau MP PAS itu wanita, adakah dipaksa suami pula bertaklik, jika si isteri lompat keluar parti, si suami jadi duda? Akhirnya yang ditinggalkan ialah si isteri. Mana letaknya maruah wanita dalam PAS jika ini menjadi satu tradisi dan budaya.
Yang herannya mana pergi wirawati-wirawati PKR dan DAP yang tegak berdiri mempertahankan Eli Wong bergambar telanjang! Mengapa tidak dibela muslimah PAS yang dijadikan taruhan dan ugutan politik?
Kita nak dengar sangat apa kata Teressa Kok dalam hal ini. Apa-apa pun patutlah dua Adun PAS di Perak tak jadi lompat walaupun dah muak dengan perangai Nizar yang asyik menari ikut gendang Ngeh dan Nga.
Dulu ada juga mengendeng-ngendeng nak menyeberang, tapi agaknya bila ingat bai’ah taklik tak jadila pulak.
Dipetik dari :
Awekz : Sekarang ni bai'ah, lepas ni apa pulak la yang akan diguna pakai...sama-sama kita nantikan...

Kita tidak seharusnya leka...
Dalam mendengar permasalahan yang berlaku terhadap parti-parti politik di negara kita pada masa kini khususnya pakatan pembangkang, seharusnya semua pihak peka terhadap senario politik yang melanda. Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar tidak leka dengan matlamat perjuangan untuk terus memperkasa parti dan memastikan kekukuhan di kalangan ahli terpelihara., berita lanjut di sini
Awekz: Semua tugas dan tanggungjawab perlu dilakukan agar Aspirasi 1 Malaysia - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan dapat dicapai.
Awekz: Semua tugas dan tanggungjawab perlu dilakukan agar Aspirasi 1 Malaysia - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan dapat dicapai.
Monday, November 9, 2009
Dr. Asri nak sertai politik?
Belum reda kes penangkapan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, terkini berkata beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.
Menurutnya, beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang dianggap luas kerana Islam adalah agama untuk semua.
"Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu hari ini.
Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini kerana didakwa berceramah tanpa tauliah di negeri itu.
Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Syariah tetapi tidak ada pertuduhan dikenakan terhadapnya.
Asri turut menafikan bahawa pertemuannya dengan Nik Aziz sebagai usaha ke arah mendekati politik.
Sebaliknya, kata beliau, ia adalah sebagai tanda hormat kerana Nik Aziz sebelum ini turut memberi sokongan kepadanya dalam gerakan dakwah.
Awekz: Itu sebab Awekz ajak kawan-kawan kita main teka-teki...kemanakah Dr. Asri akan pergi?
Baiah PAS Mempertuhankan Politik – Mufti Perak
KUALA LUMPUR: Amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu dengan menyertai parti lain, adalah tindakan mempertuhankan politik dan demokrasi
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tindakan itu jelas mempersendakan kemuliaan isteri apabila menjadikan pasangan sebagai barang gadaian dan jaminan politik
“Isteri bukannya barang gadaian dan jaminan, sewaktu hendak kahwin kita ambil dengan cara baik dan kita memperisterikannya dengan perjanjian yang besar di hadapan Tuhan,” katanya ketika mengulas mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas melakukan baiah talak tiga yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu termasuk melompat parti
Bagi Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, menyifatkan baiah sehingga talak tiga akan jatuh ke atas isteri pemimpin Pas yang melompat parti adalah tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam
“Talak juga dibenci oleh Allah, baiah seperti ini adalah budaya orang yang tidak bertamadun. Perempuan mahal harganya dan bukan boleh dijual beli dan bab agama jangan dipolitikkan sehingga isteri menjadi mangsa
“Sanggupkah dengan politik kita biarkan rumah tangga yang dibina hancur. Bagaimana jika pemimpin itu melompat parti pada usia 65 tahun, sudah punyai ramai cucu, anak dan menantu. Apa yang berlaku jika mereka bercerai, cuba bayangkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam
Sementara itu, Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin, berkata amalan baiah itu adalah satu dasar yang paling tidak masuk akal dan begitu mengejutkannya
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata, amat malang bagi gerakan yang mengambil Islam teras perjuangan menjadikan baiah itu sebagai dasarnya
“Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian,” kata beliau dalam blognya
Katanya, beliau yang pada mulanya tidak percaya dengan laporan media terbabit berasa terkejut selepas perkara itu diakui rakannya dalam Pas yang pernah mengangkat baiah itu
“Malah ada di antara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat baiah berkenaan
“Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud,” katanya
Zulkifli berkata, beliau terkejut apabila beberapa tokoh politik Pas yang dihubunginya bukan saja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan baiah itu malah mempertahankannya dengan alasan dangkal yang tidak bersandarkan al-Quran, sunnah Rasulullah dan sahabat baginda serta khalifah
Beliau mempersoalkan tindakan Pas yang tidak membangkitkan isu itu secara dalaman dan mencari penyelesaiannya secara muzakarah sebaliknya memilih untuk mendedahkannya kepada umum
“Saya khuatir dengan isu seperti ini, mereka yang menyokong Pas selama ini akan menjadi ragu-ragu, malah akan menukar sokongan mereka,” katanya
Awekz:Apa nak jadi la dengan geng-geng Pas ni..

