Untuk perhatian semua!!!
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
1) Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
2) Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3) Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4) Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
5) Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
6) Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
7) Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Awekz: Jadi tunggu apa lagi, renung-renungkanlah dan fikir-fikirkan...
Friday, August 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
hmmmmm
yg letihnya
kerabat raja pun ali baba jugak
tu macam mana pulak
Dalam PR pun ade anon....2 X 5 aje...
Awekz Bkt Gantang, sila ziarah blog saya, http://bumiyang.blogspot.com/
ngehehehe,
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).-kata namakan tanah melayu? cmner leh tertukar ni?(malaysia) dah la bendera lebih kurang amerika je.
2)Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini. - mahathir dah tamatkan kedaulatan kami.
3)Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. - dah x laku,pemimpin sekarang lg junjung bahasa inggeris.
wasiat tinggal wasiat.
takkan melayu hilang didunia,memang la.yang tinggal bnyk yg haprak.
raja2 x perlu sedar semua ni.asal hidup mewah bahgia sudah la.rakyat nak kecoh2 pehal? raja pun x bising.
Awekz kau tolong explain fakta dan statistik kat bawah ini.
Kalau kau tak boleh explain, maka aku anggap kau ahli politik separuh masak.Tak tahu amende.
Sebenarnya UMNO yang lemah bukan melayu.
Sila rujuk fakta dibawah.Lain kali jgn main ikut jer apa yg di ckp oleh media bn.Gunakan akal fikiran sendiri.
Saya tahu org2 mcm kau mana pernah suke membaca sumber alternatif.Malas dan kadang2 bodoh sombong apabila tidak akan mendengar apa yg kami hujahkan.
Yang kau org tahu cuma makan apa yg akhbar dan tv arus perdana sediakan tanpa mengkaji logiknya.
Kedudukan ahli parlimen melayu selepas PRU ke -11 (2004).
Umno 108 + PBB 7 + PAS 7 + PKR 1 = 123 AHLI PARLIMEN MELAYU.
kEDUDUKAN ahli parlimen melayu selepas PRU ke -12 (2008).
Umno 77 + PAS 23 + PKR 20 + PBB 9 + BEBAS 1 = 130 AHLI PARLIMEN MELAYU.
Bermakna tk semestinya sokong umno barulah org melayu kuat.Sebaliknya kau org harus berterima kasih kpd pakatan rakyat.Krn kamilah ahli parlimen melayu lg ramai dr sblmnya.
Utk pengetahuan AWEKZ, jika umno menang 100% pun jumlah ahli parlimen melayu mrk tk kan mengatasi jumlah ahli parlimen melayu dr PKR dan PAS.
Sebabnya Umno dah byk bg kerusi melayu mrk pd MCA.mcm di kuantan.Cina MCA lawan Melayu PKR.
Malah sekurang2 nya 5 kawasan ahli parlimen melayu dr pkr dan pas yang ditandingi, lawannya adalah dr bangsa cina dan india dr BN.
Tp bkn melayu ni tetap mengundi calon melayu dr PR.Antaranya Dr Siti Mariah (PAS-kota raja), Fuziah SAlleh (PKR-Kuantan), Dato Kamarul Bahrin Abbas (PKR - Teluk Kemang).
Salam dari Reformis
ape nie? petik orang laen punya maklumat tapi x kasi credit pon.dah tue bagi separuh2 plak tu.mana ketelusan?
wasiat raja2 melayu dapat dari : http://www.malaysiakini.com/news/110050
ini pulak sambungan dari wasiat 7 raja melayu.
lain kali kalau petik orang lain punya info.bagi la credit.
sambungan...
Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku allahyarham Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, bersempena seminar antarabangsa legasi pemikiran pemikir itu yang bermula Selasa lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.
Menurut Bernama, baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).
Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.
"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda.
Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau "Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi."
"Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda.
Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya adakalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya.
"Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda.
Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.
"Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram," titah Raja Nazrin Shah.
Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.
Syabas saudara yang memetik sumber berita dr Msia kini.
tu lah awekz ingat ni tk tahu amende.Secara khususnya saya boleh katakan daya intelek dan kekuatan tahap pemikiran penyokong pakatan rakyat lebih berpuluh kali ganda jauh bagus dan mantap berbanding pemimpin umno.Apatah lagi penyokong umno yg sekadar budak hingusan.
Org mcm awekz ni lg teruk dr budak hingusan.
Tak de akal utk karang ulasan sendiri dlm blog ni.
Saya cadangkan lbh baik awekz tutup jer blog ni.
lagipun sejak dua hari ni, blog dia aktif sebab org2 kite (PR).Dia dah lama tido.
Saya tahu dia dah tk larat nk pertahankan UNITED MALAY NATIONAL ORGANIZATION.
ELOKLAH KAU TUTUP JE NI BLOG NI AWEKZ
ORG NK BACA BLOG UTK MENIMBA ILMU.BKN NAK BACA BERITA YG KAU CEDOK DR SUMBER LAIN.
DAH LAH CEDOK, PASTU KAU PERENGGAN YANG ADA KEPENTINGAN JE.
PERENGGAN YANG MENYINDIR UMNO KAU GELAPKAN.
DASAR PENIPU
patut la anwar dikata pengkhianat bangsa. depan sultan dia tunduk kepala. belakang sultan dia tunjuk ponggong. balaci2 dia pun dah ditarbiyahkan jadi macam dia jugak.
Post a Comment