Tersentuh hati Awekz ketika membaca posting dari page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad ini. Kisahnya semasa Tun menarik diri dari semua jawatan.
Sudah tentu ramai yang sudah mengetahuinya. Kisahnya seperti di bawah dan sudah tentu, sharing is caring bukan?
Ketika Tun Dr Mahathir meletakkan jawatannya, semua orang termasuk isteri dan anak-anak dia tak tahu mengenai keputusan yang mengejutkan itu. Ini kisah Dato Mukhriz ketika itu
Dato Mukhriz ketika itu berada di LONDON, sebelum ke Cuba untuk berjumpa Fidel Castro …“Ketika bapak saya umum perletakkan jawatan, ada seorang sahabat saya call…
“Bapak u letak jawatan!” Mukhriz tanya “Ha?Bila?” Sahabat dia menjawab “Ni la ni, kat dewan tengah kecoh ni, u dengaq tak riuh rendah ni”
selepas itu, Mokhzani Mahathir call saya , “Jap, ni nak pi tarik dia (Tun M) masuk dalam bilik sat”
Mokhzani pas telefon kepada Ayahandanya…
Mukhriz : “Apa bapak umum tadi?”
Tun M : “Bapak letak jawatan”
Mukhriz : “Letak jawatan daripada apa?”
Tun M : “Semua lah, Perdana Menteri, presiden parti”
Mukhriz : “Pasai apa?”
Tun M : “Dah lama sangat dah, 22 tahun cukup kot”
Mukhriz : “Pak, sebenaqnya orang Melayu masih perlukan bapak, bagi tunjuk ajar, nasihat , tunjuk pada depa mcm mana nak berjaya”
*************************************
Tun M : dengan spontan menjawab “Tak, depa dah tak dengaq dah cakap bapak, bapak dah merayu, dah berdoa,dah menangis atas pentas pun, tak jadi jugak, jadi bapak ingat dah cukup kot”
***************************************
Mukhriz : “Tak pe bapak relaks dulu. Fikir masak-masak”
Sejam dua lepas tu , barulah Mokhzani call cakap “Hang relax, teruskan perjalanan hang dulu, nanti hang balik kita cakap ”
__________________________________________
Sahabat, boleh tengok tak, kenapa Tun Dr Mahathir letak jawatan sebenarnya? Kerana , MELAYU tak pernah berubah… Besarnya hati seorang Negarawan ini.
Awekz: Masih teringat-ingat ketika kepimpinan Tun dahulu...siapapun tidak berani mempersoalkan, apatah lagi untuk membuat huru-hara. Tun tetap menjadi Idola saya serta keluarga. Memang benar kata Tun...sampai dulu, kini dan selamanya "Melayu Mudah Lupa"...
7 comments:
sampai dulu kini dn selamanya tun mahatir tetap hebat, tetap di hati, perjuangannya x pernah di lupa, itulah tun mahatir idola ku selamanya....
Anon 11.43am: Betul tu...Awekz setuju sangat...moga Tun masih dapat memberikan sumbangan demi kesejahteraan kita semua...
Yang ini baru kata pemimpin anugerah tuhan...
RKB: Moga akan lahir lebih banyak pemimpin berjiwa besar seperti Tun Dr. Mahathir...pemimpin yang ada sekarang ni, perlu mencontohi beliau...
aku sayang UMNO kini dan selamanya
hanya umno sahaja parti yang membantu org melayu,agama dan negara
miejb
lama jugak tun mahadir jdi PM...
telah bnyak perubahan yg dilakukan oleh beliau
jasamu akan dikenang. diharapkan
pmimpin yg ada masa kini dapat mcontohi
tun mahadir
Sebenarnya Tun M diugut supaya letak jawatan. Walaupon berjam dia bercakap, pihak yg mengugut masih mahu dia letak jawatan, sebab itu dia bagitahu anaknya...
"Tun M : dengan spontan menjawab “Tak, depa dah tak dengaq dah cakap bapak, bapak dah merayu, dah berdoa,dah menangis atas pentas pun, tak jadi jugak, jadi bapak ingat dah cukup kot”
Adakah ini benar hanya mereka2 yg berkenaan yg boleh memberikan bukti.
Post a Comment