Artikel ni awekz ambil dari DET...
Pembangkang cuba untuk mengagalkan sidang dun Perak dengan kesemua adun pembangkang bersetuju untuk memboikot atau tidak menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis pada sidang tersebut bermula 7 Mei depan tanda protes mereka terhadap Umno / Barisan Nasional.
“adun-adun pembangkang biarkan adun-adun BN syok sendiri ‘dia yang tanya dia yang jawab’, biarkan Dewan Negeri tidak berfungsi kata Sivakumar.
Kununnya atas prinsip tidak mengiktiraf kerajaan Umno-BN, maka kesemua 28 adun Pembangkang termasuk beliau bersepakat mengambil keputusan untuk tidak menghantar sebarang soalan lisan mahupun bertulis.
Adun Tronoh itu berkata oleh kerana Pembangkang tidak sekali-kali mengiktiraf Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan Exconya, maka beliau berpendapat sebagai speaker Dun ’soal dan jawab’ tidak lagi relevan dan membuang masa.
“Pada persidangan kali ini, kesemua 27 Adun Pakatan Rakyat (tidak termasuk Speaker) bersepakat mengambil keputusan untuk memboikot dan tidak menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis.
Ini adalah tanda bantahan terhadap kerajaan BN yang tidak sah,” walau pun kerajaan BN didirikan atas kuasa sultan, kata Sivakumar lagi, maka jalan penyelesaian yang terbaik ialah membubarkan sahaja Dewan Undangan Negeri dan Sultan tidak perlu ikut campur dalam urusan pentadbiran negeri, menurut sivakumar lagi, siapa yang undi kami? sultan atau rakyat, jawapannya sudah tentu lah rakyat jadi mengapa sultan turut ikut campur soal pentadbiran negeri, bubarkan Dun biar rakyat buat pilihan sekali lagi, kalau kami kalah kali ini kami (pembangkang) terima BN sebagai pemerintah, bukan dengan ikut pintu belakang macam ini "tegas Sivakumar."
Pendirian pembangkang amat jelas dilihat sebagai Penderhakaan terhadap DYMM Seri Sultan Perak, pembangkang memang seboleh-bolehnya ingin menggagalkan pentadbiran kerajaan perak yang di restui oleh Baginda Sultan.
Awekz: Kuasa mengatasi segalanya, apa yang pembangkang mahukan dilihat seperti untuk rakyat, walhal ianya lebih bercorak peribadi...untuk mereka sendiri...
Tuesday, May 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Siapa culik 3 adun tu? Rakyat yang undinya? BN? PM? Sultan?
Sultan tu raja berpelembagaan ke raja dengan kuasa penuh??? Kalau raja berpelembagaan atas prinsip demokrasi.. patutnya diserah kepada rakyat untuk menentukannya.... bukan Sultan.. sebab Sultan kena mengikut perlembagaan... tanya le pakar undang undang mana pun... even Sultan Perak sendiri pernah menulis mengenainya...
BN buta undang2. tak guna cakap dgn org yg bengap nih. dorg la penderhaka sebenar. tgk je la kat t'ganu, perlis tu. sesama sendiri pun huru hara.
SALAM...MAAF KERANA TERKELUAR TAJUK....SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU....SAYANGI IBU....SEDIKIT NUKLAN DARI kamalfarsya.blogspot.com/
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat..... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... limapuluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Terima kasih pada yang memberi komen...buat Anak Perelih...pasti ada sebab kenapa sultan tak mahu membubarkan DUN...cuba dengar-dengar cerita disebalik cerita puak-puak PR tu...dengar dari dua-dua pihak...baru lah adil dan saksama...
Post a Comment