Thursday, August 6, 2009
Ronnie Liu tetap dipertahankan...
Sumber dari Mstar online...
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan menyelesaikan isu penjualan minuman keras - sehingga menyebabkan PAS mendesak Exco Kerajaan Tempatan Ronnie Liu digugurkan, Jumaat ini.
Dalam tempoh tersebut semua exco kerajaan negeri tidak dibenarkan bercakap atau membuat komen tentang perkara tersebut.
Malah, Khalid juga menolak desakan agar Ronnie Liu digantikan dengan orang lain bagi memegang portfolio tersebut.
Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Exco hari ini.
"Langkah ini penting bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat di Selangor," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan petang ini.
Menurut Khalid, kerajaan negeri telah mengadakan dialog umum dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, persatuan dan sektor perniagaan berhubung dengan isu ini.
"Dengan ini kami yakin akan dapat mencapai satu penyelesaian yang munasabah bagi semua kaum di Selangor," katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai desakan PAS Selangor supaya exco kerajaan negeri, Ronnie Liu meletakkan jawatannya, Khaled bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
"Dia (Ronnie) bukan isu dalam menyelesaikan masalah ini (masalah penjualan arak di Selangor)," katanya.
Khaled yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menolak tindakan PAS Selangor itu.
"Oleh sebab itu, mulai hari ini tiada komen yang boleh dibuat supaya memberi masa kepada usaha untuk menyelesaikan isu penjualan minuman keras.
"Saya sendiri akan menyelesaikan masalah ini (masalah penjualan arak di Selangor).
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut Khaled berkata: "Saya akan mencari mekanisma terbaik dan adil untuk kepuasan semua pihak dan keputusan ini telah dipersetujui oleh semua parti".
Semalam, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang iaitu Ronnie Liu ekoran campur tangan
ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.
Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.
"PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.
"PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan," kata Hasan lagi.
Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.
Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor mencdangkan proses penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) terhadap mana-mana Excö atau kakitangannya perlu diiringi oleh seorang penasihat undang-undang.
Khaled berkata, langkah itu bagi memastikan proses siasatan SPRM adalah telus.
"Kita (kerajaan negeri) akan menyediakan bilik untuk mereka (SPRM) adakan proses soal siasat. Kita tidak akan menghalang mereka (SPRM) datang tetapi mereka mesti menghormati syarat yang ditetapkan," katanya.
Awekz: Selagi boleh dipertahankan, tahanlah...esok-esok dah tak boleh tahan..jalan lah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
SLM A.B.G..DAP SEMAKIN NAIK TOCANG BILA KHALID GAGAP DH MULA 'MENYAYANGI' DIRINYA. KITA TUNGGU SELEPAS NI APA LG YG BAKAL BERLAKU JENGG..JENGG...JENGGGG!!
Halo jeffry dan awekz.kau org ni sedar diri ke tk?
memang muka tk tahu malu.
Yg bg lesen buat kilang arak carlsberg di shah alam dan kilang guiness stout di Petaling jaya tu siapa?
Lesen arak ni bidang kuasa kerajaan pusat.
yg jual beer di 7 -eleven perak apa citer.
Cemin muka dululah sblm nk kutuk org lain
Ronnie tu cina.Kafir.apa yg kau nk herankan lau dia mati2 pertahankan penjualan beer.
ni yg pemimpin melayu islam bg lesen , jual arak seluruh negara apa citer?
dah byk kali aku ckp, sebelum kau org kutuk apa yg berlaku di rumah jiran (pakatan rakyat), cermin dan tengok dulu apa yg berlaku dlm rumah kau org sendiri (umno/bn)
sblm kite tegur atau kritik org lain, betulkan diri kite dulu.pastikan kite nk dijalan yg betul atau tk.kalau tk ...maka kite tk layak nk kritik org lain (pas/pkr/dap)
Post a Comment