KOTA BHARU 28 Sept. - Pas Kota Bharu menyelar Ahli Parlimen Pasir Mas,
Datuk Ibrahim Ali sebagai pengemis politik yang tidak mengenang budi
parti itu yang menghidupkan semula kerjaya politiknya ketika beliau
'tenggelam' dahulu.
Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Ibrahim
semakin keterlaluan kerana mengecam dan mendesak Menteri Besar,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meletak jawatan.
Beliau menegaskan, desakan Ibrahim itu satu tindakan biadap kerana
cuba 'menggigit' tangan orang yang telah memberi bantuan kepadanya.
"Ibrahim ini macam pengemis politik, peminta sedekah politik.
Dia sepatutnya sudah hilang terus dalam arena politik ini,
tetapi atas ihsan Pas, dia dapat bertahan.
"Menteri Besar suruh dia berhenti sebab ada asas. Malah, rakyat
pun sudah muak dengan sikapnya. Tak baik kata beliau (Nik Aziz)
tidak boleh memerintah, nyanyuk sebab itu sesuatu yang biadap,"
tegasnya ketika ditemui di sini hari ini.
Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Pelancongan dan Kebudayaan negeri diminta mengulas kenyataan
Ibrahim yang mendesak Nik Abdul Aziz supaya meletakkan jawatannya.
Semalam, Ibrahim memberikan 10 sebab kenapa Nik Abdul Aziz perlu
meletakkan jawatan antaranya beliau mendakwa pemimpin tersebut
gagal memerintah negeri ini selama 19 tahun dan sudah terlalu
tua untuk memegang jawatan itu.
Takiyuddin berkata, Pas Kelantan masih menyimpan semua dokumen yang
diberikan Ibrahim pada pilihan raya umum lalu ketika meminta untuk
bertanding atas tiket Pas.
"Kita ada semua surat yang ditulis Ibrahim kepada Pas memohon dengan
rendah diri untuk dia guna logo kita bertanding pada pilihan raya
dahulu. Sebab itulah saya kata dia ini umpama pengemis politik.
"Masalahnya dia bertanding atas tiket Pas. Walaupun hanya untuk
pilihan raya tetapi sebagai pemimpin Melayu dia kena berbudi," ujarnya.
Awekz:Kalau kena kat dieorang, pandai la pulak minta org mengenang budi. Budi UMNO dan BN selama ni, kenapa xpandai nak kenang pulak...cuba komen sikit...
Tuesday, September 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sokong Datuk Berahim Ali...telanjangkan kemungkaran nik najis tu sampai boleng habis.
hah ni baru padan dengan muka nicky ajis dulu suruh orang pas belasah jer apa yang kerajaan bagi tapi undi beri pas. Sekarang nak mengunkit pulak tangan yang memberi mengigit balik. hahaha senjata makan tuan..... ni lah klasik case, tahniah Yb Ibrahim Ali saya sokong YB punya saranan untuk nicky ajis letak jawatan, dulu asyik kata orang lain pegang jawatan terlalu lama lah dan macam macam maha lagi sekarang dia sendiri jadi maha mendewakan maha liwat. Betul kata perpatah melayu "mengata dulang kayu serepih, mengata orang sendiri yang leebih"...
Ps nicky yo jangan jadi pipit tuli makan berhujan, nak dihalau kain basah, tak di halau padi habis. Dengan lah nasihat YB Ibrahim Ali tu, turun jer lah dari jadi Togom Buaya alat DAP. Ini lah akibat berkawan dengan setan lama lama nak jadi tuhan tapi terjadi dajjal....
Post a Comment