Agak sedikit lewat, tetapi Awekz rasa terpanggil untuk siarkan artikel ni...TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG runtuh di Kem berhampiran SK Kuala Dipang dekat Kampar.
Kejadian berlaku pada jam 10.40 malam, ketika pelajar-pelajar berkenaan menyeberang jambatan itu untuk minum malam di SK Kuala Dipang yang terletak di seberang sungai tempat mereka mengadakan perkhemahan.
Ketika jambatan itu runtuh, seramai kira-kira 30 pelajar sedang berada di atas jambatan gantung itu, dan kesemuanya terhumban ke sungai. Hanya 7 pelajar yang terselamat sebaik kejadian kerana sempat berpaut di kabel jambatan, dan juga diselamatkan oleh guru dan petugas.
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bergegas ke tempat kejadian dan turut meninjau tempat kejadian dan mendapatkan laporan dari pihak polis, bomba dan pengendali perkhemahan.
Turut hadir dalam lawatan itu Timbalan Menteri yang juga Ahli Parlimen Tapah, Dato' Saravanan, ADUN Chenderiang yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Mah Hang Soon, Adun Air Kuning yang juga Ketua Umno Bahagian Tapah, Dato' Shamsuddin Abu Hassan, Ketua Umno Bahagian Kampar, Dato' Radhi Manan, Exco Wanita yang juga Adun Sungai Rapat, Dato' Hamidah Osman, Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Dato' Zainal Abidin Omar dan beberapa yang lain.
Awekz: Awekz melahirkan rasa simpati atas tragedi yang berlaku. Semoga mereka selamat ditemui...Insyallah...
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hi pegampu bn..
awekz ko pun dapat ke duit kroni buat jambatan gantung tu..
anon 1.21pm...kalau rasa Awekz dapat duit dari sesape...tolong bagi bukti...jangan sedap kepala otak ko yang tak betul tu nak cakap orang...
pembangkang suka serkap jarang
cakap lantang lantang
kerja bangkang bangkang
penasihat mengangkang kangkang
huhuhu..... nie sapa punyer keje nie... wat jambatan pun,, correct-correct-correct dalam 2 kaki jerrr, mana x jatuh bdk2 2... mintk tolong awekz cari sappo dierrr kontraktor 2, dah kena bayar berapa ribu utk wat jambatan 2 n masuk dalam poket sakli.....leh kiter pukul ramai2... awekz jgn masuk skali... sbb awekz bdk baik.. biar kami belasah jer org camtu.... saya x nk cakap BN @ PKR.... :-(
awekz..nie kem ape ek??dengar cite..perkhemahan ONE MALAYSIA..betul kew??harap beri penjelasan..taku2 menabur fitnah lak nanti..x pasal2 masuk ape neraka...kan2...
Post a Comment