Thursday, November 5, 2009
Rakyat dah mula sedar dan muak!!!
Rasanya dah ramai yang tahu, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan menteri besar Pakatan, Nizar Jamaluddin supaya rayuannya berhubung kes menteri besar yang sah, didengar oleh panel 11 orang hakim.
Hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata ia diputuskan sebulat suara dan tiada perintah dibuat mengenai kosnya.
Nampak gayanya, mesti geng-geng PR ni tak puas hati...lalu terdengarlah suara-suara sumbang yang mengatakan keadilan tidak berpihak kepada mereka...mahkamah itulah..inilah...macam-macam lagi dengan niat nak memburukkan kerajaan yang sedia ada..
Pada masa yang sama...Awekz tengok-tengok gak blog kawan-kawan yang lain...Ada gambar-gambar yang menarik perhatian Awekz kat blog bro parpukari...sedikit sebanyak kita boleh lihat yang sebenarnya rakyat dah mula sedar dan muak dengan perangai juak-juak pr ni...terutama penasihat mereka...
Apapun, enjoy the pictures!!!

Wednesday, November 4, 2009
Milik siapa bangunan ini?
Dah banyak kawan-kawan yang mengulas tentang isu ni...Terima kasih pada sekupang dua atas pendedahan ini...Apapun, kawan-kawan baca je la artikel di bawah ni...
Terpanggil disebabkan satu banner yang terpampang 'ROYAL CINA' di tepi jalan gopeng, malah bersebelahan BAGUNAN UMNO PERAK. Rasanya semua patut tahu, Memang ada cerita samseng berkaitan bangunan tersebut. Tak jadi heran dengan sikap pembangkang yang suka sangat buat pejabat berdekatan dengan bangunan mungkin tengah brebut .... kot-kot siapa dulu dia dapat jadi Menteri Besar angan-angan, nampaknya kalau macam ni PAS kalah teruk ler..., mana taknya di depan bangunan SUK Negeri Perak pun PAS dah kira (KO). tiga bangunan PKR, DAP dan PAS bersaing. DAP yang cerdik... ha hahaha yang terbaru bukti PAS sebagai pencacai atau mat anguk-anguk bila sembahyang hajat pun buat kat bangunan DAP, kehalnya buan jauh sangat mesjid Negerimalah bangunanpas sendiri pun tak sampai seratus kaki dari pejabat DAP. rasanya akan ada nanti nga ngeh akan panggil alhusyinn jadi imam lagi dan lead majlis tahlil utk bangunan DAP.
Apa pun memang kurang hajar bila sesuka hati namakan ROYAL CINA, menghina kedaulatan Sultan dan Raja, tapi sebenarnya kalau dah samseng bang nuar ni dia orang apa nak takut sebab PAS bertindak sebagai melayu angguk dengan mereka, berani angkat muka kalu? pakat lebuh ler....
