Sunday, June 28, 2009
Tok Guru ajak DS Najib debat!
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Datuk Seri Najib mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno-PAS.
Menteri besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada perdana menteri untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.
“Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno,” beliau dipetik berkata selepas mengimamkan solat sunat dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu pagi ini.
Nik Aziz dilaporkan berkata hasrat mengadakan perdebatan itu dibuat susulan tindakan Pemuda Umno negeri membuat aduan polis kelmarin berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.
Katanya lagi, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.
Awekz: Ari tu Nik Aziz samakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.Agak-agak masa debat atau lepas debat nanti, apa pulak yang Nik Aziz nak kias-kiaskan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Awekz...
Kalau nak tahu N.Ajis berkias je tu, sebenarnya dia nak main 'dam haji' dengan PM je. Bila PM dah makan satu buah, N.Ajis ada la peluang nak makan 5 buah pula. Ini semua taktik untuk pilihanraya semata-mata. Bukan untuk Islam, bukan untuk Melayu dan bukan juga untuk negara. Buang masa saje.....
Wslm Shonzu...itula pasal...die main-main umpan jer...suka-suka ati dier...bile kita makan umpan, dier lepaskan...bile kite xmakan umpan, kite juga yang dipersalahkan...betul-betul dah hilang akal semuanya!
Post a Comment