Pendekatan yang digunakan adalah melalui saluran media elektronik melalui stesen radio PerakFM iaitu Program "Deme Tanya Pak Ngah Jawab" pada setiap hari Selasa.
Sehingga ke hari ini, sebanyak 505 aduan daripada 610 yang telah dikemukakan berjaya diselesaikan. Baki aduan yang belum diselesaikan akan diambil alih oleh Pusat Khidmat Barisan Nasional yang diketuai oleh Datuk Lee Kon Yin.
Datuk Hamdi Abu Bakar selaku Ketua Penerangan Kerajaan Negeri berkata, sebahagian besar aduan dikemukakan rakyat menerusi panggilan telefon secara langsung dan ada yang dikemukakan menerusi surat serta laman web sosial Facebook. Ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa komited menangani masalah rakyat, sekaligus mengurangkan halangan birokrasi.
Terkini, YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir dijangka akan menjawab segala aduan menerusi panggilan telefon yang diadakan secara langsung di Dewan Bandaran Ipoh di sini pada jam 9 pagi 1 Mac ini. Sesi dialog secara bersemuka dengan orang ramai akan bermula jam 10 pagi hingga 1 petang.
Awekz: Walauapapun yang kawan-kawan nak komen tentang isu ini, juga pada mereka yang mengatakan Awekz ni mengipas untuk UMNO dan BN sedarlah bahawa Awekz cuma menyatakan pendapat. Usaha yang baik ini tidak seharusnya dipandang hina sebaliknya sebagai anak Perak, Awek bangga!
Terima kasih semua!!!
0 comments:
Post a Comment