Berdebar-debar pula Awekz rasakan menjelang BERSIH 3.0 ni, bukan apa cuma memikirkan juak-juak Pakatan Rosak yang dikudakan sewenang-wenangnya oleh individu tertentu. Lebih menyedihkan, golongan 'mahasiswa' yang merupakan pemangkin masa depan ini dijadikan sasaran!!! Sedangkan Naib Pengerusi DAP sendiri membantah BERSIH ini!!! Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim BANTAH BERSIH 3.0
Dikhabarkan, 'mahasiswa' pro pembangkang BERKEYAKINAN tinggi, diulangi berkeyakinan tinggi untuk mengumpulkan seramai 50,000 mahasiswa untuk bersama-sama menjayakan demonstrasi BERSIH 3.0 esok.
Persoalannya, apakah benar dapat dikumpulan??? Hairan juga Awekz, 'mahasiswa' masa kini ada banyak masa santai agaknyer. Ada masa untuk menyertai demonstrasi, beza benar dengan zaman Awekz dulu...Ada saja assignment yang perlu disiapkan, ada saja tugasan yang diberikan. Mungkin ada benarnya kata rakan-rakan Awekz, 'MAHASISWA MASA KINI' TIADA KUALITINYA!!! mungkin juga lebih baik kini digelar 'Mahasewel'!!! Apapun, Awekz benar-benar tak sabar nak tengok berapa ramai 'mahasewel' yang turut serta esok. Sama-sama kita nantikan...
Awekz: Dari mengikuti demonstrasi ini, bukankah lebih baik di habiskan masa di 'library'. Jangan menyesal dikemudian hari apatah lagi jika ditangkap dan digari!!! Fikirlah adik-adik, tanggungjawab anda yang sebenarnya dan apakah yang anda perolehi dengan menyertai BERSIH ini, apakah yang anda tahu tentang BERSIH ini??? BERSIH sangatkah demonstrasi ini??? Juga lebih baik andai kita bersihkan hati sendiri moga-moga dapat hidayah dari ALLAH nanti. Fikirkanlah!!!
1 comments:
Sekarang nie diaorang lebih suka BERJIMBA daripada belajor....zaman mike dulu belajor,mike BELAJOR...zaman zekarang,kalau x masuk universiti dikira x lengkap la apa yang deme lalui di zaman remaja....jadi,deme belajor ke idak,itu soal nombor dua...yg penting duduk universiti BERJIMBA dan NGABIHKAN DUIT PTPTN.... Tujuan UTAMA masuk UNIVERSITI itulah dia
Post a Comment