skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Monday, November 23, 2009

Akhirnya Menantu Nik Aziz letak jawatan!!!



Akhirnya...Betulkah dengan apa yang Awekz dengar ni....Akhirnya, menantu TGNA yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Awekz: Tak perlu nak cover-cover line lagi...nak cover macam mana pun, tetap akhirnya akan terbongkar...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:38 PM 2 comments

Sunday, November 22, 2009

Indeks Jenayah Menurun di Perak...




Datuk Zulkefli Abdullah Ketua Polis Perak bersama YAB Dato' Seri Dr Zambry. Pakatan dan penyokongnya selalu merendah-rendahkan KP Perak itu dan sanggup hina beliau, tetapi beliaulah yang berjaya memastikan kadar indeks jenayah turun di bawah paras 1 peratus.


Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri berbanding lima peratus di bawah pemerintahan pakatan pembangkang selama 11 bulan.

Penurunan indeks jenayah ini menunjukkan keberkesanan pihak polis menangani usaha mencegah dan membenteras kegiatan-kegiatan jenayah. Menteri Besar Dr Zambry Abd Kadir berkata ini menunjukkan kecekapan serta keseriousan polis.

“Polis adalah sahabat rakyat dan bukannya musuh seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak,” katanya ketika merasmikan program pecah tanah Balai Polis Pangkor yang bernilai RM27 juta.

Akhir-akhir ini pakatan menggambarkan polis sebagai penghalang demokrasi semata-mata kerana bertindak mencegah rusuhan dan demonstrasi yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang. Kejadian 7 Mei, 2 Sept dan 28 Okt lepas, apabila pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang cuba menimbulkan huru-hara, digambarkan sebagai tindakan polis menghalang kebebasan rakyat.

Soalnya apakah polis mesti mengizinkan pembangkang bebas berdemonstrasi dan menimbulkan huru-hara baru dikatakan pasukan itu bebas? Adakah semata-mata kerana polis mahu mewujudkan keamanan, ia dituduh sebagai bersengkongkol dengan UMNO dan BN.

Cuba bayangkan jika pasukan polis membenarkan tindak-tanduk yang menjejaskan keamanan – demonstrasi dan berguling-guling atas jalan (seperti yang dilakukan oleh PAS pada DYMM Sultan Perak di Kuala Kangsar pada Februari lepas), siapa yang akan menjadi mangsa? Tentunya rakyat.

Sebenarnya polis yang banyak bersabar dalam menangangi karenah pakatan pembangkang. Pada 28 Okt lepas Nizar Jamaludin merampas topi polis dari kepala seorang pegawai kanan ketika beliau cuba mewujudkan huru-hara di luar bangunan SUK.

Sehingga sekarang tiada sebarang tindakan dan pendakwaan yang dibuat terhadap bekas Menteri Besar itu. Adakah kerana beliau seorang pemimpin pakatan, maka tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadapnya?

Begitu juga bila Sivakumar mencuri jubah speaker Kerajaan Negeri beliau tidak ditahan malah mengingkari perintah polis untuk hadir memberi keterangan di balai. Mungkin kerana tindak-tanduk yang tidak menghormati undang-undang seperti inilah yang menyebabkan indeks jenayah di bawah paras 1 peratus. Jika tidak ada karektor seperti Nizar dan Sivakumar pasti Perak boleh mencapai indeks jenayah sifar.

Awekz: Tahniah pada kerajaan BN di atas pengurangan kadar jenayah ini...diharapkan Perak akan bertambah maju jaya seperti moto negeri Perak - Perak Aman Jaya
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:55 PM 0 comments

Keretakan yang semakin hari terbukti!!!



Keretakan yang semakin hari semakin jelas...semakin terserlah dan sudah terbukti! Itu yang dapat Awekz simpulkan dengan berita-berita yang selama ini selama ini cuba disembunyikan menjadi nyata.
Dalam membuktikan bahawa siapa yang benar dan siapa yang salah apabila kepincangan demi kepincangan yang berlaku dalam pakatan campuran terdedah.


Terkini, khabar angin bertiup kencang bahawa Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan.Dikatakan bahawa tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Walaubagaimanapun, Nik Aziz cuba menyembunyikannya.Belum lagi ditambah dengan pertelingkahan dalaman PKR hingga dikatakan Penasihatnya, Anwar Ibrahim semakin risau ekoran kepercayaan dari kalangan ahlinya termasuklah para wakil rakyatnya mula pudar.

Pastinya, ramai ahli-ahli dalam pakatan pembangkang tersebut sedar bahawa segala janji-janji yang diluahkan ketika penggabungan antara tiga parti PAS, DAP dan PKR yang bertentangan idealogi semasa mahu menghadapi pilihan raya umum lalu hanya palsu belaka.Masa yang berlalu menjadi bukti bahawa bukan hanya tingkah laku para pemimpin atasannya malahan wakil rakyat yang diberi kepercayaan menerajui kawasan masing-masing juga turut hambar dan gagal melaksanakan tanggungjawab.

