Petikan dari: parpukari
Diatas adalah dokumen yang asal Suruhanjaya Reid!
KONTRAK SOSIAL MALAYSIA
1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini
dikenali sebagai Tanah Melayu.
2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat
perkauman.
3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial
Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.
4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani
Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat
hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian
ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai
Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah.
Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh
mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.
5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini
dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan
rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap
sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan
mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di
kebanyakan negara-negara lain.
6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di
bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang,
Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada
Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun
merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan
perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing
ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang
orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak
kewarganegaraan.
7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri
Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan
musuh tradisi mereka.
8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan
gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri,
gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di
kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah
negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan
beberapa daripada mereka ini dibunuh.
9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh
orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan
pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan
kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah
dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.
10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan
Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak
kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.
11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan
ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal
atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu
(Federation of Malaya) yang baru.
12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat
layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru
ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai
daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.
13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya
menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan
agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak
lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.
14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap
lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.
15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan
pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC
(Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan
Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana
kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC
terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti
Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-
kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon
India MIC.
16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA
dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu
daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO
kalah satu kerusi kepada PAS.
17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian
memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut
hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi
kemerdekaan.
18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan
untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan
untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini
berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat
baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general
di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya
dilantik Gabenor Melaka.
19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang
berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan
sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya)
British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat
perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka.
20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk
satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui
kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa
peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama
rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu
dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan
juga termasuk di dalam persefahaman ini.
21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui
sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa
ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka
tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.
22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa
masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga
boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah
menengah swasta.
23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili
parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang
tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama
dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik
sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.
24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di
dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap
yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat
peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan
hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi
tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang
Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.
25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan,
bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan
Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain.
Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat
jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.
26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar
setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama
lain di mana-mana sahaja.
27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman
tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia
dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi
kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi
atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan
di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna
Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu
Mandarin.
28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh
dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai
agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut
tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak
menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun
sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan
dan bantuan tetap diberikan.
29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service)
dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang
diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan
profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak
mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan
-jawatan tersebut.
30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan
Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.
31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan
kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa
yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan
kepada kaum Bumiputera.
32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan.
Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan
Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.
33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif
akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana
Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet.
Amalan British dijadikan contoh.
34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi
Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi
seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak
British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas
Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial
di London.
35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di
mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan
bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu
tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga
tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara
British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara
walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan
Tempatan atau Perundangan.
36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi
merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di
Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui
pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti
politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini
mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di
Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak
menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.
37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan
persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan
yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan
yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya
Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga
kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.
38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung
untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada
kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri
taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan
Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang
Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang.
Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri
Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri
ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan
kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima.
Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.
39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama,
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia.
Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan
kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh
pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.
40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada
kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan
pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya
Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.
41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata
yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada
Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.
42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya
yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu
negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor
yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan
di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat
kontrak sosial ini.
43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial
ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan
Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima
kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai
Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini
mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi
sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam
undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang
kelayakannya dan objektif politiknya.
44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan
terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah
dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.
***********************************************************************
Petikan dari akhbar pada tahun 1965, ini sejarah! Baca dibawah ini..
KUALA LUMPUR, 24 JUN 1965 – Menteri Kerjayara, Pos dan Telekom, Datuk V.T Sambanthan, hari ini telah bertanyakan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.
Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.
Datuk Sambanthan berkata demikian di dalam Dewan Rakyat tadi ketika dewan mendebatkan titah ucapan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.
Di dalam ucapannya selama 45 minit, Datuk Sambanthan telah mengkecam hebat sikap Lee Kuan Yew yang memainkan peranan perkauman di sini untuk kepentingan diri sendiri.
Beliau menuduh Lee Kuan Yew cuba memainkan politik perkauman dengan mengatakan Kerajaan Melayu Pusat cuba menguasai Kerajaan Negeri.
Datuk Sambanthan telah bertanyakan Lee Kuan Yew di mana letaknya logik tuduhannya itu.
Katanya: “Jikalau sungguhlah dakwaan Lee Kuan Yew itu, memang bodohlah pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.
“Jika benar laungan-laungan Lee Kuan Yew itu bahawa Kerajaan Melayu Pusat hendak mengusai bangsa-bangsa lain, mengapa mereka membenarkan bangsa-bangsa asing itu dengan senang saja menjadi warganegara di sini”.
“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.
“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka denga mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.
Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.
Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?” (Berita Harian: 25.6. 19650).
Awekz: Sudah terang lagi bersuluh, segala-galanya sudah tercatat di dalam sejarah...kenapa perlu mempersoalkan kontrak sosial ini lagi...
Fikir-fikirkanlah...
Monday, June 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment