BERSHITTT 3.0 yang berakhir sudah!!! Tercapaikah agenda Ambingai??? Duduk dan aman konon!!! Tak terkata marah dan bengangnyer Awekz rasakan, semuanya kerana Melayu yang kononnya maju, yang kononnya bersandarkan Islam...Islamkah anda dengan KEGANASAN sedemikian???
Arahan telah dikeluarkan bahawa Dataran Merdeka adalah Haram dijejak oleh BERSIH, tetapi mereka diberikan pilihan untuk duduk di Stadium Merdeka. Namun, seperti biasa, mereka membantah.
Mereka tidak mahu duduk, dan tak mahu Stadium Merdeka, mereka mahu berarak dan mahukan Dataran Merdeka juga. Kerana apa? Kerana Anwar dan Ambiga mahu mencetuskan keganasan dan mereka adalah umpan untuk dijadikan korban.
Seperti yang kita tahu, matlamat utama BERSIH bukanlah menuntut pilihanraya bersih tetapi tidak mahukan pilihanraya dan ingin menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya. Ini terbukti melalui laungan ‘Jatuhkan BN’, ‘Mampus PM’, ‘Tumbangkan Kerajaan’ yang kedengaran sekarang ini di dalam perhimpunan. Bukankah bermotifkan politk???
Pasti, Anwar dan Ambiga mengharapkan sesuatu yang jauh lebih ganas dari sekadar tawaf keliling Dataran Merdeka. Mereka membayangkan bangunan terbakar dan lebih baik lagi jika jalanraya Kuala Lumpur bermandi darah dengan mayat bergelimpangan. Mereka juga inginkan kecurian dan rompakan berleluasa sehingga pihak berkuasa hilang kawalan. Sayang seribu kali sayang, ia tidak menepati IMPIAN kotor mereka. Lebih menggelikan hati, cuma Melayu yang BODOH bersesak berpanas dan pasti orang CINA takkan BODOH sebegitu rupa.
Apalah agaknya yang difikirkan oleh para peserta BERSIH 3.0 ketika berlari-lari, terkinja-kinja mencabar polis di jalanan hari ini. Jika pemimpin mereka hanya memikirkan Putrajaya, mereka pula fikir mereka hendak ke mana? Untuk merasai pengalaman hidup dalam negara yang hancur?
Tahukah mereka jika kerajaan benar-benar berjaya digulingkan hari ini maka ekonomi akan merudum dalam sekelip mata. Tiada pelabur yang akan melabur di negara yang tidak stabil, tiada pelancong yang berani melancong ke negara yang tidak aman, maka kadar pengangguran akan meningkat mendadak dan menurunkan dayabeli rakyat sehingga menjejaskan peniaga dan juga bank-bank. Rizab negara akan terjejas sehingga memaksa subsidi ditarik balik lalu harga makanan termasuk susu bayi dan barangan lain akan meningkat secara drastik. Rakyat menjadi resah, marah yang mana akan menyebabkan pemberontakan berterusan lalu menyukarkan lagi usaha untuk memulihkan keadaan.
Inikah yang peserta BERSIH mahukan apabila melaungkan slogan untuk menggulingkan kerajaan?
Tahukah mereka betapa bodohnya mereka jika menginginkan sedemikian? Tapi logik menyatakan bahawa jika mereka tidak bodoh, tidak mungkin mereka akan turun berdemonstrasi, membahayakan diri dan bergadai nyawa hari ini.
Awekz: Tak ada yang sempurna dan pasti kita berusaha untuk memperbaiki apa saja kekurangan yang ada, namun kita jangan lupa Kerajaan yang ada kini amat berjasa kepada kita dan jangan kerana kebebasan bersuara kelak masa depan kita sengsara. Fikirkan!!!
