Monday, June 29, 2009
Debat yang dicadangkan...buang masa sahaja!
Buang masa sahaja...itulah yang dapat disimpulkan apabila pada hari ini,
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi
sekata dalam isu debat bahawa cabaran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat
secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik PAS dan UMNO
hanya buang masa dan tidak berfaedah.
Menurut mereka perdebatan tidak akan dapat membantu mencapai titik
temu antara kedua pihak dalam isu berkenaan.
Di ALOR SETAR, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata perdebatan antara UMNO dan PAS tidak akan membawa sebarang
faedah malah beliau menganggapnya sebagai hiburan semata-mata.
Dr Mahathir berkata debat di Malaysia tidak sama dengan debat
pemilihan presiden Amerika Syarikat yang banyak memberi faedah
kepada rakyat dan negara.
"Di sini, apabila berdebat kita masuk belah kita, dia masuk belah dia
walaupun ia salah," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas
hasrat Nik Aziz.
Dr Mahathir ditemui selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan
mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat Kedah (MUBARAK) di sini.
"Perdebatan itu hanya membuang masa dan sebagai hiburan sematamata,"
katanya dan sambil menambah wakil rakyat dipilih bukan untuk
menghiburkan rakyat dengan perdebatan yang tidak memberi makna.
Mengenai pilihan raya kecil Manik Urai Julai ini, Dr Mahathir
berkata beliau akan turun membantu BN jika diminta oleh parti.
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini
menasihatkan Pas dan Umno supaya menyelesaikan kemelut antara
dua parti itu secara perbincangan dan bukan berdebat secara terbuka.
Beliau berkata, pendekatan berdebat itu tidak akan membawa kedua
dua parti itu ke manamana jika isu atau masalah pokok yang dihadapi
masyarakat Melayu dan Islam tidak diselesaikan.
"Tak perlulah pendekatan seperti itu (debat terbuka). Adalah lebih
baik kedua dua parti itu duduk dan berbincang apa yang menjadi
masalah sehingga menimbulkan keadaan tidak senang hati di k
alangan orang Melayu.
"Apakah masalah itu ada kaitan dengan agama yang menyebabkan
perselisihan faham dan menyebabkan Umno dan Pas bercanggah
pendapat dan pendirian," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Mesyuarat Agung MCA bahagian Kepala Batas, di sini
hari ini.
Menurutnya, orang Melayu boleh bergaduh dan berpecah belah
kerana agama dan adalah lebih baik keduadua pihak mewujudkan
persefahaman dan tidak berbalah tentang perkara itu lagi supaya
keadaan dalam masyarakat Melayu lebih tenang.
Awekz: betui.betui.betui...lagipun, cakap puak-puak PR ni bukan boleh caya sangat, nanti diorang corner kot lain...BN and UMNO gak yang kene, almaklumlah dieorang ni memang suka baling batu, lepas tu sembunyi tangan...fikir-fikirkan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Alah kalau PM kamu dah Takut nak cakap apa lagi..Orang dah cabar jawab je mahu ke tak banyak pulak dia punya ngomel...
Nama baik dalam kes Altantuya pun belum bersih lagi..Akhbar asing pun tak berani saman lagi apa cerita kalau dah takut...
Sila Najib buktikan anda bukan penakut dan bukan telah diQueen kontrol oleh Rosmah mansur
hehe,tajuk debat tu,nape umno tanak laksana islam...terkebil2 nak mnjawab nye dgn nik aziz,nanti dpan Allah SWT,lagi la,ape hujah deme ntah...
Mana tuan punya blog ni,x jawab pun komen kat sini.dia sendiripun takut nak berhujjah ke?hiihi
jangan layan Pas ni...buang masa aje. Ajak bincang tak nak, aleh2 nak debat. jgn ingat nak politik saja. ingat kesatuan Ummah & Bangsa sama. Nik Aziz dah 19 tahun jadi MB...taku dah....kot. ye lah dah lama sgt.
Narutosensei: dengan puak-puak korang ni, tak boleh dilayan sangat, kang cakap setuju kang, korang corner lak ikut lain, then masuk lak jalan belakang...macam kerajaan perpaduan la...UMNO dah setuju, korang cakap lak pusing sana dan sini...memang hampeh!!!