Lantaran itu, apa lagi yang mahu dilakukan selain daripada meninggalkan sahaja parti yang lebih banyak mengkhianati rakyat daripada membantu dan membina masa depan cerah.Kesedaran masyarakat dan ahli-ahli dalam pakatan campuran semakin terserlah lantaran tindakan para pemimpin atasannya yang bukan sahaja gagal menunaikan janji malahan tidak melaksanakan amanah parti dan rakyat termasuklah sanggup menggadaikan prinsip dan idealogi asal.



Awekz: Tak cukup lagi ke bukti-bukti yang dah keluar dari sehari ke sehari...bangunlah wahai kawan-kawan yang  masih lagi tidur dengan menyokong PR...nak tunggu apa lagi...fikir-fikirkanlah!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:26 PM 2 comments

Friday, November 20, 2009

Nak kata apa lak lepas ni!

Sana sini di blog-blog pro pr...rata-rata menimbulkan isu Pusat pengedaran arak di buka berhampiran Kg. Melayu Sg. Rapat...sudah pastinya, mereka menyalahkan UMNO dan BN lah tambahan pula dikatakan bangunan tersbut adalah di bawah DUN Sg. Rapat...

Terbaru yang Awekz dengar, setelah semakan dibuat, untuk membuka pusat pengedaran seperti itu tidak memerlukan lesen atau permit dari mana-mana pihak. Bagaimanapun, kelulusan untuk membina bangunan itu diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada 30 Disember 2008.

Bangunan itu terletak di bawah DUN Pinji, Parlimen Ipoh Timor dan bukan DUN Sg Rapat seperti yang didakwa oleh blogger-blogger PAS itu. Ia juga tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk meletakkan papan tanda.

Awekz: Lepas penjelasan ini dibuat...apa lagi lah yang akan dikatakan...Kesimpulannya terlalu mudah, jangan sesuka hati nak menyalahkan orang lain...dah kena batang hidung sendiri, apa nak kata...jawab lah!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:02 PM 7 comments

Anwar Ibrahim serta kepakarannya!

Sumber: http://pkrpasdap.blogspot.com/




BEKAS Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, Anwar Ibrahim tidak tahu sangat mengenai ekonomi. Anwar Ibrahim hanya tahu bercakap sahaja.

Kata Tun, semasa krisis ekonomi 1998, Anwar Ibrahim beria-ria menggunakan perkhidmatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dimiliki oleh Yahudi untuk membantu memulihkan sistem ekonomi Malaysia. Malah Tun menyindir mereka yang menggunakan khidmat Anwar Ibrahim untuk menguruskan ekonomi setanding bayaran yang diberikan, iaitu RM1 sahaja.

Pada pendapat abe MIE, Anwar Ibrahim seorang pakar dalam semua bidang. Kepakarannya mengatasi kehebatan doktor falsafah atau PhD yang dimiliki oleh 11,000 graduan dari seluruh universiti di Malaysia sejak 30 tahun.

Anwar Ibrahim memang seorang arif atau pakar dan profesional di dalam pelbagai bidang, buktinya;

1. Pakar penipu-kata sanggup membela penduduk Kampung Buah Pala (satu contoh sahaja).

2. Pakar pembelit-maksudnya esok cakap lain, lusa cakap lain, tulak cakap lain, tuling cakap lain...

3. Pakar merosakkan PAS- menghantar ejen untuk menjatuhkan Haji Hadi dan kuncu-kuncu yang menyokong perpaduan Melayu dan pejuang Islam.

4. Pakar Merosakkan Demokrasi- mahu wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak lompat parti untuk menubuhkan kerajaan 16 September. Bila ada lompat parti dari Pakatan ke BN, dia kata itu tidak elok.

5. Pakar Kaunseling- Merosakkan pemikiran Nik Aziz dengan agenda yang tidak boleh dilaksanakan misalnya menyokong Anwar menjadi PM Malaysia.

6. Pakar Meliwat- Malas nak cerita. Tanya Saiful Bukhari lah.


7. Pakar Perempuan- Merosakkan bini dan anak dara orang semasa menjadi TPM pada satu ketika dahulu.

8. Lawyer Terhebat kepada Azmin Ali.

9. Pakar agama- sentiasa menjadi iman kepada pengikut PKR dan PAS. Anwar juga sentiasa berkhutbah dan menyuruh kita mencegah keburukan dan melakukan kebaikan. dalam kehidupan seharian Kata Anwar, kita perlu jauhi zina kerana ia boleh membawa ke jalan kebinasaan.

10. Profesional dalam bidang Perubatan- menggunakan pelincir untuk meliwat.

11. Pakar Merosakkan Islam- memberi sokongan kepada Lim Kit Siang dan beberapa NGO yang menyokong supaya penggunaan dan terjemahan Kitab Bible di dalam Bahasa Melayu.