3 comments:
Pada 28/08/2009 demonstrasi kepala lembu jadi isu panas dan menggemparkan negara. Banyak laporan polis telah dibuat. Kita tidak hairan jika pihak kuil Hindu dapat sokongan kaumnya. Apa yang menghairankan pemimpin Islam PR bersimpati kepada bukan Islam hingga keluarkan pelbagai fatwa konon menghina anutan agama lain. Pada 04/09/2009 Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. Kenapa setiap bantahan penduduk pemimpin PR salahkan UMNO?. Kenapa pemimpin dan blog pro PR membela pihak yang buat provokasi kepada penduduk Seksyen 19?. Melayu bawa kepala lembu jadi isu sensitif sedangkan pengunjung kuil tidak penduli sensitiviti penduduk Seksyen 19?. Kenapa ada sikap double standard dalam isu ini?. Pada April 2008 bendera PAS dan PKR digantung pada papan tanda PKNS, mereka kata dua parti sokong kuil tak payah pindah?. Kenapa bendera parti Islam berkibar disitu?. Selepas campur tangan NGO bendera diturunkan pada Jan 2009. Pada 26/07/2008 pengunjung kuil buat perarakan bergendang bawa patung besar waktu tengah malam jam 1 pagi lalu depan rumah penduduk, suasana malam itu kecoh. Tetapi tidak ada tindakan susulan selepas aduan dibuat kepada wakil rakyat Shah Alam walaupun ada ugutan bunuh pada malam itu. Malah gangguan semakin kronik penduduk minta bantuan NGO Dis 2008. Kedatangan NGO diserang Khalid Samad (semak minaq jinggo 08/01/2009). Pada Jan 2009 NGO hantar memorandum desak kuil pindah. PR bersetuju pindahkan kuil ke Seksyen 23. Penduduk Islam bantah tidak mahu kuil besar dibina dikawasan mereka. Mereka persoalkan kenapa surat pesetujuan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 pada 07/05/2009 ditanda tangani oleh YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil sahaja?. Kenapa tiada wakil penduduk Sek 23 dipanggil dalam mesyuarat itu?. Pagar tapak kuil satu ekar di conteng penduduk kerana marah tapi MB berkeras hendak bina kuil disitu. Kenapa Pertubuhan NGO Islam lebih prihatin membantu penduduk Islam?. Berderet artikel Khalid Samad menyalahkan UMNO konon tidak selesaikan isu kuil Seksyen 19. Kenapa tidak persoalkan kenapa pihak kuil enggan keluar walaupun sudah diarahkan pindah?. Kenapa kuil kecil itu dibesarkan tanpa pelan dan permit PBT walaupun mereka tahu disitu tapak rumah PKNS?. Kenapa selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan kuil ke Seksyen 22 diluluskan BN pada 29/12/2007 dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh kedalam?. Gangguan kuil semakin menjadi-jadi hingga berlaku pelbagai ugutan. Aduan demi aduan tidak ada tindakan, bila minta bantuan luar Khalid Samad tuduh provokasi UMNO kepada kuil Hindu. Kenapa Khalid Samad membela pihak yang buat provokasi kepada penduduk Sek 19?. Adakah YB Khalid Samad menunggu keadaan jadi kritikal baru hendak bantu penduduk?. Penduduk Seksyen 23 hantar memorandum bantahan tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa. Mereka bantah kerana mereka bimbang masalah di Seksyen 19 berlaku di kawasan mereka. Selepas demo kepala lembu kuil tidak jadi dibina di bersebelahan padang permainan Seksyen 23, kuil Seksyen 19 dipindahkan bersebelahan kilang Nitto Denko Seksyen 23. Kita bersimpati kepada 6 NGO Islam dan 6 penduduk Seksyen 23 yang terpaksa turun naik mahkamah kerana demo kepala lembu. Pihak yang menyebabkan bantahan penduduk Seksyen 23 menuding jari kepada pihak lain demi untuk menutup kesilapan sendiri. Sebuah filem dokumentari Tauke Mancis dan Minyak Tumpah ditayangkan di Menara PKNS pada 16/10/2010 memaparkan kesah kumpulan penduduk Melayu yang menentang pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 (http://freedomfilmfest.komas.org/fff/kisah-tauke-mancis-minyak-tumpah). Filem berjaya merakamkan pelbagai masalah dihadapi penduduk akibat aktiviti kuil dikawasan majoriti Islam Seksyen 19. Kenapa pemimpin politik menyalahkan sesama Islam dalam filem itu?. Penduduk yang menonton filem itu tahu fakta sebenar berlaku di Seksyen 19 dan sebab berlakunya bantahan penduduk Seksyen 23. Isu kuil Seksyen 19 hanya selesai pada 02/02/2012 selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam dan menjadi isu Negara.
