Monday, October 26, 2009
Rancangan jahat BN...realiti atau fantasi Pakatan!
Dakwaan rancangan jahat BN timbul dari imaginasi ganas Pakatan
Dakwaan Pakatan Perak bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai rancangan jahat untuk menyerang wakil rakyat pembangkang semasa sidang DUN Rabu ini semata-mata disebabkan imaginasi ganas mereka.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata dakwaan itu timbul kerana rata-rata wakil rakyat Pakatan itu sendiri berfikiran ganas dan berimaginasi liar dengan mengeluarkan bermacam-macam kenyataan provokasi.
"Mereka mempunyai imaginasi liar...maka tidak hairanlah mereka bertindak liar. Buktinya adalah sidang DUN 7 Mei yang lalu. Rakyat boleh lihat siapakah yang mempunyai rancangan jahat...siapa yang tidak bertamadun dan ganas dengan berdiri di atas meja semasa dewan bersidang dahulu," katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menuduh bahawa BN mempunyai rancangan jahat untuk menyerang wakil Rakyat Pakatan yang cuba membuat kecoh pada sidang DUN 28 Oktober ini.
Nizar menuduh BN kononnya telah menggantikan bentara Dewan dengan mengupah 15 samseng dari UMNO.
Zambry menggesa rakyat supaya tidak mempercayai segala tuduhan Pakatan kerana mereka sendiri tidak pernah menghormati proses demokrasi dan sewenang-wenangnya melanggar undang-undang.
"Mereka langsung tidak ada rasa hormat pada undang-undang. Semua masih ingat semasa sidang 7 Mei lalu, mereka tidak ikut aturan untuk masuk ke dewan. Mereka masuk dulu supaya boleh ubah kedudukan wakil rakyat BN dari kanan ke kiri. Kita mengalah sahaja..tapi orang bukan bodoh," katanya ketika merujuk tuduhan Nizar bahawa BN mempunyai rancangan menghalang wakil rakyat Pakatan daripada memasuki dewan sebelum sidang bermula 10 pagi.
Zambry juga mempersoalkan samada ADUN Tronoh V. Sivakumar itu seorang yang pandai ataupun tidak.
"Sivakumar kini cabar ADUN BN untuk memboikot sidang DUN kerana jika hadir bermakna kita mengiktiraf beliau sebagai Speaker. Saya tidak tahu samada Sivakumar ini pandai atau tidak kerana beliau sendiri telah membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi dan mahkamah putuskan (Datuk R.) Ganesan sebagai Speaker yang sah," katanya.
Beliau menasihati wakil rakyat Pakatan supaya belajar menjadi pembangkang yang bertanggungjawab sesuai dengan konteks demokrasi yang kononnya mereka perjuangkan.
Beliau juga mahu Pakatan Perak supaya menghentikan tindakan-tindakan provokasi yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
"Semalam (Sabtu) mereka sengaja adakan perhimpunan di Lumut dan Pangkor untuk cabar saya kerana tahu saya berada di tempat sama ketika itu. Tidak perlu saya sebutkan sambutan terhadap program mereka kerana semua tahu berapa orang yang hadir," katanya dengan nada sinis.
Awekz: Kenapa perlu mengucar kacirkan keadaan...fantasi dan imaginasi buruk pakatan ni seharusnya dihentikan...biarlah Perak maju ke hadapan...jangan kerana perjuangan peribadi, rakyat yang menjadi mangsa keadaan...buat semua rakyat Perak yang memilih pakatan, fikir-fikirkan...
Inikah yang anda mahukan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
selagi bernama PAkatan selagi itu kebodohan ada dalam diri pakatan yang tidak mahu menerima hakikat kekalahan mereka di perak atau di bagan pinang. mereka tetap beruk2 yang buas terlepas ke bandar dan tak tahu jalan kembali semula ke hutan dan lantas bertindak mahu merampas bandar daripada manusia.
Minggu lepas aku pergi ke sebuah gerai menjual roti john di seremban. Aku pergi ke gerai `tu semata-mata nak beli roti johnnya yang sedap berbanding di tempat lain. Tempatnya adalah di Taman Cengal Utama di Paroi...
Tapi yang kasihannya penjual roti john tu dalam masa tengah buat roti john tu sembang dengan aku..katanya dia dan rakan-rakan peniaga di situ dah diberi notis untuk melupuskan barang perniagaan mereka ditempat tersebut oleh Majlis Daerah Seremban. Salinan surat notisnya juga ditunjukkan kat aku...sedihnya.
Dalam rintihannya itu..dia berkata wajarkah rakyat bawahan sepertinya diperlakukan begitu...mana pembelaan untuk rakyat sepertinya.
Katanya lagi orang melayu sepertinya baru nak berniaga..mana nak cari modal untuk buka kedai atau tempat yang selesa. Kalau ada pun yang di buat oleh Majlis Perbandaran Seremban didirikan di tempat yang tak ramai orang dan tak strategik...tempat macam tu ke suruh orang melayu berniaga?
Dan lagi katanya dia terdengar di salah sebuah negeri pakatan rakyat gerai boleh di dirikan dimana-mana....dan bagi aku, rakyat bawahan sepertinya keadaan itu menarik hatinya...
Kalau benar keadaan sedemikian, aku sarankan MB Tok Mat harus mencari inisiatif untuk menarik sokongan rakyat bawahan seperti mereka ini...jangan asyik fikir untuk mereka yang dah mewah dan bergaya sebaliknya nasib rakyat bawahan seperti Brader jual roti john dan sewaktu dengannya haruslah dibela...Inilah masanya nak memenangi hati rakyat kembali...
Kepada pegawai Majlis Perbandaran Seremban rujuklah kepada menteri besar terlebih dulu sebelum tindakan dibuat dalam hal ni. tolong selesaikan masalah rakyat bawahan ini.
Dan kepada peniaga-peniaga kecil, gerai-gerai yang perlukan bantuan aku syorkan korang pergilah berjumpa dengan MB korang kat Pekan Rantau setiap Hari Khamis. Suarakan kesusahan korang kat MB kita ni...
Kasihanlah rakyat...rakyat didahulukan....
sekian....
Rosli Rantau(Orangkampung73@gmail.com)
Betul kata DS Dr. Zambry. Kalau tindakan yang Nijar da Mangkey dan geng rasakan benar, kenapa nak takut pada 'samseng 15 orang' tu. Kata hampir 90% orang Perak menyokong mereka, jadi kalau Mangkey2 ini dipukul oleh 'samseng', biar kuasa rakyat yang membalasnya semula. Kalau mati dipukul pun, semoga anda akan masuk syurga dan diingati rakyat selalu.
Tapi apa yang nampak, si Nijar da Mangkey hanya nak membuat provokasi, supaya penyokong2 Pengencing Rakyat datang membuat huru-hara pada hari persidangan tersebut. Harap anggota polis dan FRU yang bertugas pada hari tersebut bertindak tegas kepada sesiapa yang menganggu perjalanan persidangan dewan negeri untuk pembentangan bajet kali ini.
Semakin hari, semakin terserlah
PAS 4 all = Israel 4 all = Piss 2 all
Rosli Rantau ni dah merata-rata blog dijajanya komen nih..
Typical pencacai PR...
ah...kadang2 menyakitkan hati je diorang nie....mcm suami akak la....semua puak2 dia jer yang betul....kita ni semuanya tak betul....kalau bab mengucar-kacirkan keadaaan PR la orang nya......ape kata orang putih mr.right.........ANJING....BABI...SIAL....geram aku....
Post a Comment