12. Pemidato teragung- isu yang dicadangkan ialah menghina keperibadian Najib Tun Razak.

13. Pakar Saman- Menyaman- Bila Anwar Ibrahim hina orang dan membuat fitnah, ia dikatakan amalan 'kebebasan bersuara' tetapi apabila orang memberitahu yang dia pengkhianat bangsa dan agen Yahudi, Anwar nak saman orang pula.

14. Pakar Dalam Bidang Kehakiman- membela Azmin Ali dan memberitahu anak emasnya itu tidak bersalah sedangkan siasatan belum dilakukan.

15. Pakar IT- Memburukkan orang lain dengan teknologi maklumat terutama dalam ruangan blognya.

16. Pakar Komisen Judi- menerima komisen dari Magnum berjuta-juta. Bermain judi, habuk, mana tahu. Minta komisen aje tahu.

17. Pakar Perparitan- sebab itulah Permatang Pauh sering dilanda banjir. Di lain-lain kawasan pun dilanda banjir sebab tidak melantik Anwar Ibrahim sebagai pakar dalam bidang ini.

18. Profesional Perguruan- memberi nasihat kepada anak didik supaya mendengar kata-kata guru di sekolah, tidak melawan cakap guru, hormat kepada ibu bapa yang memberi kita makan, minum dan selalu mendengar nasihat orang tua. Jangan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa kerana berdosa.

19. Pakar dalam bidang pertahanan- tidak bersetuju mengenai pembelian kapal selam sebaliknya Malaysia boleh mempertahankan diri dengan hanya menggunakan bot-bot atau sampan nelayan yang digunakan untuk menangkap ikan. Ini menjimatkan kos dan perbelanjaan kerajaan.

20. Usahawan Berjaya dan Jutawan Internet- Itu ketika menjadi Timbalan PM dan ketika menganggotai UMNO. Sekarang sudah menjadi jutawan bankrap atau muflis.

21. Profesional Malay Linguistik- banyak mengajar pemimpin Pakatan supaya menyebut bahasa Melayu dengan betul. Antara anak muridnya yang berjaya ialah Khalid Ibrahim (menteri Besar Selangor) dan Nik Aziz Nik Mat (MB Kelantan). Kedua-dua mempunyai keistimewaan tersendiri, seorang gagap dan seorang lagi terlalu menggunakan loghat kampung.

22. Jurutera Minyak Petrol- akan menurunkan minyak petrol sehingga 50% dan akan menaikkan minyak lintah juga sebanyak 50%. Jika bai'ah, pemimpin PAS dan PKR boleh kahwin lain macam Ustaz Akil Wassini. Moto Bai'ah- kalau isteri pertama merajuk, ana kahwin dua. Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga. Kalau tiga-tiga merajuk, ana cerai semua, ana kahwin muda.


Kata abe MIE dalam blog nyer - Jangan pandang rendah pada kebolehan Anwar Ibrahim kerana Anwar bukan sahaja mampu mengurus ekonomi negeri Selangor dengan bayaran RM1 sebulan, bahkan memiliki 22 kepakaran di mana Tun Dr. Mahathir pun tidak mampu menandingi Anwar Ibrahim pujaan hati ku.



Awekz:Fikir-fikirkanlah!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:16 AM 0 comments

Tuesday, November 17, 2009

Bukti pemilikan saham dan wang Azmin-isteri : Bekas Setiausaha Sulit Anwar “ pecah lobang”










Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998), Anuar Shaari pagi Selasa serah salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin kepada Bahagian Jenayah Perdagangan Polis di Kuala Lumpur.
Dokumen saham bersama Azmin dan Shamsidar ( waktu Azmin berkhidmat dengan Anwar ) bernilai RM2 juta manakala penyata bank Shamsidar bernilai RM 8 juta.Anuar yang juga pernah jadi Setiausaha Politik kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail 1999 hingga 2004 berkata pada wartawan, “ Datin Seri Dr Wan Azizah perlu bertanya bagaimana Shamsidar seorang boleh mempunyai saham dan wang sebanyak itu.
”Beliau tiba di Bahagian Jenayah Perdagangan jam 11.30 pagi – LAPORAN LANJUT AKAN MENYUSUL
 Awekz: Sama-sama kita nantikan

Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:17 PM 0 comments

Monday, November 16, 2009

Ada Apa Dengan Azmin Ali...

Azmin Ali menipu, ditipu atau sengaja tipu-tipu!




PETALING JAYA, Nov 14 — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menolak pendedahan bekas Ketua Pemuda MIC, S.A Vigneswaran kononnya beliau dan isterinya memperoleh saham RM8.5 juta awal 1990-an – ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan sambil menganggapnya “sebagai tidak berasas sama sekali.” (The Malaysian Insider)

Bagaimanapun blog x-PKR mengemukakan bukti kukuh bahawa pendedahan Vickneswaran adalah benar. Jadi siapa yang membohong. Akhir-akhir ini satu demi satu pembohongan Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam PKR terdedah. Untuk melihat bukti klik di sini la

Jadi siapa yang menipu dan siapa yang tertipu?

