Friday, November 13, 2009
Siapa yang ABROAD TECHNOLOGY taja?
Lepas satu-satu isu yang tersebar dapat dibuktikan...Awekz memang respek la pada semua pihak yang dapat merungkai isu-isu masalah puak-puak PR ni...ABROAD TECHNOLOGY? Syarikat apakah ini? Apakah yang ditaja? Jeng! Jeng! Jeng!
Awekz dapat artikel ni dari blog bro promelayu
Dengar-dengar cerita, syarikat yang ingin menghantar Nik Aziz untuk mengerjakan ibadah haji adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd, syarikat ini mendapat hak ekslusif memasang Billboard di seluruh Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Tak salah memang tidak salah bila menantu menaja pak mentua menunaikan Haji. Tapi masalahnya bila duit yang ditaja bukan dari poket Ariffahmi yang menerajui PMBK tetapi dari Abroad Technology.
Apa kaitan Abroad Technology dalam hal ini? Abroad Technology adalah syarikat yang diberi hak ekslusif oleh PMBK untuk pemasangan Billboard di seluruh Negeri Kelantan.
Pakej yang telah diberi oleh Abroad Technology ini berharga RM65,000 satu kepala kepada Nik Aziz dan keluarga. Yang akan mengikuti rombongan haji tajaan syarikat yang telah disebut di atas tadi ialah, Nik Aziz dan isteri, Menantu Nik Aziz (Ariffahmi) dan isteri, setiausaha sulit Nik Aziz beserta dengan Nordin (tuan punya Abroad Technology) dan isteri. Kesemua pakej rombongan diatas dibuat bayarannya melalui TH Travel Sdn Bhd!
Apa boleh kita BAHASAkan dalam urusniaga ini? SEDEKAH? SUMBANGAN? atau RASUAH? takan kita nak samakan ini seperti. Apa yang dibisikkan ke telinga pejuang///, sistem ini TG Nik Ajis melebelkan sebagai membalas BUDI-BAIK.
Info ini telah diberi oleh YB Dato Alwi Che Mat yang merupakan Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Dato Alwi juga mempunyai semua dokumen-dokumen berkenaan seluruh urusniaga ini. Nantikan pendedahan seterusnya!
Awekz: Apa lagi...fikir-fikirkanlah, nak cakap banyak pun tak guna...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Berita terkini nik ajis dah membatalkan pemergiannya ke mekah...so nanti boleh laa reramai penyokong pas nunggu nak ambik selipar dia pulak..nak ambik berkat tu..awek apa macam kalau kome pulak jadi pengedar selipar untuk diedarkan kepada PAS kelantan..
Post a Comment