Bangunan kepunyaan siadik kepada seorang ahli perniagaan cina yang tersohor, dan disebaliknya dia jugalah yang jadi orang kuat yang membantu membangunkan (FUNDER) Ibu pejabat PKR di Damansara. tu sebab dia tak takut apa pun. dan yang jelas perniagaan mereka mahsyur dan gah... semua orang kenal... terutama taiko-taiko siapa boleh challange (lawan) industri Kelab, Jackpot, perempuan serta perjudian. kita tunggu lak apa perniagaan yang akan di lancarkan kat bangunan sebesar itu, mungkin keahlian PAS seumur yang disokong kuat PAS setelah hidup boleh guna keistimewaan selain rasuah, duduk rilek di massage, berjudi atau lain-lain yang tersedia untuk mereka dalam banguan empayar syaitan terbesar hasil muafakat 3 sekawan nizar nga ngeh Mana peginya suara PAS lilahirojiun ni pergi? Bukan main sebelum ni PAS yang cerita tentang hukum dan tuduh orang kafir dan rasuah... tidak ker nak tegur, takkan dah ada partner yang boleh di rasuah negeri Perak 11 bulan bila memerintah takut hilang telur dan menggeletar satu badan bila dia cuma gertak heaaappppp! rasanya mau terkencing dalam seluar. jadi rasanya pada PAS jangan sembang ler pasal Islam yang korang pergunakan sebagai tiket perjuangan untuk menarik simpati umat islam terutama Rakyat Perak SENDIRI... TAKBIR!
Awekz: Cakap banyak pun tak guna...buat puak-puak PR...yang menyokong PR...korang ada otak, ada mata dan sudah pasti cukup bijak untuk menilainya...fikir-fikirkanlah...
Friday, October 30, 2009
Apa cer PR?
Selamat pagi semua...hmmm...nampaknya senario politik di negara kita ni sememangnya panas sentiasa...PR...Apa cerita PR...Ada yang kata PR ni...pakatan rapuh...pakatan rosak...perosak rakyat...bak kata...macam-macam lagi la...kalau diikutkan cerita-cerita pemimpin-pemimpin PR ni...dieroang ni semua baik...xde masalah...tak macam parti komponen dalam BN...tapi, sedar tak sedar sebenarnya...macam-macam masalah yang dieorang ada...
PAS dengan isi kepimpinan yang tak sebulu...PKR dengan ketidak adilan di dalam parti...nama je parti keadilan rakyat, tapi ahli dalam parti sendiri pun xde keadilan buat mereka...DAP pun begitu juga...ada tercalit masalah di dalam parti...sudah pasti...satu persatu masalah dieorang ni akan timbul dan tersebar...
Terbaru...sepertimana yang kita tau semalam...ADUN PKR PELABUHAN KELANG, BADRUL HISHAM ABDULLAH UMUM KELUAR PKR DAN JADI ADUN BEBAS YANG MENYOKONG BARISAN NASIONAL..hmmm....bertambah parah geng-geng PR kita ni...apapun, sudah pasti ada sebab kenapa ADUN tersebut mengisytiharkan keluar dari pakatan...cakap banyak pun tak guna, lu orang pikirlah sendiri...
Thursday, October 29, 2009
Macam-macam perangai ADUN PR ni eh...
Awekz: Inilah barisan kepimpinan yang puak-puak PR pilih...tahniah la...apa pun, pastikan dieroang ni buat keje...jangan tau melalak je...bisin la...bingit telinga nak dengar suara-suara sumbang macam dieorang ni...
Thanks to bro pro melayu for the video...
Sidang DUN Perak - ahli2 PAS yang bersolat hajat!!!
Alhamdulillah...Sidang DUN Perak semalam berjalan dengan lancar, walaupun ada juga kekecohan dan provokasi dari ADUN-ADUN PR...nak tergelak Awekz melihatkan mereka yang melalak tak tentu pasal...perangai macam budak-budak...
Dalam mendengar cerita-cerita kartun puak-puak PR...ada kawan Awekz menghantar mms...ahli-ahli PAS yang bersolat hajat di kawasan yang benar-benar strategik...Tak caya, tengok gambar kat bawah ni...so kawan-kawan...apa lagi...fikir-fikirkanlah...tak salah nak bersolat hajat walau dimana pun...tapi tak ke namanya solat dieorang ni lebih bermotifkan politik...aishhh...apa nak jadi la puak-puak PR ni...

