Pergerakan Pemuda Umno Perak akan  menghantar memorandum kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya  menarik balik gelaran dan pingat yang dianugerahkannya kepada anggota  Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Saudara Maslin Sham Razman berkata Adun  Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Adun Sitiawan  Datuk Ngeh Koo Ham didakwa tidak menghormati institusi Diraja dan  kemuliaan DUN.
Katanya tindakan  melampau pembangkang itu dapat dilihat ketika persidangan DUN apabila  mereka mencetuskan kekacauan sehingga mengganggu perjalanan sidang dua  hari itu. "Memorandum itu yang  akan diserahkan selepas solat Jumaat di Istana Kinta esok itu dan Pemuda turut disertai Pemuda BN, NGO serta  penyokong kerajaan".
"Perbuatan  membuat poster, mengejek dan mencela sehingga mencetuskan kekacauan dan  mengeluarkan kenyataan berunsur jahat kepada polis adalah kelakuan  terburuk," katanya kepada pemberita di sini hari Khamis. Beliau berkata sikap Adun pembangkang itu  juga dilihat seolah-olah mengajak rakyat untuk membenci Sultan Perak dan  tidak menghormati keputusan baginda melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul  Kadir sebagai Menteri Besar. Pergerakan  itu turut menyifatkan tindakan Adun Kuala Sepetang Tai Sing Ng yang  mengacah untuk memukul Zambry dengan fail dianggap sebagai satu tindakan  ganas dan liar.
Saudara Maslin Sham  turut mendesak Speaker DUN Datuk R.Ganesan selaku Pengerusi Jawatankuasa  Hak dan Kebebasan Dewan Negeri mengambil tindakan tegas terhadap  pembangkang dan berharap rakyat dapat melihat tindakan itu yang  mementingkan kepentingan peribadi dan bukan berjuang untuk rakyat  seperti yang diwar-warkan mereka.
Awekz: Awekz rasa jika dilucutkan, akan jadi pengajaran untuk semua ADUN agar tidak bertindak sesuka hati. Fikir-fikirkan... 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

2 comments:
Saya sokong dan berharap Sultan Perak ambik tindakan yang tegas terhadap Nizar derhaka dan Ngeh durjana. Memang kelakuan mereka macam binatang. Memang patutlah sultan cabutkan gelaran datukshipnya supaya jadi teladan kepada pembangkang-pembangkang yang lain yang biadap sangat tu. Tau takut bila budak UMNO suroh tarik gelarannya, nampaknya muka dia pucut kat TV3... hehehe!!!
aik? orang lain yang kasi, orang lain yang sibuk? huahuahua umno... dulu kini dan selamanya dengki, busuk hati...
Post a Comment