Tahniah kepada kedua-dua calon yang telah diplih dalam membawa nama BN untuk rakyat di Merlimau serta Kerdau. Sekadar mengungkap kata-kata TS Muhyiddin Yassin semasa hari penamaan calon tempohari, "Inilah calon yang terbaik, calon yang diterima semua, calon ini banyak pengalaman dan calon yang disebut `the most winnable candidate’” Beliau bukan saja dipilih untuk memastikan kemenangan tetapi mampu memberi kejayaan yang cemerlang. Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih sebagai calon BN bagi PRK DUN Kerdau.
Begitu juga di Merlimau, `the most winnable candidate’, AJK Bahagian, Roslan Datuk Ahmad, 44, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. Pemilihan beliau adalah berdasarkan merit, rekod pengalaman dan dikenali masyarakat.
Awekz: Semakin menghampiri hari penamaan calon, Awekz yakin semua pihak yang terlibat sudah mengerakkan jentera masing-masing bagi membantu kedua-dua PRK yang akan dijalankan. Apapun, semoga calon yang dipilih akan dapat meneruskan kemenangan BN dan SELAMAT BERTUGAS kepada semua jentera yang terlibat baik di Merlimau juga di Kerdau!!!
0 comments:
Post a Comment