Tahniah Awekz ucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak kerana mengiktiraf usaha murni yang telah dibuat oleh Ipoh Specialist Hospital dengan mewujudkan pusat perlindungan bayi pertama di negara ini. Tidak lupa juga kepada Ipoh Specialist Hospital dengan idea yang direalisasikan ini...
Sehubungan dengan itu, Exco Kanan Datuk Hamidah Osman menyeru orang ramai tidak memandang serong penubuhan pusat tersebut kerana tujuan utamanya adalah untuk menangani masalah buang bayi yang semakin berleluasa pada ketika ini. Katanya kewujudan pusat ini sekaligus dapat menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.
Matlamat utama Ipoh Specialist Hospital adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi dan bukan untuk mengesan dan menangkap si pembuang bayi. Pusat perlindungan bayi ini juga diletak berdekatan pintu masuk hospital bagi memudahkan bayi ditinggalkan di pusat berkenaaan.
Ianya akan menyediakan penjagaan sementara sebelum bayi diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak untuk proses penjagaan selanjutnya.
"Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dimana bayi-bayi yang diserahkan kepada hospital ini akan diberi rawatan sepenuhnya sebelum ia diserahkan kepada pihak JKM," katanya.
Awekz: Diharapkan program ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang negatif kerana objektifnya adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa serta mengurangkan masalah buang bayi yang semakin berleluasa...Tahniah diucapkan sekali lagi atas inisiatif ini...
0 comments:
Post a Comment