YAB DS Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan sesi "Mari Berjumpa, Mari Berhubung" sebagai pendekatan beliau untuk berjumpa dengan rakan Facebook serta Twitter. Apa yang Awekz lihat, sambutan yang diberikan kepada program cetusan idea PM kita ini amatlah memberangsangkan dan sesungguhnya Awekz amat berbangga dan tanpa segan silu mengaku bahawa Awekz juga telah mendaftar untuk mengikutinya jika ada program itu di Perak nanti.
Tidak kurang juga di Perak, apabila YAB DS Dr. Zambry turut mengambil pendekatan yang serupa dengan memperkenalkan sesi teh tarik sebagai alternatif terbaru untuk bersemuka dengan mereka yang berkomunikasi dengannya menerusi media sosial interaktif Facebook dan Twitter. Mengulas lanjut mengenai sesi teh tarik yang bakal diadakan buat pertama kalinya pada 10 April ini, mungkin pertemuan secara bersemuka membolehkan mereka berkongsi sesuatu idea ujar YAB DS Dr. Zambry Abd. Kadir.
Awekz: Tahniah diucapkan di atas pendekatan yang lebih mesra rakyat ini dan semoga dengan adanya pendekatan sebegini, lebih banyak masalah rakyat dapat didengari dan diambil kira serta lebih banyak idea baru dapat dicetuskan dalam memangkin kemajuan Perak seterusnya Malaysia itu sendiri...Fikir-Fikirkan...
0 comments:
Post a Comment