Betul ker? Awekz pun tertanya - tanya dengan persoalan yang
Awekz tujukan...
Betul ker? waktu Nizar membacakan DOA untuk Allahyarham RAJA BAHAROM IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSOF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHHU-LAH, Sultan Azlan Shah tidak menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca...
Betul ker? selesai sahaja Nizar membacakan doa, Sultan Azlan Shah mengangkat tangan kanan beginda sambil mengimbas (signal suruh balik ataupun bahasa halusnya DIHALAU)
Ish.Ish.Ish...
Awekz: Fikir-fikirkanlah atau ada sesiapa yang boleh tolong jelaskan situasi yang berlaku...yela...Awekz takut ada pulak puak-puak PR yang marahkan Awekz lagi...
Friday, May 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
betul
betul ke? Ada saksi di dunia dan di akhirat yang nampa kejadian ni?
Untuk Nizar..
Biarlah anda di halau dari dunia fana ini. Insya Allah ..alam kuburmu nanti akan lebih luas untukmu. Apa nak susah? Anak nizar semuanya Al-hafiz..insyaAllah ada syafaat kecil dan si hafiz boleh memilih 10 ahli keluarganya ke syurga.
Alahhh...
Dunia..kecik je. Bukankah dunia itu penjara bagi orang mukmin?
yang aku dengar, die buat kat zambry mamak.
bukan kat nizar.
rekod bn
melayu menang kat kelantan, tapi die x tolong
melayu menang kat terengganu tp royalti dipotong
melayu ade sekolah melayu tp die tukar sekolah kebangsaan
melayu tulisannye jawi tapi die rumikan
melayu nak belajar dlm bahasa melayu, tapi die inggeriskan
melayu menang kat terengganu tapi menghina sultan dan bercakaran
melayu menang di perlis pun begitu juga
kekebalan raja2 dihapuskan
melantik sultan baru di kelantan
mungkin itu yg diugut kepada sultan perak
melayu ajar org baca quran dimarah
tapi melayu umno yg menghina quran disanjung
melayu berbaik2 dgn cina india dimaki, sedangkan itulah ajaran islam
melayu tolong melayu dirahsiakan tapi melayu tolong cina india miskin disebut khianat
melayu umno bg tanah kat cina kaya
bagi gunung-genting highland-judi
bagi bukit-bukit tinggi
bagi pulau-pangkorlaut
bagi tanah pada cina kaya adalah kerja mulia
tapi bagi tanah pada cina miskin adalah kerja hina saudara saudari sekalaian
Mahathir Mohamad telah memerangkap Tengku Razaleigh untuk membuka tirai – dengan mesyuarat agung tergempar - untuk mengetepikan Abdullah Badawi. Untuk entah ke berapa kali Razaleigh Hamzah telah dijadikan batu loncatan oleh Mahathir Mohamad. Razaleigh adalah perwakilan politik lama – politik era Tungku – politik ‘ the British clubby gentelman’ – di mana setiap kata adalah untuk di kota.
Era dan zaman itu telah lama selesai. Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah. Bahayanya, Mahathir Mohamad inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan adan ke zaman autokratik. Justeru, Mahathir Mohamad sedang merancang untuk menobatkan Najib Razak.
Seyogia perlu kita sama berwaspada dan mengetahui kenapa/mengapa Mahathir Mohamad memilih Najib Razak? Kita wajib memahami sebab musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang akan dibawa oleh Najib Razak.
Kenapa Mahathir kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat sedang merancang untuk menaikkan Najib. Malah minggu lalu media arus perdana juga ‘terjerat’ dengan tipu helah Mahathir apabila melaporkan Najib Razak bukan lagi satu pilihan. Kenyataan Mahathir ini bertujuan untuk menaikkan syahwat Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang Abdullah Badawi. Sebenarnya ini ialah tipu helah jenis Kitul.