www.khalidsamad.com - Petikan blog Khalid Samad - Isu Kuil Seksyen 19
Saturday, January 10, 2009 - Persoalan Kuil di Sek 19 dan Tindakan Pewaris
Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan. Melihat dia teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR gagal menyelesaikan masalah di Selangor. NOTA PENTING: Minta disebarkan perkara ini kerana dijangka provokasi yang sedemikian rupa akan digunakan lebih kerap lagi menjelang PRK-KT, maka harus sentiasa berwaspada. Jangan kita terpedaya!
Monday, January 12, 2009 - Undang-Undang DS atau BN
Ini jugalah seruan Pewaris. Kumpulan yang datang untuk menimbulkan provokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Mereka seolah-olah menyeru orang Melayu/Islam bersatu untuk menekan kaum India supaya orang India akan memindahkan kuil mereka kepada mana sahaja yang ditentukan oleh pihak MBSA. Walau ke ceruk mana. “Melayu bersatu! Melayu bersatu!” laungan mereka. Bersatu untuk ke mana? Ke landasan rasuah, penipuan dan penyelewengan yang telah disediakan selama ini oleh UMNO? Tak payah lah. Landasan kita adalah Islam dan kalau tak berapa tahu Islam, mengajilah. Datang kuliyah agama ataupun ceramah PAS, insyaAllah, semuanya akan jelas.
Tuesday, August 18, 2009 - Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam
Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka.
Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.
Wednesday, August 19, 2009 - Respon Pengunjung: Persoalan Kuil Seksyen 23
Terima kasih diucapkan atas komen-komen yang terima, termasuk yang menolak dan mempertikaikan tulisan saya. Isu yang dibincang memang ‛sensitif’, kerana dijadikan sensitif. Lebih-lebih lagi bila ada tukang perhangat. Namun perbincangan rasional perlu untuk menyelesaikan masalah yang diwarisi.
Dasar kerajaan PR, ‛Tiada kuil baru dan tiada kuil yang diroboh’. Ada pula yang menambah Seksyen 22 adalah tapak cadangan kerajaan BN dulu, majoriti masyarakat Hindu. Hakikatnya tapak cadangan BN adalah kawasan kilang, jauh dari mana-mana penduduk, Muslim mahupun Hindu. Terlalu jauh dan amat tidak sesuai. Kalau betul ingin membantu, biarlah ikhlas, biarlah adil.
http://pewarisummah.blogspot.com/
TUESDAY, JANUARY 13, 2009
ADUAN BERKENAAN KUIL DI SEKSYEN 19, SHAH ALAM
KUIL YANG MENYUSAHKAN PENDUDUK SETEMPAT
ADUAN 2 - PENDUDUK BENGKEK
Merujuk kepada komen YB Khalid Samad
“Memang perjumpaan YB dengan penduduk telah diadakan di dewan Masjid Seksyen 19, malah perjumpaan penduduk bersama AJK kuil pun telah diadakan pada 12/8/2008. Di mana, beberapa rumusan telah dibuat dari pertemuan tersebut sementara janji YB untuk memindahkan kuil tersebut dalam masa satu tahun memerintah seperti :-
1) TIDAK TERUS MEMBUAT PEMBINAAN TAMBAHAN DAN PEMBESARAN KUIL YANG AKAN DIPINDAHKAN.
