Monday, May 25, 2009
PKR dan amalan rasuah-merasuahnya...
BUKIT MERTAJAM 25 Mei – Calon bebas, Aminah Abdullah
akan ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di
Komtar esok untuk menyerahkan cakera padat perbualannya
dengan dua wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai
tiga tawaran yang dikemukakan kepadanya.
Tawaran itu ialah jawatan Timbalan Ketua Menteri 1,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan
wang RM80 ribu sebagai gantirugi kepada beliau untuk
menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya
kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.
Aminah berkata, bukti yang dikemukakannya itu diharap
dapat diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.
Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita
PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu
menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan
jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Tambahnya, seorang ahli badan perhubungan PKR negeri
dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada
parti itu, menemuinya dengan mendapat restu
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Aminah juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR
Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan
dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan
timbalan satu ketua menteri.
Calon berlambangkan kunci itu mendedahkan buktinya -
dalam bentuk rakaman audio - kepada wartawan dalam sidang
media di Penanti.
Rakaman tiga jam itu kini sedang disalin oleh kumpulan
wartawan yang membuat liputan tersebut.
Aminah juga berkata beliau akan membuat aduan polis hari
ini berhubung perkara tersebut dan untuk mendapatkan
perlindungan pihak berkuasa tersebut susulan pendedahannya itu.
Beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) esok mengenai isu tersebut, dengan mendedahkan nama
dua wakil PKR dan foto rakaman pertemuan tersebut...
Awekz: Kebenaran akan tetap terbukti, yang salah akan diketahui
juga suatu hari nanti, cuma yang tak seronoknya, suka sangat
baling batu, sembunyi tangan...berani kerana benar, takut
sudah pasti kerana salah...fikir-fikirkanlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
SALAM A.B.G
SAIFUDIN NASUTION MUNGKIN SDG MERANGKAK KAT BWH RUMAH PUAN AMINAH NAK MINTAK SIMPATI SUPAYA TARIK BALIK KENYATAAN BELIAU HEHEHEH
Kak Min dedahkan semuanya, saya pasti Kak Min akan kecundang dalam PRK Penanti. Mana Taknya penyokong PR dah taksub. Nak Undi bagi kemenangan Kak Min dah rasa malu. Alang2 sondol mereka akan sondol kecuali si sundal tu dihantar balik ke Sg Buloh. Barulah mereka boleh berubah.
Jangan marah no Kak Min. Bukan apa...... tengoklah apa jadi pada Ezam....... dedah habis punya dedah. Lawan dah lawan dah... tapi penyokong PR dah taksub.......Demi kebenaran, agama dan bangsa wajarlah Kak Min dedahkan. Petualang bangsat harus di hukum.
betul.. betul.. betul.. TokAyah.
BroAnwarBinIbrahim(H1N1) dah bagi HollyWater kat juak2 nie.
Buat 'Anu'War,
Padan muka kauuuuu, setannnnnnnn.......
Terima kasih semua yang bagi komen...kita tunggu dan lihat akan sambungan cerekarama hangat pada masa ini...apa lagi alasan diorang nanti...kalau kita yang buat, dah pasti meletup-letup berita kat blog-blog PR...mari kita tengok sapa yang kena!
umno pnya rasuah xmau cerita ka????????
..............
..............
...........
.......
.......
Post a Comment