Awekz: Teringat pula dengan lagu dan cerita Tipah Tertipu...Pendek kata semuanya memang pandai menipu lah...apapun, Thanks bro
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:11 PM 4 comments

Betul ke ni?

Betul ke ni...Awekz dapat tau cerita ni dari kawan-kawan lain...Panas untuk disebarkan!!!



No. Ahli : 0266057, Cawangan Chakung, Machang
Apakah setiap kali berlaku kemelut yang berlaku dalam PAS, kepimpinan PAS dan yang terbaru isu Nik Aziz tidak jadi pergi Mekkah pun dikaitkan dengan UMNO ?
Sudahlah UMNO dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan, sehingga Nik Aziz melebelkan UMNO kafir dan ajaran sesat, UMNO juga dikaitkan dengan isu tajaan Nik Aziz sekeluarga ke Mekkah sehingga Nik Aziz menggelarkan ‘kafir Quraisy Malaysia’.
Isu ‘bai’ah’ talak tiga dikalangan wakil-wakil rakyat PAS juga dikaitkan dengan UMNO.Kini, yang terbaru menantu Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi bin Abd Rahman, di dakwa seorang ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, ibu bapa, adik beradik semuanya ahli UMNO.Baca di sini

Macam mana ye ! Nik Aziz yang melebelkan UMNO kafir dan ajaran sesat boleh bermenantukan orang UMNO ?Oleh kerana menantu Nik Aziz ini orang UMNO, maka Ariffahmi membuat pelbagai perancangan untuk mengkucarkacir, memporakperandakan kepimpinan PAS.Ariffahmi menantu Nik Aziz adalah perancang untuk menggulingkan Presiden PAS Hadi Awang dan digantikan dengan Husam Musa.Ariffahmi juga ada perancang segala projek-projek kerajaan Negeri Kelantan dengan menggunakan kedudukan Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan.

Ariffahmi jugalah yang merancang tajaan Nik Aziz sekeluarga menunaikan haji ke Mekkah.Persoalannya, apakah setiap kali kemelut yang berlaku dikalangan PAS, semuanya bersabit dengan perancangan UMNO.
Inikah sahaja yang ada dalam pemikiran pengikut-pengikut PAS ?Apakah kerana pemimpin dan pengikut PAS kononnya terdiri dari golongan tok guru, ulama, ustad, warak maka mereka terlindung dari segala sifat-sifat keji dan mungkar ?

Maka setiap malapetaka, bala yang menerjah dalam PAS mesti diletakkan ke atas bahu UMNO? Kalau kita dari golongan manusia yang terbuka akal fikiran, maka kita sudah pasti diberi pertunjuk bahawa manusia yang menjadi pemimpin di dalam PAS juga adalah manusia biasa, manusia yang juga dipenuhi dengan sifat-sifat tamah, bernafsu yang tidak lari dari godaan-godaan iblis dan syaitan…….

Kalau tidak masakan Nik Aziz dengan megah menyatakan ‘sanggup berkawan dengan 'syaitan’ asalkan dapat berkuasa………Kalau kita semua sedar, pengikut-pengikut PAS juga sedar, bahawa PAS selama ini menggunakan agama, menggadaikan Islam itu sendiri semata-mata untuk menipu rakyat dan umat Islam.

Mereka menjual maruah agama dan bangsa Melayu untuk mendapatkan kuasa, kalau tidak masakan mereka lebih rela bersekongkol dengan kafir DAP untuk menguasai Negara.
Ini rupa bentuk PAS sebenar………………..
Dipetik dari blog Yang Gambi
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:52 PM 0 comments

Saturday, November 14, 2009

Panas-Lagi bukti tentang Bai'ah di dalam PAS

Milik siapakah suara ini...cakap banyak pun tak guna...ada telinga dengar...tafsirkan sendiri...
Terima kasih bro TM

Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:11 PM 2 comments

Friday, November 13, 2009

La...dah tak jadi ker?



Betul ke apa yang Awekz dengar-dengar, tok guru dah membatalkan niatnya nak ke Mekah...la...kenapa pula...dah tak jadi ker...Awekz terfikir, kenapalah dibatalkan pula...niat yang baik, jangan disia-siakan.


Dari sumber blog Rakyat Marhaen..

Dalam kuliah jumaat di Dataran Ilmu sekejap tadi TGNA telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti. TGNA tidak nyatakan secara jelas sebab-sebab pembatalannya itu, cuma TGNA ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianat.

Awekz: Kalau apa yang tok guru buat betul, tak perlu nak fikirkan pasal orang lain...apa yang penting niat tok guru...apa nak takut...berani kerana benar...TAKUT kerana SALAH...so fikir-fikirkanlah...



Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:34 PM 0 comments

Siapa yang ABROAD TECHNOLOGY taja?



Lepas satu-satu isu yang tersebar dapat dibuktikan...Awekz memang respek la pada semua pihak yang dapat merungkai isu-isu masalah puak-puak PR ni...ABROAD TECHNOLOGY? Syarikat apakah ini? Apakah yang ditaja? Jeng! Jeng! Jeng!

Awekz dapat artikel ni dari blog bro promelayu

Dengar-dengar cerita, syarikat yang ingin menghantar Nik Aziz untuk mengerjakan ibadah haji adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd, syarikat ini mendapat hak ekslusif memasang Billboard di seluruh Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Tak salah memang tidak salah bila menantu menaja pak mentua menunaikan Haji. Tapi masalahnya bila duit yang ditaja bukan dari poket Ariffahmi yang menerajui PMBK tetapi dari Abroad Technology.

Apa kaitan Abroad Technology dalam hal ini? Abroad Technology adalah syarikat yang diberi hak ekslusif oleh PMBK untuk pemasangan Billboard di seluruh Negeri Kelantan.

Pakej yang telah diberi oleh Abroad Technology ini berharga RM65,000 satu kepala kepada Nik Aziz dan keluarga. Yang akan mengikuti rombongan haji tajaan syarikat yang telah disebut di atas tadi ialah, Nik Aziz dan isteri, Menantu Nik Aziz (Ariffahmi) dan isteri, setiausaha sulit Nik Aziz beserta dengan Nordin (tuan punya Abroad Technology) dan isteri. Kesemua pakej rombongan diatas dibuat bayarannya melalui TH Travel Sdn Bhd!

Apa boleh kita BAHASAkan dalam urusniaga ini? SEDEKAH? SUMBANGAN? atau RASUAH? takan kita nak samakan ini seperti. Apa yang dibisikkan ke telinga pejuang///, sistem ini TG Nik Ajis melebelkan sebagai membalas BUDI-BAIK.

Info ini telah diberi oleh YB Dato Alwi Che Mat yang merupakan Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Dato Alwi juga mempunyai semua dokumen-dokumen berkenaan seluruh urusniaga ini. Nantikan pendedahan seterusnya!


Awekz: Apa lagi...fikir-fikirkanlah, nak cakap banyak pun tak guna...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:02 PM 1 comments

Thursday, November 12, 2009

Bukti Bai'ah PAS!!!



Awekz: Cakap banyak pun tak guna, mari kita semua nantikan apa penjelasan yang akan keluar dari puak-puak PAS ataupun PR...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:50 AM 9 comments

Bai'ah - Rahsia dalaman Parti!

Dipetik dari blog Pemuda Parit




KUALA LUMPUR: Sumpah taat setia atau baiah jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti adalah rahsia dalaman parti itu, kata Prof Madya Dr Zaitun Abu Bakar - isteri Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. "Saya tak pernah menghadiri majlis itu, kerana ia adalah rahsia dalaman parti. Saya tidak tahu apakah ungkapan yang dibaca, tapi suami saya memberitahu mereka perlu mengangkat tangan dan melafazkan baiah itu," katanya.


Pensyarah sebuah universiti swasta di sini itu, berkata sepanjang pengetahuannya, Khalid mengangkat baiah sebanyak lima kali dengan kali pertama ketika bertanding atas tiket Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Krai pada 1986. "Bagaimanapun, baiah talak tiga suami saya itu dilakukan buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu. Saya tak tahu sama ada wakil rakyat lain pun buat perkara sama," katanya. Zaitun yang dihubungi Berita Harian, semalam, berkata beliau tidak takut dengan tindakan suaminya melafazkan baiah talak tiga itu kerana percaya Khalid tidak akan mengkhianati parti.



"Saya tidak takut... dia bukannya nak tukar parti... dia serius dan mengambil berat mengenai hal itu. "Sebab itu dia mempertaruhkan sesuatu yang berharga... itu adalah antara dia dan Allah," katanya ketika ditanya sama ada beliau sedar mengenai kesan baiah itu yang mengakibatkan talak tiga jatuh dengan sendirinya ke atasnya jika Khalid melompat parti. Kelmarin, Khalid mempertahankan kenyataannya sebelum ini berhubung kewujudan amalan baiah talak tiga dalam Pas, yang dinafikan pucuk pimpinan parti itu. Ditanya sama ada isteri wakil rakyat Pas lain pernah menghadiri majlis baiah itu, Zaitun berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan sesama mereka.



Beliau juga berkata, baiah talak tiga diperkenalkan bagi menghalang wakil rakyat melompat parti kerana ada percubaan 'membeli' Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas di Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004 yang ketika itu hanya mempunyai kelebihan satu kerusi di negeri itu. 
 
