Dipetik dari blog KF...
Masjid wajar berperanan sebagai pusat penyebaran ilmu bukannya tempat memperjuangkan agenda politik pihak-pihak tertentu.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan menyalahgunakan masjid sehingga menimbulkan perbalahan sesama ummah hanya akan melemahkan masyarakat Islam di satu-satu kawasan tersebut.
Elaklah daripada menjadikan masjid tempat perpecahan sebaliknya gunakan sebagai tempat menyemai kasih sayang di kalangan penduduk.Sejajar dengan matlamat menjadikan Perak sebagai pusat kecemerlangan ilmu, masjid wajar berperanan sebagai pusat penyebaran ilmu kepada masyarakat setempat," katanya sempena majlis perasmian Masjid Ar-Rahmaniah di sini semalam.
Terdahulu, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkenan merasmikan masjid tersebut. Hadir sama, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.Baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan Aidilfitri oleh Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) kepada golongan miskin di daerah Manjung.Dalam masa sama, Zambry mahu pihak pengurusan masjid bijak mengatur program masing-masing bagi menarik golongan muda mendekati institusi itu.Selain pihak pengurusan masjid, pemimpin-pemimpin masyarakat juga perlu bekerja sama dalam usaha mengimarahkan masjid terutama di bulan Ramadan.
MASJID HARUS DIJADIKAN SATU TEMPAT YANG BERSIH DARI SEGALA DAKYAH YANG AKAN MEROSAKAN UMAT ISLAM.ITULAH YANG KERAJAAN BN LAKUKAN DIMANA INSTITUSI MASJID HARUS DIHORMATI DAN DIHINDARI DARI SEBARANG PENYEBARAN FITNAH .TAPI BERLAINAN DENGAN MASJID YANG BERADA DIBAWAH PARTI PAKATAN MEMERENTAH.MASJID DIJADIKAN SEBAGAI PUSAT PENGEDARAN RISALAH RISALAH CERAMAH POLITIK PAS.SEPATUTNYA RISALAH BERKAITAN AGAMA YANG HARUS BERADA DIDALAM KAWASAN MASJID.TAPI PAS MENGGUNAKAN MASJID SEBAGAI TEMPAT UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA.INILAH PERJUANGAN PAS DIMANA KEPENTINGAN MEREKA DIUTAMAKAN DARI KEUTAMAAN DAN KEPENTINGAN JEMAAH YANG TIDAK BERKEPENTINGAN POLITIK.
PERGILAH KEMANA MANA MASJID DIMANA PAS ADA KUASA...MESTI ADA RISALAH RISALAH CERAMAH POLITIK PAS.APAKAH PAS TIDAK PERNAH MENGAMBIL INGATAN OLEH DULI DULI SULTAN DIMANA MASJID HENDAKLAH BEBAS DARI SEBARANG KEGIATAN POLITIK....APAKAH PAS TIDAK FAHAM APA YANG TELAH DULI TUANKU SULTAN TITAHKAN ATAU PAS MAHU MENUNJUKAN KUASA YANG MEREKA YANG BERKUASA.....JANGANLAH MASJID DIJADIKAN TEMPAT BERPARTI PARTI DAN BERPUAK PUAK...SEBAGAI PARTI KERAJAAN PAS HARUS MENUJUKAN TAULADAN YANG BAIK PADA RAKYAT DAN JANGAN SESEKALI JADIKAN MASJID SEBAGAI MARKAS PARTI MEREKA.....MASJID ADALAH RUMAH ALLAH..BUKAN RUMAH PAS....JADI RAKYAT MAHU PAS FIKIRKAN PERKARA INI...
Awekz: Kalau UMNO buat kerja yang baik pun disalah ertikan....kalau PAS buat yang baik ker, yang buruk ker...semua korang telan...fikir-fikirkan..
Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
PENGANJUR : KEHADIRAN KEPALA LEMBU SATU MISTERI - malaysiakini
Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.
"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.
Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.
Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…
woit… TAK KAN TAK KENAL MUKA SIAPA YANG MEMBAWA NYA…kah kah kah..
kah kah kah… BUKAN ADA 500 ORANG BERDEMO…kah kah kah…
kah kah kah… ADA 50 ORANG…. kah kah kah..
woit… BUKAN MAT BANGLA… BUKAN MINAH INDON… BUKAN CHINA DOLL… kah kah kah..
woit… TENGOK YOU TUBE…YANG BAWA BUKAN ALIEN DARI PLUTO…kah kah kah…
woit... TAK PAYAH LAH BUAT CERITA HANTU... CERITA MISTERI... kah kah kah
woit… JANGAN LAH BODOHKAN MELAYU… kah kah kah…
kah kah kah… TAK HABIS HABIS NAK BODOHKAN MELAYU…kah kah kah...
sumber: http://tukartiub.blogspot.com/
PERSOALAN KUIL SEKSYEN 19 DAN TINDAKAN PEWARIS
Oleh Khalid Samad
Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.
Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.
Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.
Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.
Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!
Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.
bersambung.....
Bahagian 2:PERSOALAN KUIL SEKSYEN 19 DAN TINDAKAN PEWARIS
Saya menyatakan ‘wakil rakyat’ di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.
Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.
Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”.
Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.
Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.
Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!
WalLahu ‘Alam.
OCPD: VOLATILE SITUATION DID NOT PERMIT POLICE ACTION – - malayian insider
Shah Alam OCPD ACP Noor Azam Jamaludin today explained that the police had failed to act during the cow-head demonstration at the state secretariat because the situation “did not permit” them to do so.
“We saw the situation was not right because we did not want to spark more anger but we will take actions based on other evidences that we have. We will take action based on evidence and against those who have been identified,” Azam said.
The 150-year-old temple was built on a plantation which over the years was developed into housing estates by the Selangor Development Corporation (PKNS). No provisions were made to relocate the temple, which is now in the middle of a Muslim majority area.
Nota :
kuil ini berumur 150 tahun. jika ini umurnya pastilah
telah diwartakan sebagai bangunan artifek warisan.
ianya wajib dipulihara dan dijaga. bukankah ini termaktub
dalam akta warisan.
dimana hilangnya menteri warisan. kenapa lalai?
ini sebahagian dari sejarah bangsa. ini sebahagian
dari ingatan kolektif untuk melahirkan negara
bangsa.menjaga bahan-bahan kuno adalah sikap
cintakan tanah air. bukan hanya mengibar bendera
sahaja sebagai tanda cintakan tanah air.
di mesir – abu simbel – akan ditenggelami oleh ayer
empangan aswan. lalu orang mesir bergotong royong
mengangkat patung abu simbel ini. dipindah ke satu tempat
yang lebih selamat.
abu simbel tempat sembahyang orang mesir sebelum islam.
apakah orang mesir tidak membaca kitab suci Bacaan yang
ditulis dalam bahasa mereka sendiri.
NOTA: UNTUK PENYOKONG UMNO & BLOGGER NI SENDIRI.
KUIL DI SEKSYEN 19 SHAH ALAM WUJUD SBLM WUJUD SHAH ALAM SENDIRI.ASALNYA KAWASAN ESTET GETAH.
KERAJAAN UMNO BN SGOR DULU DAH BELI.DEVELOP JD PERUMAHAN.RUMAH DAH SIAP DIBINA TP KUIL MASIH TK DIALIH.
MASALAH SKRNG ADALAH MASALAH PENINGGALAN KERAJAAN UMNO DULU.
ASAL TEMPAT SHAH ALAM SKRNG INI ADALAH LADANG SUNGAI RENGGAM.
KUOL TU DAH WUJUD LEBIH 100 TAHUN DULU.
YG BUAT DEMO TU PUN BKN PENDUDUK SEKSYEN 23.
ENTAH BANGSAT MANA DITURUNKAN OLEH PEWARIS.
KPD ORG LUAR SELANGOR USAH MELATAH.
