Congrats to kepimpinan Melayu dan Islam PR yang masih lagi bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible. Mesyuarat kepimpinan PR telah memutuskan penggunaan kalimah Allah boleh oleh penganut agama Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan. Ada sesiapa yang boleh terangkan kepada Awekz definisi tidak disalah gunakan? Bukankah penggunaan itu sahaja sudah salah. Kenapa tidak dipertahankan penggunaan kalimah Allah hanya untuk agama Islam yang sudah kita ketahui sebagai agama rasmi Malaysia.
Mesyuarat kepimpinan tinggi PR itu dihadiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam satu sidang media, selepas mesyuarat tersebut PAS konsisten dengan keputusan yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 dimana kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa secara tepat.
Awekz: Walau apapun yang diperkatakan, bagi Awekz kebenaran untuk penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian ini jelas mempunyai agenda yang tersendiri. Memang dengan maksud tidak disalahgunakan, Apabila kalimah Allah digunakan tanpa memahami maksud sebenarnya...apakah yang akan terjadi pada generasi masa depan? Wallahualam, fikir-fikirkan...
0 comments:
Post a Comment