skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Monday, August 24, 2009

Tamparan di hujung minggu!!!



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur.

Ditanya kemungkinan selepas ini akan ada dakwaan beliau keluar PKR kerana ‘dibeli’ sebagaimana sering dilontarkan oleh pemimpin pembangkang, Radzhi menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti kerana tidak wujud soal dibeli dan tetap menjadi ADUN Bebas.

Menjelaskan tindakannya meninggalkan PKR, beliau berkata “PKR sudah lari dari perjuangan dan telah lama bersabar dengan karenah PKR…hari ini saya merasa lapang dada dan ringan kepala setelah umum keluar PKR. Beban ini telah terpendam lama dalam diri saya. Mereka sudah tidak peduli kepada perjuangan asal PKR” sambil menjelaskan beliau menjadi ahli PKR sejak tahun 1999.

Pada sidang media yang sama Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan pula mengumumkan pembubaran PKR Bahagian berkenaan.DUN Lunas berada dalam Bahagian Padang Serai.


Tindakan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai mendapat sokongan semua jawatankuasa Bahagian parti itu.“Kami mengambil tindakan ini kerana tidak lagi yakin dengan perjungan PKR yang telah lari dari matlamat penubuhan asalnya. Yang amat menyedihkan ialah PKR tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi.“Pimpinan atasan PKR hanya pandai bersandiwara dan mainkan permainan politik peribadi mereka sahaja,” ujar beliau.

Beliau turut mendakwa mempunyai rakaman perbualan telefon seseorang yang menyebutkan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan untuk membuat kekecohan pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Isnin lalu.
Berita dipetik dari Agenda Daily.

Awekz: Jelas dengan tamparan-tamparan di hujung minggu ini, kepimpinan PKR dan yang sewaktu dengannya pincang...Cakap lebih nanti kene bantai lagi, so fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:17 AM

1 comments:

Anonymous said...

Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”

Berhubung kedudukan Sdr Razhi selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, saya yakin YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan akan membuat keputusan yang terbaik selepas membuat pertimbangan sewajarnya. Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan.

Izinkan saya menghimbau peristiwa pada tarikh 15 Disember 2008 yang menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat mula menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan harapan akan wujud sebuah institusi bebas memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Ternyata ada banyak kelemahan yang ketara terkandung di dalam rang tersebut, malahan telah kami perbahaskan dengan sabar agar ianya dapat diperbaiki demi kemaslahatan negara dan rakyat.

Dinukilkan peringatan Sayidina Ali r.a kepada Malik Ashtar ketika berbahas buat menjadi peringatan kepada diri saya dan rakan-rakan ahli Dewan Rakyat semua agar tidak memandang enteng tanggungjawab yang dipikul, kerana sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan bukannya satu keistimewaan.

Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)

Hatta pendedahan saya ketika menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga menemui jalan buntu. Laporan Adun Kulim, Sdr Lim Soo Nee bahawa bekas Menteri Besar Kedah Dato Mahadzir Khalid cuba menyogok beliau dengan jumlah wang sekitar RM 4-5 juta untuk menyertai barisan nasional seumpama mencurah air di daun keladi.

Rakyat turut marah apabila SPRM gagal bertindak terhadap penyelewengan pimpinan umno-bn yang dikatakan memiliki mahligai jutaan ringgit, pembelian pangsapuri mewah menggunakan duit kerajaan negeri dan kemungkinan terlibat menggadai tanah berpuluh ribu hektar kepada negara asing. Timbul pertanyaan kepada rakyat jelata adakah SPRM yang asas penubuhannya untuk berfungsi sebagai sebuah badan bebas dari kongkongan telah menjadi satu lagi perkakas pemerintah?

ANWAR IBRAHIM

SUMBER: http://www.chegubard.blogspot.com/

August 24, 2009 at 7:51 PM

Post a Comment

Newer Post » « Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    AKIBAT INTREGRITI YANG ATOK MUSNAHKAN
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ▼  August (23)
      • Masjid seharusnya dijadikan pusat sebar ilmu dan b...
      • N11-Permatang Pasir...
      • Selamat Mengundi...
      • Video dan Kenyataan Media Yusri Bela Rohaizat
      • Tamparan di hujung minggu!!!
      • Salam Ramadhan...
      • Nak kata orang, diaorang pun sama!!!
      • Penamaan Calon PRK N.11 Permatang Pasir, Penang 20...
      • Pelakon-pelakon di Malaysia!!!
      • NA kata...
      • PR yang tidak ketentuan!!!
      • Al-Fatihah...
      • Anwar Pengkhianat!!!
      • Mencarutkan Islam...Najib arah polis siasat
      • Permatang Pasir...
      • DYMM SULTAN PERAK DAN DYTM RAJA MUDA PERAK DIHINA!!!
      • 7 Wasiat Raja Melayu
      • Ronnie Liu tetap dipertahankan...
      • Penyelewengan YB Rodziah beserta buktinya...
      • Milik siapakah 2 ekor monyet ni?
      • YB Rodziah dan RM375,000...
      • YB Rodziah dah melatah...
      • Apa perlunya GMI...
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ▼  August (23)
      • Masjid seharusnya dijadikan pusat sebar ilmu dan b...
      • N11-Permatang Pasir...
      • Selamat Mengundi...
      • Video dan Kenyataan Media Yusri Bela Rohaizat
      • Tamparan di hujung minggu!!!
      • Salam Ramadhan...
      • Nak kata orang, diaorang pun sama!!!
      • Penamaan Calon PRK N.11 Permatang Pasir, Penang 20...
      • Pelakon-pelakon di Malaysia!!!
      • NA kata...
      • PR yang tidak ketentuan!!!
      • Al-Fatihah...
      • Anwar Pengkhianat!!!
      • Mencarutkan Islam...Najib arah polis siasat
      • Permatang Pasir...
      • DYMM SULTAN PERAK DAN DYTM RAJA MUDA PERAK DIHINA!!!
      • 7 Wasiat Raja Melayu
      • Ronnie Liu tetap dipertahankan...
      • Penyelewengan YB Rodziah beserta buktinya...
      • Milik siapakah 2 ekor monyet ni?
      • YB Rodziah dan RM375,000...
      • YB Rodziah dah melatah...
      • Apa perlunya GMI...
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.