Di kaca-kaca tv kita sering menyaksikan bagaimana
demokrasi di Malaysia ini kian mati dan tidak
dihormati. Pihak pembangkang sering menuduh
bahawa kerajaan yang memusnahkan demokrasi
tetapi sebenarnya mereka lah yang merosakkan
dan tidak menghormati demokrasi dinegara kita ini.
Pada mereka demokrasi mesti sentiasa berpihak kepada
mereka. Badan kehakiman mesti berpihak kepada mereka.
Surat-surat khabar dan media-media lainnya juga mesti
berpihak kepada mereka. Jika tidak bermakna tidaklah
demokrasi menurut citarasa mereka.
Apakah demokrasi bermakna kebebasan berbuat apa-apa
sesuka hati mereka? Kerana itulah atas nama demokrasi
mereka anjurka segala macam huruhara. Mereka ada segala
macam tunjuk perasaan dan rusuhan. Segalanya dilakukan
hanya kerana inginkan mendapat faedah dan sokongan
kepada mereka dan kumpulan mereka. Mereka tidak peduli
apa akan jadi pada negara dan rakyat. Mereka tida
peduli apa pandangan negara asing terhadap kesetabilan
politik negara kita, bahkan mereka tidak peduli apakah
iklim politik seperti sekarang ini mampu menarik pelabur
asing melabur dan menjana ekonomi negara? Mereka tidak
peduli jika ekonomi negara kita runtuh dan kita hidup
dalam kedaifan.
Inilah cita-cita sebenar pemimpin pembangkang. Mereka
hanya mahukan kuasa politik semata-mata. Mereka langsung
tidak ada perancangan membangunkan negara. Kerana itu
dalam kempen politik mereka tidak pernah mereka
membincangkan secara serius pelan pembangunan ekonomi
negara. Yang selalu mereka persoalkan adalah keburukan
pemimpin-pemimpin kerajaan yang direka-rekanya.
Mereka hanya dari kalangan yang hanya tahu menegur,
menyatakan bahawa kerajaan tidak baik tetapi sebaliknya
mereka lebih buruk lagi dan bahkan mereka bukan setakat
gagal melaksanakan pembangunan bahkan mereka juga gagal
merancang pembangunan itu. Dalam kata lain, mereka adalah
dari kalangan orang yang bercita-cita jadi pemimpin tetapi
kebodohan mereka tidak melayakkan mereka jadi pemimpin
yang baik. Mereka juga terlibat dengan korupsi yang teruk,
penyalahgunaan kuasa dan banyak lagi keburukan-keburukan
lainnya.
Tahu kah kita apakah perbezaan besar antara Barisan Nasional
dengan Pakatan Rakyat? Barisan Nasional berjuang untuk
kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat sedangkan
Pakatan Rakyat meminta rakyat nerjuang untuk mereka
dengan menjadikan mereka benteng-benteng politik ketika
tunjuk perasaan dan rusuhan. Apakah kita masih sanggup
bodohkan lagi oleh Pakatan Rakyat dulu, kini dan selamanya?
Ketahuilah bahawa ketika kamu berguling-guling bagaikan
lembu ditengah jalan dan berjuang merempuh sekatan polis,
pemimpin kamu sedang enak minum minuman yang segar dan
dingin sambil memerhatikan kamu dengan senyuman sinis
mereka sambil berkata - ' Lembu aku sedang berjuang!'
Awekz: Renungkan apa yang sedang berlaku di Perak kini..
Apakah itu yang dinamakan demokrasi?
Buka hati dan minda...sedarlah wahai bangsa ku..
Lihat saja keadaan di Perak, apakah ini yang kita
mahukan untuk hari ini, esok dan selamanya...
Di mana keamanan selama ini...Fikirkanlah...
Thursday, May 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kerana terlalu demokrasinya BN, polis serbu speaker dan seret bawa keluar dari dewan?.punya demokrasinya BN gunakan duit pembayar cukai tabur polis merata jalan?.lagi demokrasinya BN media dan jabatan kerajaan jadi tunggangan.ni penulis blog,aku syorkan pada kamu sekali sekala pergi lah lihat negara orang.selepas itu buat perbandingan demokrasi orang lain dengan malaysia sama ke tidak.
yang tulis blog ini memang bodoh....tak rak otak...
Terima kasih anak warisan...itu kalau BN yang buat, tapi kalau puak-puak PR yang buat...apa yang akan anda katakan?
Berterima kasih la Anak Warisan...kerana BN juga la anda mengecapi sedikit sebanyak kesenangan dan keamanan...
dan buat Anon 10.41pm...tak perlulah nak cakap orang bodoh andai kata anda sendiri bodoh tak pandai nak menggunakan nama sendiri ataupun samaran...buat letih je cikgu anda mengajar sejak dari kecil dulu...
terima kasih sekali lagi...
Post a Comment