Wednesday, October 28, 2009
Terkini dari Sidang DUN Perak
Awekz dapat berita dari sumber di dalam dewan...
ADUN-ADUN BN sedang berehat setelah DS Zambry membentangkan belanjawan.
Kesempatan ini diambil oleh ADUN-ADUN PR untuk membentangkan bajet 2010 PR dan Sivakumar masih lagi bertindak sebagai speaker, walaupun jubah beliau sudah dirampas...
Awekz: Tak paham betul la dengan perangai ADUN-ADUN PR ni...tak pernah habis...

Tuesday, October 27, 2009
Surat Sivakumar kepada ADUN-ADUN PR!!!
Surat jemputan ini telah diedarkan kepada semua Adun PR di Perak, Surat diatas ialah salinan surat yang ditujukan kepada YB Su Keong Siong. Su pula teramat suka hati dan mengedarkan surat ini kepada orang awam.
"Apa ertinya semua ini wahai Nizar, Siva, Ngeh dan Nga???"
Semalam hari Isnin dalam mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh DSAI telah bermesyuarat di Parlimen dan bersetuju dalam banyak perkara untuk mengembalikan demokrasi di Perak dengan beberapa resolusi baru.
Antaranya ialah membuat persidangan berasingan di Hotel Heritage seperti yang dijalankan sebelum ini dan yang paling penting ialah pada petang 28 Oktober 2009 jam 3.00 ptg Nizar akan mengadap DYMM Padukan Seri Sultan Perak untuk membubarkan Dun. Dalam surat tersebut juga Siva mendakwa telah mendapat perkenan Paduka Seri Sultan untuk mengadap.
"Sama-samalah kita lihat apa yang dilakukan oleh mereka."
Rombongan atau perarakan akan bermula dari Hotel Heritage dan melalui jalan ke hotel Seri Malaysia dan terus ke Istana Kinta. Perarakan tersebut akan diketuai sendiri oleh DSAI , Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang dan anak.
Berita panas seterusnya hasil risakan TM ialah Dap sudah bersedia untuk PRK khas bagi negeri Perak. Nizar pula sudah kelihatan serba salah dan keliru dengan agenda Dap iaitu Ngeh dan Nga dalam percaturan mereka. Kenapa Nizar amat sedih? Jawabnya ialah beliau tidak lagi tersenarai sebagai MB Perak. kerana jika Nizar menang pun dalam PRK ini Nizar tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar. Alasan nya mudah. Sultan tidak akan perkenankan untuk beliau dipilih semula sebagai MB kerana Nizar terang-terang telah menderhaka kepada pihak Istana. Nizar hanya berharap agar rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 November memihak kepadanya. Jikan PRK makan hancur leburlah cita-citanya untuk memiliki Camry AGS 10.
Ngeh dan Nga juga yang begitu mesra dan boleh membaca Quran hari ini sudah diterima baik oleh setengah orang Melayu Perak. Ngeh juga telah mendekati beberapa bekas-bekas pemimpin Umno yang dikategorikan sebagai desperado agar sama-sama membantu Dap dalam menawan semula Perak. Dap yakan akan sokongan Melayu terutama dari Parti PKR dan PAS. Hari ini Dap juga sedang giat menambah ahli-ahli dari kaum Melayu dan sudah ada pun Cawangan Dap di kawasan Melayu.
Beberapa individu Melayu yang telah diclose up oleh Ngeh dan Nga ialah Fauzi Muda dari Ipoh Barat, Shaarani @ Mat Lengkong dari Sungai Rapat, Haji Taslim dari Ipoh Barat juga, Datuk Abd Malik Hanafiah bekas Ketua Bahagian Taiping dan Hasbullah bekas Ketua Pemuda Umno Larut. Kesemua orang kuat yang mampu membantu Dap dalam usaha merampas semuala Perak dari BN.