Mahasiswa Benci Umno: nak buat tajuk nape UMNO xnak laksana Islam eh...sila rujuk balik video rakaman sidang DUN Perak di mana, NIZAR dari PAS yang korang bangga-banggakan sangat tu berkata, siapa kata PAS nak buat kerajaan ISLAM...then baru komen eh...tajuk artikel saya tu BUKTI TERBARU KEKELIRUAN PERJUANGAN PAS!tak payah cakap la pasal tok guru tu..yang dah tak berapa nak betul tu...semua cakap belakang-belakang...
ijoks2009: siapa kata saya takut, kenapa perlu saya takut...berani kerana benar dan takut kerana salah...pemimpin korang tu je yang penakut...
Fokus 1 MALAYSIA: Awekz sokong...masa kita setuju nak bincangkan pasal perpaduan dieorang tak nak...nak berbincang tak tau...nak berdebat je pandai...masa debat nanti pun bukanlah pakai fakta sangat, setakat nak membangkitkan isu-isu lapuk je la...mencari kesalahan orang jer yang dieorang ni pandai!
Awekz Bukit Gantang said...
Narutosensei: dengan puak-puak korang ni, tak boleh dilayan sangat, kang cakap setuju kang, korang corner lak ikut lain, then masuk lak jalan belakang...macam kerajaan perpaduan la...UMNO dah setuju, korang cakap lak pusing sana dan sini...memang hampeh!!!
---------------------------------------------
Salam Saudari boleh beritahu bila masa PAS sentiasa mengelak dari berdebat..?
selalunya pihak UMNOlah yang sering mengelak...tak perlu ceritalah ...dah benyak berlaku...
Bila PAS kata adakan secara terbuka mesti pihak kamu terlalu takut sangat nak adakannya...
So bila dah kamu sendiri menolak dan PAS rileks je pihak kamu pulak tuduh PAS yang berelit apa ni Politik apa..?
Selama hari ni pun mana ada UMNO yang beria2 nak berdebat dalam sesuatu Isu..? bagi tahu saya dimasa bila pihak UMNO nak berdebat tentang sesuatu Isu..?
Isu Perpaduan ..tarak..Itupun sekarang ni yang dikecuhkan ...Kenapa Masa BN menang besar 2004 dulu Isu ini tak pun dibangkitkan..?
Nampak sangat BN hanya memerlukan Perpaduan setelah mereka ditolak Rakyat...Kalau nak hulurkan salam Perpaduan patutnya masa BN menang dulu ...
Lihatlah Debat Anwar dan Shabery..memang masa yang diperuntukkan tidak cukup nek menghuraikan pasal Minyak tu...nak melayan serangan Peribadi Shaberi ti lagi ...
Aparaaa...Debat hal lain tapi serangan peribadi pulak yang dihujahkan pihak kamu...
Senang cerita Tanya Najib Mahu ke tak mahu..so kalau jadi dan PAS menolak debat tersebut barulah kamu boleh katakan sebagaimana yang kamu komen diatas...
Adil ke jika debat tak berlaku dan jawapan tak diberi kamu kata macam pasal PAS..?
Sedangkan Pimpinan kamu sendiri berdiam diri tak membela dirinya...Adakah dah tersilap langkah ataupun Memang Najib dah jadi ketakutan dengan Bayang2 sendiri...
Kata kat PM Najib be Gentlemen le...
Naruto cool je
Awekz Bukit Gantang said...
Mahasiswa Benci Umno: nak buat tajuk nape UMNO xnak laksana Islam eh...sila rujuk balik video rakaman sidang DUN Perak di mana, NIZAR dari PAS yang korang bangga-banggakan sangat tu berkata, siapa kata PAS nak buat kerajaan ISLAM...
---------------------------------------------
Video tu tak tunjuk langsung Mulut Nizar bekata begitu..malah ianya telah dieditkan terlebih dahulu...
Sorilah kalau orang biasa dengan Kerja2 Produksi dia tahu mana Video yang ori dan video yang dah diedit....yang didengari hanya Suara kononnya suara Nizar..