Awekz: Kenapa perlu maruah wanita yang menjadi taruhan politik..bai'ah tak salah, cuma bila isteri dijadikan sebagai barang taruhan ia seperti meletakkan taraf wanita bukan di tempt yang sepatutnya...Fikir-fikirkanlah!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:46 AM 1 comments

Ada Apa Dengan Selipar Tok Guru



Ada apa dengan selipar tok guru...Sebenarnya, saja nak cerita yang terkejut juga Awekz dengan pangakuan tok guru yang mengaku bahawa beliau menerima pembiayaan atau tajaan untuk mengerjakan haji yang bernilai RM65,000 untuk 2 minggu.

Walaubagaimanapun, tajaan itu diterima kerana dianggapkan ia bukanlah amalan rasuah kerana penaja tidak meminta sebarang balasan...Pada pendapat Awekz, pada zaman ni la...jarang orang bagi sesuatu tanpa memerlukan sebarang balasan...hari ni mungkin tidak, esok lusa sapa tau...betul x...Yang menjadi persoalannya, kerana tok guru yang terima...cuba kalau orang lain yang terima...tambah-tambah kalau orang UMNO yang terima..dah tentu, satu Malaysia heboh...kecoh...semuanya la...

Selain dari isu tajaan ni, Awekz terbaca juga yang selipar tok guru pun boleh dicuri...Ada apa lah dengan selipar tok guru tu eh? Kata beliau, mungkin untuk ambil berkat...ISh.Ish.Ish...Sampai macam tu sekali...

Ini ada gambar menarik tentang selipar tok guru, Awekz ambil dari blog Desperado

Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:09 AM 7 comments

Wednesday, November 11, 2009

BAI'AH DAN MUSLIMAH PAS

BAI’AH adun PAS nampaknya menjadi kegusaran bagi pemimpin parti itu. Ada yang kata sah ada yang kata tidak. Ada yang kata halal ada yang kata haram. Dalam satu blog pro PAS kononnya isu ini dipanaskan oleh UMNO.

Mengapa pulak salahkan UMNO?? Yang buat bai’ah PAS. Yang bertaklik pun PAS. Yang jadi calon dan Adun adalah ahli PAS, mengapa pulak UMNO yang salah? Yang berpecah pendapat ialah sesama ahli PAS dan perbezaan pendapat antara sesetengah pemimpin PAS dengan PKR dan DAP.

Yang malangnya mereka tak nampak isu sebenar iaitu kedudukan isteri, wanita dan ibu dalam perbuatan mereka bertaklik. Mereka memperjudikan kedudukan isteri/wanita. Apa kata muslimah PAS? Adakah PAS melihat muslimah sebagai barang taruhan semata-mata? Jika benar bermakna kedudukan wanita dalam PAS sama dengan kedudukan wanita di kalangan mat rempit, barang taruhan untuk perlumbaan.

Bagaimana pulak jika Adun atau MP PAS itu wanita, adakah dipaksa suami pula bertaklik, jika si isteri lompat keluar parti, si suami jadi duda? Akhirnya yang ditinggalkan ialah si isteri. Mana letaknya maruah wanita dalam PAS jika ini menjadi satu tradisi dan budaya.

Yang herannya mana pergi wirawati-wirawati PKR dan DAP yang tegak berdiri mempertahankan Eli Wong bergambar telanjang! Mengapa tidak dibela muslimah PAS yang dijadikan taruhan dan ugutan politik?

Kita nak dengar sangat apa kata Teressa Kok dalam hal ini. Apa-apa pun patutlah dua Adun PAS di Perak tak jadi lompat walaupun dah muak dengan perangai Nizar yang asyik menari ikut gendang Ngeh dan Nga.

Dulu ada juga mengendeng-ngendeng nak menyeberang, tapi agaknya bila ingat bai’ah taklik tak jadila pulak.
Dipetik dari :
Awekz : Sekarang ni bai'ah, lepas ni apa pulak la yang akan diguna pakai...sama-sama kita nantikan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:14 PM 4 comments

Kita tidak seharusnya leka...

Dalam mendengar permasalahan yang berlaku terhadap parti-parti politik di negara kita pada masa kini khususnya pakatan pembangkang, seharusnya semua pihak peka terhadap senario politik yang melanda. Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar tidak leka dengan matlamat perjuangan untuk terus memperkasa parti dan memastikan kekukuhan di kalangan ahli terpelihara., berita lanjut di sini

Awekz: Semua tugas dan tanggungjawab perlu dilakukan agar Aspirasi 1 Malaysia - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan dapat dicapai.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:55 PM 0 comments

Monday, November 9, 2009

Dr. Asri nak sertai politik?



Belum reda kes penangkapan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, terkini berkata beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.

Menurutnya, beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang dianggap luas kerana Islam adalah agama untuk semua.

"Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu hari ini.

Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini kerana didakwa berceramah tanpa tauliah di negeri itu.

Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Syariah tetapi tidak ada pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Asri turut menafikan bahawa pertemuannya dengan Nik Aziz sebagai usaha ke arah mendekati politik.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah sebagai tanda hormat kerana Nik Aziz sebelum ini turut memberi sokongan kepadanya dalam gerakan dakwah.

