Thursday, July 16, 2009
Pengundi muda bangkit dan sedar...
Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.
"Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ," katanya ketika dihubungi.
Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja.
Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.
"Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya.
Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.
Difahamkan, BN memang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.
Manakala PAS pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok.
Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.
Mengulas lanjut, Mohd Zaki yang juga timbalan speaker DUN Kelantan berkata, pilihanraya kecil di Manek Urai tidak sama dengan pilihanraya kecil yang berlangsung sebelum ini.
Ini kerana, katanya, kawasan Manek Urai menjadi tumpuan para menteri berkempen untuk memastikan 80 peratus - yang rata-ratanya peneroka - menyokong BN.
"Kita tengok di Manek Urai, ia tidak sama dengan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu atau Bukit Gantang. Di sana (pengundi tinggal) di kawasan berada. Suasana di sini berbeza," katanya.
Awekz: Ada jer alasan nya, selama ni bukan golongan muda banyak berpihak pada puak-puak PR kan...sebelum ni pun, dieorang tak makanla sogokan dan janji-janji BN...Kepada pengundi-pengundi muda, kesedaran yang ditunjukkan amatlah baik...perjuangan belum selesai...teruskan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment