Setakat jam 11 pagi, pondok panas BN menjadi tumpuan
pengundi di DUN Trong dalam parlimen Bukit Gantang.
Tinjauan petugas BN mendapati pengundi sejak awal
pagi telah berpusu-pusu datang ke pondok panas BN
untuk mendapatkan kertas mengundi.
Ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Bukit Gantang,
Mohamad Saadin Yusof berkata, Trong merupakan kubu kuat
BN sejak sekian lama.
“Kami menganggarkan lebih 20 peratus dari kira-kira
11,000 pengundi dalam DUN Trong telah keluar mengundi.
“Matlamat kita ialah untuk menambah undi majoriti
berbanding pilihanraya umum lalu,” katanya ketika
dihubungi hari ini.
Dalam pilihanraya umum lalu calon BN Datuk Rosli
Husin mengalahkan calon PAS Norazli Musa dengan
majoriti 916 undi.
Sementara itu, timbalan ketua Umno bahagian,
Kamarulail Sulaiman berkata, proses pengundian
di Bukit Gantang setakat ini berjalan lancar.
Katanya, pihaknya tidak menerima sebarang laporan
mengenai kejadian yang tidak diingi.
“Cuaca baik tetapi pengundi perlu keluar awal untuk
mengelak kemungkinan berlaku hujan pada sebelah petang,”
katanya.
Awekz: Diharapkan keadaan ini dapat dizahirkan kepada undian...
Insyallah kemenangan akan berpihak kepada BN...
Tuesday, April 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
ALHAMDULLILAH... JGN LUPE UP-DATE YE :-)
Post a Comment