Pembatalan itu adalah atas titah DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang juga Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAIMP).
Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Dato' Seri Yeop Junior Yeop Adlan memberitahu, satu mesyuarat MAIAIMP akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 22 Disember ini.Faktor berlakunya pertukaran nama pada senarai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid yang telah diperkenankan oleh DYTM Raja Muda dan Mesyuarat MAIAIMP sebelum ini akan dibincangkan dan dikenalpasti.
"Kemungkinan tindakan akan diambil ke atas mereka yang bersalah," kata Dato' Seri Yeop Junior dalam smsnya.
Majlis penyerahan tauliah di Pejabat Agama Islam Slim River yang dijadualkan pada Isnin 21 Disember turut dibatalkan. Ini adalah pembatalan kali kedua selain pada 11 Disember lalu.
Sehingga kini, difahamkan dua majlis penyerahan tauliah telah dijalankan iaitu bagi Daerah Tapah (10 Disember) dan Bagan Serai (16 Disember).
Tindakan menyemak semula senarai berkenaan sudah pasti dapat meredakan kegelisahan rakyat di beberapa daerah sejak beberapa hari lalu yang berasa tidak puas hati dengan senarai baru Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa masjid di kawasan mereka.
Antara daerah dan mukim yang dilaporkan berlaku perubahan teruk adalah Batang Padang (Mukim Slim dan Hulu Bernam), Bagan Serai dan Sungai Siput selain beberapa masjid di Kampar.
Awekz: Ini yang kita mahukan sebenarnya..setiap permasalahan yang timbul dapat diselesaikan secepat mungkin...Setiap masalah pasti ada puncanya, faktor-faktor penyebab...Jangan hanya bercakap tanpa sebarang bukti...BUKTI itu perlu untuk kita menuduh atau menyalahkan seseorang...Fikir-fikirkan!!!
1 comments:
Kami rakyat sangat alu2kan supaya disiasat sebarang penyelewengan yg telah dilakukan oleh Pengarah Jaip dan jika ia adalah benar maka tindakan tegas harus diambil dgn memecat saja orang ini!
Post a Comment