(Siapa Kitul? Sila rujuk Sejarah Melayu kitab naratif kesejarahan oral orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau, memahami yang kini dan pedoman ke hadapan.)
Untuk memahami siapa Najib Razak, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Mahathir Mohamad memilih menteri-menteri kabinet dan para rottweiler yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir. Contohnya Rahim Thamby Chik dengan kes pecah pendaraan cinta berahi anak gadis di bawah umur adalah orang kepercayaan Mahathir. Arwah Megat Juned seorang kaki judi yang terlibat dalam kematian wanita pemilik kedai video adalah menteri setia Mahathir Muhamad. Shahidan Kassim terlibat dengan kemasukan beras secara gelap di Perlis adalah menteri besar Mahathir Mohamad yang setia.
Rais Yatim sekor bangkai bernyawa telah diberi nafas oleh Mahathir hinggakan sanggup meminum air basuh kaki Mamak yang pada satu ketika dahulu dikutuknya. Rafidah Aziz rottweiler betina terlibat dalam agihan AP, manakala rottweiler jantannya ialah Nazri Aziz. yang terlibat dengan 600 permit teksi. Mereka adalah menteri setia dalam kabinet Mahathir. Para rottweiler–rottweiler ini akan terus menderam dan menyalak jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Mahathir Mohamad.
Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisian yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Mahathir.
Apa sangkut paut semua ini dengan Najib Razak?
Najib Razak ialah ibu kepada semua rasuah. Najib Razak ialah ibu kepada semua masalah. Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Ini bukan tohmahan. Dalam mahkamah seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib pernah berjumpa dengan Altantuya.
Najib Razak lebih bangkai bernyawa dari Rais Yatim. Najib Razak lebih banyak menyondol dari Rahim Thamby Chik. Najib Razak berjuta-juta kali menerima rasuah dari Rafidah Aziz dan Nazri Aziz. Manusia seperti Najib Razak ini adalah model (bukan model Mongolia) yang terbaik dalam bacaan politik Mahathir Mohamad. Manusia Najib ini akan menjadi sekor rottweiler yang paling setia kepada Mahathir Mohamad.
Dalam congak politik Mahathir, Najib Razak akan meneruskan dinastinya. Sesudah Najib akan dimasukkan Hishammuddin Hussein, rottweiler katek si pembawa keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul. Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar untuk menjadi rottweiler dengan salakan-salakan kecil menyerang Abdullah Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang di cita-citakan oleh Mahathir Muhamad.
Jadi siapa sebenarnya Najib Razak?
Najib Razak ialah pembawa zaman gelap ke dalam budaya politik Malaysia. Najib Razak akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala di Malaysia. Dari segi pembudayaan Najib pasti akan lebih Islam dari Pas. Lebih lebai dari Lebai Kulup. Dengan latar belakang keilmuan yang cetek, Najib untuk membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang ‘dianggapnya’ Islam. Najib Razak yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.
Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. Kulitan Islam a la Najib ini bukan lagi jantan di barisan lain dan betina di barisan lain, ia akan lebih dari itu. Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu tetapi akan lebih dari itu.
Buktinya: Tiga tahun dahulu ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai ‘ ilmuwan Islam’ telah mengeluarkan ‘fatwa bahawa orang Melayu/Islam TIDAK boleh berkongsi Deepavali degan penganut agama Hindu. Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah di sambut dan di sokong oleh Najib Razak. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah di sangkal oleh Abdullah Badawi. Ini contoh Islam kapal selam.
Seorang insan yang terlibat dalam kes satu pembunuhan akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci dari Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze. Sila ingatkan kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak guruh pun tidak tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam dari kapal selam.
Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja Najib Razak.
Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib. Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib Razak ini wang komisen. Inilah dia susuk yang sedang di rancang dan sedang uli oleh Mahathir Muhamad untuk dijadikan perdana menteri.
Kenapa Mahathir Mohamad mahukan Najib Razak?