JGN MENYIBUK BG KOMEN BERDASARKN AKHBAR ARUS PERDANA.
Benar sama sekali. Kita lihat yang mejadi "champion" kepada inisiatif memadukan orang Melayu sekarang ini adalah UMNO. Tapi, UMNO yang mahu menjuarai perpaduan ini sudah pecah barah banyak kali dalam sejarah mereka bermula dengan penubuhan PAS pada 1952. Selepas tu kita lihat Dato Onn menubuhkan Parti Negara sedangkan Dato' Onn adalah pengasas UMNO dan banyak contoh lain.
Ia bererti perpaduan di kalangan orang Melayu hanyalah mitos. Malahan, selama ini tindakan UMNO menzalimi PAS dan membunuh pimpinan PAS bukan satu tindakan yang mengarah kepada membina perpaduan dan persefahaman sesama Melayu/Islam. Bukankah Ustaz Ibrahim Libya yang dibunuh secara kejam di Memali itu orang Melayu juga?
Hakikatnya, perpecahan di antara PAS dengan UMNO menguntungkan orang Melayu dan menguntungkan Islam. Saya cuma membanddingkan dengan Indonesia yang hidup di bawah orde baru/diktator Suharto selama 32 tahun. Selama itu, Suharto tidak mempunyai pembangkang dan tidak pernah gusar bahawa kerajaan dan kepimpinan beliau akan jatuh.
Apa yang berlaku selama Suharto memerintah adalah perompakan kekayaan Indonesia oleh Suharto, keluarganya dan kroninya selama 32 tahun. Perompakan yang berlaku secara berterusan tanpa henti.
Suharto berani melakukan demikian kerana beliau tiada saingan. Beliau berkuasa penuh sehingga Islam telah dibuang dari administrasi negara Indonesia. Suharto mengedepankan ideologi Pancasila yang meletakkan Islam sebagai anak tiri. Pemerintah Indonesia tidak diizin mengeluarkan wang untuk membina masjid ataupun apa-apa aktiviti keislaman. Malahan nama "Allah" pun tidak diizinkan untuk digunakan dalam masjlis2 atau koresponden rasmi.
Berbeza dengan Malaysia. Walaupun UMNO sekular seperti juga Suharto, tetapi kerana wujud PAS yang mampu menggugat UMNO di kawasan Melayu, maka UMNO tidak berani menghapuskan institusi agama serta amalan keagaaman di dalam pentadbiran negara.
Jika UMNO berani bertindak seperti Suharto, nescaya UMNO akan terhapus di semua kawasan Melayu dan kesemua kerusi Melayu akan pergi kepada PAS. Ertinya, wujud PAS telah melindungi Islam dan institusi Islam di Malaysia. Walaupun PAS tidak pernah memerintah negara, tetapi jasa PAS kepada Islam di Malaysia adalah tidak terhingga.
DEngan kata lain, wjudnya perpecahan antara PAS dengan UMNO adalah satu rahmat kepada Islam dan umat Melayu di Malaysia. UMNO terpaksa berbelanja dengan cukup besar bagi menambat hati rakyat Melayu kerana takut mereka mengundi PAS di waktu pilihanraya. Hasilnya, Melayu di Malaysia tidak semiskin serta sehina miskin di Indonesia. Semiskin-miskin melayu di Malaysia, tiada yang terpaksa makan sampah untuk hidup. Di Indonesia ada.
Berenti lah buat propaganda bodoh, kononnya PAS dengan UMNO mesti bersatu. Kita hanya bersatu dari segi beberapa agenda bersama bukan dari segi tubuh parti dan organisasi.
Berentilah sebar cerita bohong kamu, wahai UMNO
Tulang Besi
salam alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!!
MARHABAN YA RAMADHAN!!!
MALAM KE SEPULUH RAMADHAN!!!
MALAM SEPULUH PERTAMA TERAKHIR RAHMAT ALLAH UNTUK HAMBANYA!!!
DAN SALAM MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
Post a Comment