Awekz: Itu sebab Awekz ajak kawan-kawan kita main teka-teki...kemanakah Dr. Asri akan pergi?
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:31 PM 2 comments

Baiah PAS Mempertuhankan Politik – Mufti Perak

KUALA LUMPUR: Amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu dengan menyertai parti lain, adalah tindakan mempertuhankan politik dan demokrasi

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tindakan itu jelas mempersendakan kemuliaan isteri apabila menjadikan pasangan sebagai barang gadaian dan jaminan politik

“Isteri bukannya barang gadaian dan jaminan, sewaktu hendak kahwin kita ambil dengan cara baik dan kita memperisterikannya dengan perjanjian yang besar di hadapan Tuhan,” katanya ketika mengulas mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas melakukan baiah talak tiga yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu termasuk melompat parti

Bagi Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, menyifatkan baiah sehingga talak tiga akan jatuh ke atas isteri pemimpin Pas yang melompat parti adalah tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam

“Talak juga dibenci oleh Allah, baiah seperti ini adalah budaya orang yang tidak bertamadun. Perempuan mahal harganya dan bukan boleh dijual beli dan bab agama jangan dipolitikkan sehingga isteri menjadi mangsa

“Sanggupkah dengan politik kita biarkan rumah tangga yang dibina hancur. Bagaimana jika pemimpin itu melompat parti pada usia 65 tahun, sudah punyai ramai cucu, anak dan menantu. Apa yang berlaku jika mereka bercerai, cuba bayangkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam

Sementara itu, Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin, berkata amalan baiah itu adalah satu dasar yang paling tidak masuk akal dan begitu mengejutkannya

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata, amat malang bagi gerakan yang mengambil Islam teras perjuangan menjadikan baiah itu sebagai dasarnya

“Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian,” kata beliau dalam blognya

Katanya, beliau yang pada mulanya tidak percaya dengan laporan media terbabit berasa terkejut selepas perkara itu diakui rakannya dalam Pas yang pernah mengangkat baiah itu

“Malah ada di antara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat baiah berkenaan

“Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud,” katanya

Zulkifli berkata, beliau terkejut apabila beberapa tokoh politik Pas yang dihubunginya bukan saja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan baiah itu malah mempertahankannya dengan alasan dangkal yang tidak bersandarkan al-Quran, sunnah Rasulullah dan sahabat baginda serta khalifah

Beliau mempersoalkan tindakan Pas yang tidak membangkitkan isu itu secara dalaman dan mencari penyelesaiannya secara muzakarah sebaliknya memilih untuk mendedahkannya kepada umum

“Saya khuatir dengan isu seperti ini, mereka yang menyokong Pas selama ini akan menjadi ragu-ragu, malah akan menukar sokongan mereka,” katanya

Awekz:Apa nak jadi la dengan geng-geng Pas ni..
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:13 PM 0 comments

Thursday, November 5, 2009

Rakyat dah mula sedar dan muak!!!

Rasanya dah ramai yang tahu, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan menteri besar Pakatan, Nizar Jamaluddin supaya rayuannya berhubung kes menteri besar yang sah, didengar oleh panel 11 orang hakim.

Hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata ia diputuskan sebulat suara dan tiada perintah dibuat mengenai kosnya.

Nampak gayanya, mesti geng-geng PR ni tak puas hati...lalu terdengarlah suara-suara sumbang yang mengatakan keadilan tidak berpihak kepada mereka...mahkamah itulah..inilah...macam-macam lagi dengan niat nak memburukkan kerajaan yang sedia ada..

Pada masa yang sama...Awekz tengok-tengok gak blog kawan-kawan yang lain...Ada gambar-gambar yang menarik perhatian Awekz kat blog bro parpukari...sedikit sebanyak kita boleh lihat yang sebenarnya rakyat dah mula sedar dan muak dengan perangai juak-juak pr ni...terutama penasihat mereka...

Apapun, enjoy the pictures!!!



Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:52 PM 0 comments

Wednesday, November 4, 2009

Milik siapa bangunan ini?



Dah banyak kawan-kawan yang mengulas tentang isu ni...Terima kasih pada sekupang dua atas pendedahan ini...Apapun, kawan-kawan baca je la artikel di bawah ni...


Terpanggil disebabkan satu banner yang terpampang 'ROYAL CINA' di tepi jalan gopeng, malah bersebelahan BAGUNAN UMNO PERAK. Rasanya semua patut tahu, Memang ada cerita samseng berkaitan bangunan tersebut. Tak jadi heran dengan sikap pembangkang yang suka sangat buat pejabat berdekatan dengan bangunan mungkin tengah brebut .... kot-kot siapa dulu dia dapat jadi Menteri Besar angan-angan, nampaknya kalau macam ni PAS kalah teruk ler..., mana taknya di depan bangunan SUK Negeri Perak pun PAS dah kira (KO). tiga bangunan PKR, DAP dan PAS bersaing. DAP yang cerdik... ha hahaha yang terbaru bukti PAS sebagai pencacai atau mat anguk-anguk bila sembahyang hajat pun buat kat bangunan DAP, kehalnya buan jauh sangat mesjid Negerimalah bangunanpas sendiri pun tak sampai seratus kaki dari pejabat DAP. rasanya akan ada nanti nga ngeh akan panggil alhusyinn jadi imam lagi dan lead majlis tahlil utk bangunan DAP.

