Tuesday, June 23, 2009
Pas dan cerekaramanya!
Gambar dipetik dari blog bro Jeffrey...
Orang Melayu kini mempunyai sebab yang jelas untuk bimbang mengenai kelangsungan pengaruh mereka selaku kaum majoriti.
Kebimbangan itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal apabila, dalam usaha untuk menyatukan kaum sendiri pun parti Pas tunduk kepada tekanan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sedih dengan senario itu, beliau berkata sikap tunduk pada DAP dan PKR seolah-olah menjadikan Melayu seperti golongan penakut.
“Kini rakyat boleh menilai siapa sebenarnya yang berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Siapa pula hanya mementingkan kepentingan politik semata-mata.
“Patutkah kita tunduk kepada pihak lain dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. Adakah mereka akan tunduk sama dalam isu yang berkaitan kepentingan kaum mereka. Tidak, mereka sebaliknya bersatu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.
Malah, pakatan pembangkang hari ini menuduh idea tersebut yang sebenarnya dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai fitnah dan tohmahan jahat UMNO untuk menggugat kekuatan mereka.
Menurut Mohd. Shafie, Pas seharusnya tidak tunduk kepada DAP dan PKR kerana mereka merupakan sebuah parti yang kuat.
Ditanya mengenai tuduhan yang dilemparkan ke atas UMNO, beliau berkata, Abdul Hadi ikhlas semasa membuat cadangan itu dan UMNO memberi reaksi yang positif demi menyatukan orang Melayu.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menempelak pakatan pembangkang berhubung isu itu dengan menegaskan UMNO bukan sebuah parti yang ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’.
“UMNO membuat reaksi demi bangsa dan negara dan tidak lebih daripada itu. Reaksi UMNO ikhlas berdasarkan cadangan Abdul Hadi.
“Tetapi nampaknya selepas wujud bancuhan serta tekanan, Pas tunduk kepada rakan mereka dalam pakatan walaupun idea itu demi kepentingan orang Melayu.
Ketetapan yang diambil oleh pakatan pembangkang itu terbukti menunjukkan mereka tidak ikhlas. UMNO akan tetap mengingati cadangan Abdul Hadi itu sebagai sesuatu yang murni.
Bercakap mengenai perkara yang sama, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan memberitahu, beliau telah menjangkakan pakatan pembangkang akan menolak cadangan Pas.
Bagaimanapun, Pas sebenarnya boleh berdikari dalam isu-isu utama jika ingin meneruskan perbincangan dengan UMNO.
“Pas mempunyai kekuatan sendiri dengan memiliki 23 kerusi di Parlimen serta menerajui kerajaan negeri Kedah dan Kelantan.
Awekz: Alahai PAS, Awekz tertanya-tanya di mana Islamnyer PAS ni, perpaduan dengan orang Islam ditolak, fikirlah elok-elok...nak mempermainkan orang ni jaga-jaga, sok-sok hang sendiri kene main...time tu nak cakap apa...terima je la...tak gitu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Ala, biarkan PAS bersama DAP dan PKR tu. Hari ini seronok berpeluk cium, berlaga pipi sesama sendiri. Bila dah tiba masanya nanti jadi la PAS seperti kambing yang duduk dalam kandang je. Mengembek tiap2 hari. Apa yang DAP + PKR cakap, anggukkan saja. Kan PAS dah jadi "Parti Angguk Saja" sekarang ni.
P/S: Geli hati bila tengok gambar bro Jeffry buat, gambar AnWAR di belakang sekali, ada maksud tersirat tu.....
SALAM A.B.G
PAS BKN PARTI ISLAM..PAS PARTI SELAM!
gambor tuh dah menarik.. tapi . take off the serban lar.. misleading orang mengenai islam..
Salam....Shonzu, tu pasal la Awekz amik gambar tu...tertarik puak-puak PR dibuatnyer...
Jeffrey: kita tunggu dan lihat sejauh mana PAS dapat menyelam atau akan diselamkan...lol...
Anon 2.25pm: Gambo hj hadi xder yg xberserban...macam maner nak take off...kita usulkan pd bro jeffry k...
gambr mcm tu pun ko nak layan,expert bloggers pr ada banyak lagi gambar utk tatapan umno...
YAA BTUL TU DEDAK AYAM!..BYK LG EXPERT PAKAR FITNAH PR YG MANIPULASI GMBAR DS NAJIB & ALTANTUYA SEHINGGA JD BAHAN FITNAH KEHKEHKEH..SENDIRI PIKIRLA BRADERR!! YEHAAAAAAAAA!!!
Dedak bapa ayam AnWAR,
Memang la dalam bolggers PR banyak yang expert bab2 super impose ni, dari tahun 1998 dah diketahui perangai penyokong PAS+PKR yang dianugerahkan kepandaian IT tapi disalahgunakan kepandaian tu. Yang lebih teruk, ada penyokong taraf LEMBU yang percaya gambar2 tu 100% asli, bukan ke tu dah jatuh FITNAH?????
Tapi bagi kami gambar tu sekadar hiasan untuk menggambarkan perangai pemimpin PR, seperti kata N.Ajis, cakap2 dia tu hanyalah kiasan sahaja, tak ada satu pun yang betul. Kami pun tak terpengaruh dengan gambar2 tu, cuma gelihati melihat keBODOHan pemimpin yang dedak sanjungi, itu je.
bro jeffrey and shonzu...biasalah puak-puak PR ni...dieorang nampak salah kiter jer..salah dieorang, buat BUTA saja....
betul kata bro jeffrey n shonzu...puak-puak PR lg pandai memanipulasikan keadaan...bak kata, pandaila dalam segala-galanya...gambar tu untuk menjadi daya penarik...almaklumlah kan...apapun, enjoy dedak!
sekali aku komen dlm blog ni,semua pro umno terkentut dan terberak!!!!apaaa daaa...
allamak jefry...mcm la lu baru dlm seni impose ni....aku cuma rasa ko ni pengikut yg takde pegangan...
alamak dedak...bukan ko ke yang terkentut dan terberak...bukannya aper...ko tu jenis buat kecoh sana, kecoh sini...ramai yang maki ko, ko pun belah la...bertaburan segalanya...dedak-dedak...dari dulu sampai sekarang, memang ko hampeh...
umno tongoi...sama la dengan ko...nak burukkan umno then guna nama umno...ko tu pun memang dasar tak boleh dipimpin...hancuss...
Post a Comment