Suara tu pun sesiapa sahaja boleh meniru saudari..kenapa tak tengok Sidang Perak yang original punya..saya ada kalau nak pinjam..
Kita tengok sendirilah tak payah nak cerita banyak..bab mana yang kamu katakan sedemikian
Ok ..jangan terkejut kalau Video MP Islam BN menghentam hukum Islam pun masih ada lagi...
Ha ha Naruto steady je...
Awekz Bukit Gantang
Yang dikasihi....
Sila tengok Video debat Anwar dan Shaberi chik berkenaan Isu Minyak...
Lihat siapa yang menggunakan Fakta dan Siapa pulak yang menggunakan Serangan Peribadi yang terkeluar dari tajuk debat...
Nilai dengan SeADILnya bukan Memihak...
Naruto cool n steady santai2...
Pelik pulak ye, kenapa debat pula yg ditegakkan PAS ni.Kalau dgn debat, boleh buktikan sape yg hebat ke? kalau gitu baik masuk Pertandingan Debat Peringkat Kebangsaan. Kes debat ni pn kecoh bile Nik Aziz dah komuniskan umno,so cara nk tutup silap manusia ni mcm tu lah. Andaikata BN xmahu bedebat, kome kata BN ni penakut. Bila BN ajak wat perpaduan,kome kata BN ni yg putarbelit.Ada je xbetulnya ye. Ye la Nik Aziz tu maksum,mana ada silap.Walhal,cadangan perpaduan tu Najib ke yg usulkan? Cuba ckp apa kesimpulan kita dpt kalo berdebat? Wah, kita boleh bangga,kitalah yg betul.Kitalah dipihak benar.Kononnya.Itu lah yg Nizar nak.G sana sini ceramah xabih2, keje xjalan.Skg ni pn Dr Zambry ngah kesana kemari selesaikan masalah rakyat, Nizar masih lg nk jawatan tu.Apalah salahnya,g tgk bukit gantang tue, ada yg perlukan pertolongan ke apa ke.Ni xabih2 nk kejor MB.Ini ke pemimpin rakyat?
Sape2 kerja produksi tau ye video ori ke x?Xyah org production house pn,org biasa pn tau mana ori mana x.Kenapa kata suara bkn suara nizar?org production house tau ke tu bkn suara nizar?Tuduhan.. ha tu dah sinonim ngan PAS. Smenya dituduh.Org lain sme xbetul,PAS je betul kan.Pastu nk betulkan dia lagi,di ajak plak org berdebat,nk tunjuk sape hebat.Isk isk..
Agak2nya,kalo PR menang, Nik Aziz ke jd PM?xmungkin.langkah mayat cina2 tu dulu. Ni lah org melayu,sekarg patut kita bersyukur yg menerajui kepimpinan negara org melayu kita,yg akan membela nasib bangsa kita.Usahlah dipisahkan agama dan bangsa.Agama yes! NO 1.. bangsa yes! No 2.. Kalau nk menegakkan agama,tp kepala org cina,org melayu akan ditindas.Bila sekarang melayu memimpin negara,ada pulak org melayu yg menentang.Tu la yg harussani kecewa dgn org melayu ni.Kecewa kerana org melayu juga yg nak jatuhkan org melayu.Kerana apa?Kerana taksub dgn politik.Bagi mereka PARTI PAS no 1,yg lelain sme kapio,komunis.Betul kt muhyiddin yassin, bkn PAS je masuk syurga,undi BN pn boleh msuk syurga.Tu kenyataan.
Pasni CONFIRM, CONFIRM org2 PAS xpuashati.Tu lah sifat org melayu,mana boleh kalah.Kalo kalah bacul namanya ye dak.Tu pasal deme ske berdebat.Kalo debat,boleh tunjukkan AKULAH JUARA!
Cikgu Naruto yang tak habis belajar lagi...
Apakah dengan berdebat semua masalah akan berakhir?
Apakah dengan berdebat juga kita akan ketahui siapa yang layak memerintah negara ke? Kalau PM tak bagus dalam berdebat, maknanya N.Ajis lagi layak memerintah Malaysia? Begitu ke yang cikgu mentah ni fikirkan?
Jawab dulu pertanyaan ini, baru kita bincangkan lebih lanjut.... Cikgu Naruto ye.
Kalau dah tak berani memang banyak songeh UMNO ni...tanda orang yang tak berapa berani
Bukan masalah Debat tu nak memilih pemimpin pun..Kan UMNO kecoh2 pasal Kiasan Nik Aziz jadi gunakanlah debat tersebut untuk buktikan Dakwaan Nik Aziz tu tak betul..
Ini ajak debat je dok pikir nak pilih siapa nak pimpin Negara pulak..
Mana lebih layak...?
kah kah kah ..Layakkah seorang Perdana Menteri yang terlibat berbagai Skandal memimpin Negara..? Sedangkan Seorang Pemimpin bermaruah dia akan membersihkan namanya apabila dituduh berbagai tuduhan dari Media Asing...Itu baru pemimpin Berwibawa..
Hadi Awang Presiden PAS pun pernah difitnah oleh akhbar luar negara..dia lawan dan Menang...so kenapa Najib yang punya Kuasa PM sampai sekarang takut sangat mengambil tindakan terhadap Media biadap tersebut...er ada apa2 ke...?
Tak malu ke korang bila nama Malaysia terpalit bila kes Najib tu di sebarluaskan dalam Media luar negara..Bersihkanlah nama tu..Jangan babitkan nama Malaysia yang ku cintai ini dalam Masalah Najib...
Setakat sumpah semua Penjenayah boleh buat Adik sayang...
Boleh ke kita lepaskan Penjenayah apabila dia bersumpah tak membunuh sedangkan dia memang membunuh..!
Wah kalau dengan sumpah je boleh jatuh hukum apa perlu lagi Mahkamah di Malaysia ni..
Layaknya Nik Aziz atau tak kamu tanya Jabtan Audit Negara..Ingat tak tahun Lepas kelantan adalan terbaik dalam Pentadbiran dan akauntabiliti..?
Ha ha ha Jadi bukan layak dah memang tepat sekali layaknya..
Er Najib tu siapa yang pilih ye..Tun Dolah Kan..adakah dia dapat suara Majoriti Rakyat Malaysia memerintah Malaysia..?
Apasal dalam tinjauan sokongan Rakyat terhadapnya cuma dapat 34% undi je..
He he Naruto tanya silalah jawab dengan berhemah ye...
Cool santai
Mystique
He he he patutlah senang je bila tersebar gambar masa calon BN bukit Gantang dengan awekz Danok boleh pulak kamu cakap Gambar tu superimpos ye...
Bukti tu orang UMNO sendiri yang bagi pun gambar tu memang sah betul..eh tapi biasalah kan UMNO ni maksum mana ada dosa..semua betul sebab tu boleh masuk Syurga sekarang..
Eh..Dulu UMNO tak boleh ke masuk Syurga...
Atau pun Retorik Muhyiddin nak pilihanraya..lepas ni hilang fatwa tu keh keh keh ... Kan dah tiru PAS tu merasuah Syurga dan Neraka...ha ha kena batang hidung balik ke UMNO tu...Dulu mengata PAS je lebih..
wah bila PAS semua betul je...baguslah...
Naruto gembira lah...cool
Mystique
He he he patutlah senang je bila tersebar gambar masa calon BN bukit Gantang dengan awekz Danok boleh pulak kamu cakap Gambar tu superimpos ye...
Bukti tu orang UMNO sendiri yang bagi pun gambar tu memang sah betul..eh tapi biasalah kan UMNO ni maksum mana ada dosa..semua betul sebab tu boleh masuk Syurga sekarang..
Eh..Dulu UMNO tak boleh ke masuk Syurga...
Atau pun Retorik Muhyiddin nak pilihanraya..lepas ni hilang fatwa tu keh keh keh ... Kan dah tiru PAS tu merasuah Syurga dan Neraka...ha ha kena batang hidung balik ke UMNO tu...Dulu mengata PAS je lebih..
wah bila PAS semua betul je...baguslah...
Naruto gembira lah...cool
Post a Comment