2) TIDAK MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEBAB 100% PENDUDUK PERSEKITARAN ADALAH BERAGAMA ISLAM.
3) JANGAN BUAT BISING SEMASA GUNA KUIL.
4) JANGAN GANGGU PENDUDUK DENGAN UGUTAN OLEH MANA-MANA PIHAK ATAU KUMPULAN SAMSENG YANG TERLIBAT.
5) TIDAK GANGGU LALU LINTAS SERTA LETAK KERETA PENDUDUK.
6) BENDERA PAKATAN RAKYAT DAN BENDERA PAS MINTA DIALIH DARI KUIL.
Malangnya Nazir Masjid telah dihubungi pihak AJK kuil menyatakan :
1) “KITA TAK BOLEH PINDAH, TEMPAT TAK SESUAI TAK ADA ORANG DUDUK SANA DAN TEPI SUNGAI.”
2) “KITA TAK MAU PINDAH TAPI KITA AKAN BUAT TEMBOK TINGGI KELILING KUIL SUPAYA ORANG TAK NAMPAK”
3) “KITA AKAN BUAT JALAN MASUK IKUT SEBELAH PADANG JOGGING.
Sejak Kerajaan pakatan rakyat memerintah, aktiviti kuil semakin rancak.
1) TIAP-TIAP HARI RAMAI ORANG LUAR BERKUMPUL SEMBAHYANG DIIRINGI TROMPET SERTA GENDANG BERKUMANDANG DARI PUKUL 7.00 PETANG HINGGA 11.00 TENGAH MALAM.
2) BEBERAPA UGUTAN BUNUH TERHADAP PENDUDUK TELAH BERLAKU. ADA PENDUDUK DIUGUT DENGAN MELETAK PEDANG DI GATE RUMAH.
3) AHLI PENDUDUK NAK BUAT KENDURI TAHLIL PUN KENA BAYAR DUIT PERLINDUNGAN DENGAN PIHAK SAMSENG KUIL WALAUPUN PENDUDUK INDIA DI PERSEKITARAN KUIL HANYA LIMA KELUARGA SAJA.
4) KEGIATAN SAMSENG 303 SEMAKIN RANCAK MABUK-MABUK DAN BERKUMPUL DI KAWASAN KUIL SERTA RUMAH PENDUDUK DICONTENG 303. PAPAN TANDA JALAN DICONTENG 303 SEBAGAI TANDA MARKAS. KELENGKAPAN DAPUR PENDUDUK JUGA DICURI, PANTANG NAMPAK LETAK DI LUAR MESTI KENA CURI.
5) KAMI KHUATIR SAMSENG 303 AKAN MEMBAKAR RUMAH PENDUDUK YANG BERANI MEMBANTAH PERBUATAN MEREKA SEPERTI YANG TELAH BERLAKU PADA 25/3/1994 YANG LALU.
# Aduan penduduk kepada PBT tidak dihiraukan sebab tangan mereka pun terikat . Aduan Polis pernah dibuat, mereka datang sekadar tengok saja sebab jenayah tak serius.
1) Pembinaan dan pembesaran kuil terus rancak berlaku.
2) Pembesar suara tetap rancak digunakan dengan kuat .
3) Bunyi bising tetap rancak sambil semua bertepuk tangan.
4) Bunyi-bunyian special lagi diada-adakan menandakan tuhan mereka datang.
5) Kata-kata kesat turut diucapkan, mereka kata ‘MELAYU BODOH’, orang mahu sembahyang. 6) Aduan dibuat kepada pembantu wakil rakyat tetapi jawapannya “ MELAYU-MELAYU NI MENGADA-NGADA AJE.
7) Aduan kepada pihak polis jawapannya ‘kami tidak boleh buat apa-apa kalau tidak melibatkan jenayah berat laporan pun lambat.”
Post a Comment