
Buang masa sahaja...itulah yang dapat disimpulkan apabila pada hari ini,
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi
sekata dalam isu debat bahawa cabaran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat
secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik PAS dan UMNO
hanya buang masa dan tidak berfaedah.
Menurut mereka perdebatan tidak akan dapat membantu mencapai titik
temu antara kedua pihak dalam isu berkenaan.
Di ALOR SETAR, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata perdebatan antara UMNO dan PAS tidak akan membawa sebarang
faedah malah beliau menganggapnya sebagai hiburan semata-mata.
Dr Mahathir berkata debat di Malaysia tidak sama dengan debat
pemilihan presiden Amerika Syarikat yang banyak memberi faedah
kepada rakyat dan negara.
"Di sini, apabila berdebat kita masuk belah kita, dia masuk belah dia
walaupun ia salah," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas
hasrat Nik Aziz.
Dr Mahathir ditemui selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan
mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat Kedah (MUBARAK) di sini.
"Perdebatan itu hanya membuang masa dan sebagai hiburan sematamata,"
katanya dan sambil menambah wakil rakyat dipilih bukan untuk
menghiburkan rakyat dengan perdebatan yang tidak memberi makna.
Mengenai pilihan raya kecil Manik Urai Julai ini, Dr Mahathir
berkata beliau akan turun membantu BN jika diminta oleh parti.
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini
menasihatkan Pas dan Umno supaya menyelesaikan kemelut antara
dua parti itu secara perbincangan dan bukan berdebat secara terbuka.
Beliau berkata, pendekatan berdebat itu tidak akan membawa kedua
dua parti itu ke manamana jika isu atau masalah pokok yang dihadapi
masyarakat Melayu dan Islam tidak diselesaikan.
"Tak perlulah pendekatan seperti itu (debat terbuka). Adalah lebih
baik kedua dua parti itu duduk dan berbincang apa yang menjadi
masalah sehingga menimbulkan keadaan tidak senang hati di k
alangan orang Melayu.
"Apakah masalah itu ada kaitan dengan agama yang menyebabkan
perselisihan faham dan menyebabkan Umno dan Pas bercanggah
pendapat dan pendirian," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Mesyuarat Agung MCA bahagian Kepala Batas, di sini
hari ini.
Menurutnya, orang Melayu boleh bergaduh dan berpecah belah
kerana agama dan adalah lebih baik keduadua pihak mewujudkan
persefahaman dan tidak berbalah tentang perkara itu lagi supaya
keadaan dalam masyarakat Melayu lebih tenang.
Awekz: betui.betui.betui...lagipun, cakap puak-puak PR ni bukan boleh caya sangat, nanti diorang corner kot lain...BN and UMNO gak yang kene, almaklumlah dieorang ni memang suka baling batu, lepas tu sembunyi tangan...fikir-fikirkan!