Dipetik dari blog TM...
Awekz: Pada juak-juak PR...Wajarkah tindakan pemimpin yang korang sanjungi ni...duduk diam-diam dan fikir balik...masih belum terlambat untuk korang berubah menjadi yang lebih baik...
Tragedi Kuala Dipang
Agak sedikit lewat, tetapi Awekz rasa terpanggil untuk siarkan artikel ni...TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG runtuh di Kem berhampiran SK Kuala Dipang dekat Kampar.
Kejadian berlaku pada jam 10.40 malam, ketika pelajar-pelajar berkenaan menyeberang jambatan itu untuk minum malam di SK Kuala Dipang yang terletak di seberang sungai tempat mereka mengadakan perkhemahan.
Ketika jambatan itu runtuh, seramai kira-kira 30 pelajar sedang berada di atas jambatan gantung itu, dan kesemuanya terhumban ke sungai. Hanya 7 pelajar yang terselamat sebaik kejadian kerana sempat berpaut di kabel jambatan, dan juga diselamatkan oleh guru dan petugas.
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bergegas ke tempat kejadian dan turut meninjau tempat kejadian dan mendapatkan laporan dari pihak polis, bomba dan pengendali perkhemahan.
Turut hadir dalam lawatan itu Timbalan Menteri yang juga Ahli Parlimen Tapah, Dato' Saravanan, ADUN Chenderiang yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Mah Hang Soon, Adun Air Kuning yang juga Ketua Umno Bahagian Tapah, Dato' Shamsuddin Abu Hassan, Ketua Umno Bahagian Kampar, Dato' Radhi Manan, Exco Wanita yang juga Adun Sungai Rapat, Dato' Hamidah Osman, Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Dato' Zainal Abidin Omar dan beberapa yang lain.
Awekz: Awekz melahirkan rasa simpati atas tragedi yang berlaku. Semoga mereka selamat ditemui...Insyallah...

Monday, October 26, 2009
Rancangan jahat BN...realiti atau fantasi Pakatan!
Dakwaan rancangan jahat BN timbul dari imaginasi ganas Pakatan
Dakwaan Pakatan Perak bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai rancangan jahat untuk menyerang wakil rakyat pembangkang semasa sidang DUN Rabu ini semata-mata disebabkan imaginasi ganas mereka.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata dakwaan itu timbul kerana rata-rata wakil rakyat Pakatan itu sendiri berfikiran ganas dan berimaginasi liar dengan mengeluarkan bermacam-macam kenyataan provokasi.
"Mereka mempunyai imaginasi liar...maka tidak hairanlah mereka bertindak liar. Buktinya adalah sidang DUN 7 Mei yang lalu. Rakyat boleh lihat siapakah yang mempunyai rancangan jahat...siapa yang tidak bertamadun dan ganas dengan berdiri di atas meja semasa dewan bersidang dahulu," katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menuduh bahawa BN mempunyai rancangan jahat untuk menyerang wakil Rakyat Pakatan yang cuba membuat kecoh pada sidang DUN 28 Oktober ini.
Nizar menuduh BN kononnya telah menggantikan bentara Dewan dengan mengupah 15 samseng dari UMNO.
Zambry menggesa rakyat supaya tidak mempercayai segala tuduhan Pakatan kerana mereka sendiri tidak pernah menghormati proses demokrasi dan sewenang-wenangnya melanggar undang-undang.
"Mereka langsung tidak ada rasa hormat pada undang-undang. Semua masih ingat semasa sidang 7 Mei lalu, mereka tidak ikut aturan untuk masuk ke dewan. Mereka masuk dulu supaya boleh ubah kedudukan wakil rakyat BN dari kanan ke kiri. Kita mengalah sahaja..tapi orang bukan bodoh," katanya ketika merujuk tuduhan Nizar bahawa BN mempunyai rancangan menghalang wakil rakyat Pakatan daripada memasuki dewan sebelum sidang bermula 10 pagi.
Zambry juga mempersoalkan samada ADUN Tronoh V. Sivakumar itu seorang yang pandai ataupun tidak.
