skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Wednesday, December 9, 2009

TPM - Nazri terlampau label Tun Dr Mahathir rasis

TOKYO - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis.

Beliau berkata, Dr Mahathir sudah banyak berjasa kepada negara dan masih mampu menyumbangkan idea.

“Jadi hendak menyebut beliau sebagai rasis itu agak terlampau. Dia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) kawan saya juga tetapi tidak tahu kenapa perkara itu terkeluar. Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalah tafsir,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Muhyiddin yang dalam misi perdagangan dan pelaburan khas ke Jepun mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang melabelkan Dr Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan modul kurikulum Biro Tata Negara (BTN).

Dr Mahathir sebelum itu berpendapat kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga perlu merombak modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN dan telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di Malaysia.

Muhyiddin berkata, semua pihak terutamanya pemimpin seharusnya tidak terperangkap dengan strategi pembangkang sehingga berdebat sesama sendiri.

Beliau berkata, adalah lebih berfaedah sekiranya semua pihak mengambil pendekatan kurang bercakap.

“Jadi sebaik mungkin, supaya kita tidak dilihat berdebat secara terbuka, saya rasa tidak perlulah berdebat atau berpolemik mengenai agensi-agensi kerajaan seperti BTN,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sejak berkuasa di beberapa buah negeri, pembangkang mempunyai strategi untuk ‘memperlekehkan’ semua institusi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), institusi diraja mahupun BTN supaya semua rakyat akan buruk sangka terhadap kerajaan dan pemimpin.

“Ini strategi mereka. Selama ini kita tidak berdebat soal-soal begitu. BTN adalah untuk kepentingan negara dan bukan bertujuan membawa kesan buruk kepada negara.

“Jadi kalau kita terperangkap dengan agenda pembangkang, saya rasa ia mungkin membawa kesan yang tidak baik seperti kes ini di mana pemimpin terpaksa berlaga sesama sendiri dan mereka tersenyum sahaja apabila agenda mereka berhasil,” katanya.

Muhyiddin berkata, lebih ditakuti ialah jika ada gerakan tertentu yang dibuat secara halus oleh pembangkang untuk melaga-lagakan pemimpin dan memperlekehkan institusi dan agensi kerajaan.

Beliau berkata, rakyat sudah bosan dengan politiking yang terlalu banyak dan pemimpin sepatutnya menghentikan debat politik dan menumpukan soal-soal yang lebih penting seperti pembangunan.

“Tapi kita kadang-kadang terperangkap dan bergaduh sesama sendiri yang bagi saya ia tidak berfaedah,” katanya.

Awekz: Jika difikirkan, isu BTN ni dimainkan oleh siapa? Pihak pembangkang yang membangkitkan isu ni, tapi sayangnya kita terbawa-bawa dengan isu ini...sehingga menganggu gugat perpaduan bersama...Bagi Awekz, adalah lebih baik dihentikan isu ini sebelum menjadi lebih melarat...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:23 PM

6 comments:

Anonymous said...

salam, cuba tengok http://lydiausm72.blogsapot.com

December 9, 2009 at 1:24 PM
Anonymous said...

SLM A.B.G..NAZRI BOTAK TUNJUK EKSYEN X KENE TMPT!. DIA KENE TENGOK MUKE DIA KT CERMIN DLU. DIA TU SAPE KLU NK DI BANDINGKAN DGN TUN YG DH BYK BERJASA DGN ORG MELAYU. INI LA JENIS MELAYU MUDAH LUPE!

December 9, 2009 at 4:05 PM
Anonymous said...

Salam,

Kenape ni dengan Nazri tu tiba2 nak tunjuk hero puak PKR-DAP_PAS? PELIKK!!
Kenapa orang Melayu, terutama UMNO cepat melatah dengan permainan puak Pembangkang? Kita tak reti bezakan dan BACA ker yang usaha pembangkang ialah nak RUNTUHKAN BN-UMNO dan Melayu Islam..

Kalau BN itu diterajui MCA/gerakan, serangan bertubi-tubi tidak akan berlaku sehebat ini. Tetapi disebabkan UMNO peneraju dan sekian lama membela Melayu dan Islam, sebab itulah mereka akan cuba sedaya upaya melagakan dan merosakkan kita!! Pemimpin UMNO sesentengah ni pun..takkan la ilmu politik musuh tak reti nak baca..atau anda juga telah lemah dalm perjuangan dan menjadi tali barut Pakatan Haram tu??

Setuju dengan Awekz pembangkan sengaja bangkitkana isu ini dan yang bertelagahnya pemimpin UMNO.
Sepatutnya BTN dipertahankan dan diperluaskan pengaruhnya untuk kepentingan negara, bukan jadi bodoh mengikut rentak tarian kurang ajar pembangkang..

Hormatilah pemimpin lama seperti Tun Mahathir, Tun Abdullah walaupun setiap pemimpin ada kelemahan masing-masing tetapi jasa mereka tetap hebat..kita pun tak hebat mana takpayahlah cakap pandai (untuk Nazri)

December 10, 2009 at 3:16 PM
pejuang/// said...

Mahathir memang RASIS. Tan Sri Nazri... pejuang/// sokong segala kata-kata mu kepada MAHATHIR...

December 10, 2009 at 4:03 PM
pejuang/// said...

PARPUKARI PULA ADALAH LIABILITI KEPADA UMNO PERAK...

December 10, 2009 at 4:05 PM
pejuang/// said...

Saudara serta saudari. TSDS Nazri semua kenal, kerana kehebatannya itu sebab dipanggil CHIEF oleh para pejuang pemuda UMNO pada ketika dulu hingga kini. Tapi ingatlah bahawa TSDS Nazri adalah Ketua Bahagian Padang Rengas, Perak. So tindakan Parpukari MENGHINA beliau adalah satu PENGHINAAN kepada Rakyat PERAK. Kenapa kita perlu BERBANGGA dengan bloggers seperti parpukari? MARI KITA NYAHKAN PARPUKARI DARI POLITIK UMNO PERAK.

December 10, 2009 at 10:21 PM

Post a Comment

Newer Post » « Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    AKIBAT INTREGRITI YANG ATOK MUSNAHKAN
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ▼  December (6)
      • Apa nak jadi dengan TGNA ni...
      • Akhirnya...Tauliah jawatan masjid dibatalkan...
      • Status Islam sebagai agama rasmi...
      • Buat semua rakan-rakan bloggers...
      • TPM - Nazri terlampau label Tun Dr Mahathir rasis
      • Pijak memijak!!!
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ▼  December (6)
      • Apa nak jadi dengan TGNA ni...
      • Akhirnya...Tauliah jawatan masjid dibatalkan...
      • Status Islam sebagai agama rasmi...
      • Buat semua rakan-rakan bloggers...
      • TPM - Nazri terlampau label Tun Dr Mahathir rasis
      • Pijak memijak!!!
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.