Friday, April 3, 2009
Lagi penipuan oleh PKR!!!
Parti Keadilan Rakyat (PKR) benar-benar memperlihatkan sikap
mengelabah dan tidak bertanggungjawab apabila menyiarkan dalam
laman berita rasminya Suara Keadilan mendakwa acara mengangkat
sumpah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,
hari Jumaat dibatalkan.
Kononnya pembatalan itu dibuat kerana Yang di-Pertuan Agong
menolak untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri setelah
menerima perletakan jawatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Cerita karut itu bukan sahaja disiarkan oleh laman lidah rasmi
PKR tetapi melalui perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS)
Adil Net yang diterima oleh mereka yang melanggani perkhidmatan
tersebut.
Menyedari cerita yang disebarkan tidak benar, penasihat PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim mula mengalihkan tumpuan kepada cerita
lain yang berkaitan dengan perlantikan Najib dengan menyiarkan
surat pakatan pembangkang kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan
Agong yang memohon penangguhan perlantikan Najib sebagai
Perdana Menteri.
Cuma persoalan yang timbul kenapa surat tersebut baru disiarkan
hari Khamis sedangkan surat berkenaan bertarikh 28 Mac 2008.
Mungkinkah setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan
Agong dan urusan peralihan kuasa hanya menunggu formaliti sahaja
hari Jumaat, maka Anwar cuba membawa cerita bahawa Yang di-Pertuan
Agong sebenarnya bersetuju dengan permohonan pembangkang melalui
surat yang dibuat pada 28 Mac lalu.
Dapat difahami, isu surat tersebut akan dijadikan satu isu politik
dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong ‘terpaksa’ menerima Najib
walaupun pada awalnya setuju dengan surat pakatan pembangkang.
Skrip seperti ini telah lama digunakan oleh Anwar.
Mengenali cara politik Anwar selama ini, jika surat tersebut
benar-benar sudah ditulis 28 Mac lalu, nescaya pada tanggal
29 Mac surat itu telah pun disebarkan tetapi bagi menutup malu
apabila berita acara angkat sumpah dibatalkan terbukti satu
pembohongan, Anwar cuba menggunakan surat itu pula sebagai
helah baru.
Sementara itu sumber Jabatan Perdana Menteri memberitahu
Agendadaily, setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang
di-Pertuan Agong, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd
Sidek Hassan telah mempersiapkan semua dokumen berkaitan
dengan urusan serah tugas yang akan berlangsung hari Jumaat.
Malah, persiapan acara mengangkat sumpah jawatan Perdana
Menteri baru juga telah disiapkan di Istana Negara dan
semua yang berkaitan telah menerima surat rasmi bagi maksud
majlis mengangkat sumpah berkenaan.
Sumber itu memberitahu, apa yang cuba dibuat oleh PKR adalah
kerja orang yang tidak waras dan kemuncak kepada beberapa
siri pembohongan parti itu.
Malah menurut sumber itu, apa yang dilakukan PKR itu boleh
difahami kerana PKR khususnya penasihat parti berkenaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak ’sedia’ untuk
berhadapan dengan Najib sebaga Perdana Menteri baru.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden UMNO,
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketika mengulas mengenai
penyebaran berita palsu itu menyifatkan penyebaran SMS
tersebut merupakan tindakan hilang akal pembangkang yang
terdesak dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil sekarang.
-2/4//2009
Awekz: Janganlah puak-puak PR meroyan pulak sebab yang menjadi PM
ke-6 bukan dari puak-puak PR...ok...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kasihan dia...kasihan dia..kasihan dia..kasihan dia..gigit jari lor...blom ada rezeki jadi pm... aljuburi hanya akan jadi pm kalu ditakdirkan kalu tidak..maka tidak lah sampai mati pun...terterap la kamu...
'ANU'WAR DUK TEPERAP DLM BILIK MKN ATI BERULAM 'JEMBU'
korang nie bercakap kadang2 mcm tak pakai akal...kan nie name die perang psikologi...2 pasal korang tak leh jadi ahli politik..kalau ahli politik die akan cakap ape???? sesuatu yg memalukan untuk umno yg memerintah negare bagaikan seorang petinju yg menjadi jagoan selame 50 tahun ingin bertumbuk dengan seorang kanak2 yg setahun jagung...sudahlah berumur setahun jagung,diikat pula kaki tangannye...mane taknye..umno yg mempunyai segale kuase media massa,surat khabar,umno itu sendiri,dan segale mcm kuase..takut ngan akhbar parti pembangkang..lailahaillallah..mengucap beb.. 2 pasal orang tak suke umno..ko tengok tv 3,4 hari nie..tv 1,tv2,tv3..boleh dipanggil tv umno..1 jam berite..45 mnt umno..tak malu ke..ko lwn budak lah..tapi kan malu andainye budak yg setahun jagung nie menang besok...di ikat tangan nye..menang lak 2..kesian umno...yg paling dikasihani..mase pilihanraye le nampak muke2 perasuah dan pemakan2 duit negare nie..lepas abis..batang idung pun tak nampak..kesian..rakyat dah 50 tahun kenal dacing nie...zaman sekarang org pakai dacing semue pembohong..moden skit lah beb..org dah pakai timbang digital lah..jgn marah aaa..
man man...kalau dh tau perang psikologi...janganla kita mengata sesama sendiri...ini macam puak-puak PR boleh buat...puak BN and UMNO xblh buat...mana aci mcm ni...tak gitu man...
man............ko sndri yg kata perang psikologi!!! pandai ckap!! tp bengap mcm kayu api!!! kalo dh jd pemerintah mmg smua nagara mcam 2...cuba bgtau kat aku negara mana yg xmcm 2???? pandai politik konon!!!tp lepak dlm blog jer!!! lpas 2dgar ccakap bodoh anwar ibrahim yg tenggelam punca!!! pengikut PR ni yg trutamanye yg berBIN kan ANWAR ibrahim smuanye akai xde!!! kena kencing kat muka sronok!!! APA KORANG PR BLEY WAT WALAUPUN MENANG D3 TMPAT NI???? apalg temberang anwar yg dia ada RAHSIA nk bgtau sgt2!!!konon lpas menang 3tmpat ni,KALO KALAH jwb ANWAR ...I WILL POSMOTERM BUNTUT U ALL DULU!!!!
doakan malaysia selamat dari puak-puak pkr ni...diaorang dh trtutup mata hatinya ...
Post a Comment