"Sivakumar kini cabar ADUN BN untuk memboikot sidang DUN kerana jika hadir bermakna kita mengiktiraf beliau sebagai Speaker. Saya tidak tahu samada Sivakumar ini pandai atau tidak kerana beliau sendiri telah membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi dan mahkamah putuskan (Datuk R.) Ganesan sebagai Speaker yang sah," katanya.
Beliau menasihati wakil rakyat Pakatan supaya belajar menjadi pembangkang yang bertanggungjawab sesuai dengan konteks demokrasi yang kononnya mereka perjuangkan.
Beliau juga mahu Pakatan Perak supaya menghentikan tindakan-tindakan provokasi yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
"Semalam (Sabtu) mereka sengaja adakan perhimpunan di Lumut dan Pangkor untuk cabar saya kerana tahu saya berada di tempat sama ketika itu. Tidak perlu saya sebutkan sambutan terhadap program mereka kerana semua tahu berapa orang yang hadir," katanya dengan nada sinis.
Awekz: Kenapa perlu mengucar kacirkan keadaan...fantasi dan imaginasi buruk pakatan ni seharusnya dihentikan...biarlah Perak maju ke hadapan...jangan kerana perjuangan peribadi, rakyat yang menjadi mangsa keadaan...buat semua rakyat Perak yang memilih pakatan, fikir-fikirkan...
Inikah yang anda mahukan?
Nizar la pula...
Macam posting Awekz yang sebelum ni...makin dekat sidang DUN Perak...macam-macam yang dieorang ni akan buat...melalak, melolong dan sebagainya la...keluar la segala pendapat dieorang...ucapan-ucapan yang sememangnya berbaur hasutan dan tak kurang pula dengan niat meninggi diri...ye la...harapan rakyat katenyer...
Berbalik pada Nizar ni...adalah Awekz dapat maklumat dari kawan-kawan tentang ucapan dier masa rumah terbuka PR agaknya...dalam ucapannya, dier mengatakan yang jamuan rakyat diadakan sebagai tanda terima kasih kepada rakyat(nizar woi...ikhlas ke x ni...kalau nak buat, xpayah cakap untuk apa...rakyat blh menilai sendiri la)...macam-macam lagi yang dinyatakan...
Tapi yang Awekz tak syok dengar tu...ada la pulak dier cakap..untuk sidang DUN Perak 28/10 ni...BN dah gazet kawasan bangunan SUK sejauh 500m...lagi ditambah dalam ucapan tu...ADUN pr tak akan dibenarkan masuk...ada bentara UMNO yang samseng akan melanyak ADUN pr...ishhh...ishhh...ishhhh...nizar..nizar...kalau betul bak di kata...tunjuklah bukti..jangan cakap sajer...yang Awekz dengar...PR yang sibuk nak huru harakan sidang DUN..nak burukkan nama BN...xgitu!
Macam-macam la PR ni!
Menjelang sidang DUN Perak hari Rabu ni...macam-macam la yang puak-puak PR ni dah buat untuk tarik perhatian...bermula dengan program pelancaran pemuda pr di Lumut di mana peserta berkonvoi dari Ipoh ke Lumut...dan diikuti, Jamuan Hari Terbuka PR 09 di Medan Istana Ipoh (kehadiran orang ramai dianggarkan dalam 1500 orang)...hmmm, ada gak Awekz terfikir...tak kan la 1500 orang jer...rumah-rumah terbuka yang Pas buat pun, koman-koman dalam 3000-4000(itu puak dieorang yang kata)betul atau x, hanya tuhan yang tahu...tp seandai benarlah kehadiran yang sebanyak itu...Awekz rasa rakyat dah muak dah dengan perangai juak-juak PR ni...tak abis-abis nak mengganggu ketenteraman...cukup-cukuplah dengan apa yang dah terjadi...
Pada masa yang sama. Awekz dapat tau...Pesuruhjaya PAS Perak dalam ucapannya yang seperti di bawah :
1. Pentadbiran PR negeri Perak jadi contoh terbaik perpaduan kaum berbilang bangsa
di negara ini.
