Friday, May 29, 2009
Inilah yang Melayu puak-puak PR mahukan...
LOKASI : SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
AHLI PARLIMEN : KHALID SAMAD
ADUN BATU TIGA : RODZIAH
INI ADALAH SURAT KIRIMAN PEMBACA. SEBARKAN !
surat bantahan dari persatuan penduduk
PERSATUAN KOMUNITI SEKSYEN 23 SHAH ALAM
No... Jalan Tarif Satu 23/8A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : PKS23/P2/SR/46
Tarikh : 16 Mei 2009
YAB TAN SRI DATO’ ABD. KHALID BIN IBRAHIM,
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR,
Pejabat Menteri Besar Selangor,
Tingkat 21, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam.
YAB Tan Sri Dato’,
BANTAHAN PENDUDUK TERHADAP CADANGAN PEMBINAAN KUIL DI SEKSYEN 23
Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.
Kami yang mewakili 80% masyarakat Islam di Taman Ixora, Seksyen 23 ingin membantah cadangan pembinaan kuil Hindu di kawasan perumahan kami berdasarkan perkara-perkara berikut :
1) Majoriti penduduk di sini adalah beragama Islam dan kami menolak sekeras-kerasnya
cadangan tersebut.
2) Pembinaan kuil tidak sesuai memandangkan peratusan penduduk beragama Hindu
adalah kurang dari 10%.
3) Pihak ADUN dan kerajaan negeri tidak berbincang dahulu dengan Persatuan kami atau
membuat bancian/kajian sebelum membuat keputusan.
4) Kawasan lapang untuk pembinaan kuil tersebut telah dipersetujui penduduk untuk
dibangunkan sebagai padang bola sepak dan tempat riadah dan kami dalam proses
untuk memajukan cadangan kami ke pihak berkuasa selepas bermesyuarat.
5) Kebanyakan famili yang tinggal di sini mempunyai anak-anak kecil dan remaja yang lebih memerlukan tempat bersukan dan beriadah.
Kami sangatlah berharap pihak YAB Tan Sri Dato’ akan turut menolak cadangan tersebut demi keharmonian dan perpaduan penduduk setempat. Sebagai ganti, kami juga berharap cadangan kami untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai tempat riadah akan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri dan kertas cadangan tersebut akan dikemukakan dalam masa terdekat ini.
PERSATUAN KOMUNITI SEKSYEN 23 SHAH ALAM
Kerjasama dan sokongan YAB Tan Sri Dato’ dalam perkara di atas amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Yang benar,
HJ. ZAINUDIN BIN MD. YUSUFF
Pengerusi, PKS23
s.k. : YB TUAN KHALID BIN ABD. SAMAD
AHLI PARLIMEN SHAH ALAM (P108)
No. 11, Jalan 16/2,46350 Petaling Jaya.
: YB PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
ADUN BATU TIGA (N41)
No. 93A, Tingkat 1, Jalan Pelabur B23/B,Seksyen 23,40200 Shah Alam
: Yg. Bhg. DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,40000 Shah Alam.
: Fail PKS23
Sumber: GAP
Awekz: Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam........terpana ziarah blog ini,
boleh link ke http://www.medanMas-tempursakti.blogspot.com
Waalaikumusalam Rantong...thanks for visiting anyway...
Tempursakti:waalaikumussalam, terpana dengan blog Awekz, terima kasih...insyallah akan Awekz link kan...link kan juga blog Awekz di blog tempursakti ya!
biarlah kuil tu dibina, MB khalil bleh jadi sami besar kat situ nanti.manakala DEWA agung nya ialah anwar ibrahim al-liwati!!!!!
jai13569, terima kasih di atas komen anda..betui3...lepas ni fanatik pr bolehla belajar ikut pemimpin dieorang...kan...
Post a Comment