Apa pun memang kurang hajar bila sesuka hati namakan ROYAL CINA, menghina kedaulatan Sultan dan Raja, tapi sebenarnya kalau dah samseng bang nuar ni dia orang apa nak takut sebab PAS bertindak sebagai melayu angguk dengan mereka, berani angkat muka kalu? pakat lebuh ler....

Bangunan kepunyaan siadik kepada seorang ahli perniagaan cina yang tersohor, dan disebaliknya dia jugalah yang jadi orang kuat yang membantu membangunkan (FUNDER) Ibu pejabat PKR di Damansara. tu sebab dia tak takut apa pun. dan yang jelas perniagaan mereka mahsyur dan gah... semua orang kenal... terutama taiko-taiko siapa boleh challange (lawan) industri Kelab, Jackpot, perempuan serta perjudian. kita tunggu lak apa perniagaan yang akan di lancarkan kat bangunan sebesar itu, mungkin keahlian PAS seumur yang disokong kuat PAS setelah hidup boleh guna keistimewaan selain rasuah, duduk rilek di massage, berjudi atau lain-lain yang tersedia untuk mereka dalam banguan empayar syaitan terbesar hasil muafakat 3 sekawan nizar nga ngeh Mana peginya suara PAS lilahirojiun ni pergi? Bukan main sebelum ni PAS yang cerita tentang hukum dan tuduh orang kafir dan rasuah... tidak ker nak tegur, takkan dah ada partner yang boleh di rasuah negeri Perak 11 bulan bila memerintah takut hilang telur dan menggeletar satu badan bila dia cuma gertak heaaappppp! rasanya mau terkencing dalam seluar. jadi rasanya pada PAS jangan sembang ler pasal Islam yang korang pergunakan sebagai tiket perjuangan untuk menarik simpati umat islam terutama Rakyat Perak SENDIRI... TAKBIR!

Awekz: Cakap banyak pun tak guna...buat puak-puak PR...yang menyokong PR...korang ada otak, ada mata dan sudah pasti cukup bijak untuk menilainya...fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:53 PM 6 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    AKIBAT INTREGRITI YANG ATOK MUSNAHKAN
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ▼  November (20)
      • Akhirnya Menantu Nik Aziz letak jawatan!!!
      • Indeks Jenayah Menurun di Perak...
      • Keretakan yang semakin hari terbukti!!!
      • Nak kata apa lak lepas ni!
      • Anwar Ibrahim serta kepakarannya!
      • Bukti pemilikan saham dan wang Azmin-isteri : Beka...
      • Ada Apa Dengan Azmin Ali...
      • Betul ke ni?
      • Panas-Lagi bukti tentang Bai'ah di dalam PAS
      • La...dah tak jadi ker?
      • Siapa yang ABROAD TECHNOLOGY taja?
      • Bukti Bai'ah PAS!!!
      • Bai'ah - Rahsia dalaman Parti!
      • Ada Apa Dengan Selipar Tok Guru
      • BAI'AH DAN MUSLIMAH PAS
      • Kita tidak seharusnya leka...
      • Dr. Asri nak sertai politik?
      • Baiah PAS Mempertuhankan Politik – Mufti Perak
      • Rakyat dah mula sedar dan muak!!!
      • Milik siapa bangunan ini?
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ▼  November (20)
      • Akhirnya Menantu Nik Aziz letak jawatan!!!
      • Indeks Jenayah Menurun di Perak...
      • Keretakan yang semakin hari terbukti!!!
      • Nak kata apa lak lepas ni!
      • Anwar Ibrahim serta kepakarannya!
      • Bukti pemilikan saham dan wang Azmin-isteri : Beka...
      • Ada Apa Dengan Azmin Ali...
      • Betul ke ni?
      • Panas-Lagi bukti tentang Bai'ah di dalam PAS
      • La...dah tak jadi ker?
      • Siapa yang ABROAD TECHNOLOGY taja?
      • Bukti Bai'ah PAS!!!
      • Bai'ah - Rahsia dalaman Parti!
      • Ada Apa Dengan Selipar Tok Guru
      • BAI'AH DAN MUSLIMAH PAS
      • Kita tidak seharusnya leka...
      • Dr. Asri nak sertai politik?
      • Baiah PAS Mempertuhankan Politik – Mufti Perak
      • Rakyat dah mula sedar dan muak!!!
      • Milik siapa bangunan ini?
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.