Gambar credit to Bro Gunung Mat Cincang
Where to start setelah lama tidak berkarya...apapun, syukur alhamdulillah...mungkin agak lewat untuk mengucapkan tahniah namun BN masih lagi diberi kepercayaan untuk mentadbir Perak seterusnya Malaysia. Namun begitu, harus diingat kepada semua ADUN dan MP yang telah dilantik. Tolonglah BERKHIDMAT kepada rakyat kerana anda-anda berada di sana atas UNDIAN rakyat. Sila note that down...Tahniah juga kerana semua ADUN di Perak telah berjaya mengangkat sumpah pada Sidang DUN Perak semalam.
Namun dalam sedar tak sedar, bila Awekz tengok betul-betul. Bila Awekz perhatikan, tersedar dari lamunan seketika. Macam lagu pula rasanya, bila akhbar Sinar Harian ni, Awekz rasakan taksub dengan Nizar Royan. Betul ke apa yang Awekz rasa ni? Ada kawan-kawan yang boleh bagi jawapan tak? Awekz juga rasakan yang Sinar Harian tak berapa nak ngam dengan MB Perak, YAB DS Dr. Zambry. Ataupun, Sinar Harian turut meroyan macam Nizar Royan yang masih merasakan dia MB Perak? Lalu terlintas di fikiran Awekz... Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
Tertanya-tertanya sendirian...Adakah Sinar Harian dalam sedar atau tidak dibiayai oleh pembangkang. Sebagaimana Utusan, Berita Harian dikatakan dibawah pengaruh Barisan Nasional...Adakah mungkin mereka juga begitu, cuma kisahnya..benarkah mereka suara cakna komuniti kita? Atau mungkin juga, Sinar Harian pukul lalu semua yang ada kerana yang pasti, keuntungan menjadi agenda. Benar atau tidak, tepuk dada tanya hati.
Awekz: Yang tersurat kadangkala tidak kelihatan di mata dan yang tersirat kadangkala tidak lahir dari hati. fikir-fikirkan...