Mahathir Mohamad adalah kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin, Vincent Tan, Eric Chia, Ting Pek King, Ananda Krishan dan Lim Kok Wing antara nama-nama lanun besar . Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung di bawah Mahathir. Mereka dengan bantuan kuasa Mahathir Muhamad telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun.
Seperti filem seram Rosemary's Baby semua orang yang diharap-harapkan memberi bantuan rupa-rupanya adalah sebahagian dari jaringan lanun. Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.
Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang di bawa oleh Abdullah Badawi ini dapat diteruskan mereka semua akan di dakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, dan sesiapa yang menyalah gunakan kuasa akan juga di hadapan ke mahkamah.
Adalah salah anggap jika kita percaya Mahathir mahukan Abdullah undur kerana legacy sedang di lupuskan. Menaikkan Najib tidak sangkut paut dengan legacy. Adalah salah bacaan politik jika menganggap bahawa Mahathir lebih sayangkan United Malay National Organisation. Mahathir mengharamkan United Malay National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika menganggap bahawa Mahathir membuat semua ini untuk orang Melayu.
Mahathir Mohamad mahukan Najib Razak kerana Najib Razak akan menjadi bangkai bernyawa dan TIDAK akan membuat apa dakwa dakwi terhadap Mahathir Muhamad dan para lanun-lanun yang lain. Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Mahathir akan di teruskan oleh Najib Razak.
Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib Razak sebagai pilihan tepat Mahathir Muhamad, sila tanya diri sendiri. Sudah sampaikah masanya Malaysia menerima perdana menteri baru yang terlibat dalam kes pembunuhan? Apakah pembunuh boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Tepat sekali ramalan saya,memang mahathir yg merancang penggulingan Pak Lah supaya Najib dapat naik dan menyambung tugasnya yang belum selesai; menghapuskan Anwar Ibrahim dan pengaruhnya! Ingat mahathir pernah tiga kali cuba membunuh DSAI. Pertamanya ketika masih menjadi menteri bilamana helikopter yang sepatutnya beliau naiki tetapi batal disaat-saat akhir, terhempas dengan penuh misteri. Keduanya sewaktu dalam tahanan di penjara untuk soal-siasat, beliau dipukul bertalu-talu oleh ketua polis malaysia ketika itu sehingga pengsan dan cedera parah dan dibiarkan terjelepuk di lantai berhari-hari! Ketiganya beliau diberi minum air bercampur racun arsenik beberapa ketika di penjara untuk mematikan DSAI secara perlahan-lahan sehingga beliau akhirnya sedar bila kuku beliau kebiru-biruan dan rambut gugur dengan banyaknya. Yang menariknya RPKlah yang membawa sampel air kencing DSAI ke Australia untuk dianalisa secara sembunyi!(Syabas RPK!)
Begitulah liciknya perancangan Mahathir, firaun yang paling jahat dan sesungguhnya Allah jualah yang menyelamatkan DSAI. Berpantang maut sebelum ajal!
Anon 10.55am...itulah sebabnyer Awekz mengajukan persoalan...minta penjelasan...sumber terdekat yang Awekz ada, mengatakan sedemikian...fikir-fikirkanlah...
yela..
si anon tu ckp, die dgr, zambry yg kene
bukan nizar
sumber terdekat die mengatakan begitu
fikir2 kanlah
Ermmm... pelik juga berita ni.
Selalunya bila sesuatu berita tu berpihak kepada pembangkang, cepat je cerita tu disebarkan ke dalam blog mereka. Tapi hari yang keluarnya berita sensasi ini, antara blog yang terawal siarkan adalah dari pihak penyokong kerajaan. Musykil... musykil...
Tahniah Awekz, sebelum apa2 berita yang kita dapat dari orang lain memang patut kita selidiki dahulu. Sebab banyak orang yang menokok tambah untuk kepentingan politik sendiri.
Post a Comment