2. PR akan terus berusaha jatuhkan BN Perak yang semakin rakus dengan undang-undang
sendiri
3. Yakin DUN akan dibubarkan dalam masa terdekat
4. UMNO parti rasuah dan x berintegriti
5. PR parti yang bersikap adil dan ikhlas membela nasib rakyat
Awekz:Baca dan renungkan kenyataan-kenyataan di atas...apa yang dapat kita simpulkan...bagi Awekz, setinggi mana pun kita merasa dihargai, disanjung atau sebagainya...kita seharusnya tidak lupa bahawa kuasa Allah mengatasi segalanya...sehebat mana pun rancangan kita...Allah menentukan segalanya...fikir-fikirkanlah...
Saturday, October 24, 2009
ADUN PR semua hati busuk!!!
Menjelang sidang DUN Perak 28 Oktober ni...macam-macam yang Awekz dengar...bermula dengan keengganan ADUN2 PR untuk menghadiri sidang DUN sehinggalah kepada kenyataan yang dikeluarkan bahawa mereka akan hadir...
Tertanya-tanya..apakah tujuan mereka yang sebenar...Awekz risik-risik pada kawan-kawan serta sumber yang boleh dipercayai...ternyata..kehadiran mereka ada udang di sebalik batu....nak tau apa citenyer...
Dikatakan...ADUN2 PR ni sebenarnya nak buat huru hara...intipati rancangan mereka seperti di bawah...
- Memastikan huruhara persidangan tersebut.
- Membuat provokasi ke atas YB dari BN sehingga mencetuskan pergaduhan.
- Memastikan polis bertindak ke atas YB Pakatan BABI, kalau boleh di angkut keluar dewan.
- Jika perlu dan amat diharapkan agar ada dari kalangan YB Pakatan Babi (PR) ini cedera atau pecah kepala ketika pergaduhan dengan YB Barisan Nasional dan Polis.
- Mengharapkan kehadiran dari wartawan luar negara khasnya CNN sewaktu
persidangan tersebut.
- Memastikan penyokong-penyokong Pakatan Babi (PR) berhimpun seramai mungkin di luar dewan dan mencetuskan provokasi dan bergaduh dengan polis
dan penyokong Barisan Nasional.
- Memastikan liputan menyeluruh dari semua media terutamanya blogers Pro PR.
- Memastikan rakyat kembali simpati kepada Pakatan Babi (PR) dan membenci BN.
Awekz rasa...cukuplah dengan apa yang dah dilakukan...jangan nak buat kacau lagi...banyak lagi keje baik yang boleh dilakukan...apa pun fikir-fikirkanlah...

Monday, October 19, 2009
UMNO dan perubahan...
Dah lama tak dapat ber'blogging' atas sebab-sebab yang sememangnya tak dapat dielakkan...hari ni baru lah ada kesempatan semula untuk menulis, menaip...
Bermula dengan kemenangan TS Isa Samad di Bagan Pinang, sememangnya suasana Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini menjanjikan seribu kelainan...sudah pasti semangat setiap perwakilan membara, apatah lagi dengan pembaharuan, perubahan serta pindaan yang di buat sejajar dengan hasrat untuk pengukuhan parti UMNO itu sendiri.
7 pindaan Perlembagaan diterima sebulat suara oleh semua perwakilan yang hadir. Pindaan ini bukan bertujuaan untuk menjaga kepentingan mana-mana pemimpin..tetapi pindaaan ini merupakan langkah awal untuk satu perubahan.
Apa yang menjadi persoalan kini, adakah aspirasi yang diperkatakan oleh YAB PM telah didengar, dihayati serta sedia untuk diterjemahkan dengan pengisian yang sepatutnya oleh setiap ahli UMNO...Sudah cukup lah dengan kata yang dilihatkan hanya sebagai omong kosong...tiada pengisian...kalau ada pengisian pun, tidak sepenuhnya...
Bagi Awekz, semua ahli perlu berubah..berubah ke arah yang lebih baik..yang dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat...tidak perlu menegakkan benang yang basah, yang salah tetap salah...yang perlu diubah, tetap harus diubah....fikir-fikirkanlah...
Subscribe to:
Posts (Atom)